apo nak dikato

Mangsa Kezaliman ISA – Jangan Dilupakan Mereka

Posted on: Disember 18, 2008

1. Saya terdorong untuk menulis post ini setelah membaca “ALIRAN Monthly” (2008 Vol. 28 No. 8) dengan muka depannya yang memfokuskan tentang perjuangan menghapuskan ISA [“Abolish ISA – The Struggle Continues”].  (Aduhai, dalam kesibukan nak menghadapi ujian pun sempat lagi baca benda lain & berposting ye…)

2. Rasanya tidak perlulah saya nyatakan pandangan syarak mengenai ISA secara terperinci dalam post saya kali ini, kerana Islam jelas menentang kezaliman dan penganiayaan terhadap mana-mana individu. Apatah lagi menyekat hak mereka untuk menuntut pengadilan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan ISA juga boleh disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi. Sudahlah kewujudannya itu tidak sah dan haram di sisi Islam, kemudian disalahgunakan pula oleh pihak yang berkepentingan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keharaman ISA di sisi Islam, saya mengesyorkan agar kalian membaca Sautun Nahdhah edisi 174 keluaran Hizbut Tahrir Malaysia. Anda boleh mencarinya dengan melawat laman web http://www.mykhilafah.com kemudian klik pada tab “Sautun Nahdhah”; ataupun anda boleh mengikuti URL berikut: http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1037:sn174-isa-haram-di-sisi-islam&catid=42:sautun-nahdhah&Itemid=2

3. Di sisi Islam, setiap manusia tidak bersalah sehingga dibuktikan sabit kesalahan (innocent until proven guilty). Oleh itu, mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan yang sepatutnya agar mereka berpeluang untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Namun, ISA tidak memenuhi hak tersebut, kerana seseorang boleh dikenakan tahanan sehingga 2 tahun (bahkan ada yang melebihi 6 tahun!) tanpa menjalani sebarang proses penghakiman. Jika benarlah tujuan ISA adalah untuk tindakan pre-emptive, mengapa perlu sehingga bertahun lamanya? Tidak cukupkah dengan penahanan reman, untuk mengambil keterangan ataupun mengumpulkan bukti-bukti? Teruk sangatkah prestasi pihak Polis Diraja Malaysia dan Cawangan Khas-nya sehingga memerlukan bertahun-tahun lamanya untuk mengumpulkan bukti?

Ataupun ia hanyalah alasan semata-mata untuk mengurung dan menutup mulut mereka yang menentang pihak yang berkepentingan? Maaflah, saya tak menjalani pendidikan formal mengenai sistem perundangan sekular yang diamalkan di Malaysia. Mungkin ada yang akan mempersoalkan kredibiliti saya. Namun, rasanya tidak perlu belajar sehingga ke tahap ijazah untuk menyedari hakikat kezaliman ISA.

Bayangkan tekanan dan penderitaan yang dihadapi oleh mangsa dan juga keluarganya. Bayangkan jika kita yang berada di tempat mereka. Bayangkan jika kita dipisahkan daripada anak-anak kita, dan tak berkesempatan mendidik, membelai dan membesarkan mereka dengan kasih sayang. Bayangkan pula perasaan seorang isteri yang dipisahkan daripada suaminya yang tercinta bertahun-tahun lamanya. Bagaimana pula dengan nafkah isteri dan anak-anak? Bayangkan penderitaan anak-anak yang kehilangan tempat mengadu manja dan berkasih sayang. Semuanya berlaku tanpa hak… Bahkan terdapat sebilangan besar yang dipenjarakan tanpa sebab yang munasabah, dan kalau adapun, mengapa tidak dibicarakan segera?

4.  ISA dan juga segala hukum-hakam yang lahir daripada akal manusia semata-mata (tanpa merujuk kepada sumber syarak) sewajarnya dihapuskan dan digantikan dengan sistem Islam yang berpandukan wahyu serta adil terhadap semua manusia. ISA tidak sewajarnya digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun, biarpun dengan niat untuk mempertahankan Islam. Kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Bahkan tindakan ini adalah bercanggahan dengan ajaran Islam sendiri, serta secara tak langsung akan mendatangkan fitnah terhadap kemurnian ajaran Islam. Tindakan segelintir umat Islam yang menyokong ISA teramatlah dikesali. Kalau nak diikutkan perasaan, ingin sahaja saya mencampakkan mereka ke Kem Kamunting, tinggal di sana beberapa tahun dan alami penderitaan sebagaimana yang telah dilalui oleh tahanan-tahanan ISA. Saya percaya, mereka yang menyokong ni kebanyakan (kalaupun bukan semua) tidak pernah merasai bagaimana peritnya ditahan tanpa pembicaraan.

5. Seruan untuk menghapuskan ISA sahaja masih tidak memadai, selagimana sistem yang mengatur kehidupan masyarakat dan negara masih lagi berteraskan Kapitalisme yang lahir daripada akal manusia. Sudah semestinya pihak yang mempunyai kuasa akan menggubal undang-undang yang menguntungkan mereka, serta menjamin kesinambungan pemerintahan mereka. Percayalah, jika ISA berjaya dihapuskan sama sekali, namun sistem yang diterapkan masih lagi sistem kapitalis seperti di negara masakini,  pasti akan muncul akta-akta yang berat sebelah dan juga tidak adil, kerana akal manusia adalah terbatas. Dan semestinya mereka akan membuat keputusan yang memihak kepada mereka. Lebih-lebih lagi apabila undang-undang digubal oleh Parlimen yang semestinya dikuasai oleh mereka (baca: manusia) yang mempunyai kuasa majoriti. Sedarkah kita, bahawa ini jelas telah “mengambil alih” peranan Allah sebagai as-Syari’ (penggubal undang-undang)? Persoalan seterusnya, apakah yang menjadi rujukan kepada parlimen dalam membahaskan sesebuah rang undang-undang? Al-Quran dan as-Sunnah?? Sama-samalah kita renungkan…

6. Selaku umat Islam, kita wajib berhukum dengan hukum Allah. Bukan sekadar disebabkan oleh kesedaran Islam, bahkan ia merupakan kewajipan yang tertanggung di bahu setiap individu Muslim yang mukallaf. Perlu diingat bahawa menurut kaedah syarak,  hukum asal perbuatan adalah terikat dengan hukum syarak. Dan ia tidak hanya berlegar dalam aspek ibadah, kehidupan peribadi ataupun kemasyarakatan semata-mata. Ia turut meliputi aspek kenegaraan dan hubungan antarabangsa. Jika tidak, bermakna kita masih gagal melaksanakan Islam secara kaffah (menyeluruh). Apakah kita ingin mengikut jejak langkah syaitan – musuh kita yang paling nyata (mafhum ayat al-Quran)?

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

al-Baqarah: 208

Oleh yang demikian, buat kesekian kalinya saya ingin menyeru agar kaum Muslimin sekalian agar turut serta menyumbang ke arah penerapan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Ini bukan sekadar retorik, sebaliknya saya menuntut komitmen yang tak terhingga daripada kalian agar bersama-sama berusaha untuk merealisasikannya. Ayuh, sahutlah seruan ini dengan penuh kesedaran, keinsafan, dan juga kebergantungan terhadap Allah swt. Sedarlah insan!

**********

Senarai Tahanan ISA (dipetik daripada ALIRAN Monthly, mukasurat 11 dan 12; berdasarkan ucapan pelancaran Laporan “Report of The Panel of Emminent Persons to Review the 1988 Judicial Crisis in Malaysia” pada tarikh 29 Ogos 2008).

Those detained for more than 6 years

  1. Yazid bin Suffat
  2. Suhaimi bin Mokhtar
  3. Abdullah bin Daud
  4. Mat Sah bin Mohd Satray
  5. Shamsuddin bin Sulaiman

Those detained for more than 5 years

  1. Abdul Murad bin Sudin
  2. Zaini bin Zakaria
  3. Zainun Rasyhid
  4. Wan Amin bin Wan Hamat
  5. Sulaiman bin Suramin

Those detained for more than 4 years

  1. Zakaria bin Samad
  2. Ahmad Zakaria
  3. Terhamid bin Dahalan
  4. Mohd Khider bin Kadran
  5. Sufian bin Salih
  6. Hasim bin Talib

Those detained for more than 3 years

  1. Abd Rahman bin Ahmad
  2. Lai Kin Choy
  3. Lai Kee Yew
  4. Mahfudl Saifuddin
  5. Mulyadi
  6. Ariffin

Those detained for more than 2 years

  1. Mat Tarmizi bi Zakaria
  2. Mohd Arasad Patangari
  3. Adzmi Pindalun
  4. Idris bin Lanama
  5. Ahamad Ghafar Shahril
  6. Jeknal Adil
  7. Binsali Omar
  8. A Artas bin A Burhanuddin
  9. Mohd Nasri bin Dollah
  10. Francis Indanan
  11. Husin bin Alih
  12. Yusoff bin Mohd Salam
  13. Abdul Jamal bin Azahari

Those detained within the last two years

  1. Pakana bin Selama
  2. Shaykinar bin Guat
  3. Argadi bin Andoyok
  4. Kasem Dayama
  5. Ng How Chuan @ John
  6. Ng Keat Seng
  7. Mohd Azuan bin Ariffin
  8. Mohd Faizol bin Shamsudin
  9. Zulkifli bin ABu Bakar
  10. Amir Hussain
  11. Mohd Amir bin Mohd Hanafiah
  12. Zulkifli bin Marzuki
  13. Ahmad Kamil bin Mohd Hanafiah
  14. Mohd Nasir bin Ismail @ Hassan
  15. Tan Choon Chin
  16. Mavalavan a/l Muthuramalingam
  17. Sanjeev Kumar a/l Khrishnan
  18. San Khaing
  19. P. Uthayakumar
  20. M. Manoharan
  21. R. Kenghadharan
  22. V. Ganabati Rao a/l Veraman
  23. T. Vasanthakumar a/l Khrishnan
  24. Shadul Islam
  25. Abdul Sathar Mohammad Sarjoon
  26. Faycal Mamdouh
  27. Mahamad Nakhrakhel
  28. Muhammad Shuain Hazrat Bilal
  29. Muhammad Zahid Haji Zahir Shah

TOTAL: 66 DETAINEES UNDER ISA – THE DRACONIAN LAW

Sebelum saya mengakhiri post ini, ingin saya nukilkan kenyataan yang disertakan dalam ucapan tersebut yang disampaikan oleh Dato’ Ambiga Sreenevesan, presiden Majlis Peguam Malaysia. Walaupun banyak perkara yang tidak saya setujui, namun apabila berhadapan dengan kezaliman sebegini, saya senada dengan seruan beliau, iaitu MANSUHKAN ISA dan bebaskan tahanannya. Bezanya, sudah semestinya beliau dengan Majlis Peguamnya yang sekular itu ingin mengekalkan sistem yang sedia ada. Saya pula menyeru kepada penerapan sistem yang jauh lebih mulia dan berpandukan wahyu ini. Sebuah sistem yang telah diterapkan selama lebih daripada 1,300 tahun dan telah terbukti berkesan serta berhasil membawa umat Islam ke mercu kegemilangan: Sistem Islam.


These are not just names. These are real people with real families whose lives have been thrown into turmoil. We call for their immediate release. I have only read out the names of those held under the ISA. We cannot forget the more than a thousand others held under other preventive detention laws.

Dato’ Ambiga Sreenevesan, Presiden Majlis Peguam Malaysia. 29 Ogos 2008

2 Respons to "Mangsa Kezaliman ISA – Jangan Dilupakan Mereka"

PENGAJIAN KITAB
.
Kitab :
HADIS QUDSI
.

Disampaikan oleh :
TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
.
Di :
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN , KL.
.

Pada :
SETIAP MALAM,
DARIPADA 13/12 HINGGA 27/12/2008
SELEPAS SOLAT MAGRIB

.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
.
Marilah kita merebut peluang mendalami ilmu agama melalui kitab ini .

http://pondokhabib.wordpress.com

Terima kasih atas makluman.. Cumanya selepas ini harap agar dapat komen pada post yang berkaitan… Ataupun mungkin boleh muatkan dalam “Buku Tamu”… Terima kasih sekali lagi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2008
F S S M T W T
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: