apo nak dikato

Pilihanraya Kampus 2009: Mengapa Perlu Label Pro-Mahasiswa dan Aspirasi?

Posted on: Januari 19, 2009

Saya bukanlah seorang mahasiswa yang aktif dalam politik kampus (kerana mempunyai komitmen lain termasuklah aspek akademik). Sekadar menjadi pengundi setia saban tahun. Jangan terkejut pula, apabila mengetahui yang saya ini turut mengundi dalam pilihanraya kampus. Pilihanraya itu hukumnya mubah, yang haram adalah sistem demokrasi. Barangkali ada yang tak bersetuju, tetapi inilah pegangan saya dan juga mereka yang bersependapat dengan saya. PRK bukanlah bertujuan untuk memilih wakil dalam menggubal hukum, sebaliknya sekadar memilih wakil perantara mahasiswa dengan pentadbiran universiti.

Namun, apa yang menjadi persoalannya adalah, mengapa harus wujud kelompok-kelompok yang bergelar Pro-Mahasiswa (atau Gagasan dsb) dan Penggerak Mahasiswa (atau Aspirasi dsb)? Apa sebenarnya signifikan kewujudan kelompok-kelompok tersebut kepada kebajikan warga kampus? Politik kampus bukanlah seperti politik demokrasi di luar, di mana kewujudan pembangkang dan pemerintah penting bagi menghidupkan sistem check and balance. Sebaliknya calon-calon PRK ini dipilih untuk menjadi perantara bagi pihak mahasiswa dan pentadbiran universiti. Mengapa perlu wujud kem Pro-M dan Aspirasi?

Bagi saya, apa yang penting adalah kredibiliti calon, dan bukannya kelompok mana yang diwakilinya itu. Mungkin agak sukar hendak meneliti kredibiliti setiap individu yang menjadi calon (kerana faktor kesibukan, masa dan juga fakulti yang berlainan). Oleh itu, saya cenderung memilih calon Muslim berbanding non-Muslim. Setidak-tidaknya mereka mempunyai asas Islam dan sensitiviti serta kesedaran Islam dalam diri mereka. Dan seandainya mereka masih menganjurkan program-program yang mengandungi unsur maksiat, ikhtilath, dan hedonisme, maka kita boleh memuhasabah mereka dan mengingatkan mereka tentang dosa dan balasan yang menanti kelak. Tetapi, jika yang terpilih itu non-Muslim, adakah mereka akan peduli terhadap semua itu? Paling kuat pun, kita cuma boleh berhujah bahawa program-program tersebut menjurus kepada keruntuhan moral dan permasalahan sosial. Tetapi seperti tahun-tahun sebelum ini, program sebegini tetap berjalan juga. Bahkan ketika umat Islam di Gaza dibantai, pihak kolej saya masih lagi menganjurkan ekspo yang mengandungi unsur hiburan serta funfair. Ke mana perginya sensitiviti mereka?

‘Golput’

Ada juga yang memilih untuk menjadi golput (golongan putih) dalam PRK dengan tidak keluar mengundi. Hujah mereka, tak kiralah siapapun yang menjadi wakil tak banyak perubahan yang memenangkan Islam. Bahkan ada yang menganggap bahawa calon-calon ini hanya mementingkan kedudukan dan kuasa. Akhirnya kebajikan mahasiswa terabai juga. Terpulanglah, itu pandangan mereka dan mereka berhak untuk berbuat demikian.

Tetapi tahun ini, saya pula menjadi sebahagian daripada golput. Bukannya atas sebab-sebab yang dinyatakan tadi, sebaliknya kerana saya tidak berada di kampus dalam tempoh beberapa minggu ini atas urusan akademik (yang merupakan sebahagian daripada program fakulti). Maka, saya tak berkesempatan untuk turun mengundi pada tahun ini. Pertama kali saya tidak mengundi semenjak bergelar mahasiswa.

Terima kasih kepada pihak yang menghantar SMS kepada saya senarai calon-calon yang patut diundi (walaupun saya tak mengikut sepenuhnya senarai calon tersebut, kerana saya mengundi calon-calon Muslim sahaja). Maaf kerana tahun ini saya tak dapat turun mengundi. Semoga calon-calon yang menang itu akan menjalankan amanah yang tertanggung di bahu dengan sebaiknya. Dan yang paling penting, Islam terpelihara dan syiarnya berkembang di alam kampus. Insya Allah…

p.s.: Jangan sampai kita terlalu asyik dengan politik kampus pula, sehingga mengabaikan kewajipan kita yang lain. Janganlah kita terpesona dengan suasana politik kampus sehingga terlalai daripada jalan menuju kebangkitan (an-Nahdhah) yang sejati… Wassalam…

4 Respons to "Pilihanraya Kampus 2009: Mengapa Perlu Label Pro-Mahasiswa dan Aspirasi?"

Assalamualaikum, saya bersetuju dengan tindakan ini (mengundi calon Muslim). Saya hairan apabila ada sebuah pihak itu claim memperjuangkan Islam, bahkan menganjurkan solat hajat supaya Islam menang di kampus. Tetapi dalam masa yang sama mengedarkan SMS supaya mengundi beberapa orang calon bukan Islam. Apa cerita ni? Boleh menang ke Islam kalau dalam senarai calon pun boleh letak non-Muslim? Lu pikir la sendiri beb..!

Salam..

Sudah menjadi fitrah bahawa manusia akan bertembung dalam 2 situasi, Islam & taghut, ana yakin anta faham huraian taghut, justeru di U pun ada 2 tarikan magnet ini.. dalam konteks PRKampus, yg bertanding juga ada 2 aliran.. yg nak Islam seluruhnya dan yg nak ambil Islam sebahagian shj atau yg lebih keras yg menolak Islam..

Memang benar kredibiliti penting seseorang calon penting, namun kredibiliti calon yg baik (nak Islam) tetapi berada dalam kelompok yg salah (tak mau islam / ambil Islam sebahagian), mudaratnya juga akan ada..

Ana pun bukannya ahli politik, malahan tak minat sangat dgn politik kampus…

Bagi yg menang atas dasar perjuangan Islam, tanggungjawab ana berat, kerana anda telah menawar diri untuk bertanding atas nama perjuangan Islam, bagi yg tak bertanding atau tak ambil kisah hal politik kampus, it’s ok, namun masuliyyah dakwah & tarbiyah masih ada di atas bahu anda.. Maknanya, kita semua masih ada banyak kerja2 Islam yg nak kita laksanakan daripada masa yg kita ada.. so jgn cari perbalahan dan persengketaan sesama kita, sebaliknya carilah titik2 pertemuan, kita bersama dlm perkara2 kita sepakati dan berlapang dada dalam perkara2 yg tidak kita sepakati, walau apapun wajihah alam anda, tugas dan tanggungjawab kita kpd Islam masih banyak yg belum kita laksanakan.. so ayuh beramal.. bekerja untuk Islam ke arah menegakkan daulah islamiah…

Salam, terima kasih kepada yang sudi memberikan komen mengenai isu ini.

“entahlah”, saya pun ada terfikir sedemikian juga. Tetapi mungkin itu merupakan salah satu strategi… Cumanya, saya tak nampak sejauhmana strategi tersebut boleh menjamin Islam akan tertegak secara kaffah di kampus… Perkongsian kuasa agaknya? Ataupun tahalluf siyasi? Mungkin pengunjung blog ini yang berasal daripada kelompok tersebut boleh berikan penjelasan…

Sepertimana yang telah saya nyatakan di awal post ini, saya tak terlibat secara aktif dalam PRK. Jadi, saya tak mempunyai sebarang kaitan secara langsung dengan penggerak-penggerak politik kampus, baik di pihak A mahupun pihak B. Oleh itu, saya tak tahu menahu mengenai strategi yang digunapakai.

Wallahu’alam…

p.s. Harap menggunakan perkataan yang bersesuaian dengan adab dan budaya selepas ini… “Lu pikir la sendiri” mungkin merupakan tagline yang sedang hangat dalam masyarakat, tetapi rasanya tak sesuai kalau nak digunakan dalam memberikan komen sebegini… Sekadar teguran, maaf kalau menyinggung…

Salam Ahmad Husaini. Terima kasih atas penjelasan dan pendapat yang diberikan… Cumanya, pembahagian ” yg nak Islam seluruhnya dan yg nak ambil Islam sebahagian shj atau yg lebih keras yg menolak Islam..” itu terlalu ‘vague’. Pihak mana yang inginkan Islam seluruhnya dan yang mana pula nak ambil sebahagian atau menolak Islam? Benarkah kesemua pihak yang mewakili sesebuah pihak itu menginginkan Islam seluruhnya, dan pihak yang lain itu menolak Islam?

Apakah signifikannya kewujudan pembahagian sedemikian? Rasanya persoalan ini masih belum terjawab dengan tuntas. Bila saya tengok senarai calon yang dikatakan mewakili Pro-M, ada juga nama-nama non-Muslim. Demikian juga dengan calon-calon yang berpihak kepada Penggerak Mahasiswa (meminjam istilah daripada blogger Maharaja Zhou).

Saudara Husaini perlu jelas, bahawa saya bukannya nak memburuk-burukkan dan menjatuhkan mana-mana pihak. Jauh sekali hendak “cari perbalahan dan persengketaan sesama kita”. Sekadar mempersoalkan kewajaran wujudnya pembahagian dua label tersebut.

Pada saya, ia tidak mempunyai sebarang manfaat dan kepentingan dalam arena politik kampus. Melainkan hanya bertujuan untuk mengunjurkan senario politik negara ke alam kampus semata-mata. Inilah yang dapat saya simpulkan berdasarkan pemerhatian saya yang tak seberapa ini.

Saudara ada menyatakan seperti berikut; “Memang benar kredibiliti penting seseorang calon penting, namun kredibiliti calon yg baik (nak Islam) tetapi berada dalam kelompok yg salah (tak mau islam / ambil Islam sebahagian), mudaratnya juga akan ada..”

Masalah ini akan timbul hanya apabila kita mengakui kewujudan kelompok-kelompok tersebut dan mengamalkan ‘politik label’ / ‘politik berpuak’ dalam politik kampus. Dengan wujudnya label-label sebegini, maka undi-undi mahasiswa Muslim akan terbahagi kepada pihak yang mereka sokong. Mahasiswa yang memihak kepada Pro-M semestinya tidak akan mengundi calon Muslim yang mewakili kelompok Aspirasi, walaupun calon tersebut benar-benar inginkan Islam. Demikian juga dengan mahasiswa yang menyokong pihak Aspirasi.

Sudahnya, undi mahasiswa Muslim terbahagi kepada dua, dan akhirnya ini akan menyebabkan ‘suara’ wakil Muslim semakin mengecil dalam majlis perwakilan mahasiswa.

Wallahu’alam… saya tak memaksa sesiapa untuk menyetujui pendapat saya. Terpulanglah kepada penerimaan masing-masing… Sekiranya anda mempunyai pandangan yang tersendiri, maka sudi-sudilah untuk kongsikannya di sini…

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2009
F S S M T W T
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: