apo nak dikato

Tahun Baru, Semangat Baru

Posted on: Januari 1, 2009

2009M, 1430H. Tahun baru menjengah tiba, membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. 2008 yang diwarnai dengan pelbagai konflik, perselisihan, euphoria, kesedihan, kemarahan, kegembiraan, dan kesyukuran telahpun berlalu pergi. 2009M tiba dengan penuh harapan dan keazaman…

Kebiasaannya, pada awal setiap tahun kita akan mula melakarkan azam tahun baru di samping merencana agenda untuk mencapainya. Walau apapun azam kita pada tahun ini, apa yang penting hendaklah ia selaras dengan garis panduan yang telah ditunjukkan syarak. Pastikan niat dan azam yang dilakar itu tidak bercanggah dengan syariat Islam. Dan dalam masa yang sama, pastikan juga usaha yang dilaksanakan itu bertepatan dengan aturan dan panduan Ilahi. Ketahuilah bahawa matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara. Setiap amal perbuatan kita akan dihisab dan akan diberikan ganjaran baik mahupun buruk di Mahkamah Allah yang Agung kelak.

Dalam kita menyimpan harapan dan azam untuk tahun ini, janganlah kita lupa bahawa kita sekadar merancang dan bertindak mengikut ruang lingkup yang kita kuasai semata-mata… Sedangkan hasilnya adalah ketentuan Allah swt jua. Oleh itu, janganlah kita berputus asa dan kecewa sekiranya kita gagal. Kerana semua ini pasti ada hikmahnya terhadap kita dan juga orang di sekeliling kita. Redha-lah kepada ketentuan (qadar) Allah, biarpun kelihatan buruk dan merugikan di mata manusia. Jangan sesekali kita berburuk sangka terhadap-Nya.

Dalam kita meraikan ketibaan tahun baru dengan penuh harapan dan kesyukuran, jangan pula kita lupa akan nasib saudara-saudara kita yang tertindas di Gaza dan juga di tempat-tempat lain. Marilah kita bersama panjatkan doa ke hadrat Allah agar penderitaan mereka akan tamat dan pembelaan yang adil akan diberikan kepada mereka. Marilah kita bersama mendoakan supaya Allah mengembalikan semula kemuliaan kepada umat Islam dengan tertegaknya semula khilafah di atas minhaj kenabian. Khilafah yang akan menerapkan hukum Islam dalam segenap aspek kehidupan. Juga yang akan mengembalikan maruah serta membela nasib umat Islam yang telah sekian lama tertindas dan hidup dalam kehinaan.

Di samping itu, jangan sesekali kita lupa bahawa setiap detik yang berlalu itu membawa kita semakin hampir kepada kematian. Sesungguhnya kematian itu adalah suatu yang pasti. Oleh yang demikian, dalam kita bersungguh-sungguh mengejar azam dan impian kita, jangan sesekali kita lupa untuk mempersiap diri kita dalam menghadapi kematian yang bakal tiba.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Semoga hari-hari yang berlalu ini lebih baik dari semalam yang telah pergi. Marilah kita berusaha meningkatkan ilmu dan amal kita; baik dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi. Jangan sesekali kita membiarkan diri kita terleka dan hanyut dibawa arus kealpaan. Semoga Allah menunaikan impian dan harapan kita pada tahun ini.

Azam saya pada tahun ini? Hehe, I will keep that to myself… Apapun, mohon doakan agar ia termakbul… Amin.

Wassalam…

Yang benar,
Muhammad Ghazi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Januari 2009
F S S M T W T
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: