apo nak dikato

Percubaan Pertama – ‘Pencarian’

Posted on: April 2, 2009

Assalamualaikum, berikut merupakan puisi pertama yang mampu saya nukilkan (tanpa mengambilkira tugasan-tugasan atau kerja rumah yang dilakukan sewaktu di sekolah dahulu). Mudah-mudahan bermanfaat kepada para pengunjung sekalian. Semoga ia menjadi peringatan bagi kita semua, khususnya kepada diri saya sendiri dalam mengenal tujuan hidup kita di dunia ini… insya Allah… Saya terbuka kepada sebarang teguran dan penambahbaikan. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada FM kerana menjadi pendorong serta sumber inspirasi saya dalam menukilkan puisi ini (boleh dikatakan sebagai mentor saya lah, hehe)…

‘Pencarian’


Ke hulu, ke hilir ku berjalan,
mencari hala tujuan,
menongkah arus kehidupan,
mengenal watak dan peranan,
membongkar hakikat penciptaan,
meneroka keindahan,
menimba ilmu dan pengalaman.

Ke hulu, ke hilir ku berkelana,
adakalanya ku terlena,
ada masanya ku terpesona,
tertipu dek suasana,
yang pada hakikatnya hanyalah fatamorgana.

Pencarian ini akan diteruskan,
dengan seribu doa dan pengharapan,
mendamba pengampunan,
dan petunjuk sepanjang jalan,
agar daku tak ketinggalan,
agar daku tak kerugian,
agar kelak di penghujung jalan,
daku bersama muqarrabin dan golongan kanan*.


amin, ya Rabbal ‘Alamin…

Nota:*ashabul yamin. Sila rujuk tafsir surah al-Waqi’ah ayat 88-91.

    “..adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang yang didekatkan (kepada Allah), maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta surga kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka keselamatan bagimu karena kamu dari golongan kanan.”

    Wallahu’alam…

    4 Respons to "Percubaan Pertama – ‘Pencarian’"

    Salam,

    Fuh! Bergitu menyentuh perasaan dan menjentik pemikiran. Bergitulah kuatnya dorongan dari ideologi. Sehingga mampu melahirkan keyakinan diri untuk melakukan suatu yang dulu kelihatan seolah2 mustahil untuk kita lakukan.

    Syabas! Dengan Islam kita sama2 BOLEH! :)

    Wasalam.

    Salam, Alhamdulillah… Tiba-tiba pagi tadi sementara menunggu waktu subuh, ilham untuk mengarang puisi ni datang. =)

    Dari segi tatabahasa itu, insya Allah tak begitu bermasalah. Cuma risau kalau-kalau disebabkan terlalu nak menjaga rima, mesej yang cuba dibawa tu tak sampai kepada pembaca. Payah juga ye nak mengarang puisi ni… hehe.

    Aku

    Aku datang
    dengan keperluan biologi
    kalau tidak dipenuhi
    aku mati.

    Aku datang
    dengan rangsangan gharizah
    kalau tidak dipuaskan
    aku gelisah.

    Aku datang
    dengan akal
    yang memiliki kekuatan
    untuk menimbang
    dan membuat kesimpulan
    tapi aku masih perlu kepada akurasi
    sebuah informasi.

    Aku datang
    dengan segala keterbatasan
    memerlukan pada yang lain
    untuk setiap pemenuhan.

    Aku datang
    dengan segala kebodohan
    perlu pada masukan
    untuk setiap kebijakan.

    Jika tidak kerana informasi
    dari Yang Maha Mengetahui
    akalku akan sasau
    dengan segala idea-idea gila
    teraba-raba dalam gelita
    mencari jalan bahagia.

    FM
    Bakri
    7 April 2009

    Hehe, FM menerangkan thaqatul hayawiyah & thaqatul insan dalam bentuk puisi… Menarik, menarik ~ Jazakallahu khair atas puisi yang diberikan… =)

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Calendar

    April 2009
    F S S M T W T
    « Mar   May »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

    Archive

    Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

    Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

    Truth About Democracy – Click to Read the Article

    Democracy is not compatible with Islam

    Truth About Democracy

    Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12 other followers

    Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

    Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

    Persoalan tentang Baiah al-Inah

    Blog Stats

    • 107,623 visits

    Top Rated

    Reminder to All Muslims around the World

    “Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
    %d bloggers like this: