apo nak dikato

Seminar Krisis Ekonomi Global – HTM

Posted on: November 9, 2008

Assalamualaikum,

Tuan/Puan yang dihormati,

Ikatan Intelektual Nusantara [IKIN] dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia [HTM] akan menganjurkan ‘Seminar Krisis Ekonomi Global : ISLAM Penyelesaian Tunggal ‘ pada 15hb Nov 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429H, pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi, Selangor.

Tujuan :- Memperjelaskan mengapa, bagaimana dan punca Krisis Kewangan dan Ekonomi Dunia yang berlaku hari ini, disamping memperjelaskan satu-satunya alternatif yang mampu mengatasi krisis ini iaitu ISLAM (Sistem Eknonomi Islam). Semoga dengan adanya seminar seperti ini umat Islam dapat melihat isu ini dengan lebih jelas dan mencari penyelesaian bersesuaian dengan pandangan Islam dan seterusnya meningkatkan kesedaran umat Islam untuk kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar secara kaffah/menyeluruh.

Seminar : – 2 speaker telah dijemput khas dimana speaker 1 (seorang pakar ekonomi) akan menjelaskan punca dan sebab berlakunya krisis ekonomi/kewangan global (mengapa dan bagaimana). Manakala speaker 2 (pakar ekonomi Islam) akan membentangkan bagaimana ISLAM (sistem ekonomi Islam) merupakan alternatif tunggal sebagai penyelesaian yang hakiki.


Semoga kehadiran tuan/puan ke seminar ini mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

Semua dijemput hadir

Semua dijemput hadir

8 Respons to "Seminar Krisis Ekonomi Global – HTM"

Salam kebangkitan umat drp ana. Terima kasih krn melayari blog ana yg x sbrp ni. Erm, ble nk ltk chat box? Nanti sngle para websailers nk berinteraksi dgn anta. Anyway, teruskn prjuangan hingga trtgknya khilafah di muka bumi Allah taala ini.

Salam kebangkitan… Terima kasih kerana berkunjung. Sebenarnya memang dah berniat nak letak chatbox, cuma masih belum tahu bagaimana hendak melakukannya. Insya Allah ana sedang dalam proses mempelajarinya.

Insya Allah, semoga Allah memberkati perjuangan kita ini… Amin…

wow Islam solves everything?! why didnt I think of that?

Your capitalist and communist ideologies have collapsed. The very idea of freedom (from secularists point of view) is self-destructing. You are in denial, just admit it.

Anyway, feel free to come and voice out your opinion.

Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancarnya.

Rumusan yang saya dapat setelah pulang (take-home message) daripada seminar tersebut;

1. Penyelesaian Islam hendaklah diterapkan secara kaffah. Penyelesaian melalui perbankan Islam yang berasaskan model kapitalisme, ataupun penggantian matawang kepada dinar dan dirham tanpa perubahan secara kaffah tidak akan dapat memulihkan keadaan bahkan tak mustahil boleh menyebabkan umat hilang kepercayaan terhadap penggunaan matawang berasaskan emas dan perak.

2. Krisis ekonomi hari ini disebabkan oleh pengamalan gharar (dan gharar ‘ala gharar), riba’ yang berleluasa, kecelaruan aspek kepemilikan, dan juga penggunaan matawang fiat yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Kapitalisme melahirkan jurang yang besar antara yang kaya dan yang miskin lantaran “trickling effect”, di mana sebahagian besar kekayaan (90%) hanya berlegar dalam 5% populasi, sedangkan 10% lagi kekayaan diagih-agihkan kepada 95% daripada populasi.

3. Kerisauan terhadap jumlah emas dan perak yang terhad (apabila matawang ditukar kepada dinar dan dirham) tidak akan timbul sekiranya hukum mengenai kanzul mal diterapkan. Kanzul mal haram hukumnya, baik di kalangan yang miskin mahupun yang kaya.

Dalam sistem Islam, kalau simpan duit banyak-banyak di bank (tanpa tujuan) haram hukumnya dan boleh dikenakan hukuman oleh negara. Bahkan tiada gunanya pun kalau simpan dalam bank di bawah sistem Islam, kerana riba’ diharamkan. Maka duit tersebut tidak akan ‘beranak’.

Melainkan jika disimpan dengan tujuan tertentu seperti untuk menunaikan haji, membeli rumah, kereta, ataupun untuk menampung pengajian anak-anak dsb.

4. Dalam khilafah, bank tetap akan wujud, tetapi dengan peranan yang berbeza. Bank tidak lagi menjadikan duit sebagai komoditi perdagangan. Peranan bank seperti yang dicadangkan oleh salah seorang panelis antara lain, 1) sebagai badan menguruskan tatacara pembayaran hutang-hutang yang sedia ada dalam sistem sebelumnya (termasuklah hutang negara dengan negara luar ataupun badan-badan seperti IMF), dan 2) sebagai ‘broker’ bagi mengaturkan urusan antara pemodal dan juga pengusaha (maka, dari sini bank akan dapat menjana pendapatan khilafah tanpa bergantung kepada urusan peminjaman wang yang disertakan ‘bunga’), dan ada beberapa lagi tapi saya tak ingat…

Insya Allah rumusan yang lebih terperinci akan saya usahakan dalam post yang akan datang setelah meneliti dalil-dalil dan huraiannya.

Wallahu’alam…

ada artikel ttg perbankan Islam dan Insurance tak?

Artikel berkaitan perbankan Islam boleh didapati di laman konsultasi Islam (bahasa pengantar Indonesia) di http://konsultasi.wordpress.com/ . Laman tersebut berbentuk soal-jawab, dan merangkumi segenap aspek kehidupan. Insya Allah ada artikel yang menyentuh tentang ekonomi, perbankan Islam dsb.

Ataupun sdr boleh berkunjung ke laman milik seorang kenalan saya, akhi wuzara. Beliau lebih arif tentang perbankan Islam dan insurance berbanding saya. wuzara di http://jemaah-islam.blogspot.com/ . Untuk lebih mudah, sdr boleh klik melalui link yang telah saya berikan di ruang sebelah kanan blog ini. Terima kasih. Maaflah saya tak begitu arif dalam bab ekonomi ni… – ghazi

hurm…sy ada masalah besar dlm memahami bhs indonesia…isk2. apa2 pun, terima kasih.

Oh, kalau begitu bolehlah cuba ajukan soalan kepada akhi wuzara. Insya Allah dia akan membantu mengikut kemampuan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

November 2008
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: