apo nak dikato

Takziah kepada Mangsa Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

Posted on: Disember 9, 2008

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa, tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, dan fahaman politik. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Rasanya tidak perlulah saya menghuraikan secara terperinci mengenai isu ini, kerana sudah banyak blog dan juga website yang mengetengahkannya; itupun belum masuk lagi liputan daripada media massa arus perdana (mainstream).

Oleh yang demikian, cukuplah rasanya jika dirumuskan seperti berikut:

1. Sebagai Muslim, kita menerima musibah yang melanda dengan redha dan berbaik sangka terhadap Allah swt.

2. Pihak lain pula, janganlah begitu mudah berprasangka terhadap mangsa-mangsa tragedi ini, dengan beranggapan bahawa ini merupakan bala yang melanda mereka atas maksiat dan dosa yang mereka lakukan. Ketahuilah bahawa balasan bagi umat Muhammad telah ditangguhkan sehinggalah ke hari akhirat kelak.

3. Bagi mereka yang berkemampuan, disyorkan supaya menyumbang bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa, baik dalam bentuk kewangan, tenaga sukarelawan, dan sebagainya.

4. Pembangunan di kawasan-kawasan tebing bukit, apatah lagi di kawasan yang berisiko tinggi hendaklah dihentikan. Dengan ini, saya senada dengan pihak-pihak yang menyeru supaya kerajaan menilai semula projek-projek pembangunan di kawasan-kawasan tersebut. Sikap degil para pemaju yang hanya memikirkan keuntungan akan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

5. Janganlah ada pihak yang menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan untuk mencuri di kawasan bencana. Juga hindarkanlah daripada menyebarkan khabar-khabar angin yang tak berasas serta boleh menimbulkan panik serta kekacauan. Patuhilah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, demi memudahkan dan melancarkan proses mencari dan menyelamat.

6. Peliharalah alam sekitar, kerana tangan-tangan manusia telah banyak membuat kerosakan di muka bumi ini… Jangan sampai bumi “mengamuk” dan bertindak balas dek kelalaian manusia. Hargailah alam semulajadi, namun tak bererti sehingga mengabaikan sebarang bentuk pembangunan. Apa yang perlu dilaksanakan ialah, perancangan pelan pembangunan yang terkawal serta menepati status piawaian yang telah ditetapkan. Ingat, bumi kita hanyalah satu.

Sekian sahaja, mudah-mudahan bermanfaat.

2 Respons to "Takziah kepada Mangsa Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa"

Assalamu’alaikum w.b.t…. jamil2, cantik sekali saranan2 saudara itu, alhamdulillah. Salam ukhuwwah ya akhi fillah, jazaakallahu khoirol jazaa’ :)

terima kasih ANA kerana sudi berkunjung ke blog saya… Dan terima kasih juga kerana telah meletakkan link ke blog saya pada blog saudara… Salam ukhwah kembali… Mohon tunjuk ajar… :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2008
F S S M T W T
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: