apo nak dikato

Beginikah Mentaliti Pembaca Melayu?

Posted on: Disember 23, 2008

Novel Cinta Dan Majalah Pilihan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Novel-novel cinta dan majalah berunsur hiburan masih menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat berbanding bahan bacaan ilmiah, kata Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kamarul Zaman Shaharuddin.

Beliau berkata novel-novel cinta laris di pasaran serta diletakkan di rak-rak depan kedai buku dan majalah hiburan seperti Mangga mempunyai pengedaran yang tinggi.
“Kita sedih sedikit kerana masyarakat kita lebih tertumpu pada bahan bacaan seperti ini, walhal dalam soal pembinaan bangsa dan pembinaan jati diri banyak lagi bidang-bidang lain yang patut diberi tumpuan,” katanya selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan DBP dan pelancaran buku biografi “Sulaiman Md Yassin: Dian Di Perantauan”, di sini, Isnin.

Beliau berkata DBP tidak berhasrat untuk menerbitkan novel-novel komersial sebaliknya akan meneruskan usaha menerbitan buku dan majalah berunsur ilmiah.

“Syarikat penerbit swasta yang ada sudah mampu untuk mengembangkan karya-karya komersial, DBP hanya fokus pada penerbitan buku dan majalah yang bermutu dalam bahasa Melayu,” katanya.

Kamarul Zaman juga menepis tanggapan bahawa penerbitan buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak lagi relevan, walaupun kerajaan buat masa ini menetapkan bahasa pengantar untuk pembelajaran kedua-dua subjek itu ialah bahasa Inggeris.

“Ini sebenarnya tidak menjadi masalah, buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu masih diperlukan dan kita sebenarnya ada pasaran, kita ada 300 juta penutur bahasa Melayu di seluruh dunia… tanggapan bahawa buku dalam bahasa Melayu tidak mengandungi nilai komersial adalah persepsi masyarakat semata-mata,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin berkata tujuan utama MoU itu adalah untuk menjalinkan kerjasama antara UMT dan DBP dalam penerbitan buku khususnya dalam bidang Sains Maritim, selain mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu.

Beliau berkata masih banyak lagi yang perlu dikaji dalam bidang Sains Maritim dan UMT bercita-cita untuk mengembangkan ilmu itu dalam bahasa Melayu.

“Biografi ini adalah buku pertama yang kami hasilkan dengan kerjasama DBP, selepas ini banyak lagi buku berbentuk ilmiah yang akan diterbitkan,” katanya.

— BERNAMA

Ulasan:

Sedih bila mengenangkan bahawa bahan-bahan bacaan sebegini masih mendapat tempat yang tinggi di kalangan pembaca Melayu. Lebih menyedihkan lagi apabila bahan-bahan penulisan ilmiah dalam bahasa Melayu begitu kurang mendapat perhatian daripada pembaca Melayu. Yang saya maksudkan sebagai pembaca Melayu bukanlah sekadar orang Melayu tetapi termasuklah sesiapa sahaja yang membaca bahan penulisan yang menggunakan pengantar Melayu. Namun, sudah semestinya majoriti di kalangan pembaca Melayu ini terdiri daripada orang Melayu sendiri. Maka, timbullah sebuah persoalan; “Inikah mentaliti Melayu?”

Mengapa keadaan begini terjadi? Adakah kerana penulisan-penulisan ilmiah itu terlalu mahal untuk dibeli berbanding majalah hiburan yang lebih murah & mudah untuk didapati? Salah strategi pemasaran kah? Atau salah dari segi penetapan golongan sasaran yang ingin dicapai? Ataupun sememangnya budaya mementingkan hiburan dan jiwang ini sudah sebati dalam jiwa orang-orang Melayu, sehinggakan karya-karya yang bertemakan dua perkara ini pasti akan mendapat rating yang tinggi? Ke mana perginya budaya keintelektualan di kalangan orang Melayu?

Pada hemat saya, tidak salah jika sesekali kita meluangkan masa untuk membaca bahan bacaan ringan seperti novel cinta ataupun karya fiksyen. Namun, kenalah pastikan bahawa ia selaras dengan tuntutan syarak. Jangan sampai kita terpengaruh dengan kemasukan idea-idea kebebasan tak bertempat yang rosak lagi merosakkan pula.

Bagaimana pula dengan pembacaan bahan tarbiyah Islam? Sejauh mana kecenderungan bangsa Melayu terhadap tsaqafah Islam yang agung? Cuba kita sama-sama renung dan bertanya kepada diri sendiri, “Sudahkah aku membaca al-Quranul Karim dan menghayati (tadabbur) isi kandungannya pada hari ini?”; “Berapa ayat yang sudah ku baca dan amalkan pada hari ini?” ; Berapa banyak buku mengenai fiqh Islam yang berkisar tentang kehidupan seharianku yang kubaca pada hari ini?”

Al-Quran semakin dipinggirkan di dalam masyarakat. Novel-novel yang setebal 500 mukasurat (bahkan ada yang lebih) dapat dihabiskan dalam masa seminggu pembacaan. Berapa kalikah kita khatam al-Quran? Kemudian dalam banyak kali dikhatamkan itu, berapa kalikah kita duduk berteleku men’tadabbur’ dan beramal dengan kalamullah ini?  Beramal di sini bukan sekadar bermaksud menghafal dan dibaca ketika dalam solat semata-mata, bahkan termasuk juga dalam usaha menterjemahkannya kepada tindakan dalam kehidupan kita seharian.

Berapa banyak pula karya-karya tokoh-tokoh ilmuan Islam yang telah kita baca? Berapa banyak buku mengenai akidah Islam dan juga ibadah yang telah kita rujuk dan amalkan? Berapa banyak pula yang telah kita hayati mengenai sistem-sistem Islam yang sepatutnya diterapkan secara syumul – baik dalam urusan peribadi, kemasyarakatan, dan juga aspek kenegaraan? Apakah kesemua tsaqafah Islam ini hanya layak tersimpan rapi dalam buku-buku akademik semata-mata? Adakah kesemua tsaqafah Islam ini hanya akan dibincangkan dan disyarahkan secara akademik di fakulti-fakulti pengajian Islam tanpa diterapkan dalam kehidupan?

Ayuh, marilah kita bersama-sama berusaha mengubah keadaan kita pada hari ini. Marilah kita laksanakan revolusi pemikiran, agar umat Islam (termasuklah orang Melayu) kembali gemilang dan beramal dengan mabda’ Islam yang hakiki…

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…”

ar-Ra’d : ayat 11

Wallahu’alam… Saya bukanlah yang terbaik. Namun ini tidak menjadi penghalang dalam usaha saya memperbaik diri serta menyeru agar kalian turut serta memperbaik diri dan masyarakat ke arah pemahaman Islam yang hakiki…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2008
F S S M T W T
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: