apo nak dikato

Ego Seorang Ustaz…

Posted on: Mac 1, 2009

Post kali ini hanyalah luahan peribadi saya, berdasarkan peristiwa yang saya alami. Dan saya tak bermaksud hendak membuat generalization terhadap golongan asatizah semata-mata kerana sikap seorang ustaz ini. Seandainya ustaz tersebut ditakdirkan terbaca post saya ini, saya mengharapkan agar post ini menyedarkan kita semua. Mudah-mudahan post saya ini dapat menyentuh jiwa dan membuka minda kita supaya kita semua terdorong untuk menyucikan diri sifat mazmumah dan menundukkan ego yang menebal dalam diri. Insya Allah. Nama dan maklumat berkaitan tidak disiarkan demi menjaga aib. Apa yang penting adalah pengajaran daripadanya. Saya bukanlah seorang yang mencari-cari kesilapan orang untuk digunakan sebagai modal bagi menjatuhkan serta memburukkan mereka. Wa iyazubillah, minta dijauhkan daripada perbuatan sedemikian.

Peristiwa ini berlaku dalam tempoh sehari-dua yang lalu, tatkala saya berinteraksi dengan seorang ustaz mengenai sebuah isu. Segalanya bermula apabila isu mentaati pemimpin dibangkitkan oleh seorang fulan, yang kemudiannya mendorong saya untuk membangkitkan persoalan, “siapakah ‘pemimpin’ ataupun ‘ulil amri’ yang ternukil dalam nas-nas hadis dan ayat al-Quran itu?” Dalam masa yang sama saya turut membawakan beberapa potong hadis-hadis yang menekankan bahawa haram bagi kaum Muslimin terpecah kepada lebih daripada satu kepimpinan.

Dalam ertikata lain, tujuan saya bertanya adalah untuk menunjukkan bahawa status quo umat Islam pada hari ini (i.e. terpecah kepada lebih daripada 50 buah negara) adalah tidak absah di sisi syarak. Oleh yang demikian, bagaimana kita hendak menyeimbangkan antara tuntutan mentaati pemimpin dan dalam masa yang sama mematuhi hadis-hadis yang melarang kewujudan lebih daripada satu pemimpin bagi kaum Muslimin?? Benarkah kalimat pemimpin ataupun ulil amri dalam nas tersebut valid terhadap penguasa kaum Muslimin pada hari ini?? Bagaimana sikap kita terhadap isu ini?

Inilah pembahasan yang cuba saya ketengahkan. Hal ini kerana ada segelintir pihak yang menggunakan nas-nas mentaati pemimpin untuk mewajarkan status quo dalam senario politik umat Islam pada hari ini. Sedangkan hadis-hadis berikut secara jelas melarang umat Islam daripada mempunyai lebih daripada satu kepimpinan. Atau mengikut mafhum mukhallafah-nya, umat Islam wajib berada di bawah satu kepimpinan umum – khilafah.

1) Hadis riwayat Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

“Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

“Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”

2) Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam dalam hadis riwayat Abi Said al-Khudri bahawa Nabi bersabda:

”Apabila dibai’at dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” HR Muslim

Memang benar, saya tidak membahaskan atau mensyarahkan hadis-hadis tersebut secara terperinci mengikut disiplin hadis yang sepatutnya. Sebaliknya saya hanya menyatakannya secara ringkas. Hal ini disebabkan oleh kelemahan saya sendiri, kerana kekurangan ilmu, kesuntukan masa, dan kesukaran merujuk kepada sumber-sumber berkaitan. Lagipun perbincangan ini timbul secara spontan, sebagai respon kepada isu yang dikemukakan oleh pemula topik perbincangan. Namun, saya telah nyatakan sekiranya ada yang tak kena, maka dipersilakanlah untuk menegur serta memperbetul bahagian-bahagian yang salah.

Malangnya, respon yang diharapkan tidak kunjung tiba, sebaliknya kritikan peribadi dan sindiran pula yang menghujani diri saya. Seorang fulan yang turut serta dalam interaksi ini telah mengkritik saya dengan mengatakan saya ini memandai-mandai keluarkan ‘fatwa’. (Tak tergamak rasanya untuk meletakkan ayat yang beliau gunakan. Cukuplah saya nyatakan sedemikian rupa). Alhamdulillah, ada yang menegur sikap keterlaluan si fulan ini. Saya menjawab dengan menyatakan bahawa ini bukan fatwa rekaan saya sendiri. (siapalah saya ini untuk keluarkan fatwa..?). Ustaz tersebut pula menyatakan bahawa saya ini selalu lari dari kefahaman dalam hal-hal sebegini tetapi beliau tidak menunjukkan tang mana yang lari daripada kefahaman tu.

Terdapat beberapa lagi kritikan yang bernada memperlekeh ditujukan kepada saya, namun saya tak berhasrat untuk menyatakannya di sini. “Biasalah tu, kita bukannya malaikat. Juga bukannya robot. Manusia ini bermacam-macam perangainya…”, saya cuba memujuk hati saya yang sedikit terguris.

Sang ustaz tidak pula memberikan sebarang ulasan terhadap hadis yang saya ketengahkan, juga tidak memberikan respon terhadap persoalan pokok yang saya bangkitkan di awal perbincangan. Sebaliknya, beliau juga ‘join the club’ mengkritik saya (lebih kurang beginilah):

Analogi agak teruk, takpa anta student lagi, banyak perlu dipelajari, gaya berfikir pun agak mono atau ‘sugus’, dan tak lepas nak masuk bidang industri.. Sori, sadis sikit ayat ni tapi masuk dalam bab kaedah analogi, memang soalan macamni, kena tolak la jawabnya.. Baru 2 hadis dah guna nak hukum? Abih, tanpa menyebut kaedah fiqh & usulnya yang mengharamkan suatu benda lalu mengesahkannya, terus semua benda dalam bab kepimpinan sekarang adalah null & invalid.. syarak, syariat, fiqh, dan hukum, apa definisi & bezanya? sama kah?

Ya, memang saya masih belajar lagi… Ya, memang saya tak nyatakan kaedah fiqh & usulnya. Tetapi sang ustaz tidak memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, juga tidak memberikan syarah yang bersesuaian bagi hadis-hadis tersebut untuk menguatkan hujah beliau sendiri. Bahkan beliau kemudiannya mengubah topik lalu menyerang sebuah gerakan Islam dan mendakwanya sebagai gerakan ala-Freemason kerana tidak berdaftar dengan Registrar of Society serta kononnya merahsiakan saf kepimpinannya (walhal telah diumumkan secara terbuka). Eh?? Kenapa tiba-tiba dibangkitkan isu ini pula? Soalan saya langsung tiada kaitan dengan gerakan Islam tersebut. Mentang-mentanglah saya mempunyai affiliation dengan gerakan tersebut…

Seorang ilmuan yang terlibat dalam perbincangan ini juga turut menyerang gerakan Islam tersebut, dan mengatakan bahawa kita perlu melihat kepada realiti – bahawa hukum berubah berdasarkan ‘zaman, masa, dan sempadan geografi.’ [Benarkah? Untuk meneliti pembahasan secara ringkas mengenainya, sila klik di SINI untuk membaca SN yang bertajuk “Apakah Hukum Berubah Mengikut Zaman dan Tempat?”. Kalian dipersilakan untuk meneliti pendapat tersebut dan membuat penilaian secara adil terhadap persoalan ini.]

Sesi yang pada asalnya bertujuan membincangkan aspek kepimpinan bertukar menjadi medan mengkritik saya dan gerakan Islam tersebut. Saya cuba untuk menarik kembali perbincangan kepada persoalan pokok iaitu mengenai kepimpinan dalam Islam, namun tidak berhasil. Sang ustaz turut memperlekehkan tindakan gerakan tersebut yang menyeru tentera Muslimin untuk berjihad membebaskan Gaza (dan Palestin amnya) yang diganyang oleh rejim Zionis. “…masa ana dapat cerita tu, dan dibuat analogi, memang tak tau nak kata apa.. nak gelak? itu sudah pasti..”

Bahkan ilmuan tadi siap menuduh gerakan Islam tersebut sebagai kelompok jihadi disebabkan oleh seruan jihad yang dilaungkan. Sedangkan sememangnya saya sudah sedia maklum bahawa gerakan tersebut merupakan gerakan politik yang berjuang secara intelektual, bahkan tidak mempunyai sayap ketenteraan.

Ego Seorang Ustaz

Aliran perbincangan sudah menjadi semakin jauh daripada topik asal, sehingga akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengajak mereka untuk bertemu sendiri dengan aktivis gerakan Islam tersebut dan berbincang mengenainya – supaya perbincangan akan kembali terfokus kepada persoalan saya. Sang ilmuan telah mengatakan bahawa jika berbincang dengan saya memang memenatkan. Jadi dengan itu dia mencabar supaya saya memanggil tokoh daripada gerakan tersebut untuk berbincang dengannya. (Sila nilai sendiri akhlaknya terhadap ilmu yang ada di dada.)

Sang ustaz kemudiannya bertanya secara sinis, “Boleh tau anta amik bidang apa? Terkejut besar tengok pemahaman anta..” Sekelip mata sahaja saya sudah dapat menangkap maksud beliau apabila beliau bertanyakan soalan sedemikian. Beliau ingin mempersoalkan kredibiliti saya kerana saya bukanlah berasal daripada aliran agama. Tetapi saya tak mahu mempedulikannya, lalu berseloroh dengan mengatakan, “Ustaz ni sindir saya ke?” dan menjawab soalan beliau itu.

Ternyata sangkaan saya itu benar, apabila ustaz tersebut mengatakan lagi (lebih kurang begini, saya olah semula atau ‘rephrase’ tetapi maksud secara keseluruhannya tidak berubah); “Apa perasaan anta kalau ada orang awam yang tidak mengambil bidang perubatan bercakap dan melakukan rawatan? Mengambil alih autoriti orang berkelayakan… Begitu juga kami (merujuk kepada golongan ‘agamawan’ -pent.), marah apabila orang yang tak berkelayakan bercakap hal-hal ilmu agama”.

Maka, terbongkarlah perkara yang sebenarnya menjadi punca kepada melalutnya perbincangan kami. Rupanya ustaz tersebut tercabar egonya dan berasa bahawa saya ini tidak layak untuk berbincang dalam soal ini. Tetapi yang peliknya, di awal perbincangan beliau telah ‘menyerahkan tugas’ menjawab persoalan saya itu kepada seorang fulan yang bukan daripada bidang agama. Umurnya pun lebih kurang sebaya dengan saya. Bukanlah saya nak memperlekeh kredibiliti si fulan yang pada asalnya diamanahkan untuk menjawab persoalan saya itu. Tetapi point saya ialah, mengapa ustaz ini bias? Jawapannya, kerana saya berbeza pendapat dengan pandangan yang dipegangnya. Seolah-olah mencabar ilmu yang telah dipelajarinya dengan segala macam perit-jerih bertahun-tahun lamanya. Melawan taukeh…

Demikianlah kisahnya. Sewaktu post ini ditulis, beliau masih lagi belum memberikan syarah kepada hadis-hadis yang saya bawakan itu dan belum menjawab persoalan asal saya mengenai kepimpinan Islam. Beliau juga masih berpegang bahawa gerakan Islam yang saya nyatakan sebelum ini sebagai gerakan ala-Freemason, dan enggan bertemu dengan aktivis daripada gerakan tersebut. Walaupun saya sudah menafikan tuduhan beliau itu secara rasional. Beliau juga memberikan amaran untuk ‘menghalau’ saya sekiranya selepas ini saya masih banyak soalnya.

Setelah membaca perkongsian saya ini boleh jadi akan ada yang bersetuju dengan pendapat ustaz tersebut mengenai’ autoriti bidang yang diceburi’. Saya tidak menyanggah sepenuhnya pandangan ustaz tersebut dalam isu ini. Tetapi persoalannya sekarang, bukannya saya yang memandai keluarkan fatwa. Bahkan saya telah meminta ditegur sekiranya tersilap. Salahkah kalau orang yang tidak mendalami pengajian bidang agama secara formal di peringkat tertinggi mengemukakan pendapatnya yang bersandarkan nas? Lainlah kalau saya memandai membuat tafsiran sendiri tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih. Saya merujuk kepada hadis-hadis yang sahih. Walaupun saya tak berupaya mengukuhkan hujah saya, tetapi adakah bermakna pendapat yang saya kemukakan itu (bukan rekaan saya) salah dan tertolak? Kita menilai berdasarkan hujah dan dalil, bukannya berdasarkan latarbelakang seseorang. Jika hujah dan dalil yang saya bawa itu tidak tepat, maka tegurlah. Mengapa harus lari dari topik dan menyerang peribadi?

Jika benarlah saya ni memang langsung tak layak, mengapa bersikap bias? Hanya mengkritik saya, sedangkan si fulan yang seorang lagi itu siap diberikan izin menjawab persoalan yang saya bangkitkan. Terdetik dalam hati saya, “Hina sangat ke aku ni? Jahil sangat ke aku ni?”

Wallahu’alam… post saya ini sekadar luahan, dan bukannya hendak memburuk-burukkan golongan asatizah. Saya amat menghormati ulama’ dan para ilmuan. Islam meletakkan darjat yang tinggi bagi orang yang berilmu. Tetapi, jika beginilah sikap dan egonya, MAAF. Sedikit-sebanyak saya telah hilang kethiqahan atau kepercayaan terhadap ustaz tersebut. Namun tak bermakna saya membencinya… Beliau tetap saudara seakidah saya yang lebih berilmu berbanding saya. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengambil pendapat beliau. Saya sedia memaafkan beliau, walaupun beliau tak memintanya…

p.s. Ustaz juga seorang manusia yang bukan maksum. Tidak lari daripada kesilapan dan ego yang tersendiri… Lebih-lebih lagi bila berada dalam kelompok yang majoritinya sepakat dengan pandangan yang beliau bawa selama ini… Semakin besarlah egonya…

22 Respons to "Ego Seorang Ustaz…"

salam,

jika sudi, ana sudi utk berjumpa dgn ustaz tersebut… insyaAllah, atas dasar ukhwah… smpaikan salam ana pd sang Ustaz… Salam Ta’zim dr ana, bg pencari kebenaran… Syukron…

Salam buat Ghazi,

Apa yang enta lalui adalah pengalaman yang biasa dilalui oleh pengembang dakwah. Lebih banyak enta berdakwah, maka lebih ramai lagi golongan begini yang enta akan temui. Memang ia menguji kesabaran kita apabila berhujah dengan yang buruk akhlaqnya sebegini.

Bongkak dengan title ustad, dan serangan peribadi terhadap pendakwah yang bukan ustad, adalah teknik yang biasa digunakan oleh sesetengah ustad apabila kalah hujah. biasanya ustad begini bukan berilmu sangat pun, sebab itu seperti kata enta, dia tak keluarkan hujah pun kecuali sindiran dah hentaman kepada enta. Bagi mereka tidak salah berhujah dengan cara yang kurang ajar begini. Tetapi bagi kita, kita tidak boleh menyerang peribadi seseorang, hukumnya berdosa. Maka perlulah banyak bersabar.

Perumpamaan ustad begini adalah umpama seorang yang tak tahu berenang tapi sedang berada di tengah lautan. Dia akan cuba menggapai apa saja secara membabi buta untuk berpaut. Tanpa memikir benda tersebut sesuai dipaut atau tidak, digapainya saja. Maka dia tak mengira apa. Samalah golongan begini, tak kira halal atau haram, hatta menghina, memperlekeh dengan bongkak lagi takbur, mereka sanggup lakukan asalkan tidak kalah hujah dengan seorang yang bukan digelar ustad.

Jadi, bagaimana untuk menyentak golongan yang bongkak lagi ego sebegini? Secara peribadi, ana cenderung mengambil contoh2 yang ditegur oleh Allah dalam AlQuran, nabi dalam hadith mahupun golongan kufur dalam sirah. Kita tidak boleh menyamakan individu ustad tersebut dengan individu yang dikutuk oleh nas. Tetapi sikap individu yang dilaknat Allah itu, jika sikap tersebut juga yang dipamerkan oleh ustad tersebut, maka kita nyatakan laknat Allah terhadap sikap tersebut.

Notify me of follow-up comments via email.
COntohnya jika kita jumpa dengan orang yang taksub kepada ulama’, kita gunakan cercaan Allah kapada Yahudi dan Nasrani. Memang ia satu perumpamaan yang pedih, tapi kita sampai dengan jalan yang syar’ie terpulang kepadanya untuk menerima atau terus bongkak.

Ana juga biasa menngunakan hadith berkaitan kesombongan, selendang Allah dsbnnya jika berhadapan dengan orang begini. Memang ia pedih, tapi hakikat kebenaran, wajib diterima.
Oleh itu pembacaan dalam sirah2 tentang perilaku kufar musyrik, boleh mambantu kita memenegur golongan bongkak sebegini dengan cara yang syar’ie tapi cukup tajam menusuk qalbu. Waktu itu, dia perlu buat keputusan, antara kebenaran dan ego seoarang ustad.

Ghazi, enta tidak perlu bersusah hati. Dulu ana pun pernah diperlekeh sedemikian oleh golongan yang kononnya ustad ini. Tapi hakikatnya, jika ustaz tersebut benar2 berilmu dia tidak akan berakhlaq buruk begitu. Sebenarnya uztad tu, walaupun belajar 5,6 tahun di timur tengah apatah lagi IPT tempatan, dia tak tahu dengan mendalam. Pengetahuannya sangat asas dan tidak komprehensif. Mereka tidak seperti para pendakwah yang belajar Islam secara talaqqi dan semata untuk diamal dan didakwah. Mereka hanya belajar Islam secara silibus, untuk jawab peperiksaan, dapat ijazah dan carik makan. Apabila berhujah kita akan nampak banyak kejahilan mereka. Oleh itu, kalau begitulah cara mereka berjadal, mereka hanya menempah ‘maut’, jika membalas bola tanggung mereka dengan contoh2 peribadi yang dikutuk Allah dan Rasul.

Jadi, jangan bersedih, persediakan diri dengan nas2 pengukuh nafsiah sedemikian.

Assalamualaikum..
Rasa terbakar dan geram bila baca entri anta kali ni..ada jugak orang yg macamtu..apalah
yang ada dalam pemikiran orang sebegini.Belajar agama untuk kepentingan diri hingga sanggup mengenepikan dalil.
Ana seorang pelajar agama dan mempunyai ijazah dalam bidang usuluddin dan bab ni memang bahagian ana..rasanya mungkin boleh kot ana bersemuka berbincang dengan si ‘ustaz’ yang mementingkan status quo ni.(sekadar berseloroh)
Apapun ana harap anta mampu bersabar dengan kerenah ‘si ustaz gelaran’ ni..kerana hanya mereka yang betul2 berilmu dan beramal dgn ilmunya sahaja layak untuk gelaran ustaz tanpa dilihat apakah kelayakannya.
Para sahabat dan tabi’en dahulu pun bukanlah ada kelayakkan sebegini utk memegang hak bercakap agama.
terus istiqamah dgn perjuangan anta..mudah mudahan ada kebaikan insyaallah.salam

Salam dari saudara seperjuanganmu,

Wah sungguh tajam lagi pedas nukilan rasa sedara ni.. Mudahan Allah memberikan ganjaran dan berkah yang berlipat ganda atas dakwah dan kesabaran saudara yang tidak banyak ditemui pada masa kini. Mudahan juga menjadi pengajaran atas para asatizah yg ego cuma berbekalkan sijil yg basah bila terkena hujan, dan hancur bila dipancar mentari, dan bukan berbekalkan ilmu yg tinggi di dada. Rata2 kebanyakan hamlud da’wah masa kini lebih terikut2 dgn emosi malah meletakkannya sebagai ‘raja’ dan berlindung disebalik ego yg sebenarnya rapuh dan luluh.

Syabas, dan teruskan usaha. Moga usaha kita bersama ini akan menjadi saksi kepada mata2 dan hati2 yg hitam dgn kebencian dan ego yg meninggi langit bila tertegaknya Khilafah a’la minhajin nubuwah..

Dari geng ‘ala freemason’ seangkatan… kekekekeke..

Salam, akhi thinker. Insya Allah ana akan cuba sampaikan permintaan anta kepada ustaz tersebut… Jika pihaknya bersetuju, insya Allah saya akan cuba cari waktu lapang bagi memudahkan kita semua bertemu…

Salam, wuzara. Terima kasih atas nasihat dan pengalaman peribadi yang anda kongsikan. Pendekatan yang anta cadangkan itu baik untuk diamalkan. Insya Allah ana akan cuba perbanyak hafalan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis berkaitan dengan soal akhlak dan syakhsiyyah.

Tetapi silap saya juga, kerana berseorangan ketika “berdepan” dengan mereka. Ditambah lagi dengan ilmu ana yang tak seberapa ini.

Wallahu’alam…

Assalamualaikum, saudara Ahmad Mustaqim. Terima kasih atas dorongan dan nasihat yang diberikan. Kalau diikutkan hati, memang saya pun terbakar juga dengan sikap yang dipamerkan oleh mereka. Namun, sekiranya saya membalas, apa bezanya saya dengan mereka? Silap-silap nanti ada orang buat artikel “Ego Muhammad Ghazi” pula di dalam blognya… hehehe, sekadar bergurau…

Kalau tak keberatan, harap ustaz dapat bantu saya memperkemas hujah dan syarah bagi kedua-dua hadis mengenai keharaman berbilang pemimpin tersebut. Saya cuma membahaskan mengenai istilah “bunuh” dalam hadis kedua sebagai petunjuk (qarinah) mengenai keharaman mempunyai lebih daripada seorang khalifah. Sedangkan zaman sekarang ini, umat Islam bukan sahaja berpecah-belah kepada negara-negara berasingan, bahkan sistem khilafah itu sendiri sudah tiada (buat masa ini sahaja. Insya Allah akan segera kembali…)

Hujah tersebut pun saya pelajari daripada SN.

Wallahu’alam… saya dahulukan dengan sekalung penghargaan…

Salam perjuangan, saudara Hamzah (macam kenal, hehehe… actually kita memang saling mengenali…) Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Hehehe, hati saya tercuit bilamana mengenangkan label gerakan ala-Freemason yang dilemparkan… Telah banyak tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada gerakan Islam ini. Tidak cukup dengan muktazilah, khawarij, terrorist, extremist dsb, kini ditambah lagi dengan gelaran ala-Freemason pula.

Sejujurnya, saya cukup kecewa dan berkecil hati dengan sikap ustaz sebegini… Namun dugaan sebegini merupakan pengalaman yang amat berharga, dan akan saya jadikan panduan dalam berinteraksi dengan masyarakat pada masa akan datang. Mohon didoakan supaya kita semua istiqamah di jalan-Nya… Amin…

Saya masih hijau lagi dalam medan dakwah. Baru belajar bertatih. Jadi sekiranya pendekatan yang saya gunakan ataupun fakta yang saya bawakan itu salah, mohon supaya ditegur seadanya. Sila tunjuk ajar…

hamzah yang kena chikngunya tu hari ke?

Ya, orang yang sama…

Salam,

Apa-apa pun ana angkat topi dengan budak ghazi ni!

Berikut adalah puisi pengobar semangat…hehehe!

Selamat datang adik!
Mari duduk di sisi
Kita teruskan diskusi
Bukan diskusi mengejar kerusi
Bukan juga diskusi mengayam mimpi
Tapi diskusi sira’ ul fikri!

Sengseng legan bajumu!
Mari gandeng dengan tanganku
Bukan untuk menghayun tinju
Bukan juga untuk memetik pemicu
Tapi untuk melakar sejarah supaya umat tidak lagi parah
Melalui kifah di medan syiasah!

Maharani, 3 Maret 2009.

Salam, FM… hehe, anta pakai topi ke? Ingatkan pakai kopiah… Gurau je, jangan ambil hati ya…

Sebuah puisi yang menarik & banyak memberikan pengajaran terutama kepada daie sekalian… Sira’ul fikri & Kifahus siyasi… Terima kasih FM…

:)

p.s. update terkini: Ustaz tersebut menarik diri daripada meneruskan sesi perbincangan selanjutnya…
“I have a lot of other things to be done…”

Kerja apa? Jangan kerja menyebarkan fitnah “gerakan ala-Freemason” sudah lah… :D
(tapi saya tak cakap lah, sekadar pendam di dalam hati pada waktu itu…)

[…] Nota: Kredit untuk puisi yang dikongsi oleh Fikrul Mustanir di dalam blog seorang sahabat. Semoga penulis blog ditabahkan hati dan diteguhkan iltizam di jalan dakwah. [Seperti kukenali ustaz itu …. ] (https://muhammadghazi.wordpress.com/2009/03/01/ego-seorang-ustaz/#comments).  […]

[…] untuk menyentuh tajuk ini setelah membaca tulisan seorang sahabat di dalam blog beliau [Sila klik sini] ] berkenaan sikap seorang ustaz yang merasakan dirinya sentiasa benar dan tidak patut digugat […]

Patut anta tanya pada ustz tu..
Tanggungjawab menyampaikan dakwah Islam, terletak pada bahu “certificate” ustaz je ke.. Yang ambil aliran sekunder (fardu kifayah) sebagai pendidikan formal tak perlu berdakwah? Tak perlu sampaikan Islam?

Ana juga ada pengalaman yg sama.. Berbicara ttg demokrasi tak relevan, dan wajibnya Khilafah, dia yang nak pertahankan demokrasi tu, jadi dia kata sblm berbicara ttg nak tegakkan Khilafah, tegakkan Khilafah dlm diri kamu dulu.. Jaga qiamulail dan lain2..

Terima kasih akhi Faizal. Qiyamullail dan amalan-amalan sunat lain tu memang tak kurang pentingnya,bahkan termasuk dalam perkara taqarrub ilallah. Tetapi ustaz tu tak sedar agaknya bahawa menegakkan khilafah merupakan satu kefardhuan, manakala bergelut dalam demokrasi merupakan suatu keharaman. Justeru, adalah suatu yang tidak wajar jika kita mengejar sunnah (mandub), tetapi dalam masa yang sama meninggalkan kefardhuan dan juga mengamalkan keharaman.

Konsep khilafah yang kita bawa merupakan istilah syarak yang mempunyai huraiannya yang terperinci. Ini berbeza dengan istilah khalifah yang termaktub dalam ayat 30 surah al-Baqarah itu. Wallahu’alam. Harap perbetul jika ada kesalahan…

Wassalam

Ayuh pejuang.perkuatkan nafsiyah anda dengan amalan nawafil.solat cuba senantiasa berjemaah

Terima kasih amidi atas peringatan yang amat berharga itu… Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua. Semoga menjadi pedoman kepada kita semua selaku hamba-Nya…

Salamualaikum Bro..

HiHi.. Saya just nak komen ckit kat Bro Wuzara pyer komen tuh..

Saya ni pun x pandai ngan hal-hal nih.. Tapi Komen Sedara Wuzara tuh nmpak mcm ade telebih ckit.. HiHi.. maybe sy jekot yang terasa “TERLEBIH”nya tuh..

sy nak ckap panjang-panjang pun x pandai.. Cumanya.. sy just x sedap kot ngan Komen tuh.. HaHa.. Adooii..

sy pun x tau nak kata sape ego sape x ego psl x tau pun kisah yang full tuk sy buat kesimpulan yang adil.. Mungkin sahaja cara ustaz tu memang mcm tuh.. Bukan sombong dan ego.. tetapi Pendekatan yang digunakan ada sedikit tersasar dengan si penerima.. maybe ustaz tu kena lebih peka kot dengan siapa dia tengah bercakap dan berhujah.. hihi..

Serangan peribadi… kalah Hujah… Teknik biasa.. mcm yang Sedara Wuzara ckp tuh.. Hihi… sy cukup x sedap… HaHaHa.. Adoii.. asyik gelak je nih..

kesimpulannya…. Maybe awk betul dalam hal nih…. n maybe ustaz tu betul dalam isu yang dibangkitkan.. kita pun x tau.. kita hanya akan tau bila kedua-dua pihak diketahui niat masing-masing dalam berhujah dan dalam mengeluarkan kata..

or maybe just ada salah faham dalam hal nih.. yang mana kedua-duanya x salah… dan kedua-duanya betul… dan disebabkan tersalah faham akan keadaan yang berlaku… maka berlakulah perselisihan yang menyebabkan keluar perkataan EGO… au MARAH.. au X PUAS HATI…. dan len2 lagi…

:-)

Oklah Bro… maaf k menyibuk kt blog awk.. HihiHi….

kadang-kadang malas nak fkir benda-benda camnih… :-)

Apapun.. semoga istiqamah dalam perjuangan nih…. Semoga kita semua diberkatiNya… Ameen….

Salam, Dr. AFiFi, pertamanya terima kasih sebab sudi tinggalkan komentar di sini. Tak adalah, mana ada menyibuk. Bahkan sememangnya digalakkan… Hehe (awak asyik gelak, saya pun nak gelak jugaklah kalau macam tu… hehe)

Mengenai kisah interaksi antara saya dan ustaz tu, sememangnya saya tak berhasrat nak bercerita penuh kerana matlamat asal penulisan post kali ini adalah sekadar luahan perasaan. Mengenai persoalan yang dibangkitkan dalam interaksi itu pula, rasanya memerlukan pembahasan yang berasingan. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk melepaskan tekanan dan berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan ada yang bermanfaat untuk pembaca sekalian dan juga diri saya sendiri.

Namun, bukanlah niat saya nak dakwa sayalah yang terbaik dan paling beretika dalam perbincangan. Bukan itu niat saya. Jauh sekali hendak menghina kedudukan ustaz tersebut. Tetapi jika benarlah ustaz tersebut berniat baik untuk menegur saya, mengapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti “…gaya berfikir pun agak mono atau ’sugus’, dan tak lepas nak masuk bidang industri…” ? Interaksi tersebut merupakan interaksi ilmiah, bukannya audition untuk American Idol (yang mana pengkritiknya memberikan kritikan ‘membunuh’). Daripada keseluruhan perjalanan perbincangan, memang ketara sekali persepsi negatif beliau terhadap orang yang bukan ‘agamawan’ tetapi ‘menyibuk’ nak bercakap tentang hal-hal keagamaan.

Jika benar tersilap, maka tunjukkanlah di mana silapnya. Jika benar-benar ilmiah, maka bahaskanlah hadis-hadis yang menjadi teras perbincangan. Mengapa perlu alihkan topik kepada kritikan terhadap sebuah gerakan Islam pula? Tambahan lagi, dakwaan tersebut langsung tidak masuk akal serta berniat buruk. Apa yang saya nampak, tujuan beliau membangkitkan dakwaan terhadap gerakan tersebut adalah bagi menunjukkan kepada orang-orang lain yang terlibat dalam interaksi tersebut, bahawa “Dia ni merujuk kepada sumber yang tak boleh dipercayai (i.e. gerakan ala-Freemason)”. Jika tidak, untuk apa lagi?

Wallahu’alam… apapun ini cuma dilihat daripada perspektif saya, apa yang sebenarnya ada dalam hati ustaz tersebut hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan anda.

:)

poji, bersabarlah sahabatku~ adat resam kehidupan manusia ini pelbagai ragam. bila nak kuar minum? hehe

hehe, bisa diatur rafiq. Tapi bukan dalam masa terdekat la, ada kerja sikit (banyak sebenarnye.. adeh). Dalam 1,2 minggu lagi la, insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mac 2009
F S S M T W T
« Feb   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: