apo nak dikato

Q&A Khilafah

Posted on: Mac 31, 2009

Assalamualaikum, Alhamdulillah seminar-seminar khilafah telah berjalan dengan lancar pada semalam dan kelmarin. Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur kerana telah memberikan layanan yang baik kepada peserta-peserta seminar. Saya hanya berkesempatan untuk hadir ke seminar yang dianjurkan di Bangi sahaja kerana mempunyai urusan keluarga pada hari Sabtu yang lalu. Dalam seminar tersebut, antara perkara yang disentuh ialah mengenai dalil-dalil kewajipan menegakkan khilafah dan juga thariqah (methodology) dalam menegakkannya berdasarkan sirah Nubuwwah. Sila klik di SINI untuk laporan rasmi seminar tersebut.

Begitu banyak sekali dalil-dalil dan pendapat alim-ulama’ yang menunjukkan bahawa menegakkan khilafah itu merupakan suatu kewajipan. Dalil daripada al-Quran, as-Sunnah, dan ijma’ para Sahabat radhiallahu ‘anhum jelas membuktikan bahawa umat Islam wajib menegakkan khilafah. Di samping itu, kewajipan menegakkan khilafah juga dikukuhkan lagi dengan kaedah usul “sesuatu kewajipan yang tidak sempurna kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib”. Berdasarkan kaedah usul tersebut, maka jelaslah bahawa hukum menegakkan khilafah adalah wajib kerana kita tidak akan dapat membaiah seorang khalifah sekiranya sistem khilafah itu sendiri tidak wujud in the first place. Sedangkan hukum memberikan baiah kepada seorang khalifah itu merupakan suatu kewajipan. Hal ini dibuktikan berdasarkan dalil sebuah hadis yang mana Nabi saw mencela sesiapa yang mati tanpa baiah di lehernya, maka matinya dalam keadaan mati jahiliyah.

Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, niscaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tiada baiah (kepada khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” [HR Muslim]

Dalam seminar semalam diterangkan bahawa maksud mati dalam keadaan mati jahiliyah (miitatan jahiliyah) bererti mati dalam keadaan berdosa.

Ternyata dakwaan bahawa khilafah tidak ada dalam nas syariah sebagaimana yang dijaja oleh sesetengah pihak itu tidak benar sama sekali. Ada juga yang menyatakan bahawa Islam tidak menunjukkan struktur pentadbiran dan pemerintahan secara terperinci, dan struktur yang digagaskan oleh HT hanyalah ijtihad Taqiuddin an-Nabhani. Dalam ertikata lain, ia termasuk dalam perkara khilaf. Ya, memang benar, struktur organisasi khilafah itu merupakan ijtihad an-Nabhani dan ia dibuat berdasarkan nas-nas syarak. Masalahnya, mengapa nak ambil sistem yang langsung tiada asal daripada Islam pula, sedangkan ijtihad yang diambil daripada nas syarak diketepikan? Lainlah kalau anda hadirkan sama ijtihad daripada ulama’ lain yang dibuat berdasarkan sumber-sumber syarak. Jika demikian, barulah boleh kita nilai pendapat mana yang lebih kuat.

Seminar tersebut telah menyentuh serba-sedikit mengenai khilafah, namun sudah semestinya tidak dapat memberikan penerangan secara terperinci dalam tempoh yang sebegitu singkat. Oleh yang demikian, saya tergerak untuk kongsikan beberapa persoalan yang pernah dibangkitkan di kalangan umat mengenai khilafah. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang persoalan mengenai khilafah, silalah tinggalkannya di ruang komen. Insya Allah saya akan usahakan untuk menjawabnya berdasarkan rujukan yang terpercaya (tsiqah). Sekiranya saya tidak mampu, saya akan rujuk persoalan tersebut kepada asatizah yang lebih arif dalam hal ini. Insya Allah.

Q&A Khilafah

Apa itu Khilafah?

Kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia [Taqiuddin an-Nabhani, Nizhamul Hukmi fi al-Islam, hal. 17]

Di manakah letaknya khilafah pada hari ini?

Khilafah sudah tidak lagi wujud pada hari ini semenjak keruntuhannya di tangan Mustafa Kemal Atarturk sesudah Perang Dunia Pertama. Kerajaan-kerajaan di dunia Islam pada hari ini bukanlah khilafah kerana tertegak berasaskan nation state serta tidak menjadikan syariah Islam sebagai teras perlembagaannya secara menyeluruh.

Bagaimana dengan Arab Saudi, Pakistan, Sudan dsb?

Negara-negara tersebut tidak memenuhi ciri-ciri sebuah Darul Islam. Sebuah negara dikira sebagai Darul Islam apabila ia memenuhi dua ciri-ciri tersebut; 1) ditadbir dengan hukum-hakam Islam 2) keamanannya terletak di tangan Islam; tanpa mengira sama ada penduduknya itu majoriti Muslim ataupun tidak. [Dar al-Islam is defined as the land which is governed by the laws of Islam and whose security (Aman) is maintained by the security of Islam, i.e. by the authority and protection of Muslims inside and outside the land, even if the majority of its inhabitants are non-Muslims].

Di samping itu, sepertimana definisi yang telah diberikan, khilafah seharusnya menjadi kepimpinan umum bagi seluruh umat Islam di dunia sedangkan negara-negara tersebut tidak mewakili umat Islam keseluruhannya. Bahkan sempadan geografinya terbentuk atas permainan geopolitik puak kolonialis kuffar.

Siapa yang akan diangkat menjadi pemimpin dalam khilafah? Adakah dia boleh dimuhasabah dan dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku salah laku dalam pemerintahan?

Islam meletakkan kedaulatan di tangan syarak manakala kekuasaan di tangan umat. Khilafah akan dipimpin oleh seorang khalifah. Beliau dipilih dan dibaiah oleh umat Islam bagi menerapkan hukum-hakam berdasarkan apa yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Rakyat (baik yang Muslim mahupun tidak) berhak untuk memuhasabah Khalifah sama ada untuk mengingatkannya supaya bertaqwa kepada Allah swt ataupun untuk menuntut hak-hak mereka yang diabaikan. Perbuatan muhasabah ini boleh dijalankan secara langsung terhadap khalifah ataupun dibuat melalui Majlis Umat yang berperanan memberikan syor kepada khalifah dan memuhasabahnya.

Khalifah juga boleh dibicarakan dan sekiranya sabit kesalahan maka beliau boleh dilucutkan daripada jawatannya. Pihak yang berkuasa melucutkan jawatan khalifah adalah Qadhi Mazhalim yang membicarakan kes-kes yang melibatkan antara Khalifah dan pemimpin-pemimpin (seperti wali dan amil) dengan rakyat jelata. Struktur Khilafah secara umumnya adalah seperti berikut (untuk melihat perinciannya, sila klik di SINI)

struktur organisasi khilafah secara umum

struktur organisasi khilafah secara umum

orgchart_khilafah

bersambung… Insya Allah.

9 Respons to "Q&A Khilafah"

Salam,

Memang benar akhi, hukum menegakkan Khilafah itu adalah wajib. Kewajipannya disepakati oleh seluruh ulama’. Oleh itu, wahai para pejuang Khilafah! Tetapkanlah langkahmu! Terus maju jangan mundur!

Bagi mereka yang telah tercicir dari perarakan kafilah perjuangan yang panjang ini kerana tak tahan diuji atau terliur dengan duniawi…Ini sajak buat mereka:-

_________________
Biarkan Dia Pergi
_________________

Biarkan dia pergi…
nanti kan datang seribu penganti
perjuangan ini penuh mehnah
hanya buat dia yang tabah.

Sengsara meniti jalan muflih
bukan dunia yang hendak diraih
sabar dan Iman penguat tatih
langkah bertongkat pemikiran jernih.

Putus lengan berpaut siku
putus siku bergayut bahu
maut tidak diambil tahu
dalam mencari redha Yang Satu.

…Ini madah orang berjuang
balangsukawa buat mereka yang tercicir.

FM
Maharani
28 Mac 2009

Assalamualaikum,

Waduh..waduh…..nampaknya FM sekarang bersemangat untuk berpuisi….teruskan FM :)

Assalamualaikum, saya benar-benar tertarik dengan keindahan susunan bahasa dalam puisi FM. Cuma nak tahu, apa maksud muflih ye? Root word-nya falah = kejayaan ke? Betulkan kalau tersilap.

Ana tak begitu menguasai bahasa Arab.

Salam,

Terima kasih buat ukhti Dania.

Untuk akhi Ghazi…sungguh tepat tembakan anta! Dadu apa yang anta pakai?…hehehe!

Maknanya orang yang menang (isim mufrad mudzakar)

Wasalam.

Salam, hehe. Ana cuba-cuba jaya je, akhi. Vocab Arabic ana masih tak banyak. Nahu dsb tu lagilah teruknya… Masih dalam proses belajar… Masa sekolah menengah dulu ada belajar sikit Bahasa Arab komunikasi, tapi dah berkarat la akhi… hehehe…

=)

Salam…

FM tuh orang lama… otai lah kita kata..
so bicara dia madah berbunga berat dgn nasihat dan teguran…
susunan bahasa dia alunan hidup berzaman, pengalaman berkoyan…
sekolah dia aliran 70an, sastera tuh mcm guli mainan petang…
memang sedara ghazi susah nak challenge..
tapi lama2 sedara ghazi pun bole jugak…

p/s- saya kat alam ruh lagi FM dah sekolah menengah.. kekekeke

Tau tak pe….hehehe

Sebagai syabab ana ‘muda’ sampai bebila! Insya’Allah. :)

Hehe, mana… tak mampu rasanya nak challenge FM… Kalau nak bandingkan, saya ni cuma padawan je, FM pulak level Master Jedi. Sekali termasuk analogi Star Wars lah pulak… hehehe

Puisi ni merupakan salah satu medium dakwah yang baik, khususnya di kalangan ‘orang-orang lama’ & peminat sastera. Saya percaya FM mampu memanfaatkan medium ini sebaiknya. Kalau tak keberatan, silalah submit puisi lagi ya, nanti saya muatkan dalam Himpunan Puisi Perjuangan…

Er, Sdr Hamzah tak ikut jejak langkah FM ke? Komen sdr dalam post ‘ego seorang ustaz’ tu menarik sekali gaya bahasanya… Terutamanya bahagian sijil tu… =)

p.s. Syabab sememangnya ‘muda’… ‘young at heart’.. hehehe

Salam,

Di dunia ‘muda’ sebab dipanggil syabab (pemuda). Di akhirat, semoga kegiatan dakwah dan pengorbanan yang tak seberapa ini menjadi pembasuh dosa untuk memperolehi tiket ke Surga. Tempat penginapan mereka yang sentiasa muda (menurut mafhum hadis Nabi, penduduk Surga adalah mereka berumur sebaya 30’an semuanya). Insya’Allah! :)

Jika berminat dengan sajak ana, anta boleh ambil di sini http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=18&t=7733&p=236530#p236530

Pilih yang mana satu yang anta suka… free of charge! Hehehe.

Wasalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mac 2009
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: