apo nak dikato

Derita Muslim Rohingya

Posted on: Februari 4, 2009

.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: “Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” 
 
(HR Muslim)
 
Penderitaan kaum Muslimin Rohingya telah berlangsung semenjak sekian lamanya. Ancaman demi ancaman, tekanan demi tekanan, serta penindasan demi penindasan yang menimpa mereka ibarat tak berkesudahan. Terbaru, kita digemparkan lagi dengan berita kejam yang menimpa saudara seakidah kita. Ibarat lari dari mulut harimau, masuk pula ke mulut singa. Mereka terpaksa melarikan diri daripada penindasan pemerintah junta Myanmar yang majoritinya menganut Buddha, akhirnya menerima layanan buruk oleh pihak berkuasa Thailand dan kemudiannya dibiarkan terkandas di laut lepas. Dilaporkan bahawa ada yang telah terkandas selama lebih daripada 20 hari di atas sampan yang tidak mempunyai enjin dan terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman serta kebuluran. Bahkan terdapat laporan bahawa mereka mendapat layanan buruk dan disebat dengan begitu teruk ketika dalam tahanan. Ke mana menghilangnya nilai kemanusiaan? Ke mana perginya rasa belas ehsan?
 
Tatkala dunia digemparkan dengan tragedi yang menimpa umat Islam di Ghazzah, jangan pula kita lupakan akan nasib yang menimpa saudara kita di Myanmar. Oleh yang demikian, ada baiknya jika saya tampilkan semula fakta-fakta sejarah hitam yang menimpa umat Islam Rohingya di Myanmar. Seterusnya, diharapkan agar kita semua dapat menyebarkan kepada umum mengenai penderitaan yang telah dan sedang mereka hadapi. Hati ini begitu terguris apabila mengenang setiap penderitaan yang dihadapi oleh saudara kita. Amarah saya membuak-buak apabila memikirkan sikap double-standard badan-badan dunia dan masyarakat dunia secara amnya terutamanya sekiranya ia melibatkan nasib umat Islam.
 
Jelaslah sudah bahawa umat Islam telah berada dalam keadaan yang menghinakan ini dan juga penindasan demi penindasan tanpa sebarang pembelaan semenjak ketiadaan ‘perisai’ yang telah menaungi mereka selama lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Rasulullah saw apabila baginda menyatakan bahawa Imam itu merupakan perisai sepertimana yang termaktub dalam hadis yang dipaparkan di awal penulisan ini. Semoga Allah memberkati kita semua dan mengurniakan kita nikmat untuk hidup di bawah naungan dan perlindungan ‘perisai’ umat Islam – Daulah Khilafah atas manhaj kenabian. Semoga Allah membalas kezaliman yang telah diperlakukan terhadap umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah menghinakan musuh-musuh Islam baik di dunia dan semestinya di akhirat kelak… Amin…
 
Berikut merupakan sebahagian petikan daripada Soutun Nahdhah keluaran Hizbut Tahrir Malaysia yang bertarikh 12 Oktober 2007. Untuk membaca artikel penuh yang asal, sila klik di SINI. Untuk mengikuti perkembangan terkini Muslim Rohingya, sila klik di SINI (laporan bahasa Inggeris). Untuk melihat foto-foto yang memaparkan keadaan pelarian Rohingya yang serba daif dan menderita, sila klik di SINI (sekalung penghargaan kepada pemilik blog pinkturtle)
 
Burma – Beberapa Fakta Yang Disisihkan
Nasib mereka bertambah malang apabila, pada tahun 1982, pemerintah junta Burma telah meluluskan satu undang-undang bergelar “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi di mana Muslim Rohingya telah tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Setelah itu, keseluruhan hak mereka dinafikan dan kaum Muslimin ditangkap secara besar-besaran, dipukul, disiksa dan dijadikan buruh paksa manakala kaum Muslimah pula dirogol beramai-ramai dengan cara yang ganas. Pemerintahan junta menafikan segala sejarah pendudukan Muslim Rohingya, bahasa mereka, kebudayaan, adat-istiadat dan segala kaitan mereka dengan Arakan, tanah tumpah darah mereka, malah dengan undang-undang baru ini, kaum Muslimin tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa perniagaan. Bukan setakat itu, malah pihak junta telah menyebarkan propaganda jahat dan segala informasi yang salah demi untuk memburuk-burukkan kaum Muslimin bagi mendapatkan sokongan penganut Buddha terhadap junta.

Beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara dan ramai lagi yang disiksa dan dibunuh. Kaum wanita pula telah dirogol semahu-mahunya di pusat tahanan.

Sekali lagi pada 18 Julai 1991, kempen pembasmian etnik (baca: Islam) dilancarkan dengan nama kod ‘Pyi Thaya’ dan menyaksikan pembunuhan dan pemerkosaan kejam ke atas kaum Muslimin Rohingya, pemusnahan tempat tinggal mereka, termasuklah masjid-masjid. Keadaan ini sekali lagi memaksa Muslim Rohingya lari beramai-ramai meninggalkan kampung halaman mereka mencari perlindungan di Bangladesh. Bagaimanapun, kerana adanya perjanjian Bangladesh-Myanmar, sebahagian mereka telah dikembalikan ke Arakan, manakala sebahagian lagi masih hidup dalam buangan dan ketakutan. Setakat tahun 1999 sahaja, dilaporkan tidak kurang dari 20 operasi besar telah dilancarkan terhadap Muslim Rohingya oleh pemerintah junta. Laporan juga menyebut bahawa antara tahun 1992 hingga 1995, lebih dari 1,500 Muslim (kebanyakannya pemuda) telah dibunuh, manakala ribuan lagi telah ditangkap dan disiksa. Muslimah pula senantiasa menjadi mangsa rogol dan hidup dalam ketakutan. Masjid-masjid yang telah sekian lama wujud dirobohkan dan diganti dengan pagoda-pagoda dan tokong-tokong dan penempatan baru penganut Buddha. Yang lebih menyedihkan, semua tokong dan pagoda itu dibina dengan peluh dan keringat kaum Muslimin yang dipaksa bekerja keras dan disiksa untuk menyiapkannya. Dalam masa yang sama, pemerintah ‘mencipta’ satu keadaan kebuluran di kawasan tersebut yang memaksa Muslim Rohingya keluar dari situ dan ada yang mati kebuluran.

Dalam tahun 2001, keganasan dicetuskan lagi di Arakan di mana ratusan masjid dirobohkan dan 10 Muslim serta 2 orang penganut Buddha dilaporkan terbunuh. Rusuhan ini meletus antara lain kerana pemusnahan patung Buddha yang dijumpai di Lembah Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban dan juga kerana tersebarnya pamphlet yang memfitnah kaum Muslimin yang dilakukan oleh penganut Buddha dan anggota-anggota ‘State Peace and Development Council (SPDC)’ pimpinan Than Shwe (Ketua Tertinggi Junta). SPDC sememangnya terkenal dengan gerakan ‘anti-Muslim’ yang sering mereka lancarkan di mana ulama dan guru-guru agama Muslim Rohingya sering menjadi mangsa kekejaman mereka, selain dari wanita dan pemuda-pemuda Muslim. Kebanyakan dari pemimpin Muslim Rohingya sekarang ini sedang menjalani tempoh penjara yang lama atas dakwaan-dakwaan palsu yang diada-adakan terutamanya berkaitan kewarganegaraan.

Selain rusuhan dan pembunuhan, propaganda anti-Muslim merupakan satu perkara rutin yang dimainkan oleh media kerajaan Myanmar. Setakat 2003, buku-buku dan pita-pita rakaman yang menghina Islam dan kaum Muslimin boleh didapati dengan mudah di seluruh Burma, malah ada yang diagih-agihkan secara percuma. Pemerintah Burma percaya mereka akan dapat menguasai Arakan selamanya jika Arakan berjaya ditukar kepada negeri Buddha sepenuhnya. Hasilnya, rakyat Burma dan penganut Buddha di Arakan khususnya yang telah diracun pemikiran mereka ini terus-terusan berusaha menghapuskan Islam dan kaum Muslimin Arakan. Pada tahun 2004, Muslim Rohingya telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Buddha dan mengambil bahagian dalam pelbagai upacara Buddha yang diadakan. Mereka dipaksa menyumbang (wang) di dalam setiap acara Buddha yang sering dianjurkan. Kawasan ibadat kaum Muslimin juga sering dicemari dengan dijadikan tempat menanam mayat penganut Buddha, manakala kaum Muslimin pula dipaksa untuk membayar wang bagi menanam mayat saudara mereka yang meninggal. Arakan Utara pula telah dijadikan zon tentera dengan pelbagai kezaliman yang mereka lakukan ke atas kaum Muslimin. Muslim dieksploit menjadi buruh paksa untuk membina pengkalan tentera, jalan, jambatan, tambak, pagoda, gudang, kolam dan sebagainya tanpa apa-apa bayaran. Kaum wanita pula mengalami ketakutan dengan kejadian rogol yang sering berlaku di kawasan tersebut samada oleh tentera atau pihak kontraktor yang ada.

Demikianlah sebahagian dari penderitaan saudara-saudara kita di Myanmar yang tidak mendapat perhatian dan tidak terbela. Masyarakat dunia hanya celik mata dengan kekejaman tentera ke atas penunjuk perasaan yang diketuai oleh sami Buddha baru-baru ini, tetapi masyarakat dunia nampaknya buta terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas kaum Muslimin di Myanmar. Begitu juga dengan para pemimpin kaum Muslimin yang nampaknya begitu bersimpati dan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan demokrasi rakyat Myanmar, namun mereka tidak memperhatikan penderitaan dan kesengsaraan saudara seagama mereka yang semakin hari semakin mengerikan. Para pemimpin kaum Muslimin berusaha menyuarakan sokongan dan menuntut pembebasan seorang pemimpin demokrasi (Aung San Suu Kyi) yang dikenakan ‘tahanan selesa’ di rumah, namun mereka diam sediam-diamnya terhadap ratusan ribu saudara-saudara mereka yang dibunuh dan yang sedang tersiksa dipenjara-penjara Myanmar.

 

 

 

 

 

Myanmar atau nama lamanya Burma adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha (lebih 85%) dan terdapat kumpulan minoriti Kristian (lebih kurang 4.5%), Muslim (lebih kurang 4%) dan Hindu (1.5%) yang hampir kesemuanya tinggal di luar bandar. Populasi Muslim yang terbesar, Rohingya (sekitar 3.5 juta orang) kebanyakannya tinggal di Rakhine (dulu Arakan), salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh. Sejak puluhan tahun dahulu, ratusan ribu kaum Muslimin Rohingya ini telah melarikan diri ke Bangladesh kerana kekejaman pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka. Selain Bangladesh, mereka juga turut melarikan diri ke Pakistan, Arab saudi, UAE, Thailand dan Malaysia untuk berlindung dan sebahagian besar dari mereka masih berstatus pelarian hingga kini. Sejak dahulu lagi, keengganan kerajaan Bangladesh dan lain-lain kerajaan termasuk Malaysia menerima mereka menyebabkan sebahagian dari kaum Muslimin Rohingya ini dipaksa kembali ke Burma.

Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka di luar dari Arakan (perlu dijelaskan di sini bahawa semua institusi pembelajaran profesional adalah terletak di luar Arakan). Jadi, pelajar Muslim dari Arakan langsung tidak berpeluang melanjutkan pembelajaran mereka. Undang-undang zalim ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar (kerana tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan lain-lain lagi) menyebabkan sebahagian mereka adalah buta huruf. Muslimah pula tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai yang dipaksa bekerja di berek-berek dan mereka ini sering dirogol tanpa belas kasihan. Pemerintah junta juga seringkali merobohkan sekolah-sekolah dan masjid-masjid sesuka hati mereka. Kaum Muslimin turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan. Mereka juga langsung tidak dibenarkan terlibat samada di dalam politik atau pertubuhan sosial, malah mana-mana pertubuhan atau badan-badan kebajikan langsung tidak dibenarkan memberikan sebarang bantuan kepada mereka. Tidak cukup dengan ini, kaum Muslimin juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa raya, bahkan mereka sering dipaksa untuk menanggalkan nama Muslim mereka dan diganti dengan nama Buddha.

Penderitaan Kaum Muslimin di Burma

Semenjak Burma menceroboh Arakan pada 1784M, penduduk Muslim Arakan telah dijadikan sasaran oleh mereka untuk dihapuskan dan dibunuh (genocide) secara besar-besaran. Motif mereka adalah untuk menukar Arakan menjadi satu wilayah Buddha yang berpengaruh di Burma. Berikutan dari pemisahan Burma dari India-British dan pengenalan Peraturan Rumah (Home Rule) 1937, peluang mereka untuk menghapuskan umat Islam terbuka luas. Bagaimanapun, setelah junta tentera mula berkuasa pada 1962, senario politik di Burma berubah dengan drastik. Dengan kuasa dan kekuatan ketenteraan yang ada, penindasan besar-besaran ke atas kaum Muslimin terus meningkat berlipat kali ganda. Selama hampir empat dekad sahaja, lebih kurang 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanahair mereka manakala saki-baki yang masih tinggal, hanya menghitung hari dengan penuh ketakutan dan penderitaan. Pada tahun 1942, berlaku kekosongan dalam pentadbiran apabila pihak British keluar dari Arakan. Penduduk Burma mengambil kesempatan ini untuk mengapi-apikan semua penganut Buddha di Arakan dan sebagai akibatnya terjadilah satu rusuhan besar yang menyaksikan 100,000 kaum Muslimin dibunuh dan ratusan ribu lagi telah melarikan diri ke Bengal Timur. Pada tahun 1949, sekali lagi terjadi rusuhan yang dicetuskan oleh Burma Territorial Forces (BTF) yang melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas beribu Muslim dan ratusan tempat kediaman mereka dimusnahkan.

Lebih kejam, melalui ‘Pelan 20-tahun Pembasmian Rohingya’ (the 20-year Rohingya Extermination Plan), Majlis Negeri Arakan (Arakan State Council) di bawah kawalan langsung Majlis Negara Burma (State Council of Burma) telah melancarkan ‘kod operasi’ yang dinamakan ‘Naga Min’ (King Dragon Operation). Ini merupakan operasi terbesar, terkejam dan mungkin yang terbaik pernah didokumentasikan pada tahun 1978. Operasi ini bermula pada 6 Februari 1978 di sebuah perkampungan Muslim terbesar, Sakkipara di Akyab, yang telah menghantar satu gelombang kejutan ke seluruh kawasan dalam masa yang singkat. Berita mengenai penangkapan dan pembunuhan besar-besaran kaum Muslimin, lelaki dan wanita, muda dan tua, penyiksaan, pembunuhan dan rogol di Akyab ini telah meresahkan kaum Muslimin di Arakan Utara. Dalam bulan Mac 1978, operasi telah mencecah ke Buthidaung dan Maungdaw. Beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara dan ramai lagi yang disiksa dan dibunuh. Kaum wanita pula telah dirogol semahu-mahunya di pusat tahanan. Ketakutan melihat kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini dan ditambah dengan kedudukan nyawa, harta, kehormatan dan nasib masa depan yang tidak menentu, maka sebahagian besar Muslim Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dengan merentas sempadan Burma-Bangladesh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Februari 2009
F S S M T W T
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: