apo nak dikato

Usah dilayan provokasi sebegini…

Posted on: Disember 9, 2008

Assalamualaikum, kepada Muslimin dan Muslimat sekalian, khususnya mereka yang bergerak bersama Hizbut Tahrir, baik di Malaysia mahupun di mana-mana sudut dunia. Saya memohon supaya kalian tidak termakan dan melenting dengan provokasi yang cuba dimainkan oleh penulis blog “Bendahara Tun Perak” melalui post-nya yang bertajuk “Hizbut Tahrir : Ada Menyusahkan, Tiada Tidak Beri Apa-Apa Kesan Pun Pada Ummah”.

Sengaja saya menulis nasihat ini dalam Bahasa Melayu, kerana post yang berbau provokasi tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu, dan akan hanya difahami oleh mereka yang memahami bahasa Melayu. Oleh itu, nasihat saya ini difokuskan kepada penggerak-penggerak (baik syabab mahupun darisin sekalian) Hizbut Tahrir di Nusantara (Malaysia dan Indonesia).

Penulis blog tersebut sememangnya berasa kurang senang dengan kehadiran Hizbut Tahrir di Malaysia. Saya percaya, ini bukanlah pendirian rasmi jemaah yang disokong oleh penulis blog tersebut. Sebaliknya post tersebut hanya lahir daripada sikap prejudis dan takut akan bayang-bayang sendiri yang ada pada diri penulis blog tersebut semata-mata. Saya juga mendapati bahawa penulis blog tersebut telah menyimpang daripada perjuangan Islam yang hakiki.

Bukanlah maksud saya untuk mengatakan bahawa dia telah sesat. Sebaliknya sekadar ingin menunjukkan bahawa dia telah mengatasnamakan perjuangan membela dan membesar-besarkan jemaahnya sendiri berbanding perjuangan menegakkan risalah Islam di muka bumi.

Orang-orang sebegini telah terperangkap dalam dunia “jemaahku vs. jemaahmu” sehingga terlupa bahawa matlamat asal keterlibatan seseorang itu dalam mana-mana jemaah/harakah Islam adalah untuk memperjuangkan Islam.

Jika kalian melayari blognya, serta meneliti post-post yang dimuatkan dalamnya, pasti kalian akan bertemu dengan post-post yang menghina, berunsurkan fitnah dan juga yang memburuk-burukkan jemaah lain (selain daripada jemaahnya). Kemudian, kalian juga akan menemui post-post yang mengagung-agungkan jemaahnya sendiri, serta “mendewakan” ulama’-ulama’ di dalam jemaahnya sendiri. Sedangkan para ulama’ yang ‘didewakan’nya itu langsung tidak pernah meminta pengikut dan penyokong mereka untuk berbuat demikian. Bahkan perbuatan sebegini teramatlah memalukan jemaah tersebut. Sudah semestinya kekurangan sebegini akan digunakan oleh musuh tradisinya iaitu pihak parti pemerintah sebagai modal untuk menjatuhkan jemaah yang disokongnya itu.

Kini, ruangan cbox pada blog tersebut telahpun dibuang, atas sebab yang tidak saya ketahui… Mungkinkah kerana sudah tidak tahan dengan muhasabah demi muhasabah yang dijalankan? Ataupun sememangnya hatinya telah tertutup untuk berlapang dada terhadap jemaah lain yang turut sama berjuang demi deen Allah?

Jika di Indonesia, wujud golongan-golongan yang cuba memecahkan perpaduan antara Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), di Malaysia pula telah wujud kelompok yang ingin memecah-belahkan serta melaga-lagakan antara HTM dan PAS serta jemaah lain.

Ironinya, orang sebeginilah yang mendakwa kononnya HT ini jemaah parasit yang memecah-belahkan golongan yang memperjuangkan Islam di Malaysia. “Apa cer?” (frasa informal di kalangan muda-mudi masakini).

“Lu pikirlah sendiri~!” bak kata seorang selebriti di Malaysia yang telah menempa nama melalui sebuah rancangan TV.

Wallahu’alam…

p.s. Marilah kita kembali memperbetul semula niat kita… Semoga Allah mengampuni kita semua, dan mudah-mudahan segala amal kita tidak menjadi sia-sia di sisi-Nya sewaktu di muka pengadilan kelak… Jangan sampai di akhirat kelak kita bertemu Allah dengan membawa guni kosong, yang disangka padat dengan amal-amal kebajikan…

Wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2008
F S S M T W T
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: