apo nak dikato

Forum Palestin: Antara Kebenaran & Realiti – post-mortem

Posted on: Februari 25, 2009

Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah forum mengenai Palestin yang dianjurkan di kolej saya. Pada asalnya, saya tidak larat untuk menghadiri program tersebut kerana keadaan fizikal saya yang tidak begitu sihat semenjak pagi lagi. Setelah mengambil ubat, saya pun berbaring dan kemudiannya terlena. Seorang sahabat saya telah cuba menghubungi saya untuk mengajak saya turut serta ke program tersebut. Namun saya tak menjawab panggilan tersebut kerana sedang tidur lena ketika itu. Saya hanya menghubungi beliau beberapa jam kemudian sesudah saya sedar daripada tidur. Ketika itu, program tersebut masih berlangsung disebabkan lambat bermula kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Alhamdulillah, keadaan badan saya juga semakin baik. Akhirnya saya berjaya dengan izin Allah untuk hadir ke program tersebut.

Setibanya saya di tempat program tersebut, saya dapati bahawa sesi soal-jawab sudahpun bermula. Kehadiran boleh dikatakan agak memuaskan, walaupun tidaklah sehebat bilangan yang hadir di PUTIK bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Hadi. Setelah bersalaman dengan sahabat saya serta mengambil tempat, cepat-cepat saya cuba menangkap butir-butir yang diluahkan oleh ahli panel ketika itu. Antara soalan-soalan yang dilontarkan dalam sesi soal-jawab tersebut adalah mengenai hukum pengebom berani mati dan juga seruan jihad ketenteraan di kalangan negara kaum Muslimin bagi membebaskan Palestin.
Maafkan saya kerana tidak dapat memberikan laporan yang baik dan menyeluruh mengenai forum tersebut. Kerana saya tidak berkesempatan untuk mengikuti forum tersebut dari awal. Ini diburukkan lagi dengan keadaan badan saya yang masih belum sihat sepenuhnya.

Antara isi yang menarik perhatian saya, salah seorang ahli panel iaitu ustaz Azman ada menyentuh mengenai Amirul Mukminin @ Khalifah dalam menjawab persoalan mengenai seruan menghantar ketumbukan tentera bagi membebaskan Palestin. Alhamdulillah, nampaknya seruan kepada penyatuan umat Islam secara politik di bawah naungan sistem khilafah semakin mendapat tempat dalam umat.Apatah lagi apabila seruan ini dibangkitkan oleh seorang penggiat dakwah yang gigih menyampaikan risalah Islam. Secara tidak langsung, ini akan mempercepat lagi penyebaran konsep dan kewajipan menegakkan semula sistem Islam yang telah ditumbangkan pada 1924 di kalangan masyarakat.

Walaupun terdapat beberapa penyelesaian yang dikemukakan itu tidak saya setujui, namun tidak bermakna kita harus berpatah arang dengan mereka. Sebaliknya ruang untuk bekerjasama dan sinergi masih terbentang luas, hanya menanti tindakan daripada kedua-dua belah pihak untuk memanfaatkannya sahaja demi kebaikan Islam dan umatnya.

Biarpun berbeza dari segi fikrah dan juga pendekatan yang digunakan, namun saya percaya bahawa matlamat yang ingin dicapai oleh setiap gerakan Islam adalah sama, iaitu untuk mengembalikan semula Islam secara syumul dalam kehidupan. Moga-moga dengan tercapainya matlamat tersebut, kita semua akan beroleh redha Allah swt.

Kewajipan menegakkan khilafah semula bukanlah sekadar ditanggung oleh Hizbut Tahrir, Ikhwanul Muslimun dan gerakan-gerakan Islam yang berjuang secara politik semata-mata. Sebaliknya ia merupakan fardhu kifayah yang wajar ditanggung oleh setiap individu Muslim selagimana tiada pihak yang berjaya melaksanakannya. Ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa disebabkan oleh kewajipan tersebut merupakan fardhu kifayah, maka dia terlepas daripada menanggungnya. Pandangan sebegini adalah tidak tepat. Kewajipan tersebut akan tetap tertanggung di bahu kita semua selagimana tidak ada pihak yang berhasil menegakkan semula khilafah.

Ijma’ para Sahabat telah membuktikan bahawa wajib bagi membaiah seorang khalifah dalam masa tiga hari dua malam, sedangkan kita pada hari ini sudah 85 tahun tidak mempunyai seorang khalifah yang dibaiah dalam sistem khilafah. Sudah semestinya dosa tersebut tertanggung di bahu setiap daripada kita kecuali jika kita terlibat sama berusaha menegakkannya. Dengan demikian, barulah dosa tersebut terangkat daripada menimpa kita.

Mungkin ada yang memandang enteng tuntutan tersebut, dan tidak berasa bersalah dan gelisah sebagaimana perasaan kita jika tertinggal solat fardhu ataupun terlanjur melakukan maksiat. Sedangkan kewajipan menegakkan khilafah ini juga merupakan sebahagian daripada hukum syarak, yang mana menjadi kewajipan untuk dilaksanakan dan berdosa jika ditinggalkan atau diabaikan. Bahkan dalam sebuah hadis ada dinukilkan bahawa sekiranya seorang itu mati tanpa baiah (terhadap seorang khalifah) di lehernya, maka matinya itu adalah mati dalam keadaan jahiliyah. Sepertimana hadis-hadis berikut;

“Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tidak ada baiat (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” (HR. Muslim)

“Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tidak ada baiat (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” (HR. Muslim)

“Barangsiapa keluar dari ketaatan dan memisahkan diri dari jamaah lalu mati, maka maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” (HR. Muslim)

Banyak lagi dalil-dalil al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ us Sahabah, dan sebagainya yang menyentuh mengenai kewajipan adanya khilafah bagi menaungi seluruh umat Islam. Bagi yang berminat untuk mendalaminya dengan lebih lanjut, saya mengesyorkan supaya kalian menghubungi mana-mana syabab Hizbut Tahrir dan seterusnya mengikuti program anjurannya. Ataupun rujuklah kepada mana-mana alim-ulama’ yang tsiqah dan diyakini ilmunya.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya khilafah bukanlah ‘hak milik’eksklusif Ikhwanul Muslimun, Hizbut Tahrir, al-Qaeda ataupun mana-mana gerakan Islam. Sebaliknya khilafah adalah milik umat Islam keseluruhannya.

Persepsi Masyarakat Terhadap Khilafah

Malang sekali, terdapat sebilangan pihak yang pesimis terhadap perjuangan menegakkan khilafah. Bahkan ada yang menganggapnya sebagai sebuah utopia dan para pejuangnya merupakan orang-orang yang tak berpijak di bumi nyata serta tak bersandar kepada realiti. Benarkah begitu?

Sudah tentu tidak. Tidakkah mereka percaya kepada janji Allah melalui pertuturan Rasulullah saw ini?

“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.” Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]

Bukankah hadis ini jelas menunjukkan bahawa kebangkitan khilafah kali kedua adalah kepastian? Hanya saja kita perlu berusaha untuk mencapainya berdasarkan hukum sababiyah (sebab-akibat). Tidak mahukah kita menjadi sebahagian daripada insan yang turut serta merealisasikan janji Rasulullah saw ini?

Seperkara lagi, menegakkan khilafah merupakan salah satu daripada hukum syarak yang wajib dilaksanakan. Kepada insan-insan yang mendakwa bahawa kegiatan menegakkan khilafah itu sebagai suatu yang tidak berpijak di bumi nyata, ingin saya lontarkan persoalan berikut, “Adakah hukum syarak yang perlu tunduk kepada realiti ataupun realiti yang harus diubah agar selaras dengan tuntutan syarak?”

Sama-samalah kita merenungkannya.

Terdapat juga di kalangan umat Islam yang hanya melihat khilafah dari perspektif sejarah dan pengajian akademik semata-mata. Dari kalangan ini, ada pula segelintir yang melihat bahawa sistem khilafah hanya sesuai untuk kurun-kurun terdahulu, dan tidak lagi relevan dalam dunia pada hari ini. Ada antara mereka yang berhujah bahawa Islam tidak menggariskan secara rinci struktur pemerintahan bagi umat Islam. Mereka melihat Islam hanya menggariskan ciri-ciri pemimpin yang baik semata-mata. Sedangkan hakikatnya Rasulullah saw telahpun menunjukkan garis panduan dalam membentuk model sistem khilafah. Jika tidak, masakan wujud frasa “khilafah atas manhaj kenabian” sepertimana yang termaktub dalam hadis yang telah saya nyatakan sebelum ini. Bahkan Rasulullah telah menunjukkan thariqah yang wajar ditempuh bagi menegakkannya.

Walaupun pembahasan mengenai struktur khilafah dan thariqah menegakkannya ini termasuk dalam perbincangan fiqhiyyah (yang mana bergantung kepada ijtihad para mujtahid), namun setidak-tidaknya struktur dan thariqah yang didokong oleh Hizbut Tahrir ini dibina dengan merujuk kepada sumber syarak. Sedangkan struktur pemerintahan pada hari ini adalah berasaskan sistem demokrasi kapitalis (dan juga komunis-sosialis tidak lama dahulu), manakala thariqah pilihanraya demokrasi pula diambil daripada sumber hadharah yang asing daripada dunia Islam sehinggalah beberapa kurun terdahulu (tatkala tahap pemikiran ummah semakin melemah).

Insya Allah saya akan tampilkan dalam post saya seterusnya dalil-dalil secara ringkas mengenai struktur daulah Islamiyyah berdasarkan sirah nubuwwah dan para sahabat Radhiallahu ‘anhum ketika zaman Khulafa’ ar-Rasyidin. Untuk rujukan lebih lanjut, saya mengesyorkan supaya kalian membaca buku “Ajhizah Daulah al-Khilafah – fi al-Hukmi wa al-Idarah” atau dalam versi Indonesia “Struktur Negara Khilafah – Pemerintahan dan Administrasi”.

Kelompok seterusnya pula merupakan mereka yang tidak tahu menahu tentang khilafah apatah lagi kewajipan untuk menegakkannya semula. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya kerana kejahilan mereka. Maafkan saya kerana menggunakan perkataan ‘jahil’ yang dirasakan berat oleh sesetengah pihak. Namun inilah hakikatnya. Sewajarnya kita tak melenting apabila kita menyedari kejahilan kita dalam sesebuah hukum syarak. Sebaliknya ini akan mendorong kita untuk lebih mendalaminya, apatah lagi jika hukum tersebut wajib dan tertanggung di bahu kita semua. Saya pun bukanlah seorang ulama’ yang arif dalam setiap selok-belok hukum. Masih banyak lagi ilmu yang masih belum saya terokai. Masih berkoyan-koyan lagi tsaqafah Islam yang masih belum saya ketahui. Bahkan, saya percaya di kalangan pembaca sendiri ramai yang jauh lebih arif berbanding saya.


Secara ringkasnya, dalam menanggapi khilafah dan kewajipan menegakkannya semula, umat Islam terbahagi kepada beberapa kelompok:

1. Mereka yang tidak tahu,
2. Mereka yang tahu dan mahu berusaha ke arahnya,

3. Mereka yang tahu, tetapi tak mahu berusaha (kerana tidak merasakan khilafah sebagai suatu yang relevan)

4. Mereka yang tahu, tetapi tak mahu bahkan memperlekeh serta menentang sebarang usaha ke arahnya (kerana mempunyai kepentingan peribadi),

5. Mereka yang tahu, mahu dan mampu (ahlu quwwah yang berkemampuan untuk mendokong perjuangan khilafah serta menyedari akan kewajipannya). Merekalah yang akan memberikan nusrah, seterusnya menjamin survival khilafah dan perjuangan deen dengan izin Allah, sebagaimana kaum Ansar yang mendokong dakwah Rasulullah saw.

(sekalung penghargaan kepada Ustaz Hasrizal a.k.a. Saiful Islam, kerana saya meminjam konsep ‘tahu,mahu, dan mampu’ yang beliau terajui).

Permasalahan di Palestin: Khilafah dan Jihad adalah penyelesaiannya yang tuntas!

Dalam mendepani kemelut di Palestin, pelbagai pihak telah tampil mengemukakan penyelesaian demi penyelesaian. Tindakan boikot, demonstrasi aman, kutipan derma, konsert amal, bantuan kemanusiaan dan sebagainya. Namun, ternyata bahawa kesemua tindakan tersebut hanyalah memberikan penyelesaian yang bersifat ‘partial’. Ataupun hanya merawat simptom bagi krisis tersebut tanpa menyelesaikan permasalahan pokok iaitu penjajahan rejim Zionis terhadap Palestin.

Saya mengesyorkan supaya kalian membaca links berikut untuk mengikuti huraiannya secara lebih mendalam. Mudah-mudahan bermanfaat…

1. SN178 – WAHAI TENTERA KAUM MUSLIMN, GAZA MEMERLUKANMU!

2. Hukum syarak terhadap isu Gaza

3. Resolusi 1860 PBB merupakan bukti sikap pengecut para pemimpin kaum Muslimin

4. Selamatkan Palestina dengan Jihad dan Khilafah

_____________________________________________________________________

Forum tersebut bertajuk “Forum Palestin: Antara Kebenaran & Realiti” anjuran JKP Balai Islam Kolej Kediaman Ibnu Sina, UM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan pihak Aman Palestin. Forum tersebut diadakan pada 24 Februari 2009 jam 9 malam (tetapi lewat kerana masalah teknikal). Kumpulan nasyid Muadz juga hadir menyampaikan persembahan tetapi saya tak berkesempatan menontonnya.

Sahabat saya yang menghubungi saya itu ialah akhi thinker, dan kami bersama-sama ‘mengeteh’ setelah tamat forum… Akhi Thinker yang belanja… he he he… Insya Allah next time biar saya yang belanja pula ye…

Ustaz Azman (salah seorang ahli panel) merupakan seorang aktivis dakwah yang turut menyampaikan kuliah secara berkala di kolej saya. Beliau juga pernah menyampaikan pengisian kepada batch saya sewaktu kami attach di HTAR, Klang.

1 Response to "Forum Palestin: Antara Kebenaran & Realiti – post-mortem"

[…] Forum Palestin: Antara Kebenaran & Realiti – post-mortem […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Februari 2009
F S S M T W T
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: