apo nak dikato

Jadikan Perang Satu Jenayah – Tun Dr Mahathir: Ulasan

Posted on: Oktober 30, 2008

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

Al-Baqarah: 216


KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Jadikan perang satu jenayah dan ia akan mengurangkan peperangan serta keperluan untuk pertahanan, kata pengasas dan pengerusi Yayasan Jenayah Perang Kuala Lumpur Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata perang boleh menjadikan seseorang manusia biasa bersifat haiwan, dan keganasan yang dilakukan adalah di luar imaginasi manusia biasa.

“Ia dilakukan oleh manusia biasa yang dilatih kerajaan bertamadun untuk membunuh. Mungkin ada kes perang untuk mempertahankan diri. Tapi jika kita menjadikan perang satu jenayah, kejadian perang akan berkurangan dan keperluan untuk pertahanan juga kurang,” katanya pada majlis Jamuan Malam Amal Diraja dan pelancaran Yayasan Mengiktiraf Perang Sebagai Jenayah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Jumaat.

Yayasan itu dilancarkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Melahirkan rasa sedihnya apabila melihat wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa perang, Dr Mahathir berkata masyarakat perlu faham keburukan perang dan sepatutnya memikirkan nasib mangsa perang yang masih muda.

“Setiap manusia menganggap pembunuhan sebagai satu jenayah serius yang membolehkan hukuman berat dikenakan. Bagaimana kita membenarkannya dengan menghalalkan pembunuhan dalam jumlah yang ramai, beratus ribu orang serta kemusnahan teruk sesebuah bandar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Jamuan Malam Amal Diraja Yayasan Mengiktiraf Perang Sebagai Jenayah, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam ucapannya berkata majlis makan malam itu ialah untuk mengutip derma bagi menjayakan program sukarela Yayasan di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa serta mendapatkan premis yang sesuai untuk dijadikan ibu pejabat yayasan.

“Sokongan anda semua akan memberikan sumbangan besar kepada kerja-kerja sukarela Yayasan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa perang yang menjadi instrumen dasar asing adalah satu jenayah, jenayah terhadap kemanusiaan, terhadap keamanan dan kehidupan manusia keseluruhannya,” katanya.

Yayasan itu ditubuh tahun lepas untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa perang serta meningkatkan pendidikan untuk individu dan komuniti yang terjejas akibat peperangan atau konflik senjata.

— BERNAMA

Niat yang diasaskan oleh mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir tersebut adalah murni, tetapi untuk mengiktiraf perang sebagai jenayah itu adalah keterlaluan dan tidak kena pada tempatnya. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, ingin saya jelaskan bahawa saya bukanlah seorang yang cintakan peperangan. Jauh sekali hendak melakukan pembunuhan tanpa hak. Tetapi sekiranya seruan Yayasan tersebut, iaitu untuk mengiktiraf perang sebagai suatu bentuk jenayah diterima, bermakna kita telah mengetepikan suatu tuntutan yang menjadi tunjang kepada Islam itu sendiri, iaitu Jihad al-Qital.

Perbahasan mengenai Jihad al-Qital ini telahpun banyak dinukilkan dalam penulisan-penulisan mahupun telah dibincangkan dalam dialog dan juga seminar. Oleh yang demikian, saya tak berhasrat untuk membincangkannya secara terperinci dalam post ini. Sebaliknya cukuplah dengan menyatakan bahawa konsep jihad dari segi pengertian syaraknya adalah jihad al-qital (jihad peperangan) yang terbahagi kepada dua, iaitu jihad offensive dan jihad defensive. Jihad-jihad lain seperti jihad ekonomi, jihad pendidikan, dan sebagainya pula adalah berdasarkan istilah bahasa semata-mata, iaitu “bersungguh-sungguh”.

Peperangan menurut Islam

Tatkala Abu Bakr radhiallahu ‘anhu diangkat menjadi khalifah pertama bagi seluruh kaum Muslimin, beliau berpidato di hadapan rakyatnya. Antara lain beliau berkata, “Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad melainkan Allah akan memberikan (kepada mereka) kehinaan.”

Sungguhpun demikian, Islam telahpun memberikan garis panduan dalam sesebuah peperangan. Bahkan perang merupakan pilihan terakhir setelah jalan-jalan diplomasi menemui kebuntuan. Berikut ditampilkan sebahagian daripada garis panduan yang telah diberikan, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sulaiman bin Buraidah…

“It has been reported from Sulaiman b. Buraid through his father that when the Messenger of Allah (may peace be upon him) appointed anyone as leader of an army or detachment he would especially exhort him to fear Allah and to be good to the Muslims who were with him. He would say: Fight in the name of Allah and in the way of Allah. Fight against those who disbelieve in Allah. Make a holy war, do not embezzle the spoils; do not break your pledge; and do not mutilate (the dead) bodies; do not kill the children. When you meet your enemies who are polytheists, invite them to three courses of action. If they respond to any one of these, you also accept it and withold yourself from doing them any harm. Invite them to (accept) Islam; if they respond to you, accept it from them and desist from fighting against them. Then invite them to migrate from their lands to the land of Muhairs and inform them that, if they do so, they shall have all the privileges and obligations of the Muhajirs. If they refuse to migrate, tell them that they will have the status of Bedouin Muilims and will be subjected to the Commands of Allah like other Muslims, but they will not get any share from the spoils of war or Fai’ except when they actually fight with the Muslims (against the disbelievers). If they refuse to accept Islam, demand from them the Jizya. If they agree to pay, accept it from them and hold off your hands. If they refuse to pay the tax, seek Allah’s help and fight them. When you lay siege to a fort and the besieged appeal to you for protection in the name of Allah and His Prophet, do not accord to them the guarantee of Allah and His Prophet, but accord to them your own guarantee and the guarantee of your companions for it is a lesser sin that the security given by you or your companions be disregarded than that the security granted in the name of Allah and His Prophet be violated When you besiege a fort and the besieged want you to let them out in accordance with Allah’s Command, do not let them come out in accordance with His Command, but do so at your (own) command, for you do not know whether or not you will be able to carry out Allah’s behest with regard to them.

Sahih Muslim, hadis no. 4294

Kesimpulan

Peperangan bukanlah suatu jenayah, sebaliknya penjarahan dan pembunuhan tanpa hak itulah merupakan jenayah. Tindakan mengiktiraf perang sebagai jenayah secara tidak langsung akan menafikan kewajipan jihad yang menjadi sebahagian daripada tonggak Islam. Sesungguhnya polisi luar negara bagi sebuah daulah Islam itu merupakan dakwah dan jihad.

Di mata manusia, peperangan itu merupakan suatu yang buruk dan dibenci, sedangkan hakikat sebenarnya hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Apa yang wajar kita lakukan ialah bertindak berlandaskan tuntutan syarak. Akal manusia tidak akan mampu menentukan apa yang baik bagi dirinya tanpa bimbingan daripada wahyu…

Wallahu’alam…

10 Respons to "Jadikan Perang Satu Jenayah – Tun Dr Mahathir: Ulasan"

hmmm. boleh x saudara ulas lak yang mengenai demokrasi tu haram. musykil sampai skrg. harap boleh share dgn readers

Eh, macam mana boleh masuk isu demokrasi pula ni? Macam tak kena dengan post ni je…

Ok insya Allah akan cuba ulas dalam masa terdekat ni…

salam ghazi, ana minta artikel enta ini untuk isi dalam blog ana eh. Walaupun no copyright in is Islam, sekadar membesarkan hati.

salam wuzara. Dipersilakan… Mudah-mudahan bermanfaat. Em, kalau ada kesalahan fakta, kesilapan tatabahasa atau struktur ayat, mohon diperbetul.

Terima kasih kerana sudi membaca.

No copyright in Islam. Everyone has right to copy…

:)

Yayasan Perang Jenayah Kuala Lumpur.

Buat masa ni,saya rasa perlu menjenayahkan perang (perang oleh kuasa-kuasa besar dunia) dan perang saudara di dunia Islam.

Manfaatnya akan diperoleh bersama.

Wahyu datang bersama akal. Wahyu bersama didokong oleh akal yg bijaksana.

Assalamualaikum, terima kasih sdr zahan atas pandangan yang diberikan. Pada saya bukanlah peperangan itu yang sewajarnya di’jenayah’kan. Sebaliknya mereka yang melakukan jenayah perang yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Saya nak tanya, apakah jawapan ‘akal’ sdr terhadap ayat ini..? Teringin juga nak tahu.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

Al-Baqarah: 216

Namun dalam Islam ada diberikan garis panduan dalam peperangan. Jihad merupakan kewajipan, dan jihad dalam pengertian syarak adalah jihad al-qital. Namun dalam ketiadaan khilafah seperti hari ini, jihad futuhat tidak dapat dilaksanakan kerana seruannya hanya boleh dikeluarkan oleh khalifah. Adapun jihad mempertahankan diri berterusan sepanjang zaman biarpun di saat tiadanya khilafah.

Wallahua’lam…

“Perjuangan” Mahathir Sebenarnya Telah Menafikan Jihad Sebagai Penyelesaian Yang Diberikan Oleh Islam. Dunia Barat melalui PBB dengan manisnya bersuara memuji tindakan Mahathir dalam perjuangannya untuk menyelesaikan persoalan perang yang berlaku di dunia hari ini. Mereka mengangkat Mahathir sebagai “pejuang” yang dilihat sebagai tokoh yang memperjuangkan keamanan dunia. Tetapi jika kita lihat apa yang dilakukan oleh Mahathir semada beliau sedar ataupun tidak sebenarnya telah menjadi penyambung kepada apa yang diinginkan oleh Barat supaya umat Islam melupakan penyelesaian yang diberikan oleh Islam iaitu jihad terhadap isu perang yang membabitkan pertembungan di antara Islam dengan kufur. Wahai umat Islam! Apakah perjuangan Mahathir selama ini berjaya menundukkan keegoan Amerika sebagai kuasa perang dunia? Firman Allah SWT“ orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)”. [TMQ Al Baqarah (2) :120]. Yakinlah wahai umat Islam! Amerika sebagai kuasa dunia Kapitalis tidak akan mengenal istilah damai dengan dunia Islam sehinggalah umat Islam tunduk kepada mereka. Satu-satunya jawaban kepada kebiadaban Amerika terhadap umat Islam seperti di Iraq dan di Afghanistan hanyalah jihad samada ianya disukai atau tidak oleh Mahathir. Wahai Mahathir! Kamu cuba menyelesaikan isu perang dengan acuan Barat. Dalam masa yang sama, secara sedar ataupun tidak Mahathir telah cuba memadamkan cahaya Allah SWT dengan hawa nafsu Barat. Apakah Mahathir sedar tentang kekeliruan dan kesalahan yang telah dilakukannya? Yakinlah hanya dengan kembali kepada penyelesaian Islam sahajalah dunia ini akan selamat dan aman. Terlalu banyak ayat-ayat jihad terdapat di dalam al-Quran, apakah Mahathir tidak beriman dengannya?“ Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. [TMQ At Taubah (9) :111]. Hanya Khilafah sahajalah yang berani dan bersedia mengisytiharkan jihad ke atas Amerika dan sekutu-sekutunya.

http://mykhilafah.com/dalam-negara/1719-semangat-mahathir-semangat-kosong-tanpa-erti

Assalamualaikum, terima kasih hamba Allah atas perkongsian. Ohya, Hizbut Tahrir Malaysia ada mengeluarkan nasyrah (Soutun Nahdhah*) berkenaan isu ini.

Sila kunjungi: http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1725-sn193-apakah-perang-satu-jenayah

* Soutun Nahdhah (SN) merupakan nasyrah mingguan yang menjadi lidah rasmi Hizbut Tahrir Malaysia. Nasyrah tersebut ada diedarkan di masjid-masjid di beberapa buah negeri di Malaysia. Sekiranya nasyrah tersebut tidak dapat diperoleh di tempat anda, sila kunjungi mykhilafah.com untuk membacanya secara online.

Kepada yang berminat untuk memberikan pandangan, ataupun ingin mengetahui lebih lanjut tentang HTM, sila klik pada tab “Sertai Kami” yang terdapat di bawah banner laman tersebut.

Wassalam.

Assalamu’alaikum….
war crimes…
ketika zaman sy blajar subjek international…mmg seronok sgt…ape taknya…. antaranya berkaitan dgn war crimes… peraturan2 dlm perang…. termasuklah resolution2 yg dipasskan oleh UNGA, UNSc etc. bila memahami selok belok operasi UN dan memahami konflik disebalik perang yg terjadi – Afghan, Iran, Iraq, Israel etc. sy mendapat persepsi yg berbeza.

bila sy blajar ttg sejarah Islam… persepsi sy berubah lagi….

tp overall, sy berpendapat, jenayah perang ada, kerana peraturan perang ada. tp bukan berdasarkan pandangan UN law, western law, eu law etc law yg mane adalah law kuffar. Tp berdasarkan beberapa sejarah Islam sendiri….

masalah yg timbul bg sy ialah…. bagaimana mendefinisikan `jenayah’ tu. siapa sbenarnya `jenayah’ dlm perang tu. bukan semua perang adalah jenayah…jauh sekali jihad dlm Islam adalah `perang’ in current situation and according to general meaning….

sy pernah menimbulkan isu ini kpd lecterur sy. bah kan dlm final paper pun sy tak teragak2 meletakkan bhw undang2 perang yg ada pd hari ini kebanyakannya diciplak dr peraturan perang dlm dlm Islam. tapi, kerana apabila si buta ingin menelaah cahaya utk terus menjadi buta, maka peraturan yg di adopted itu langsung mereka tak boleh guna pakai. jadilah seperti Bush yg menjustifikasikan setiap serangan nya sbg selfdefence, maka unilateral self defence is justifiable for them to attack the `aggravated state’.

hurm, jadi bg saya… jenayah wujud dlm perang….perang itu menjadi jenayah apabila ia dilaksanakan utk `menganiaya’ (kehilangan proper word utk describe..huhu) hak org lain semata2… utk meraih hak kekuasaan wilayah duaniawi semata2… seperti peperangan yg ada pd hari ini…

tapi…sy tak kata `peperangan’ itu sendiri adalah jenayah…. tidak sama sekali.

bg sy peperangan blh… dgn syarat seperti yg saudara2 maklumkan dlm diskusi saudara2 sekalian. dan sy stuju…adapun dlm Islam, jihad wajib bg menegakkan Islam. dan jihad tidak berlaku, sebelum dakwah dilakukan, dan tidak berlaku, melainkan jika kita terlebih dahulu diancam @ perangi.. (sila betulkan saya jika saya silap…).

dgn kata lain, `penjenayah’ dlm perang adalah = yg berperang tanpa hak, yg tidak mengikut peraturan yg ditetapkan, yg membelot etc.

hurm, mohon saudara2 membetulkan saya jika saya salah. maklumlah, budak baru belajar =D

sekadar pendapat. =P

Saya bersetuju dengan pandangan daripada sdr Amir. =)

Bagi saya, untuk memukul rata semua “perang” itu sebagai “jenayah” merupakan suatu kesilapan. Secara tidak langsung, tindakan sebegini telah menafikan kewajipan jihad yang kita semua sudah sedia maklum akan kedudukannya di sisi Islam.

Sebaliknya yang sewajarnya dihadapkan ke muka pengadilan adalah si pelaku jenayah perang. “Jenayah perang” dan “Menjadikan perang sebagai jenayah” merupakan perkara yang berbeza. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Oktober 2008
F S S M T W T
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: