apo nak dikato

Belasungkawa – Pejuang muda itu telah pergi

Posted on: November 25, 2008

Dipetik daripada http://www.mykhilafah.com

Pada hari Sabtu lepas (22 Nov 2008) jam 5.42 petang, seorang syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ahmad Rafi bin Haji Ibrahim, 42 telah kembali ke rahmatullah di Hospital Muar, Johor. Jenazahnya telah dimandi dan dikafankan di hospital yang sama dan kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Parit Keroma, Jalan Abdul Rahman pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam (Ahad). Setelah selesai disembahyangkan, jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan Islam Parit Keroma, Jalan Junid untuk dimakamkan.


Beliau meninggal setelah baru beberapa bulan lepas dikesan menghidap penyakit hepatitis C dan pada pagi Sabtu lalu beliau dikejarkan ke hospital setelah mengadu sesak nafas. Allahyarham yang dilahirkan pada 26 Feb 1966 merupakan bekas pelajar SRK Ismail (1) Muar sebelum meneruskan persekolahan di SMK Jalan Junid. Setelah zaman persekolahannya, Allahyarham meneruskan pendidikan di IKBN dalam jurusan Mekanik Motor dan pernah bekerja di pelbagai syarikat sebagai juruteknik. Sejak 1997 hinggalah ke saat terakhirnya, beliau bekerja di Sykt. Eletronik ST, Tg. Agas, Muar

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berumur 5 tahun.

Penglibatan Allahyarham di dalam HTM bermula sejak lebih kurang 5 tahun lalu (sekitar 2003) dan merupakan seorang yang sangat komited dengan perjuangan untuk menegakkan Islam hinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir. Beliau tidak pernah melalaikan tanggungjawab dakwahnya baik di dalam HTM mahupun kepada umat. Walaupun beliau adalah seorang yang tidak suka dikenali, namun beliau tidak pernah meninggalkan usaha untuk menyampaikan Islam kepada setiap orang yang dijumpainya. Beliau senantiasa mengambil peranan aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh HTM khususnya di Muar. Sepanjang hidupnya, Allahyarham merupakan seorang yang ringan tulang dan amat disenangi oleh rakan-rakan yang lain. Beliau terkenal dengan tidak pernah menolak apa jua tugasan yang diberi demi untuk menyampaikan Islam.

Dalam keadaan uzur sejak beliau di dapati menghidap hepatitis C, Allahyarham masih terus istiqamah  melaksanakan kewajipan-kewajipan dakwahnya. Sehinggalah ke saat-saat akhir semasa berada di hospital, beliau masih meminta agar dibawa kepadanya kitab untuk ditelaah kerana katanya masih banyak ilmu Islam yang belum dikuasainya.

Sesungguhnya darah sebagai seorang pejuang Islam tetap segar mengalir di dalam tubuhnya hinggalah ke saat Allah memanggilnya pulang  Kami amat sedih dengan pemergiannya dan redha dengan qadha Allah ke atasnya.

Semoga Allah SWT menerima segala amal solehnya, diampunkan segala dosa dan kesalahannya dan ditempatkan oleh Allah di dalam syurgaNya bersama para anbiya’, syuhada dan solehin. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Saya tidak mengenali arwah secara peribadi, namun selaku seorang Muslim, marilah kita mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun” sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam… Semoga Allah menempatkannya bersama para syuhada’ dan solehin… Amin…

Pemergian beliau juga mengingatkan kita mengenai hakikat kematian yang pasti akan datang menjemput kita semua. Marilah sama-sama kita menginsafi diri, seterusnya berusaha sedaya upaya untuk mengejar redha Ilahi.

Wallahu’alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

November 2008
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: