apo nak dikato

Himpunan Hikayat Dongeng Geopolitik

Posted on: Januari 5, 2009

Tajuknya berbunyi seperti kisah klasik yang menjadi bahan ceritera sang penglipur lara. Namun sebenarnya tajuk tersebut merupakan terjemahan kepada buku “Geopolitical Myths” karya Adnan Khan daripada khilafah.com. Insya Allah penterjemahan ini akan dilakukan dalam beberapa siri. Pada siri kali ini, ingin saya persembahkan topik pengenalan yang terdapat dalam buku tersebut. Kalian boleh mendapatkan versi asal buku tersebut (bahasa pengantar Inggeris) dalam bentuk e-book yang dapat dimuat turun di laman web khilafah.com

Geopolitical Myths by Adnan Khan

Geopolitical Myths by Adnan Khan

Pengenalan

Geopolitik (Geopolitics) secara tradisinya adalah merupakan kajian mengenai keterkaitan antara kekuasaan politik dan juga ruang geografi.Doktrin bagi geopolitik mula mendapat perhatian hasil daripada kajian Sir Halford Mackinder di England dan juga teori Heartland (Heartland Theory) beliau yang dikeluarkan pada tahun 1904, yang merujuk kepada Empayar British pada zaman tersebut yang telah menyedari kepentingan kuasa armada laut dalam konflik antarabangsa.

Ruang lingkup politik adalah meliputi aplikasi kekuasaan, manakala geopolitik pula menyentuh mengenai kekuasaan yang terkait dengan geografi dan sumber bumi. Dunia Barat telah mendominasi arena geopolitik semenjak tiga abad yang lalu dan telah terlibat dalam banyak siri peperangan sesama mereka bagi merebut kekayaan sumber di dunia. Penguasaan British di lautan inilah yang telah menjadikannya sebagai sebuah negara adidaya (superpower). Kekuatan armada lautnya telah membolehkan British menjajah sebahagian besar rantau di dunia. Napoleon berusaha untuk mencabar penguasaan British dan akhirnya telah tewas dalam peperangan Waterloo pada tahun 1815.

Jerman telah merevolusi arena geopolitik antarabangsa lewat penghujung kurun ke-19 melalui pembangunan kapal selam dan rangkaian kereta api, yang telah menjadikannya mampu untuk mencabar Empayar British dalam Perang Dunia Pertama. Kemenangan pihak Berikat (Allied) menyaksikan Britain dan Perancis membahagi-bahagikan ‘ghanimah‘ sesama mereka, termasuklah minyak – yang telah muncul sebagai kunci bagi penguasaan geopolitik. Dalam tempoh 25 tahun, Jerman kembali bangkit dengan lebih gah, berani, dan lebih ‘berdarah’ dengan penciptaan roket pelancar yang seterusnya membawa kepada penciptaan kapal terbang dan jet pejuang; yang mana akhirnya menjurus kepada sebuah lagi usaha untuk mengubah keseimbangan kekuasaan antarabangsa – Perang Dunia ke-2. Namun, Amerika Syarikat yang telah berhasil untuk bangkit menjadi kuasa dunia sesudah tamat perang, dan kejayaan ini dikecapi dalam era persaingan ekonomi dan perkembangan nuklear dan sumber tenaga. Keupayaan untuk mengaut sumber melalui perkembangan teknologi telah membawa Amerika ke puncak dominasi, sehingga menjadikannya berkuasa dan seolah-olah tidak dapat ditandingi.

Dominasi Kapitalis Barat sedikit-sebanyak telah diperhebatkan lagi melalui propaganda-propaganda dalam rangka mewujudkan imej ketuanan, dan dalam masa yang sama disertakan dengan sebilangan besar mitos geopolitik serta karya-karya yang berusaha menutup masalah dalaman dan juga kelemahannya. Malang sekali apabila terdapat sebilangan besar daripada masyarakat antarabangsa yang terpedaya dengan ‘ketuanan’palsu Barat dan Kapitalisme. Ini telah menyukarkan kebanyakan orang untuk menyedari hakikat di sebalik pesona dan momokan yang diciptakan Barat; yang sebenarnya sedang menghitung hari untuk tumbang.

Atas sebab inilah buku ini dinukilkan. Sebagai Muslim, kita wajar memahami dan membiasakan diri dengan situasi antarabangsa bukan sekadar untuk mempertahankan Ummah dan Islam, bahkan untuk membongkar kebobrokan Kapitalis Barat. Kita perlu menyedari bahawa geopolitik tidak kurang pentingnya kerana telah banyak peperangan dilancarkan bagi merebut kekayaan sumber bumi. Sebagaimana kata-kata Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson pada tahun 1919; “Wujudkah mana-mana lelaki, wanita, hatta kanak-kanak sekalipun di sini yang tidak mengetahui bahawa benih kepada peperangan dalam dunia moden adalah persaingan industri dan komersial?” (“Is there any man, is there any woman, let me say any child here that does not know that the seed of war in the modern world is industrial and commercial rivalry?“)*

Adnan Khan
2 Oktober 2008

* Woodrow Wilson speech at St. Louis 11 September, 1919

***************************************************************************

Isi kandungan

Pengenalan
1. Demokrasi adalah prasyarat untuk kemajuan

2. Dunia mengalami lebihan kepadatan populasi

3. Pemanasan global berpunca daripada pembangunan India dan China.

4. Dunia kehabisan minyak

5. Campurtangan Barat di Balkan pada 9-an adalah untuk membantu umat Islam

6. Peranan PBB dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa menjadikannya sebagai medan terbaik untuk menyelia hubungan antarabangsa dan menyelesaikan konflik antarabangsa

7. Negara penjajah di Afrika telah membawa kestabilan di rantau tersebut, manakala pemergian mereka telah mencetus ketidakstabilan di sana

8. Amerika negara yang tidak dapat ditandingi

9. Israel mengawal Amerika dan dunia

10. Israel tidak terkalah, dan telah dibuktikan daripada 4 peperangan, maka dunia Islam wajar menerima kewujudannya dengan pasrah

11. Negara dunia ketiga mundur dan miskin kerana terjadi kekurangan makanan di dunia

12. Negara dunia ketiga wajar mengamalkan ekonomi bebas demi mencapai kemajuan

13. Globalisasi adalah kemuncak perdagangan bebas dan penting untuk kemajuan ekonomi dalam abad ke-21

14. Bantuan daripada negara Barat membantu pembangunan negara-negara penerima

15. Kemakmuran dan pembangunan dunia yang disaksikan sepanjang dua abad kebelakangan ini tidak pernah tercatat dalam lipatan sejarah terdahulu, dan merupakan bukti kehebatan Kapitalisme.

16. Dunia Islam masih belum bersedia dan tidak ingin kembali kepada Islam

17. Islam ketinggalan zaman

18. Penyatuan dunia Islam adalah mustahil lantaran perpecahan puak dan negara

19. Islam tidak mempunyai sistem pemerintahan

20. Negara-negara perindustrian berkembang maju kerana pengamalan perdagangan dan pasaran bebas

21. Kemajuan Jepun dalam lipatan sejarah dan juga China pada hari ini adalah bukti kejayaan globalisasi

22. Negara-negara ‘Harimau Asia’ mencapai kemajuan lantaran penerapan pasaran bebas

23. Dubai menyajikan model ekonomi baru kepada dunia Islam

24. Sejauh manakah kebenaran konflik Iran-Amerika?

Kesimpulan

Rujukan (akan dimuatkan di penghujung setiap siri)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2009
F S S M T W T
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: