apo nak dikato

Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin

Posted on: Januari 2, 2009

Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.

Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Mereka, sejak dari itu hanya menjadi pemerhati ‘neutral’ yang lebih condong untuk menyebelahi pihak musuh sehingga apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pihak musuh, sepertimana yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Mereka hanya memerhatikan sebuah demi sebuah jet musuh melakukan pengeboman, menghitung jumlah mereka yang cedera dan terkorban serta mengeluarkan kenyataan sekadar meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ – tidak kira sama ada mereka ini terlibat secara langsung atau tidak dalam pemboikotan Gaza – kesemua mereka meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ yang sama. Malah penguasa Mesir (Mubarak) yang pada saat-saat sebelum bermulanya serangan, dari istananya, telah diugut oleh Livni dan pada hari berikutnya, tatkala berlaku serangan ke atas Gaza, Mubarak turut meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’!

Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Hari ini mereka menyeru pula agar diadakan pertemuan bagi ‘mengkaji’ apakah tindakan yang sebaiknya atas penyembelihan di Gaza, seolah-olah tindakan yang sepatutnya dilakukan merupakan sesuatu yang tidak maklum (oleh mereka). Ada yang menyeru diadakan pertemuan, ada yang menyeru kepada pertemuan menteri-menteri luar dan ada yang menyeru kepada Majlis Liga Arab – dan semua ini, seperti biasa, akan diikuti dengan perjumpaan, makan dan minum bersama, kemudian berakhir dengan (mengeluarkan) kenyataan dan bagi para pengikut syaitan, inilah ‘penentangan yang terbaik’!

Tidak cukup dengan itu, mereka mengalihkan pandangan mereka dan meminta tanpa malu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang terdiri dari negara-negara yang pada hakikatnya bertanggungjawab membangunkan rejim Yahudi dan menyokongnya dalam menghancurkan Palestin, tanah yang penuh berkat. Mereka mempercayai dan mengharapkan tindakan dari negara-negara ini untuk membantu Palestin dan penduduknya!!! Amat buruklah apa yang mereka hukumkan!

Sesungguhnya tindakbalas yang sewajarnya ke atas penyembelihan Gaza adalah suatu yang sudah maklum dan jelas. Keputusan untuk bertindakbalas ini tidak memerlukan sebarang pertemuan atau perjumpaan bagi membahaskannya. Ia juga tidak akan datang dari keputusan negara-negara pembina dan penyokong rejim Yahudi – tidak sama sekali – sebaliknya ia hanya akan dapat dicapai dengan menggerakkan bala tentera kaum Muslimin dan mengumpulkan mereka yang berkemampuan untuk memikul persenjataan bagi memerangi rejim yang hina ini. Tidak ada penyelesaian selain dari ini dan para penguasa mengetahui hakikat ini, namun mereka (penguasa) ini hanya ibarat kepingan kayu yang hanyut dan mereka begitu hebat dalam penipuan dan penyesatan. Dilaknati Allah-lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?

Wahai Kaum Muslimin!

Berhati-hatilah dengan penipuan para penguasa ini. Janganlah kalian terpedaya dengan adanya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka benarkan kerana sesungguhnya semua ini tidak membawa apa-apa makna. Seharusnya, kalian melangkah ke istana-istana mereka dengan kekuatan kalian memaksa mereka untuk menggerakkan tentera bagi memerangi rejim penyembelih ini.

Dan kalian wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan (syahid atau kemenangan)? Bagaimanakah kalian bisa berdiam diri tatkala saudara-saudara kalian dibunuh? Apakah penguasa yang sanggup menjual deen-nya untuk dunia, bahkan untuk dunia orang lain, dapat menghalang kalian dari membantu saudara-saudara kalian, walhal kalian mempunyai kekuatan?

Ya Allah! Ya Allah! Wahai Para Tentera!

Hizbut Tahrir menyeru kalian agar menuju kepada kemuliaan dunia dan akhirat! Pertolongan adalah dari Allah dan kemenangan yang hampir atau syurga yang keluasannya seluas langit dan bumi disediakan untuk mereka yang bertakwa. Wahai para tentera,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” (TMQ at-Taubah (9):14).

Inilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada penduduk Gaza dan inilah tindakbalas yang sewajarnya untuk penyembelih Gaza. Inilah juga cara untuk memecahkan pemboikotan ke atas Gaza dan dengan cara inilah juga Allah akan mengubati hati-hati kaum Mukminin.

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah” (TMQ al-Anbiya’ (21):106).

Ya Allah! saksikanlah sesungguhnya kami telah menyampaikan.

1 Muharram 1430 (28hb Disember 2008)
HIZBUT TAHRIR
*Seruan ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir kepada seluruh dunia

23 Respons to "Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin"

one muslim, one spirit to curse zionism.

[…] Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh … […]

Assalamualaikum.. tuan2 yg mulia.. asas jihad adalah iman.. tanpa iman semua org tkt nak menghadapi mati syahid.. kerana cinta dunia lbh tebal dlm hati kita berbanding cinta akhirat..

Assalamualaikum, terima kasih atas nasihat yang diberikan. Saya percaya keimanan itu tetap ada dalam diri setiap individu Muslim biarpun dirinya bergelumang dalam kancah kemaksiatan. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menyuntik kesedaran dalam dirinya semoga mudah-mudahan Allah mengurniakan hidayah kepadanya untuk kembali kepada-Nya dan bangkit menuju kemuliaan. Soal cinta dunia dan takut kematian itu merupakan penyakit yang sukar untuk dirawat, namun tidak mustahil dengan usaha kita yang kecil ini dalam menyampaikan risalah-Nya berhasil dalam mencetuskan kesedaran dalam diri mereka. Dengan izin Allah, sudah tentu… =)

hanya dalam sunnah ada kejayaan..

tak ada cara untuk kembalikan kemuliaan ummah, melainkan cara yg telah digunakan baginda nabi s.a.w.

Usaha pertama nabi s.a.w. selama 13 tahun di Mekah, hanyalah usaha atas iman.. bina yakin pada Allah dan kehidupan akhirat dalam hati2 sahabat yg mulia.

kemenangan atas musuh bukan hakikat kemenangan. tapi bila manusia berbondong2 datang pada agama, itulah kemenangan.

yahudi dengan amerika bukan musuh kita. musuh kita syaitan. daripada kita doakan keburukan untuk mereka, baik kita doakan supaya Allah bukakan pintu2 hidayat untuk mereka. sekurang2nya dapat ar selamatkan mereka daripada azab neraka yg kekal.

Assalamualaikum, terima kasih sdr Mortiis06 atas komentar yang diberikan. Ya, saya bersetuju bahawa kita perlu mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Saya percaya, semua daie yang ikhlas pasti berpegang kepada pendirian sedemikian. Yang membezakan adalah dari segi pemahaman kita terhadap sunnah itu sendiri. Sdr mempunyai hujah, saya juga mempunyai hujah. Kedua-duanya disandarkan kepada sunnah. Namun pada hemat saya, tidak sesuai jika hendak dibincangkan di sini. Sekiranya sdr tak keberatan Insya Allah saya berusaha untuk mengatur pertemuan bagi membincangkannya dari hati ke hati mengikut kelapangan masing-masing. Bukan untuk mencari pemenang, sebaliknya untuk mencapai kesepakatan dalam kebenaran. Saya akan menghantar email kepada sdr kemudian.

Ya, usaha pertama Nabi saw adalah atas dasar keimanan. Namun janganlah pula kita abaikan usaha kedua dan seterusnya. Sedikitpun saya tidak pernah menafikan peri pentingnya usaha atas keimanan. Namun kita perlu jelas bahawa iman itu tidak terhenti dengan lafaz di lidah dan pengakuan di hati. Sebaliknya ia turut menuntut kepada amalan. Amalan tidak terhenti sekadar ibadah mahdhah, bahkan ia meliputi segenap aspek kehidupan. Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan jika ia menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai tolok ukur dalam setiap perbuatannya dalam kehidupan sehari-hari. Syariat tidak akan terlaksana melainkan jika ia berdiri di atas dasar keimanan. Ramai yang tidak menyedarinya.

Dalam keadaan umat Islam dibunuh, ditindas dan diusir, maka apakah kita wajar berdiam diri dan memaafkannya? Ingatlah bahawa darah seorang Muslim itu jauh lebih berharga daripada runtuhnya Kaabah. Dalam keadaan muncung senjata diacukan kepada kepala kita dengan penuh kebencian, adakah sdr beranggapan mereka akan menerima dakwah Islam dengan hati yang terbuka?

Kaum Muslimin di Iraq, di Falastin, dan di mana-mana yang ditindas mempunyai hak mereka ke atas kita. Mereka mempunyai hak untuk dilindungi. Seruan sdr supaya sekadar mendoakan mereka (Amerika dan Yahudi) adalah penafian terhadap hak saudara seakidah kita yang tertindas di sana. Sedarkah sdr? Pernahkah sdr membaca hadis yang membawa mafhum ‘perumpamaan umat Islam itu ibarat satu badan’?

Amerika dan sekutunya, terutamanya Israel merupakan negara kafir hukman wa fi’lan kerana memerangi Islam dan umatnya. Mereka menjadi musuh kita bukan kerana mereka dilahirkan sebagai Yahudi atau Nasrani, sebaliknya kerana apa yang mereka lakukan terhadap umat Islam. Justeru, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk bangkit menentang kezaliman mereka. Dalam ketiadaan khilafah, maka kewajipan tersebut tertanggung ke atas bahu setiap penguasa yang memegang kekuatan. Agar mereka membentuk ketumbukan mujahid membebaskan umat Islam yang tertindas. Inilah hukum syarak berkaitan isu ini. Sempurnakah imannya kalau hukum syarak tidak mahu dipatuhi? Sempurnakah imannya jika hanya dalam sesetengah hukum sahaja lalu mengabaikan yang lainnya? Sempurnakah imannya seandainya kita tidak mengambil kisah akan penderitaan yang sedang dihadapi saudara seakidahnya?

Ataupun tuan menafikan kewajipan jihad? Sekadar bertanya tanpa sebarang prejudis.

Wallahua’lam… Usaha yang sedang dijalankan ini bukanlah satu usaha yang tidak mempunyai nilai ruhiyah. Bahkan sebaliknya semua yang saya lakukan ini berdiri daripada kesedaran saya terhadap keterikatan saya dengan Sang Pencipta. Saya sedar bahawa sebagai hamba-Nya, saya wajib berusaha untuk mentaati perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Wassalam.

Wa’alaikumsalam..

pertama sekali persoalan iman, kerana atas permasalahan inilah dijadikan maksud penciptaan manusia dan jin. dan semua nabi2 yg dihantar dalam kehidupan dunia tanpa terkecuali telah berusaha atas perkara ini. Allah s.a.w. telah berfirman berkenaan perkara ini di dalam kitabNya yg suci,

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِيْ كُلِّ أُمَّةٍ رَسُوْلاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوْتَ

“Dan sesungguh telah Kami utus pada tiap-tiap umat seorang rasul beribadahlah kalian kepada Allah dan jauhilah oleh kalian thagut.”

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلاَّ نُوْحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُوْنِ

“Tidaklah Kami utus sebelummu seorang rasul-pun kecuali pasti kami wahyukan kepadanya: Sesungguh tidak ada yg berhak utk diibadahi kecuali Aku maka beribadahlah kalian semua kepada-Ku.”

وَلَقَدْ أُوْحَي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

“Sungguh telah kami wahyukan kepadamu dan kepada yg sebelummu jika engkau berbuat syirik niscaya akan batal seluruh amalanmu dan niscaya engkau akan termasuk orang2 yg rugi.”

الر، كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيْمٍ خَبِيْرٍ. أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ اللهَ إِنَّنِي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيْرٌ وَبَشِيْرٌ

“Aliif Laam Raa. suatu kitab yg ayat-ayat disusun dgn rapi serta dijelaskan secara terperinci yg diturunkan dari sisi Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu. Agar kalian tidak beribadah kecuali kepada Allah. Sesungguh aku adalah pemberi peringatan dan pembawa kabar gembira kepadamu daripada-Nya.”

Cuba kita teliti dan lihat tafsiran ulama2 yg haq berkenaan ayat2 ini. sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa tidaklah diciptakan manusia ini melainkan sepaya mereka kenal kepada Penciptanya, untuk maksud inilah nabi2 diutus dari zaman adam a.s. sehinggalah junjungan besar kita Muhammad s.a.w..

muhammadghazi

Saya tidak pernah menafikan hakikat ini. Bahkan saya menyetujuinya dengan sepenuh hati saya. Sepertimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya langsung tidak menafikan peri pentingnya soal akidah dan keimanan. Bahkan imanlah yang menjadi pendorong kepada kita semua.

Namun peranan para Nabi tidak terhenti setakat itu semata-mata. Hal ini dijelaskan lagi oleh hadis Rasulullah saw berikut (terjemahannya);

Hadis riwayat Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

“Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

“Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”

Wallahua’lam. Buat kesekian kalinya ingin saya tegaskan pendirian saya bahawa saya tidak sesekali memandang enteng terhadap kepentingan dakwah/seruan kepada hal-hal akidah, keimanan, dan juga ibadah. Namun kita perlu jelas bahawa Islam itu syumul (sempurna) – menyentuh segenap aspek kehidupan. Oleh yang demikian janganlah kita mengehadkan seruan kita kepada aspek-aspek tertentu semata-mata. Demikian juga dengan diri saya. Sungguhpun artikel ini menjurus kepada seruan jihad (yang merupakan sebahagian daripada syariat yang wajib diterapkan secara kolektif – sila rujuk kepada artikel berkaitan. Link-nya ada diberikan dalam komen saya di bawah), namun tidak bererti saya mengabaikan aspek lain.

Saya merupakan seorang Muslim, dan kewajipan seorang Muslim tidak ditentukan berdasarkan kelompok atau organisasi mana yang disertainya. Sebagai seorang ahli qariah, saya berperanan untuk turut mengimarahkan masjid. Sebagai seorang anak, saya wajib berbakti kepada ibu bapa. Sebagai seorang penuntut ilmu, saya wajar mematuhi adab menuntut ilmu serta memanfaatkan ilmu tersebut ke arah kebaikan. Sebagai seorang pekerja, saya diamanahkan untuk melaksanakan tugas saya dengan baik. Demikianlah adanya.

Wallahua’lam…

perkara kedua berkenaan sunnah.. kerana selepas ‘Lailahaillallah’ adalah ‘muhammadurrasulullah’.. ‘Muhammadurrasulullah’ bukan semata2 kita meyakini bahawa Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah, tetapi juga meyakini dengan hati dan menzahirkan melalui amalan bahawa HANYA HARA HIDUP NABI S.A.W. BAWA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT…

hari ni cuba kite lihat kehidupan ummat sekeliling kita (yg Islam), alangkah jauhnya kita daripada sunnah nabi s.a.w.. cuba kita lihat pemuda2 palestin yg baling batu pada kereta kebal tentera zionis, pemuda2 iraq yg berbalas tembakan dengan tentera amerika, dari segi pakaian mereka, adakah menzahirkan pakaian nabi s.a.w.?? dari hujung rambut, mereka pakai cap (topi), pakai t-shirt, pakai jeans, kasut, adakah menggambarkan sunnah nabi s.a.w. dalam kehidupan mereka?? menggambarkan pakaian seharian sahabat2 nabi s.a.w. yg diberkati?? walhal merekalah yg paling wajar dicontohi…

pernahkah kita melihat di media2 massa, memaparkan pemuda2 berjubah, berserban, berjanggut, menentang kezaliman zionis dan amerika?? tentu sekali tidak. walhal itulah fizikal nabi s.a.w. dan sahabat2 r.a.hum yg mulia.

jika dari segi pakaian yg paling luaran pun tak lagi menggambarkan kehidupan nabi s.a.w., bagaimana pula dengan perkara2 lain. cara makan cara nabi s.a.w., tidur cara nabi s.a.w., bergaul cara nabi s.a.w., muamalat cara nabi s.a.w., muasharat cara nabi s.a.w..

tak perlulah nak disalahkan mereka, cuba kita lihat kita di malaysia ini, berapa ramaikah di antara kita yg mane dengan memangdang pakaian mereka sahaja pun, cukup membuatkan hati kita rindu pada nabi s.a.w., berapa ramai yg dengan melihat mereka sahaja pun cukup membuatkan kita teringat kehidupan akhirat..??

Alhamdulillah, ramai yg dalam hati penuh kebencian pada amerika dan yahudi, berikutan apa yg telah mereka perlukukan pada saudara seiman kita di pelosok2 dunia yg lain… kita adakan demonstrasi jalanan, bakar bendera amerika dan yahudi, bakar patung2 pemimpin amerika dan yahudi, boikot barangan buatan amerika dan yahudi, dengan lantang menyuarakan aku benci yahudi, jahannam amerika!!
TAPI SAYANGNYA, CARA MAKAN KITA CARA YAHUDI DAN AMERIKA, CARA BERPAKAIAN KITA CARA YAHUDI DAN AMERIKA, CARA PERGAULAN KITA CARA YAHUDI DAN AMERIKA, CARA FIKIRAN KITA CARA YAHUDI DAN AMERIKA, seluruh cara hidup yahudi dan amerika telah menyelusup masuk dalam kehidupan kita, tanpa tersisa sikit pun kehidupan mubarak nabi s.a.w. dan para sahabat r.a.hum yg diberkati.

Bagaimanakah janji Allah berkenaan pertolongan dan kemuliaan akan sampai kepada kita?

Bahkan ape yg berlaku, kehinaan demi kehinaan Allah telah timpakan keatas kita orang2 Islam. Dia telah hantar orang2 yg hina untuk hinakan kita.. orang2 yg kencing berdiri telah Allah gunakan untuk hinakan orang2 Islam…

semua ini berlaku kerana kita jauh daripada kehidupan suci kekasihNya muhammad s.a.w.

KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD, JIKA BENAR KAMU CINTA PADA ALLAH, MAKA IKUTILAH AKU. ALLAH AKAN CINTA PADA KAMU, DAN AKAN MENGAMPUNKAN DOSA2 KAMU, SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI… (Al-Quran)

Untuk berhadapan dengan pemerintah yg zalim, ada cara sunnah yg ditunjukkan nabi s.a.w. dan Allah s.w.t. sendiri telah mengajar kita dalam Al-QuranNya yg suci,

PERGILAH KAMU BERDUA KEPADA FIRAUN, SESUNGGUHNYA DIA TELAH MELAMPAUI BATAS. BERKATALAH KEPADA DIA DENGAN LEMBUT DAN SOPAN, MUDAHAN2 DIA AKAN SEDAR ATAU TAKUT DENGAN BALASAN… (Al-Quran)

ayat ni berikutan perintah Allah s.w.t. kepada Musa a.s. dan Harun a.s. untuk mendakwahkan agama kepada Firaun. cuba teliti perkara ini, untuk berhadapan dengan raja zalim yg tiada iman pun, masih lagi perintah Allah kepada Musa dan Harun adalah supaya mereka berkata dengan perkataan yg sopan dan lembut. inikan pula bila berhadapan dengan pemerintah yg Islam, yg ada iman dalam hatinya, yg sudah tentu jauh lebih mulia daripada Firaun laknatullahhialahi…

hadith nabi berkenaan menegur pemerintah yg zalim,

dari ‘Iyadh bin Ghunm r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِذِي سُلْطَانِ فَلاَ يُبْدِهِ عَلاَنِيَةً، وَلَكِنْ يَأْخُذُ بِيَدِهِ فَيَخْلُو بِهِ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلاَّ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ

“Barangsiapa yg hendak menasehati seorang penguasa maka jangan dilakukan secara terang-terangan . Namun hendak dia sampaikan kepadanya secara pribadi jika ia menerima nasehat tersebut, maka itulah yg diharapkan, namun jika dia tidak mahu menerimanya, maka berarti ia telah menunaikan kewajibannya.”

muhammadghazi

Menyentuh mengenai isu memuhasabah pemimpin, saya juga ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitannya. Sila ikuti link berikut untuk membaca artikel yang membincangkan isu ini. Insya Allah, mudah-mudahan bermanfaat.

http://www.mykhilafah.com/fikih/1666-memuhasabah-pemimpin-secara-terbuka

Wallahua’lam.

usaha kedua selepas iman adalah solat. itu pun mengikut jumhur ulama berdasarkan riwayat2, turun pada tahun ke 9 atau 11 kerasulan Muhammad s.a.w.

solat merupakan hadiah daripada Allah kepada hambaNya, kewajipan solat juga disampaikan Allah kepada Rasulullah secara terus ketika peristiwa isra’ me’raj, tanpa melalui jibrail a.s. seperti mane syariat2 agama yg lain (seperti puasa, haji, zakat dll semuanya melalui firman2 Allah yg disamapaikan jibrail a.s. kepada nabi s.a.w.).

setelah mengusahakan iman para sahabat r.a. dengan penuh mujahadah selama 9 @ 11 tahun, barulah turunnya perintah solat. mengapa begitu lama masa yg diambil sebelum turunnya perintah solat?? semata2 kerana untuk datang kepada syariat2 agama, yg paling diperlukan adalah iman yg soheh kepada Allah. sehingga apepun perintah atau larangan Allah menjadi mudah bg org yg beriman.

Awal2 perintah solat adalah 50 waktu sehari semalam. namun setelah 9 kali naik turun dari arash Ilahi, maka berkuranglah sehingga cuma 5 waktu sahaja. mendengarkan ini, sahabat2 nabi s.a.w. berkata, “mengapa tidak engkau terima sahaja 50 waktu wahai rasulullah? sesungguhnya itu pun kami sanggup untuk kerjakan..” dari mane datangnya kekuatan ini pada sahabat2 nabi s.a.w.?? inilah kekuatan iman yg diusahakan nabi s.a.w. selama 9 @ 11 tahun. dan kisah ini menjadi seolah2 dongeng pada kita di akhir zaman ini, berikutan betapa tak masuk akalnya untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. ini terjadi kerana betapa jauhnya tahap iman kita dengan sahabat2 r.a.hum.

Firman Allah dalam Al-QuranNya yg suci,

BERIMANLAH KAMU SEPERTI BERIMANNYA MANUSIA..

“manusia” dalam ayat di atas ditafsirkan oleh ulama sebagai sahabat2 nabi s.a.w.. Perintah Allah dalam ayat ini, berimanlah kamu seperti berimannya sahabat.. dalam ayat lain Allah berfirman,

WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN, BERIMANLAH KAMU….

jelas menunjukkan perintah daripada sang Pencipta, supaya kita terus berusaha ke atas iman kepadaNya.

Apakah yang dimaksudkan usaha atas iman? bagaimana usahanya??

Nabi s.a.w. bersabda yg mafhumnya,

SENTIASALAH PERBAHARUI IMAN KAMU. PARA SAHABAT BERTANYA, BAGAIMANA KAMI DAPAT MEMPERBAHARUI IMAN KAMI WAHAI RASULULLAH? MAKA DIJAWAB, PERBANYAKKANLAH PERCAKAPAN LAILAHAILLALLAH…

jadi inilah yg sepatutnya menjadi percakapan ataupun mainan lidah kita orang Islam sepanjang masa. seperti wujudnya suasana ini dizaman Rasulullah s.a.w., di mane2 sahaja, manusia berkata tentang kekuasaan Allah, kehebatan Allah, dan menafikan bahawa selain Allah langsung tak ada kuasa, tak boleh buat ape2…

yg menghidupkan Allah, yg mematikan Allah, yg memuliakan Allah, yg menghinakan Allah, yg bg lapang, sempit pun Allah, yg bg bahagia dukacita pun Allah, yg bg tinggi rendah pun Allah, yg bg keselamatan pemeliharaan pun Allah… inilah percakapan iman…

tapi sayangnya kita pada hari ni, percakapan sebegini bukan lagi menjadi asing di pasar2, taman2, malah dalam masjid percakapan seumpama ini pun dah tak kedengaran lagi… T_T

Sekali jenazah seorang yahudi diusung melalui hadapan nabi s.a.w.. lalu tiba2 nabi s.a.w. menangis. melihatkan ini, para sahabat bertanya, “untuk apa tangisan ini wahai rasulullah, jenazah itu milik seorang yahudi”… lalu dijawab oleh nabi s.a.w., “bukankah dia juga dari kalangan umatku?? pada hari ini, satu jiwa telah dicampakkan kedalam neraka, dan akan kekal di dalamnya buat selamanya…..”

hindon r.ha.. isteri kepada abu sufian, yg paling keras penentangannya terhadap Islam. hindon telah mengupah wahsyi, untuk membunuh Hamzah r.a., bapa saudara nabi s.a.w. dalam satu peperangan, kemudian hindon telah membelah dada hamzah r.a. dan menarik keluar jantung beliau, lalu memamahnya… kemudian hindon telah memotong hidung dan telinga hamzah r.a. lalu diikat bersama menjadi rantai, lalu mengkalungkannya ke lehernya sendiri.. hindon telah bersumpah, aku sekali2 tak akan masuk Islam, tidak akan menerima agama yg dibawa muhammad. Kesyahidan Hamzah r.a. membuatkan Rasulullah mengalami kesedihan yg paling besar dalam hidupnya. sehingga diriwayatkan oleh sahabat, aku tidak pernah melihat rasulullah s.a.w. menangis dengan mengeluarkan suara, melainkan ketika kesyahidan Hamzah r.a..

namun begitu, ketika jemaah muslimin menakluki kota mekah, sesuatu keajaiban telah berlaku. hendon yg ketakutan kerana bimbangkan orang Islam akan mengambil tindak balas berikutan kesyahidan Hamzah, hanya berdiam diri di rumah.. sehinggalah malam berlalu, masih lagi dia tidak mengalami ape2 musibah daripada tentera muslimin. dalam fikirannya, bagaimana boleh satu negara, setelah berjaya menakluki negara yg lain, boleh berdiam diri dan tanpa apa2 keraian.. terlintas di fikirannya, barangkali mereka akan menyambut kemenangan mereka besar2an pada waktu malam. setelah malam tiba, kota mekah masih lagi sunyi, langsung tak menunjukkan keadaan sesebuah negara yg ditakluki… pada tengah malam, hindon memberanikan diri untuk keluar rumah. setelah menyamar supaya tidak dikenali, beliau melalui satu demi satu lorong di kota mekah, namun tidak menjumpai ape2 jenis sambutan atau keraian kemenangan.. walhal tentera muslimin yg memasuki kota mekah itu seramai 10 000 orang, satu jumlah yg besar.. hindon terfikir, barangkali mereka mengadakan sambutan di ka’bah. lalu dia menuju ke ka’bah. setibanya di ka’bah, dia melihat suasana yg sungguh mengharukan, begitu ramai orang2 Islam sedang dalam ibadat masing2 kepada Allah.. ada yg dengan Qurannya, ada yg dengan zikirnya, ada dengan doanya, ada dengan solat sunatnya…. lalu hindon melalui satu demi satu jemaah muslimin itu. tiba pada 1 orang yg sedang berdoa, dengan tangisan penuh harapan, lelaki itu terus mengulangi doanya.. hindon merapati lelaki itu untuk cuba mendengar doanya… sehinggalah jelas di telinganya “WAHAI ALLAH.. KAU BERILAH HIDAYAT PADA HINDON… KAU AMPUNKANLAH HINDON, BERILAH HIDAYAT PADA HINDON…”

terus hatinya terbuka dan esoknya, dia dan suaminya abu sufian, sama2 bertemu nabi untuk memeluk Islam…

apabila ditanya tentang sumpahnya, dia cuma menjawab, “BUKAN AKU YG MASUK KE DALAM ISLAM, TETAPI ISLAM YG MASUK KE DALAM KU..”

muhammadghazi

Boleh saya tahu dari mana sdr memetik kisah Hindun r.ha ini? Kisah Hindun r.ha membelah dada Hamzah r.a lalu memamah jantungnya adalah tidak benar. Untuk membaca huraian lanjut, sila rujuk kepada riwayat Imam Bukhari – tiada insiden membelah dada dan memamah jantung dilaporkan. Versi memamah jantung ini dipetik daripada Sirah Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq mendengar kisah tersebut daripada Saleh bin Kaisan yang lahir 70 tahun sesudah perang Uhud. Riwayat Bukhari adalah seperti berikut:

Dari Ja’far bin Amar bin Umaiyyah ad Dhamri dia berkata, “Saya telah berangkat untuk satu perjalanan dengan Ubaidullah bin Adiy bin al Khiyar. Bila kami sampai di Hims, Ubaidullah bin Adi bertanya kepada saya, “Mahukah engkau berjumpa dengan Wahsyi? Boleh kita tanya kepadanya tentang pembunuhan Sayyidina Hamzah”. Saya berkata, “Tentu sekali”.

Pada hari-hari itu Wahsyi menetap di Hims. Kami bertanya seseorang, “Di mana rumah Wahsyi?”. Orang itu menceritakan, “Itu dia Wahsyi sedang duduk di bawah naungan (bayang) rumahnya. Bila kami ternampak dia dalam rupanya yang gemuk dan tidak berambut itu tak ubah seperti sebuah gereba. Kami berdiri sejenak setelah sampai di hadapannya lalu kami memberi salam kepadanya. Beliau menjawab salam kami. Perawi berkata, “Ketika itu Ubaidullah bin Adi bin al Khiyar menutup muka dan kepalanya dengan serban. Wahsyi tidak nampak apa-apa darinya melainkan dua mata dan kakinya sahaja.

Ubaidullah pun bertanya Wahsyi, “Kamu kenalkah siapa saya?”. Wahsyi mengangkat pandangannya ke arah Ubaiullah, kemudian dia berkata, “Demi Allah, Tidak! Ya, Cuma saya tahu bahawa Adi bin Al Khiyar telah berkahwin dengan seorang perempuan dipanggil Ummul Qital binti Abi al-‘Is. Dengannya Adi bin Al Khiyar telah mendapat seorang anak lelaki. Sayalah yang telah mencari seorang pengasuh untuk anaknya itu dan saya dengan ibunya membawakan anak itu untuk diserahkan kepada pengasuh tersebut. Sekarang saya sedang memerhatikan kaki awak. Saya rasa engkaulah anak itu”. Ubaidullah pun mengalihkan kain dari mukanya. Dia bertanya Wahsyi, “Bolehkah kamu ceritakan kepada kami tentang pembunuhan Hamzah?”. Wahsyi menjawab, “Ya, tentu boleh. Ceritanya begini : Hamzah telah membunuh Thu’aimah bin Adi bin Al Khiyar dalam peperangan Badar. Tuan saya Jubair Bin Mut’im berkata kepada saya, “Kalau engkau dapat membunuh Hamzah, engkau merdeka”.

Bila saya keluar untuk berperang pada tahun ‘Ainain’ (Ainain ialah salah satu bukit di Uhud, di hadapannya terletak Wadi Uhud), saya juga keluar bersama orang lain untuk berperang. Bila masing-masing pasukan telah membetulkan saf, maka Siba’ bin Abdul Uzza pun tampil kehadapan seraya berkata, “Adakah sesiapa yang akan berlawan?”. Wahsyi menceritakan, “Dari kalangan pihak lawan, Hamzah bin Abdul Muthalib tampil kehadapan seraya berkata, “Oh Siba’!Oh anak Ummu Anmar! Mudim anak-anak perempuan, adakah engkau memerangi Allah dan Rasulnya?”. Kemudian dengan pantas Hamzah menyerang lalu dia (Siba’) menjadi seperti kelmarin yang telah berlalu (terus mati). Wahsyi berkata, “Saya ketika itu bersembunyi di sebalik satu batu besar sambil mengintai-intai Hamzah. Bila dia lalu dekat saya, terus saya membaling lembing saya ke arahnya. Lembing itu mengenai bahagian pusatnya lalu menembusi belakangnya. Itulah pertemuan saya yang terakhir dengannya. Bila semua orang pulang dari medan perang, saya juga pulang bersama mereka dan terus menetap di Mekah (selepas merdeka) sehingga Islam tersebar di sana, kemudian saya pun keluar ke ta’if”.

Bila orang Ta’if menghantarkan utusan-utusan kepada Rasulullah s.a.w. maka ada orang berkata kepada saya, “Nabi tidak mengganggu utusan,” kerana itu saya pun menyertai golongan utusan itu untuk mengadap Nabi s.a.w. Bila Nabi saw melihat saya, Baginda pun bertanya, “Adakah engkau Wahsyi?”. Saya menjawab, “Ya”. Baginda saw bertanya lagi, “Engkaukah yang telah membunuh Hamzah?”. Saya menjawab, “Berita yang sampai kepada tuan itu adalah benar”. Nabi saw pun bersabda, “Bolehkah engkau sembunyikan mukamu dari pandanganku?”. Wahsyi berkata, “Aku pun pergi dari situ”.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Musailamah al Kazzab memberontak. Saya berfikir dalam hati saya bahawa seharusnya saya keluar untuk menentang Musailamah. Boleh jadi saya akan dapat membunuhnya dengan itu terbalaslah (terbayarlah) pembunuhan Hamzah oleh saya. Setelah terfikir begitu saya pun keluar bersama orang ramai untuk berperang. Tiba-tiba (dalam peperangan) saya ternampak seorang sedang berdiri di celah tembok. Dia kelihatan seperti unta yang kehitaman warnanya. Rambutnya berselerak. Saya lepaskan lembing saya ke arahnya dan tepat mengenai dadanya sehingga menembusi belakangnya. Selepas itu tampil seorang Ansar Madinah lalu menetak kepalanya. Abdullah Bin al-FAdhl menceritakan bahawa Sulaiman bin Yasr menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Ibnu Umar berkata, “Seorang perempuan yang ketika itu berdiri di atas bumbung rumah lantas berteriak mengatakan, “Demi Amirul Mukminin (Musailamah al Kazzab)! Dia telah dibunuh oleh budak Habsyi.( Lihat Sahih Bukhari jilid 2 m.s. 583)

Pembahasan lanjut mengenai kesahihan kisah ini boleh dibaca dalam buku tulisan Maulana Muhammad Asri Yusoff yang bertajuk “IBNU ISHAQ – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah”. Para ulama’, ilmuan dan asatizah berbeza pendapat mengenai peribadi Ibnu Ishaq. Ada yang menolak sepenuhnya sirah yang dinukilkan oleh beliau, ada juga yang menerima dengan penuh ketelitian (serta menolak kisah yang tidak benar). Namun saya tak berhasrat untuk menghuraikannya di sini, kerana saya bukanlah pakar dalam bidang Jarh wa Ta’dil dsb. Semoga kita lebih berhati-hati dalam menukilkan sebarang kisah, dan lebih-lebih lagi hadis. Kerana Rasulullah saw pernah bersabda;

“Barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka,” Hadis Riwayat Bukhari)

Wallahua’lam. Bukan niat saya hendak mendakwa sdr mortiis06 berdusta, sekadar peringatan bagi kita semua termasuklah diri saya sendiri.

tujuan jihad hanya 2,

1. bagaimana supaya agama Allah dapat ditinggikan.
2. bagaiaman supaya tak tersebar fitnah (kerosakan) di muka bumi.

abdullah ibnu abbas r.a.huma adalah sahabat nabi yg unggul. beliau adalah ulama besar dari kalangan sahabat. daripada beliau banyak fatwa digunakan sehingga ke hari ini. saya yakin ramai yg mengakui kebenaran beliau.. cerita yg bakal diceritakan ini berkenaan dengan beliau dizaman khalifah yg terkemudian (selain khalifah ar-rasyidin)..

Abdullah ibnu abbas r.a.huma masih kanak2 sewaktu beliau hidup di zaman nabi s.a.w.. beliau kerap bersama dengan nabi s.a.w.. sekali, nabi s.a.w. telah mendoakan kefahaman Quran kepada beliau.
sehinggalah beliau dikenali sebagai mufassirun (ahli dalam menafsirkan Quran)

beliau menyertai nabi s.a.w. dalam banyak gazwah (peperangan yg disertai oleh nabi s.a.w.) kemudian beliau bersama dengan khalifah ar-rasyidin (yg mendapat petunjuk) dan menyertai jihad pada zaman mereka..

sehinggalah pada zaman yg terkemudian (tak jauh pun dari zaman khalifah ar-rasyidin), Abdullah ibnu Abbas r.a.huma menarik diri daripada jihad..

apabila ditanya oleh khalifah pada zaman itu, ‘wahai abdullah, dulu kamu satu orang yang sentiasa menyibukkan diri dalam jihad, tapi mengapa sekarang kamu menarik diri dan ingkar terhadap seruan khalifah untuk berjihad??”

maka jawab beliau, “dulu kami berjihad untuk 2 maksud. pertama supaya agama Allah dapat ditinggikan. yg ke 2, supaya tak tersebar fitnah (kerosakan) di muka bumi… tapi jihad kamu pada hari ini, menyebabkan agama Allah semakin menurun, dan fitnah (kerosakan) semakin berleluasa.”

Assalamualaikum, terima kasih atas respon yang diberikan. Insya Allah saya akan memberikan maklumbalas serba-sedikit kemudian.

ana stuju dgn mortis

Assalamualaikum, Alhamdulillah saya sudah mengumpulkan sebilangan pembahasan mengenai jihad dan akan memaparkannya secara bersiri. Mudah-mudahan sumbangan kecil saya ini dapat membantu memberikan pencerahan.

Sudilah kiranya sdr dan juga pembaca lain meneliti pembahasan yang dikongsikan. https://muhammadghazi.wordpress.com/2010/05/22/siri-pembahasan-jihad-bahagian-1/

Bahagian kedua dan seterusnya akan menyusul kemudian insya Allah. Buat masa ini saya agak kesibukan dengan sedikit urusan di luar sana, jadi tak dapat nak menyiapkan kesemuanya sekaligus. Namun saya sudah berikan link untuk membantu kalian merujuk kepada sumber asal. Sekiranya kalian tidak mempunyai kesukaran untuk memahami bahasa Indonesia, saya syorkan supaya fokus terlebih dahulu kepada link yang bertajuk “Berjihad atau Berdakwah” sebelum mengikuti perbincangan lain. Insya Allah. Namun, sekiranya sdr mortiis06 keberatan untuk membaca sumber-sumber yang telah disenaraikan itu, saya syorkan pula supaya sdr mencari sebuah booklet yang ditulis oleh Dr. Abdullah Azzam yang bertajuk “Ad-difa’u ‘an Arodhil Muslimin – Ahammu Furudhil A’yan”. Saya percaya terjemahan buku tersebut sudah tersedia dalam bentuk pdf dan boleh dimuat turun di internet.

Adapun mengenai komen sdr mortiis06 di sini, saya dapati ada sedikit kekurangan yang menuntut kepada pembetulan. Namun tak semestinya kekurangan tersebut mencacatkan hujah sdr mortiis06 sepenuhnya. Kita sama-sama masih belajar, sekiranya ada pernyataan saya yang tersilap maka dipersilakan untuk menegur seadanya. Saya dahulukan dengan sekalung penghargaan.

Pembetulan/komen akan dibuat secara berperingkat pada komen asal sdr mortiis06. Namun saya tidak akan mengedit komen sdr, sebaliknya sekadar menambah di bawah komen tersebut.

Wallahua’lam.

kisah yg saya tahu, setelah wahsyi berjaya membunuh Hamzah r.a., hendon membelah dada Hamzah r.a. dan mengeluarkan jantung beliau lalu memamahnya, namun dengan izin Allah, dia tak dapat memamahnya / menggigitnya… kemudian mengkalungkan telinga dan hidung Hamzah r.a. di lehernya.. (Hayatus Sahabah – maaf, lupa jilid berapa.. untuk kisah lengkap, boleh rujuk sendiri kitab Hayatus Sahabah karangan Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi)

saya faham perkara berkenaan jihad, tetapi adakah sama jihad pada zaman nabi dan sahabat dengan jihad kita pada zaman ini.. dengan jihad mereka, Islam tertegak dan manusia samaada yg Islam ataupun yg kafir sama2 dapat manafaat.. tetapi dengan jihad kita pada hari ini, dapatkah matlamat itu tercapai??

maksud daripada agama adalah keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.. dan kemenangan yg sebenar adalah apabila manusia berbondong-bondong datang pada agama. Nusrah (pertolongan) Allah pada ummat yg paling afdal adalah HIDAYAT…. atas maksud (hidayat) inilah nabi diutuskan…

Kekhalifahan adalah janji Allah dalam Al-Quran, yang pasti Allah akan beri sebagaimana dalam surah An Nuur :

Allah berjanji kepada orang yang beriman di antara kalian dan beramal shalih pasti sungguh mereka akan dijadikan khalifah di muka bumi.

Sebagai tamsilan : Dua orang anak dijanjikan ayahnya : Nak, jika kamu lulus dan markah kamu baik dalam peperiksaan, maka ayah akan hadiahkan kalian kereta.
Anak yang pertama sibuk memenuhi syaratnya, belajar semakin rajin, siang dan malam, tak fikir kereta, maka pada waktunya, akhirnya dia lulus dengan markah yang baik.
Anak yang kedua sibuk pergi ke showroom kereta, lihat-lihat, tanya harga, duduk-duduk di dalamnya, test drive, dll. Setiap hari tidak pernah belajar hanya sibuk bicarakan kereta. Maka pada waktunya, akhirnya dia tidak lulus, karena markahnya teruk.

Tuan-tuan, begitulah kekhalifahan, ada orang yang sibuk propagandakan, bicarakan, diskusikan tetapi lupa penuhi syaratnya. Bahwa syarat supaya kekhalifahan diberikan Allah SWT adalah karena Iman dan Amal Shalih.

muhammadghazi

Assalamualaikum, isu ini sudah acapkali dibincangkan. Itulah, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, usaha ini bukanlah kosong dari sudut ruhiyah. Bahkan semuanya bertitik tolak daripada keimanan dan keinginan untuk mentaati perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Dalam masa yang sama, soal ibadah mahdhah, soal kekeluargaan, soal mencari rezeki yang halal, dsb masih lagi diberikan perhatian. Persoalannya, kewajipan menerapkan hukum Allah dalam aspek kenegaraan sudah sekian lama tidak berjalan. Mungkin ada yang kata, itu tanggungjawab dan peranan pemimpin. Namun kita perlu jelas bahawa pemimpin pada hari ini tidak berbuat demikian. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan mereka. Islam itu kan syumul. Janganlah hadkan kepada perkara-perkara tertentu sehingga mengabaikan hal selainnya. Jangan lihat pada satu ayat lalu ditafsirkan mengikut konteks yang kita ingini tanpa meneliti ayat-ayat lain dan juga hadis. (insya Allah, jika kita mencari kita akan menemuinya… apa yang penting, jangan buat kesimpulan terlebih dahulu kemudian baru mencari dalilnya. Sebaliknya carilah dalilnya kemudian daripada dalil-dalil tersebut dan juga huraian daripada ulama’ muktabar, barulah kita capai kesimpulan…)

Ramai yang kurang jelas dengan method yang digunapakai, lalu melihat seolah-olah mereka yang menyerukan khilafah ini gilakan kekuasaan dan tidak mengikut sunnah. Seolah-olah mereka ini mengabaikan aspek ibadat, aspek kekeluargaan dsb. Benarkah demikian?

Saya tak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut. Sebaliknya saya syorkan supaya kita semua lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pernyataan. Sekiranya kita tidak jelas akan sesuatu, maka lebih baik kita mengelakkan diri daripada mengeluarkan pernyataan berkenaannya kerana dikhuatiri kita akan hanya membuat fitnah terhadap pihak tertentu.

Mungkin artikel lama saya yang berikut bermanfaat, insya Allah: https://muhammadghazi.wordpress.com/2009/08/04/khilafah-bukan-tujuan-dakwah/

Wallahua’lam.

Assalamualaikum, isu jihad ini merupakan suatu kewajipan. Saya percaya, kita semua sudah sedia maklum akannya. Jadi apabila sudah wajib hukumnya, maka dalam apa jua keadaan tetaplah ia wajib, melainkan terdapat uzur syarie. Seseorang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak akan sesekali berdolak-dalih apabila sudah jelas akan hukum sesuatu perkara ke atasnya.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

Al-Baqarah: 216

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, insya Allah saya akan menyiapkan siri pembahasan jihad dari masa ke masa. Maaf kerana saya tak dapat menyiapkannya sekaligus kerana ada urusan. Saya online inipun sementara menunggu sesuatu.

Jihad turut merangkumi aspek mempertahankan diri dan kemuliaan Islam. Justeru, apabila berlaku pembunuhan dan penjajahan maka wajib bagi umat Islam di kawasan tersebut bangkit berjihad dalam keadaan apa sekalipun. Sekiranya kaum Muslimin di kawasan tersebut tidak mampu, maka kewajipan itu akan tertanggung di bahu umat Islam di kawasan berhampirannya dan demikianlah selanjutnya sehinggalah kawasan tersebut bebas daripada penjajahan. Ini bukannya soal bersedia ataupun tidak, atau sama ada jihad ini mendatangkan manfaat ataupun tidak. Kerana musuh sudahpun menyerang dan berada di hadapan mereka dengan senjata yang terhunus. Ini membawa kepada satu persoalan, di manakah kita seandainya (wa iyazubillah) suatu hari nanti Malaysia diserang? Adakah sdr mortiis nak gunakan hujah yang sama seperti yang sdr gunakan pada hari ini?

Kita tak berada di tempat umat Islam di Palestin, juga di Afghanistan dan Iraq. Sebab itulah kita dengan selesanya menafikan hak mereka untuk dapatkan pembelaan.

Saya harap sangat-sangat supaya sdr mortiis membaca artikel yang telah saya sediakan. Kerana di situ saya ada tampilkan kisah di mana Rasulullah SAW melancarkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa’ demi membela maruah seorang Muslimah dan juga menuntut hak seorang Muslim yang dibunuh oleh Yahudi tersebut. Ini menunjukkan bahawa jihad turut meliputi aspek pembelaan umat di samping menegakkan deen Allah. Jihad terbahagi kepada dua, iaitu jihad ofensif (futuhat) dan juga jihad defensif (difa’iyyah). Semoga fahamnya sdr itu sama dengan kefahaman generasi terdahulu (salafussoleh). Begitu juga dengan diri saya ini… Ameen.

Saya percaya, secara umumnya umat Islam meletakkan diri mereka dalam “kandang bersalah” apabila berbicara mengenai isu jihad ini. Mereka mengambil pendirian defensive-apologetic dalam mendepani isu jihad. Musuh-musuh Islam telah mencemar konsep jihad lalu mengaitkannya dengan tindakan terrorism yang kejam dan zalim. Akhirnya muncullah sebilangan umat Islam yang cuba membela Islam dan memberikan interpretasi yang berbeza terhadap jihad semata-mata untuk menyelaraskannya dengan persepsi Barat terhadap jihad itu sendiri.

***Pernyataan umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak secara spesifik.

Wallahua’lam.

ehm… kepahaman dan kepercayaan kita lain… dan masing2 kuat dengan pegangan masing2 yg ternyata berbeza… saya doa semoga Allah pimpin dan tunjukkan kita semua jalan yg lurus… sekiranya kita berada pada jalan yg salah, saya doa supaya dengan keikhlasan kita terhadap agama, Allah kembalikan kita ke pihak yg benar, dan teguh di atas kebenaran itu…

“Barangsiapa yg bermujahadah di jalan Kami (dengan diri dan harta), akan Kami bukakan pintu2 hidayah…” (Al-Quran)

Allah ta’ala berfirman dalam hadith qudsi, “Sekiranya Aku inginkan kebaikan kepada hambaKu, nescaya akan Aku kurniakan kepadanya feqih fiddin (kefahaman agama)… (Al-hadith)

Abdullah Ibnu Abbas r.huma berkata, “Ilmu ada 3. yg pertama, boleh diceritakan kepada sesiapa sahaja.. yg kedua, boleh diceritakan kepada orang2 tertentu sahaja.. yg ketiga, tidak boleh diceritakan kepada sesiapa pun, jika tidak, kamu akan dibunuh…” (atsar)

Sekiranya tidak kerana atsar ini, nescaya akan saya ceritakan semuanya… semoga Allah ampunkan saya, dan dengan usaha saya yg kecil ini, moga Allah buka pintu2 kefahaman yg luas untuk diri saya sendiri terutamanya, dan ummat umumnya…

Baiklah, saya menghormati permintaan sdr mortiis tersebut. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan selama ini diberikan perhatian dan renungan tanpa prejudis. Semoga sdr mortiis melihat respon saya ini sebagai jawapan mesra daripada seorang Muslim yang seakidah. Dan bukannya daripada kelompok yang berbeza serta wajar dijauhi. Wallahua’lam.

Besarlah harapan saya supaya apa jua isu yang telah diulas dan diberikan respon ini tidak lagi diulang semula – seolah-olah ia pertama kali dibincangkan. Hal ini kerana tindakan tersebut akan hanya mengganggu gerak kerja dakwah yang diusahakan. Lebih baik seandainya jika kita fokus kepada usaha kita tanpa meremehkan usaha orang lain.

Juga sebaiknya jika kita meneliti hujah dari pelbagai pihak sebelum kita mengambil pendirian. Janganlah kita hanya merujuk kepada satu sumber semata-mata. Yang paling penting, sumber rujukan utama kita selaku seorang Muslim semestinya al-Quran, as-Sunnah, dan apa yang terbit daripadanya (i.e. ijma dan qiyas).

Saya mohon maaf sekiranya ada menyinggung perasaan sdr mortiis sepanjang kita bertukar pandangan di sini. Semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua, amin. Saya bukanlah yang terbaik, bahkan masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

Wassalam.

Oh ya, walau bagaimanapun insya Allah siri pembahasan jihad akan diteruskan lagi dari masa ke masa. Semoga bermanfaat. Ameen.

Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2009
F S S M T W T
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: