apo nak dikato

Seruan Hizbut Tahrir Malaysia kepada Panglima ATM

Posted on: Januari 10, 2009

Alhamdulillah, pada hari Jumaat (9 Januari 2009) pihak Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah berjaya menganjurkan demonstrasi aman bagi mendesak pihak angkatan tentera Malaysia (ATM) menghantar ketumbukan tentera untuk membebaskan Ghaza khasnya dan Palestin amnya daripada cengkaman penjajah Zionis yang zalim.

Demonstrasi diadakan di hadapan Kementah setelah selesai solat Jumaat, bermula di hadapan Masjid Khalid al Walid dan kemudiannya bergerak secara aman dan teratur menuju ke Kementah disulami dengan slogan anti-Zionis, laungan takbir, dan seruan jihad kepada angkatan tentera. Delegasi HTM turut tampil menyerahkan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera. Dalam masa yang sama pihak HTM juga telah mengedarkan risalah seruan HT kepada tentera Muslimin bagi mendesak mereka untuk bangkit melakukan pembelaan. (Untuk membaca seruan tersebut, sila klik – Seruan daripada Hizbut Tahrir)

Demonstrasi tamat kira-kira jam 2.45 petang secara aman dan para demonstran kembali ke tempat masing-masing dengan keazaman dan semangat yang tidak pernah pudar dalam berjuang menegakkan syariat Islam di mukabumi. Perjuangan yang tidak akan pernah selesai sehingga hukum Islam ditegakkan ataupun kami terkorban dalam usaha menegakkannya mengikut manhaj nubuwwah.

p.s. Insya Allah, gambar demonstrasi akan menyusul kelak. Maaf kerana penulis tidak dapat menyediakan gambar buat masa ini.

Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada para panglima angkatan tentera kaum Muslimin, agar mereka tergerak untuk mara ke medan jihad bagi membebaskan kaum Muslimin di Palestin daripada cengkaman penjajah Zionis.

Ya Allah, sesungguhnya penguasa kaum Muslimin telah mengkhianati-Mu, telah mengkhianati Rasul-Mu, dan juga umat Islam keseluruhannya kerana membiarkan sahaja umat Islam di Ghaza diratah hidup-hidup oleh pengganas Zionis yang kejam.

Wahai tentera kaum Muslimin, bangkitlah! Keluarlah dari berek-berek tentera dan bersama berangkat menuju ke medan jihad demi meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah!

Wahai umat Islam, sedarlah! Mari kita bersama bersatu hati bagi menghadapi kezaliman yang sedang terjadi ke atas saudara kita di Gaza! Marilah kita bangkit menyeru ke arah penyatuan yang hakiki… Ayuh, marilah bersama menyeru kepada tertegaknya khilafah kali kedua, yang berdiri atas manhaj nubuwwah!

Ya Allah, saksikanlah bahawa sesungguhnya hamba-Mu ini telah menyampaikan..!

Amin


13 Respons to "Seruan Hizbut Tahrir Malaysia kepada Panglima ATM"

MasyaAllah, ana juga turut berada di sana semasa seruan. Melihat riak wajah para perajurit, sungguh amat mendalam tusukan seruan yang telah diberikan dan diharapkan dapat memberikan kesan. Ya Allah tabahkan hati mereka para perajurit ini dan kukuhkanlah semangat perjuangan dalam diri mereka untuk bersama-sama kami menegakkan Deen ini Ya Allah. Cairkan hati mereka menerima hidayah dan petunjukMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam. Ana ada upload 2 video (di rakam melalui h/fon. Maaf gambar kurang jelas) pada hari penyerahan memo. InsyaAllah boleh tengok di dalam youtubeislam.com & youtube.com dalam masa terdekat. Tag HTM – demo di depan mindef.

Allahuakbar !!!

Insya Allah… Terima kasih atas makluman yang diberikan…

Anta pun ada ya masa hari tu… Entah-entah kita ni saling mengenali agaknya… Mungkin boleh tubuhkan kelab bloggers bagi syabab dan daris… Bila ada program Hizbut Tahrir, bolehlah rancang untuk bertemu & bertukar buah fikiran. Untuk identifikasi pula, mungkin kita boleh selaraskan logo untuk diletakkan pada blog masing-masing. Sekadar cadangan…

p.s. Program terdekat, insya Allah Ahad depan (18 Januari 2009) HT akan anjurkan seminar berkenaan isu Palestin di Masjid ‘Ubudiyah, seksyen 19, Shah Alam. Mungkin boleh berjumpa, insya Allah.

Untuk bertukar nombor telefon, silalah hubungi saya melalui emel yang terdapat dalam page ‘About Me’. Wassalam

Amin, Insya Allah… Semoga Allah membuka hati kita semua… Amin.

p.s: Abu, insya Allah kalau panjang umur, bertemulah kita di program HT terdekat nanti ya…

Syukran jzl. Ana juga ada di sana. InsyaAllah, satu hari kita akan bertemu jua.

ana pun ada masa tu.
tolong teknikal

Oh ya ka… Barangkali kita saling mengenali… Tetapi dalam program tu ana sekadar menjadi peserta… Boleh tolong hubungi ana melalui emel? Emel address ana ada di ruangan About Me. Boleh bertukar nombor telefon ataupun merancang untuk bertemu… Kalau belum kenal, bolehlah bertaaruf dahulu… Insya Allah…

Assalamualaikum.. tuan2 yg mulia.. asas jihad adalah iman.. tanpa iman semua org tkt nak menghadapi mati syahid.. kerana cinta dunia lbh tebal dlm hati kita berbanding cinta akhirat.. perangilah dunia yg ada ddlm hati kita, dan dgn sendirinya kita dapati kita berasa amat sedia untuk syahid.. taburkanlah semua kata2 semangat yg tuan2 ada, semuanya akan menjadi sia2 kerana kelemahan iman didalam hati..

hizbul tahrir tu apa…parti baru ker…kalau nak tegak khilafah…naper tak penah sertai pilihanraya pun….:)

Salam, Baba Syarif. Boleh rujuk post saya yang bertajuk “Kenali Hizbut Tahrir” dan juga berkunjung ke laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) – http://www.mykhilafah.com

Mengenai isu pilihanraya tu pula, sdr boleh merujuk kepada Soutun Nahdhah (SN) edisi ke-164. Juga boleh didapati dalam laman tersebut.

Terima kasih. =)

Salam,

Hizbu at-Tahrir (HT) adalah satu Pergerakan Islam yang KAFIR kerana mereka membuat dakwaan yang PALSU dan BATIL yang melibatkan mereka untuk menolak ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang seperti berikut :

a) Mereka mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi bukanlah tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah KERAJAAN ISLAM seperti mana Rasulullah saw hanya berperang setelah wujudnya kerajaan Islam Medinah;

b) Mereka mengatakan bahawa tidak wujud Jihad, Perang dan Revolusi yang bertujuan untuk menegakkan sesebuah Khilafah dan mereka mengatakan juga bahawa kesemua Jihad dan Perang dalam Islam hanyalah dalam bentuk yang DEFENSIF sahaja;

c) Mereka mengatakan bahawa mereka taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu untuk tidak memerangi sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada zaman Jahiliyah untuk menegakkan sesebuah Khilafah memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah;

d) Mereka mengatakan bahawa Metod Islam dalam menegakkan khilafah adalah Nussrah, iaitu menerima pertolongan daripada pihak yang lain tanpa perang dan kekerasan.

ULASAN :

1. Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur adalah tanggungjawab individu atau sekumpulan individu Islam tanpa memerlukan kewujudan sesebuah kerajaan Islam (Nisa 84). Ayat ini (Nisa 84) membuktikan wujudnya REVOLUSI dalam Islam.

2. Nabi Musa as memerintahkan kaumnya agar mereka menyerang dan memerangi kaum kafir yang sedang memerintah di Baitul Maqdis (Maidah 21) – ini adalah peristiwa pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi dalam sejarah Islam.

3. Nabi Daud as melancar Jihad, Perang dan Revolusi ke atas Jalut, dan setelah mengalahkan Jalut, Baginda menegakkan Khilafah Islam dan menaiki takhta kerajaan sebagai Khalifah (Baqarah 251).

4. Allah memerintahkan kita untuk memerangi dan menghapuskan kerajaan manusia yang zalim dan menindas, serta yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia dan untuk menegakkan sebuah Khilafah melalui ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60). Ini adalah ayat-ayat Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu sesuatu puak Islam itu dizalimi, diserang dan diperangi.

5. Allah memerintahkan kita untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada semua masa dan situasi termasuklah pada zaman Jahiliyah kita sekarang ini kerana ayat-ayat al-Quran mengenai Jihad, Perang dan Revolusi ini (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60) yang walaupun diturunkan di Medinah adalah ayat-ayat yang UMUM, KEKAL, FINAL dan MUKTAMAD yang sememangnya diperuntukkan kepada semua masa dan situasi.

6. Solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syariat Islam belum lagi wujud pada zaman Jahiliyah Mekah, sehubungan dengan ini, kita ingin bertanya HIZBU AT-TAHRIR, apakah semua ibadat ritual seperti ini belum lagi wajib ke atas kita sekarang ini kerana kita masih berada dalam era Jahiliyah di bawah kerajaan Jahiliyah?

7. Kaum Ansar yang memberi pertolongan kepada Rasulullah saw itu bukanlah golongan yang lain dan asing, malah mereka itu adalah Pergerakan Islam yang satu dan sama daripada Pergerakan Islam di Mekah, mereka didakwah oleh Abu Mu’sab bagi pihak Baginda dan mereka berada di bawah kepimpinan Baginda sendiri. Tidak berlaku pertolongan dpd pihak yang lain dalam peristiwa ini.

8. Rasulullah saw tidak mengatakan bahawa Nussrah adalah Metod Islam tetapi Baginda mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi itu adalah Metod Islam dalam menegakkan sesebuah Khilafah kerana ayat-ayat Allah mengenai perintah untuk berperang terhadap sesebuah kerajaan yang kafir (Baqarah 193; Hajj 40) adalah diturunkan kepada Baginda semasa di Medinah.

9. Jumhur ulama tidak memutuskan bahawa Nussrah adalah Metod Islam bagi menegakkan sesebuah Khilafah, tetapi mereka tetap mengatakan Metod Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi.

Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani

Alhamdulillah….semoga hati para panglima angkatan tentera Muslimin terbuka dan diberi petunjuk serta hidayah oleh Allah untuk bergerak ke medan jihad bagi membebaskan kaum Muslimin di Palestin…..

Alhamdulillah… Insya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2009
F S S M T W T
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: