apo nak dikato

Wahai Kaum Muslimin! Gaza menuntut haknya ke atasmu!

Posted on: Disember 22, 2008

Wahai Kaum Muslimin! Saudaramu di Gaza sedang menderita dek sekatan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Sampai bilakah penderitaan sebegini akan berterusan? Apakah kalian tidak tersentuh dan marah dengan kekejaman serta kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap umat di Palestin??

Dosa Pemimpin Arab : Rakyat Ghaza Makan Rumput

Di kala pemimpin negara Arab dan pemimpin Muslim lainnya di seluruh sedang menikmati juadah yang paling mewah di muka bumi, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kelaparan akibat kepungan kejam pihak berkuasa Israel, semakin terdesak sehingga terpaksa memakan rumput untuk meneruskan hidup.

Kesengsaraan mereka turut disahkan pegawai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkan ramai penduduk kelaparan.

Bukan sekadar tidak ada keimanan, malah sedikit belas kasihan pun tidak ada bagi pemimpin-pemimipin ini. Mereka langsung tidak ada rasa bersalah dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita ini, walaupun mata mereka menyaksikan semua ini.

Rasulullah saw bersabda,

“Tidaklah beriman dengan ku orang-orang yang tidur dengan perut kenyang sedangkan dia mengetahui jirannya sedang kelaparan” [HR Bukhari dan al-Hakim].

Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan, perumpamaan umat Islam yang saling mencintai satu sama lain, murah hati kepada satu sama lain, bersikap baik terhadap satu sama lain adalah seumpama satu badan. Jika ada bahagian tubuh yang mengadu kesakitan, bahagian-bahagian lain tubuh akan turut berjaga sepanjang malam. Hal ini menunjukkan betapa perlunya kita membantu sesama umat Islam. Apatah lagi bagi pemimpin di mana di atas bahu mereka terpikul amanah untuk menjaga rakyat.

Keadaan buruk yang melanda umat Islam pada masa kini adalah kerana tidak adanya ‘pemeliharaan’ dari pemimpin ke atas mereka. Pada masa pemimpin sedang enak melahap juadah masing-masing, sedikit bantuan pun tidak diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

Pemimpin-pemimpin Arab yang tinggal cukup berdekatan dengan Palestine hanya asyik memerhatikan sahaja nasib kaum Muslimin, tanpa membantu sedikit pun. Mereka telah terserang penyakit yang Rasulullah namakan sebagai “al-wahn” iaitu cintakan dunia dan takut mati. Mereka takut untuk membebaskan tempat suci kaum Muslimin di Palestin dan mereka lebih memilih untuk terkurung dan terikat dengan konsep perkauman gaya baru iaitu negara sempadan berasaskan kaum (territorial-nation state).

“Apa yang kami mampu lakukan ialah makan rumput. Hanya ini pilihan yang ada bagi memastikan kami sekeluarga dapat hidup,” kata Amra Abu, ibu lapan anak kepada akhbar Britain, The Times, sambil menuding ke arah rumput hijau yang tumbuh liar di tepi jalan raya Gaza. Setiap pagi, beliau dan anak perempuannya, Rabab, 12, mengutip rumput di sepanjang jalan raya yang didakwanya selamat dimakan.  Amra, 23, turut mengemis bagi mendapatkan wang untuk membeli bahan api.  “Saya sudah lupa bilakah kali terakhir dapat makan buah-buahan,” kata Rabab yang memakai pakaian lusuh dan seluar jeans koyak.

Penderitaan Amra antara kisah sedih yang terus menyelubungi Semenanjung Gaza selepas Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza yang menempatkan kira-kira 1.6 juta penduduk. [Berita Harian 17/12/2008]

Penderitaan yang dialami oleh kaum Muslimin ini terjadi tatkala pemimpin negara-negara  Arab Teluk adalah pengeluar terbesar minyak dunia, dan tatkala mereka megah dengan pembinaan bangunan pencakar langit nombor satu di dunia dengan hasil kekayaan yang diraih dari minyak. Mereka mengejar kemewahan dunia hingga tidak lagi memandang kepada saudara mereka di Ghaza yang memakan rumput untuk hidup.

Usaha umat untuk menegakkan Khilafah adalah amat mendesak bagi menyelamatkan kaum Muslimin di seluruh dunia. Penyatuan umat di bawah satu payung kekhilafahan dan penghapusan batasan sempadan negara berasaskan kaum, pastinya akan memudahkan penyaluran bantuan dan apa jua keperluan kaum Muslimin di serata dunia. Insya Allah sistem Khilafah ini akan pasti kembali kerana ia adalah janji Allah ke atas kita semua. Cumanya, kita mestilah bersungguh-sungguh untuk menjadi penegaknya.

Sumber: mykhilafah.com

Gaza Makin Tenat !!

Isnin ,22/12/2008 –Pengerusi jawatankuasa popular pengepungan, MP Gaza, Jamal Al-Khudari Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir disamping bencana kemanusiaan yang membimbangkan.

Menurut Khudari, penutupan semua mata lintasan di Semenanjung Gaza oleh Israel sehingga minggu ketujuh berturut-turut akan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta menyatakan penutupan loji kuasa utama di bandar itu menjadikan 80% wilayah itu berada dalam kegelapan.

Dalam satu siaran akhbar beliau yang dikeluarkan di Gaza, Khudari menjelaskan bahawa sekatan itu telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan sambil menambah lebih daripada 273 penduduk Palestin mati akibat pengepungan yang represif itu.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Sumber: palestinkini.info

Perkembangan terkini: Gaza telah diserang Israel!

1. Muslims of Gaza under Attack!

[http://www.khilafah.com/index.php/analysis/middle-east/4740-muslims-of-gaza-under-attack]

2. Analysis of Israel’s assault on Gaza

[http://www.khilafah.com/index.php/analysis/middle-east/4752-analysis-of-israels-assault-on-gaza]

3. The Muslims Rulers’ Support of Israel

[http://www.hizb.org.uk/hizb/resources/issues-explained/the-muslims-rulers-support-of-israel.html]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2008
F S S M T W T
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: