apo nak dikato

Tak pasal-pasal aku jadi ‘surgeon’… He he

Posted on: November 4, 2008

Post kali ini adalah kisah benar yang berlaku, tetapi bukanlah bermakna saya menjadi surgeon (pakar bedah) dalam ertikata yang sebenarnya. Jadi, harapnya tiada sesiapa yang terkejut dengan tajuk post kali ini. Mana mungkin seseorang itu boleh jadi ‘surgeon’ semudah itu. Bahkan untuk menjadi surgeon seseorang itu perlu “melepasi” beberapa “halangan” terlebih dahulu. Pertamanya, sudah semestinya seseorang itu mempunyai tauliah. Antara prasyaratnya, ia mestilah mempunyai ijazah sarjana muda perubatan, baik MBBS mahupun MD. Kemudian, ia hendaklah melanjutkan pengajian ke dalam bidang Surgery dan juga mengambil beberapa kertas untuk mendapatkan pentauliahan sebagai seorang pakar bedah. (Dah nama pun pakar, maka semestinya perlu mendapatkan pentauliahan terlebih dahulu, tak gitu?)

Berbalik kepada kisah lucu saya tadi, ceritanya begini…


Ketika ini saya sedang berada dalam posting Anesthesiology, salah satu daripada minor posting. Dalam posting ini, kami dikehendaki untuk pergi ke dewan bedah dan memerhatikan dan mempelajari bagaimana seorang anesthetist (pakar bius) menjalankan tugasnya.

Ketika hendak menyalin pakaian kepada pakaian bedah (istilahnya: scrub), saya dapati bahawa pakaian (‘gown’) tersebut telah kehabisan. Yang tinggal hanyalah beberapa helai seluar. Maka, saya pun menjadi tak keruan.

“Aduhai, operation dah start ni. Macam mana ni?”

Kalau terlambat, maka sudah pasti saya akan terlepas peluang untuk melihat proses pembiusan (wujud ke perkataan ini?) yang dijalankan serta persediaan sebelum pembedahan (pre-op).

Sedang saya haru-biru mencari pakaian bedah, tiba-tiba masuk seorang pakar obstetric & gynecology ke dalam bilik persalinan. Teringin juga nak bertanya, tapi pakar tersebut garang orangnya. Akhirnya saya sekadar tersenyum dan mengucapkan selamat sahaja, tanpa bertanya. Dengan harapan, pakar tersebut akan turut menyedari bahawa pakaian scrub sudah habis dan seterusnya akan memintanya daripada mana-mana jururawat ataupun staf dewan bedah. “Boleh aku tumpang sekaki, minta ‘gown’ daripada staf dewan bedah” ujarku di dalam hati.

Alih-alih, rupa-rupanya pakar O&G tersebut masuk ke tandas terlebih dahulu. “Aduhai, dah lambat ni…”. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk terus merujuk ke kaunter pertanyaan Dewan Bedah dan meminta ‘gown’ daripada jururawat yang berada di sana. Maka, setelah memperoleh ‘gown’ tersebut, maka saya pun terus memakainya tanpa banyak soal, memandangkan sudah kesuntukan masa.

Sebaik sahaja memakai pakaian tersebut, tiba-tiba beberapa orang rakan sepengajian saya memasuki bilik persalinan. Kemudian terus maklumkan kepada mereka, bahawa di sini sudah kehabisan ‘gown’ dan menyatakan bahawa mereka perlu memintanya daripada kaunter pertanyaan. Mereka terkedu, terasa aneh melihat saya memakai ‘gown’ sedemikian, lalu beredar keluar untuk meminta ‘gown’. (‘Jahat’ betul korang, bukannya nak beritahu awal-awal yang aku tersilap pakai ‘gown’… he he.)

Masuk-masuk sahaja ke laluan ke dewan bedah, saya mula perasan seperti ada yang tak kena. Jururawat-jururawat yang lalu-lalang memberikan pandangan yang aneh. Rasa tak sedap hati semakin ketara. Tetapi saya abaikan sahaja kerana sudah kesuntukan masa. Lalu saya pun memasuki dewan bedah dengan selambanya…

Rupa-rupanya pembedahan telahpun berjalan. Setelah beberapa ketika, beberapa orang rakan pengajian (yang lain) tiba ke dewan bedah tersebut. Barulah ada seorang rakan saya yang menegur. Pada mulanya, mereka tidak mengecam saya (kerana semua memakai ‘gown’, sarung kepala, dan topeng muka). Setelah saya memperkenalkan diri, tergelak mereka dibuatnya.

“Kau pakai ‘gown’ ‘surgeon’ la…” lebih kurang begitu tegurannya. Terkejut saya dibuatnya. Lalu kami semua tergelak beramai-ramai, tetapi tak begitu kuat sehingga mengganggu pembedahan. Disebabkan mengejar masa, maka saya tidak menukar pakaian, sebaliknya terus memerhatikan dan mendengar penjelasan daripada pakar bius di sana. Saya perasan, boleh dikatakan hampir kesemua (kecuali pesakit yang telah dibius, ‘of course’) orang yang berada dalam dewan bedah itu berasa aneh.

Setelah selesai proses pembiusan dan sesi soal-jawab, kami (pelajar) pun beransur keluar daripada dewan bedah untuk ke dewan bedah lain. Kebetulan seorang doktor pakar sedang berjalan masuk ke dalam dewan tersebut. Pada mulanya beliau menegur saya, kemudian berhenti dan bertanya, “Who are you guys (merujuk kepada kami semua)?”. Maklumlah, pembedahan belum selesai, tetapi “surgeon” dah keluar. Setelah menyatakan perkara sebenar, doktor tersebut ketawa kecil dan terus masuk. Mujurlah ada topeng muka, kalau tak terpaksalah menebalkan muka menahan malu…

Aduhai, tak pasal-pasal aku jadi ‘surgeon’…

Pengajaran

1. Malu bertanya, sesat jalan. Kalau tak pasti, maka bertanyalah.

2. Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mempunyai perancangan sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini (macam dalam kisah ni, kehabisan ‘gown’).

3. Setiap kawasan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, patuhilah peraturan tersebut selagimana tak bercanggah dengan syarak.

4. Isu aurat (bagi wanita). Pakaian bedah (gown) ini tidak begitu menepati syarat menutup aurat bagi wanita. Namun pada saya dimaafkan demi menjaga sterility dalam dewan bedah (darurat). Oleh yang demikian, maka hendaklah berusaha semampu mungkin untuk menutup aurat. Misalnya, di dewan bedah ini ada disediakan mini tudung. Biarpun tidak begitu menepati syarat, setidak-tidaknya lebih baik daripada sekadar memakai penutup kepala yang lutcahaya (‘transluscent’).

2 Respons to "Tak pasal-pasal aku jadi ‘surgeon’… He he"

lawak2. xleh blah r ko poji. malu2

Hehe… insaf-insaf… lepas ni kena tanya betul-betul… Mujurlah ‘gown’ tu takda beza untuk yang lelaki dengan perempuan…

:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

November 2008
F S S M T W T
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: