apo nak dikato

100th Post – Muhasabah

Posted on: Februari 25, 2009

Alhamdulillah, post ini merupakan post yang ke-100 dalam blog peribadi saya ini. Agak lama juga saya menyepi daripada menulis dalam blog ini. Bukannya kerana malas, tetapi disebabkan oleh kekangan masa dan juga kesibukan menyiapkan tugasan yang diberikan di alam nyata. Alhamdulillah kerana saya diberikan kesempatan oleh Allah swt di celah-celah kesibukan untuk menulis pada kali ini. Berikut merupakan muhasabah bagi diri saya, dan juga untuk dikongsikan kepada para pembaca sekalian.

Copy-Paste

Masih banyak lagi yang perlu saya perbaik terutamanya dalam kemahiran mengulas dan membentangkan idea di dalam blog ini. Dalam 99 post saya yang terdahulu, saya dapati bahawa sebahagian daripada post tersebut merupakan artikel yang di’copy-paste’ daripada sumber asal. Seorang sahabat saya, akhi thinker (obviously bukan nama sebenar) turut membangkitkan isu ini sewaktu ‘mengeteh’ malam semalam seusai menghadiri program forum Palestin di kolej saya. [untuk membaca catatan saya mengenai forum tersebut, sila klik di SINI. Untuk mengikuti catatan saya mengenai butir-butir perbualan kami sewaktu mengeteh, sila klik di SINI *akan di-update dalam masa terdekat, insya Allah. Akhi Thinker boleh dihubungi melalui laman blog beliau iaitu “Berfikir Jalan Keimanan”]

Akhi thinker mengatakan bahawa daripada membaca artikel copy-paste sepenuhnya, lebih baik kita rujuk kepada sumber asalnya sahaja. Lebih kurang begitulah kenyataan beliau. Sedikit-sebanyak ada benarnya pandangan beliau itu. Sewajarnya kita perlu berusaha menghasilkan artikel yang lahir daripada buah fikiran kita sendiri, setidak-tidaknya memberikan ulasan serba-sedikit. Dengan berbuat demikian, kita akan dapat mencambah idea serta mematangkan fikiran. Dalam masa yang sama, kita berpeluang untuk menyuarakan idea kita sendiri kepada para pembaca.

Di samping itu, ada baiknya juga jika kita meluangkan sedikit masa untuk menterjemah artikel-artikel dalam bahasa asing kepada Bahasa Melayu. Tindakan ini bukan sahaja membantu meningkatkan fikrah kita, bahkan dapat menajamkan penguasaan kita dalam bahasa asing tersebut. Saya terdorong untuk menjalankan aktiviti tersebut setelah mendapat respon daripada si fulan dalam sebuah forum. Beliau keberatan untuk membaca artikel bahasa Indonesia yang saya link-kan bagi menyokong hujah yang saya bawa mengenai hadis ahad dan kedudukannya dalam soal akidah. Katanya, pening nak baca artikel dalam bahasa Indonesia. Bagi saya, bahasa Indonesia bukanlah susah untuk difahami, kerana ia turut berasal daripada bahasa Melayu-Riau sepertimana Bahasa Melayu. Cuma barangkali terdapat sebahagian perkataan yang sedikit berbeza dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Mungkin perkataan tersebut diambil daripada bahasa Jawa misalnya.

Sungguhpun demikian, bukanlah bererti saya menentang tindakan copy-paste artikel penulis lain. Bahkan saya juga ada berbuat demikian, khususnya apabila melibatkan isu-isu yang tidak saya kuasai (misalnya dari segi hukum fiqh dsb) dan juga seruan rasmi daripada Hizbut Tahrir (sekadar memberikan contoh). Namun, dalam kita mengamalkan budaya copy-paste ini, sewajarnya kita menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang kita copy-paste. Janganlah sekadar copy-paste tanpa memeriksa terlebih dahulu sejauh mana kebenaran fakta yang terdapat dalam artikel tersebut. Ingat, kita bertanggungjawab dalam setiap perkara/amalan yang kita lakukan dan kita akan dihisab oleh Allah di hari pengadilan kelak! [Saya pernah mengulas mengenai budaya copy-paste ini dalam post saya yang terdahulu. Sila klik untuk membacanya. Budaya Copy-Paste: Jadilah Seorang Blogger yang Bertanggungjawab )

Insya Allah, pada masa akan datang saya akan berusaha lebih gigih untuk memperbaik mutu penulisan saya, serta memperbanyak lagi artikel-artikel daripada buah fikiran saya sendiri. Sekurang-kurangnya saya akan berusaha untuk memberikan ulasan serba-sedikit mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Maklumbalas daripada para pengunjung sekalian teramatlah dihargai. Diharapkan agar kalian sudi untuk memberikan komen terhadap post saya demi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan ataupun perbezaan pendapat, anda dialu-alukan untuk mencoretkannya agar saya tak menjadi seorang yang ‘syok sendiri’. Bahaya kalau sudah dijangkiti sindrom ‘syok sendiri’ ini. Bukan sahaja menyebabkan kita lalai, bahkan boleh menjadikan kita sesat kerana menyangka setiap pandangan kita ini 100% benar.

Ketidakseimbangan Kategori

Saya dapati bahawa saya tidak seimbang dalam menulis post mengikut kategori. Semenjak kebelakangan ini, saya acapkali menulis mengenai isu-isu semasa, tsaqafah, dan events semata-mata. Manakala kategori santai dan perubatan pula begitu sedikit berbanding kategori lainnya. Insya Allah selepas ini saya akan memperbanyak post yang menyentuh mengenai perubatan dan juga santai. Saya sedang berusaha menyiapkan sebuah post berkenaan vaksin untuk jangkitan HPV (human papilloma virus), serta tanggapan masyarakat dan para doktor mengenainya berdasarkan program elektif yang saya jalankan baru-baru ini. Post ini merupakan sebahagian maklumat yang akan saya muatkan dalam laporan saya mengenai survey yang telah saya jalankan sepanjang 1 bulan yang lepas. Insya Allah. Kiranya ibarat menyelam sambil meminum air-lah ni. He he.

Banyak sebenarnya isu yang boleh dibangkitkan mengenai sektor perubatan dan kesihatan ini. Cumanya, saya tidak berkesempatan untuk mengulas mengenainya disebabkan oleh kesuntukan masa dan juga kekurangan maklumat. Buat makluman, untuk mengikuti perkembangan semasa dunia perubatan, kita harus merujuk kepada jurnal-jurnal perubatan yang terkini kerana medicine merupakan bidang yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah. Teknik rawatan yang absah suatu ketika dahulu barangkali sudah menjadi tidak relevan beberapa tahun kemudiannya. Demikian juga ubat-ubatan yang digunakan pada hari ini.

Perubatan moden merupakan satu cabang sains yang menekankan aspek pembuktian saintifik, oleh itu bidang ini turut dikenali sebagai ‘evidence-based medicine’. Oleh yang demikian, saya memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum menulis sebarang post mengenai bidang ini. Rujukan daripada buku teks dan internet semata-mata tidak memadai atas sebab-sebab yang telah saya nyatakan sebelum ini.

PERINGATAN: Saya belum lagi menjadi seorang doktor yang bertauliah, oleh itu sebarang kenyataan saya mengenai perubatan perlu dirujuk semula kepada doktor yang bertauliah bagi mendapatkan kesahihan sebelum diamalkan. Sehebat mana sekalipun seseorang pelajar perubatan itu, pandangannya tetap tidak mengikat selagimana dia tidak memperoleh ijazah dan menerima tauliah sebagai seorang doktor perubatan. Harap maklum. Dan mohon agar didoakan saya supaya tabah menghadapi cabaran serta berjaya menjadi seorang doktor yang baik serta beramal soleh. Amin.

Demikianlah serba-sedikit muhasabah yang dapat saya nukilkan di sini. Mudah-mudahan perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekalian, serta perbuatan saya ini diterima sebagai amalan di sisi Allah swt. Semoga Allah memberkati kita semua dan memberikan kita petunjuk yang lurus. Amin.

Yang baik dijadikan panduan, yang buruk ditegur dan dijadikan sempadan. Sebarkanlah kepada sekalian umat, semoga ia bermanfaat dalam rangka kita mencari keredhaan Allah swt. Insya Allah.

Wallahu’alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Februari 2009
F S S M T W T
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: