apo nak dikato

Prelude kepada Pembahasan Isu Demokrasi

Posted on: November 6, 2008

Assalamualaikum,

Post ini dikarang atas permintaan saudara Rafiq berdasarkan komentar beliau dalam post saya yang bertajuk “Jadikan Perang Satu Jenayah – Tun Dr Mahathir: Ulasan”. Terima kasih atas kesudian beliau untuk mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini (update pun kadang-kadang je… hehe). Mungkin ada yang akan tertanya-tanya, apa kaitannya antara kenyataan mantan perdana menteri kita itu dengan isu demokrasi ini? Sebenarnya isu tersebut tiada kaitannya dengan persoalan demokrasi dan pandangan syarak mengenainya. Sebaliknya saudara Rafiq meletakkan permintaan beliau dalam ruangan komentar kerana blog ini tidak mempunyai ruang sembang (i.e. chatbox) sebagaimana yang terdapat dalam sebahagian blog lain. Mohon maaf atas kekurangan dari aspek teknikal ini.

Pertamanya, tujuan saya membangkitkan isu demokrasi ini bukanlah untuk menjatuhkan dan menggugat kedudukan mana-mana pihak. Oleh yang demikian, diharapkan agar selepas ini tiada pihak yang melenting disebabkan oleh post ini. Juga besarlah harapan saya jika perbincangan isu ini tidak dicemari dengan sentimen dan emosi. Sewajarnya isu ini dibincangkan secara ilmiah dengan minda yang terbuka dan penuh harmoni.


“…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.” An-Nisa’ ayat 59

Sewajarnya kita kembali merujuk kepada sumber-sumber syarak yang absah, iaitu al-Quran, as-Sunnah, dan juga sumber yang lahir daripada pemahaman terhadap kedua-duanya itu, i.e. Ijma’ dan Qiyas. Adalah tidak wajar bagi kita untuk meletakkan akal manusia mahupun realiti (waqi’) jauh mengatasi sumber-sumber tersebut. Apatah lagi hawa-nafsu.

Malang sekali apabila terdapat segelintir (bukan semua) pihak yang bertindak keterlaluan sehingga tergamak memaki-hamun, memperlekeh, dan menggunakan kata-kata yang tak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Muslim, semata-mata kerana hendak mempertahankan hujah dan pendapat yang dipegangnya.

Ada juga yang telahpun mengakui akan kebenaran sesuatu hujah, tetapi masih tetap berpegang kepada pendapatnya semata-mata kerana tunduk kepada realiti i.e. waqi’. Tidak kurang juga yang berhujah bahawa saya memperlekeh ulama’-ulama’ yang tidak bersetuju dengan pendapat yang saya pegang. Bahkan ada yang mempersoalkan “Siapa kau kalau nak dibandingkan dengan ulama’ sekian-sekian?” ataupun “Kalau nak bandingkan antara ilmu kau dengan ulama’ tersebut, jauh bagaikan langit dan bumi”. Ini bukanlah hujah ilmiah, sebaliknya lahir daripada nafsu amarah yang membara di hati dan juga sikap mendewa-dewakan ketokohan berbanding penilaian hujah secara adil. Kenyataan-kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Muslim yang waras pemikirannya dan baik akhlaknya. Lagipun hujah syarak yang dibawa ini bukanlah rekaan saya sendiri, sebaliknya ia diambil daripada pendapat ulama’ juga.

Sekadar memberikan contoh, adakah saya dikira sebagai memperlekeh pendapat Imam Abu Hanifah sekiranya saya berpegang kepada pendapat Imam Syafie dalam sesebuah hukum? Fikir-fikirkanlah…

[Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai adab-adab ketika berdebat/muzakarah, dipersilakan merujuk kepada post yang bertajuk “The Etiquette of Debate and Discussion in Islam”.]

Topik Perbincangan

Dalam membincangkan soal demokrasi ini, terdapat beberapa perkara yang akan diberikan penekanan, antaranya;

1. 1. Sejarah ringkas dan realiti (serta penipuan) demokrasi.

2. 2. Pandangan syarak mengenai demokrasi – benarkah demokrasi berasal daripada Islam?

3. 3. Perbezaan antara sistem Syura dan demokrasi.

4. 4. Pembahagian antara aspek hadharah dan madaniyah – bagi mereka yang beranggapan bahawa kami menolak semua yang berasal daripada tamadun selain Islam khususnya Barat.

5. 5. Perbahasan mengenai maslahah – bagi yang menolak pendapat bahawa demokrasi berasal daripada Islam, tetapi menerimanya dengan alasan demi kemaslahatan.

6. 6. Perjuangan di luar demokrasi – bagi mereka yang beranggapan bahawa demokrasi sahajalah jalan yang ada.

7. 7. Sistem Pemerintahan Islam – bagi mereka yang beranggapan bahawa Islam tidak menggariskan secara terperinci bentuk pemerintahan sesebuah negara.

8. 8. Hal-hal berkaitan (insya Allah akan ditambah sekiranya perlu).

Demikianlah gambaran kasar mengenai perbahasan yang akan saya kongsikan. Insya Allah akan dibahagikan kepada beberapa siri, demi memudahkan pembacaan. Sebarang komentar dan kritikan yang membina teramatlah dialu-alukan, tetapi sekiranya tidak menepati adab-adab muzakarah yang telah digariskan, maka ia tidak akan dilayan. Harap maklum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

November 2008
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: