apo nak dikato

Asyik-asyik Khilafah…

Posted on: Mac 23, 2009

Assalamualaikum, semoga hari ini lebih baik daripada semalam bagi seluruh umat Islam. Dan kerugian besarlah bagi mereka yang mana hari ini tidak berubah bahkan lebih buruk daripada semalam. Alhamdulillah, segala pujian atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya ke atas seluruh makhluk. Selawat dan salam ke atas Muhammad saw, Rasulullah dan hamba-Nya, serta keluarga baginda, para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabiin.

Beberapa tahun dahulu (lebih tepat dua tahun yang lalu), ketika saya menghadiri sebuah program anjuran sebuah NGO saya telah bertemu dengan seorang kenalan saya. Beliau merupakan seorang yang peramah, sekali beliau berjenaka, memang tak kering gusi dibuatnya. Boleh dikatakan beliau merupakan jenis orang yang mudah didekati walaupun baru berkenalan. Saya agak rapat dengannya, lebih-lebih lagi kerana kami sama-sama merupakan orang Negeri Sembilan. Oghang Noghoghi ni, sesamo dio bilo berjumpo memang sonang nak masuk (haa, kan dah keluar loghat Noghoghi saya… hehe). 

Apapun, tujuan utama saya menulis post ini bukanlah hendak menceritakan tentang peribadi beliau. Sebaliknya fokus saya adalah mengenai perbualan antara kami ketika program NGO tersebut. Buat kesekian kalinya, ingin saya nyatakan juga bahawa saya tak berniat hendak memburuk-burukkan mana-mana pihak, jauh sekali hendak mengagungkan pihak lain.  Sekadar perkongsian, mudah-mudahan bermanfaat kepada pembaca sekalian dan juga diri saya sendiri…

Kisahnya begini, ketika waktu rehat sementara peralihan aktiviti, kami berdua duduk di luar dewan dan berbual bagi mengisi masa. Daripada perbualan peribadi, topik beralih kepada fokus dakwah, dan seterusnya masuk kepada perbincangan mengenai harakah-harakah Islam. Beliau merupakan seorang penggerak yang aktif dengan sebuah gerakan Islam di kampus. Oleh itu, perbincangan semestinya menjadi rancak kerana beliau memang mengambil tahu tentang dunia dakwah harakiyah ini. Maka setelah beberapa ketika, perbincangan kami masuk kepada isu sebuah gerakan Islam yang dikenali dengan perjuangan khilafahnya (you-know-who). Saya tidak begitu ghairah untuk berkongsi kepadanya mengenai pengalaman saya bersama dengan gerakan tersebut, kerana saya ingin tahu apakah pandangan beliau terlebih dahulu. Sekiranya beliau tahu akan keterlibatan saya, tentu beliau tidak akan meluahkan pandangannya yang sebenar.

Beliau mengatakan bahawa gerakan tersebut terlalu asyik dengan retorik Khilafah, sehinggakan apa-apa masalah pun khilafah penyelesaiannya. Asyik-asyik khilafah, sikit-sikit khilafah. Semua masalah, khilafah penyelesaiannya. Beliau juga menyatakan bahawa gerakan tersebut tidak berpijak di alam nyata dan tergesa-gesa memperjuangkan khilafah dalam keadaan umat yang tidak bersedia. Sambungnya lagi, di universiti kita pun gerakan tersebut dah menular dengan tersebarnya risalah di masjid-masjid berhampiran universiti. Saya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju, kerana saya merupakan salah seorang daripadanya~! :)

Saya sengaja melakukan ‘provokasi sihat’ dengan bertanya, “Kenapa, apa yang tak kena dengan idea khilafah tu? Bukan ke dia satu kewajipan?” (lebih kurang begitulah, maaf sebab tak berapa ingat butir-butir perbualan secara tepat) Jawabnya, “tak salah pun. Memang benar ia merupakan satu kewajipan. Tapi yang tak kena ialah dari segi pendekatan dan penekanan yang keterlaluan oleh gerakan tersebut je. Gerakan X (obviously bukan nama sebenar) pun turut perjuangkan daulah Islam Khilafah  juga. Ya, kami terlibat dalam pilihanraya tapi bila kami dah menang, kami akan rombak semuanya menjadi sistem Islam. Syariah Islam akan tertegak. Dah tiada lagi sistem macam sekarang ni. Pemilihan pemimpin pula bukan dibuat oleh rakyat, tetapi melalui dewan syura. Sebab dalam syura mereka lebih arif dalam menilai kelayakan seseorang pemimpin. Dalam syura tersebut terdiri daripada profesional dari pelbagai bidang, (i.e agama dan bidang-bidang lain -ghazi)”. Saya tak pasti sama ada ini benar-benar perancangan gerakan tersebut, ataupun sekadar idea peribadi beliau. Jadi, kenyataan beliau ini tidak boleh dijadikan hujah terhadap gerakan X itu kerana tidak dapat dipastikan sejauhmana kebenarannya.

Dalam hati saya berkata, rasanya ini lagilah tak realistik. Kalau dah terlibat dalam sistem, semestinya akan terikat dengan peraturan dan perundangan yang termaktub dalam perlembagaan. Tidakkah mereka belajar daripada apa yang menimpa gerakan-gerakan Islam lain yang turut menempuh jalan yang sama? Gerakan-gerakan tersebut telah gagal menerapkan sistem Islam biarpun telah mendapat mandat daripada umat melalui peti undi. Ye lah, kalau kita bermain di ‘gelanggang’ musuh Islam (sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak), tentulah mereka lebih arif memanipulasi ‘rules of the game’. Bilamana keputusannya tak menyebelahi pihak mereka, maka dengan mudah mereka mengubah peraturan. Inilah yang terjadi kepada FIS di Algeria suatu waktu dahulu. Demikian juga yang berlaku terhadap HAMAS, biarpun mendapat mandat daripada pengundi, akhirnya mereka tetap tidak dapat membentuk kerajaan apatah lagi hendak menerapkan serta mendaulatkan Islam. Harap kenyataan saya tak dilihat sebagai berniat memburuk-burukkan gerakan-gerakan tersebut pula. Sekadar menyatakan realiti.

Saya tak berniat nak mengulas lebih lanjut tentang perjuangan melalui demokrasi ini kerana memerlukan perbincangan yang berasingan (dan sedang diusahakan dalam page Pembahasan Demokrasi, insya Allah). Apa yang penting ialah, walaupun berbeza pandangan dari segi pendekatan yang digunapakai, saya dapati bahawa telah wujud kesepakatan bahawa khilafah itu suatu kewajipan. Dan pandangan ini semakin hari semakin mendapat tempat di hati umat Islam. Hanya golongan sekularis, Islam Liberal, dan mereka yang takut kehilangan kuasa sahaja yang menentang seruan terhadap khilafah ini. Sebahagian yang lain pula tidak menentang, tetapi hanya bersikap pesimis terhadap tertegaknya khilafah.

Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa perjuangan khilafah ini terlalu ideal dan tidak berpijak pada realiti. Bahkan ada yang memainkan isu PPSMI dan ‘mendaulatkan bahasa ibunda’ dalam equation perbincangan. Katanya, bila khilafah tertegak nanti bahasa Arab akan dijadikan pengantar rasmi daulah. Ah, sudah. Saya ni merupakan pengkhianat bangsa-lah kalau mengikut perspektif asabiyah mereka. Bagaimana dengan hak istimewa orang Melayu? Bagaimana dengan DEB? Kamu tu produk DEB juga. Kalau tiada quota, jangan harap kamu dapat masuk sekolah berasrama penuh dan universiti siap dapat biasiswa lagi, semudah itu. Ingat sikit asal-usul kamu tu. Jangan jadi orang yang tak bersyukur. (Perenggan ini bukan dialog daripada kenalan saya itu, harap maklum).

Saya tak minta pun diberikan keistimewaan sebegini. Bahkan saya kurang senang dengan ‘keistimewaan’ yang diberikan kepada saya. Kerana ia berdiri atas dasar asabiyah yang jelas-jelas bertentangan dengan syariat Islam. Mengenai biasiswa dan segala macam bantuan itu, cukuplah jika saya katakan bahawa yang mengurniakan rezeki ialah Allah swt. Selebihnya, faham-faham sendiri sahaja-lah ya. Jangan sampai ada yang mengaku bahawa dialah ar-Raziq yang memberikan rezeki kepada orang lain sudahlah… Wa iyazubillah.

Perbincangan kami terhenti di situ kerana program seterusnya telahpun bermula dan para peserta dipanggil masuk ke dewan semula. Ketika hendak berangkat pulang setelah tamat program, barulah beliau diberitahu mengenai hakikat sebenar, iaitu saya bersama dengan gerakan yang dikatakan hanya asyik dengan angan-angan khilafah itu. “Kenapa tak cakap awal-awal…” ujarnya sambil tersengih. Saya pun tumpang tersengih sama. Kami bersalaman dan berangkat pulang. Apapun saya tetap menghormati peribadi beliau kerana masih meneruskan hubungan dengan saya walaupun telah mengetahui perkara sebenar sehinggalah ke hari ini. Cuma kebelakangan ini sudah jarang menghubunginya disebabkan oleh kekangan waktu dan perbezaan jadual.

Kenapa baru sekarang saya tergerak untuk menulis mengenainya? Pertamanya kerana saya teringat semula mengenai perbualan ini setelah menonton Youtube mengenai perdebatan Konsep Khilafah vs. Demokrasi yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen Indonesia. Keduanya, bersempena dengan penganjuran seminar-seminar khilafah di beberapa tempat pada hujung minggu akan datang. Mudah-mudahan post saya ini dapat mencetus keinginan para pembaca sekalian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khilafah, kewajipan menegakkannya semula, peranan kita selaku Muslim, dan juga bagaimana khilafah berperanan sebagai penyelesaian kepada permasalahan umat. Sungguhpun demikian, kesemua ini semestinya tidak akan dapat dirungkai dengan hanya menghadiri sebuah seminar semata-mata. Oleh yang demikian, saya syorkan supaya mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut agar menghubungi pihak sekretariat supaya sesi perbincangan lebih lanjut dapat diatur mengikut kesesuaian waktu dan tempat masing-masing.

Sebelum saya menamatkan post kali ini, ingin saya tegaskan bahawa dengan tertegaknya khilafah bukan bererti seluruh masalah akan selesai secara automatik dan tidak akan timbul sebarang masalah lagi sesudahnya. Masalah akan tetap hadir, kerana penghuni khilafah bukanlah dari kalangan malaikat sebaliknya kita adalah manusia. Bezanya dengan sistem sekarang, daulah khilafah akan menanganinya dengan merujuk kepada syariat Islam dan bukannya melalui nafsu dan akal yang tidak berpandukan wahyu. Wallahu’alam…

KHILAFAH: kefardhuan yang dilalaikan

5 Respons to "Asyik-asyik Khilafah…"

Anta patut buat follow up dgn kawan anta tu..
Dia begitu asyik menghentam jemaah yg memperjuangkn Khilafah pada anta.. Ini bermakna tidak mustahil dia bercerita bnd yg sama pd org lain.
Follow up anta tu lbh kepada nk bina ukhwah Islam dan membersihkn tafsiran buruk yg dia pegang tu.. Jika betul pendekatan anta, mgkn dia mampu berfikiran positif kpd usaha menegakkan Khilafah ini..

Benar, ana ada follow up selepas tu, dan semenjak dapat tahu keterlibatan ana dengan jemaah tersebut dia sudah berubah. Seperti yang ana nyatakan dalam entri ana, hubungan kami masih OK walaupun selepas peristiwa tu & kami ada berhubungan selepas itu. Ana ada cuba berikan penjelasan juga. Sejauhmana keberkesanannya, wallahu’alam… Tapi dengan ana memang dia OK, dengan orang lain tu ana tak pasti, wallahu’alam… Ana berbaik sangka sahaja dengan dia…

Ana pun dah beberapa bulan juga tak bertemu dengan dia.

Kawan ana tu memang setuju dan positif dengan idea khilafah, cuma dari segi pendekatannya sahaja yang berbeza… Baginya, dia setuju dengan perjuangan dalam sistem.

Insya Allah ana akan cuba cari masa lapang untuk berbincang dengannya mengenai thariqah dakwah Rasulullah saw pula. Jazakallahu khair yaa akhi atas nasihat yang diberikan…

Asyik-asyik Khilafah!

Maafkan ku kawan atas kebosananmu
Melayan akan keasyikanku
Melantunkan firman dari al Furqan
yang indah penuh hudan

Maafkan ku kawan atas keresahanmu
mendengarkan keasyikanku
mengulang bicara dari junjungan
yang layak jadi ikutan

Namun ku tahu kawan
dalam kebosanan
dan dakapan keresahan
kau nampak kebenaran
dalam keasyikan

Walau enggan kau telan
ia tetap menerjah dan menerjang
hingga tidak tertahan
lalu termuntah madah pelarian;

“asyik-asyik Khilafah!”

Bagiku kawan
kebenaran memang mengasyikkan
bila sering diulang
lebih lekat di ingatan
menjadi motor yang menggerakkan
hingga membekas pada persekitaran

Biarkan ku kawan
si asyik dengan masyuknya
bergurindam cita dan harapan
yang nyata bukan khayalan

Demikianlah mafhum sabda Nabi
Khilafah penutup sejarah duniawi!

Maharani, 25 Mac 2009.

Jazakallahu khair, FM atas puisi tersebut.

Alhamdulillah, malam tadi ana berkesempatan untuk ke sebuah forum mengenai hudud dan ahli panel turut menyentuh tentang sistem khilafah. Walaupun ahli panel beranggapan bahawa realiti berperanan dalam mencorak hukum (sedangkan sepatutnya perkara sebaliknya), namun setidak-tidaknya aspirasi khilafah sudah semakin berkumandang dalam medan-medan umat sebegini.

Pada hemat ana, tiada gunanya jika sekadar menerapkan hudud namun sistem ekonominya masih berpaksikan kapitalisme yang menindas, sistem pendidikan pula gagal mencorak syakhsiyah Islamiyah, sistem perundangan dan pemerintahan masih berkiblatkan perlembagaan ciptaan Lord Reid & co. Ibarat menuang air ke dalam bekas yang berlubang. Buktinya, ada negara-negara kaum Muslimin yang menerapkan hudud tetapi masih gagal membendung jenayah yang makin berleluasa.

Penerapan sistem Islam dalam aspek bernegara semestinya wajar dilaksanakan secara menyeluruh dan bukannya sekerat-sekerat. Kerana tak mustahil tindakan sekerat-sekerat ini akan mendatangkan fitnah kepada Islam sendiri.

Wallahu’alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mac 2009
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: