apo nak dikato

Penyatuan Ummah: Retorik vs. Realiti – bahagian 1

Posted on: Disember 8, 2008

1. Post ini tidak bertujuan untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Jauh sekali hendak berlepas diri daripada tanggungjawab yang tertanggung di bahu ini. Penulisan post ini sekadar luahan hati yang agak terkilan dek melihat realiti umat Islam pada hari ini, serta saranan supaya tindakan yang praktikal dipertimbangkan dan dilaksanakan.

2. Khutbah Aidiladha pada hari yang diberkati ini telah menekankan pengajaran-pengajaran yang diperoleh daripada ibadah haji yang saban tahun dilaksanakan oleh umat Islam dari segenap pelusuk dunia.


3. Antara pengajaran yang diperoleh ialah penghayatan konsep pengorbanan, berdasarkan kisah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as. Di samping itu, perkumpulan / wukuf di ‘Arafah juga membuktikan bahawa Islam menekankan penyatuan ummah tanpa mengira warna kulit, budaya, latar belakang, dan juga fahaman politik.

4. Khatib juga menekankan betapa pentingnya kesatuan umat Islam, seraya mengungkapkan ayat 103 surah Ali-Imran; terjemahannya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

5. Namun bagaimana pula dari segi realiti penyatuan umat Islam pada hari ini? Kewujudan lebih daripada 50 negara umat Islam, dipisahkan oleh sempadan palsu yang dipaksakan ke atas mereka. Persengketaan Sunnah-Syiah yang tak berpenghujung. Persengketaan antara pihak yang berbeza pandangan, baik dari segi politik, mazhab, dan juga aliran. Perseteruan oleh pihak yang mengatasnamakan harakah/jemaah yang disertai atau yang disokongnya – sehingga tergamak melakukan provokasi serta berusaha menjatuhkan jemaah lain. Perselisihan dalam keluarga, baik disebabkan oleh isu-isu kecil (yang kemudiannya di’amplify’ sehingga langsung enggan bertegur sapa), perebutan harta dan tanah, sikap dengki melihat saudaranya lebih berjaya dsb. Pertelingkahan antara kumpulan biarpun berada dalam organisasi yang sama. Senarainya teramatlah panjang, seolah-olah tidak berpenghujung.

6. Namun saya tetap optimis. Biarpun tugas menyatukan ummah ini merupakan ‘uphill task’ dan sukar untuk dicapai, saya tetap akan berusaha ke arahnya. Bukan demi kepentingan diri, juga bukan kerana nama. Sebaliknya demi menunaikan tanggungjawab yang tertaklif di bahu ini. Justeru, saya menyeru supaya pengunjung blog ini agar turut serta menyumbang-saran buah fikiran ke arah penyatuan umat.

7. Tiada gunanya retorik tanpa sebarang tindakan yang konkrit. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk menerapkan sebarang langkah yang praktikal ke arah penyatuan umat yang hakiki. Sudah semestinya penyatuan ini didasarkan oleh panduan wahyu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Ikatan (rabitah) yang palsu dan rapuh hendaklah ditinggalkan, dan kita bersama-sama kembali kepada ikatan hakiki yang telah menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar di bawah ikatan akidah Islam.

8. Pertamanya, kita haruslah kembali menjadikan akidah Islam sebagai rujukan serta qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir) kita. Kita jadikan hukum syarak sebagai tolok ukur bagi setiap perbuatan kita dalam kehidupan seharian. Akidah-lah merupakan tunjang bagi umat Islam, serta perkara pokok yang wajar diberikan penekanan. Akidah wajar dibersihkan daripada pencemaran oleh fikrah-fikrah asing yang rosak lagi merosakkan.

9. Pertikaian antara Asy’ariyah-Maturidi dan Salafi-Wahhabiyah mengenai zat Allah hendaklah dihentikan, kerana akal manusia tidak akan mampu mencapai zat Allah. Jauh sekali hendak menentukan bagaimanakan rupa dan bentuk serta jisim-Nya. Maha Suci Allah daripada taakulan-taakulan yang boleh memerangkap kita ke lembah kesesatan. Perbezaan pandangan ini hanyalah melibatkan soal cabang akidah, dan tidak akan menyebabkan mana-mana pihak tergelincir apatah lagi jatuh kafir.

10. Perbuatan ‘takfir’ (mengkafirkan) sesama Muslim hendaklah ditamatkan. Polemik saling mengkafirkan antara pihak yang bertelagah juga sepatutnya disisihkan. Ini sejajar dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud; Barangsiapa memanggil seorang dengan panggilan kufur atau memangilnya dengan mengucap, ‘Hai musuh Allah!’, padahal keadaan orang itu tidak demikian, maka panggilan tadi akan kembali kepadanya”. [Hadis Riwayat Muslim]

Tamat Bahagian 1

bersambung… Insya Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Disember 2008
F S S M T W T
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: