apo nak dikato

Nasir: Melabel Parti Sosialis antiagama tidak benar – ulasan

Posted on: Oktober 8, 2008

Assalamualaikum, post saya ini merupakan respon saya terhadap temubual antara mStar online dan Dr. Mohd Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia. Penubuhan Parti Sosialis Malaysia merupakan salah satu testimoni betapa umat Islam pada hari ini sudah tidak lagi meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Memang benar, seperti kenyataan beliau, Parti Sosialis Malaysia bukanlah bersifat anti-agama. Bahkan jangan terkejut jika di kalangan aktivis sosialis ada yang lengkap solatnya, puasanya, zakat, dan haji. Kerana mereka bukanlah orang yang anti-agama. Kesilapan mereka bukanlah daripada sudut tersebut. Sebaliknya mereka tergolong dalam kelompok orang-orang yang mengasingkan agama daripada kehidupan (faslud din minal hayah); mengambil Islam dari sudut kerohanian, namun mengurus kehidupan seharian dengan ideologi sosialisme. Ideologi yang lahir daripada pemerhatian dan reaksi manusia terhadap persekitaran. Ideologi yang timbul dek reaksi terhadap kezaliman Kapitalisme.

Di sinilah silapnya PSM selaku sebuah parti yang memperjuangkan agenda sosialis. Kenyataan Dr. Nasir “bagi Islam sosialis bukan satu masalah.” adalah tidak benar sama sekali.

Ideologi Sosialisme

Syeikh Taqiuddin an-Nabhani, dalam kitab karangannya, Nizamul Islam, ada menukilkan berkenaan ideologi sosialisme ini. (versi bahasa Inggeris)

Socialism, which led to Communism views the universe, man and life as only matter
and that matter is the origin of all things. Through the evolution of this matter all
things came into existence and thus there is nothing at all beyond this matter.
Therefore, this matter is eternal and pre-existent and not created by anyone i.e. it is
indispensable (waajibul-wujood), is everlasting and self-existing i.e. not created by
anyone. Communists, therefore, deny that matter is created by a Creator. They deny
the spiritual aspect of matter and view the recognition of the existence of the spiritual
aspect as a threat to the life. Consequently, they maintain that religion is the opium of
the masses which sedates and hinders them from action. They believe in nothing but
matter, even thought is viewed as reflection of matter on the brain. Hence, matter for
them, is the origin of thought and the origin of everything, and through its
materialistic evolution all things originate. Accordingly, they deny the existence of the
Creator and consider matter to be eternal, thus, they deny what preceded this life and
what is to follow it, so they do not acknowledge anything except this life.

[Nizhamul Islam, English version, e-book, page 40]

Sungguhpun ideologi sosialis yang dipegang oleh PSM tidaklah 100% menurut sosialisme tulen, namun parti tersebut mendokong perjuangan sistem yang lahir daripada “akidah” sosialisme. Mereka turut membawa agenda sosialis. Maka, di sini dapatlah disimpulkan bahawa, walaupun mereka masih Islam namun mereka mengikut faham sosialisme dalam mengurus urusan kehidupan mereka. Sudah semestinya sebarang penyelesaian, mahupun tindakan yang diambil parti tersebut dibuat berteraskan fahaman sosialis yang mereka dokong itu. Mana mungkin sistem yang lahir daripada “akidah” yang menolak kewujudan Tuhan itu akan menilai berdasarkan prinsip beragama. Jauh sekali hendak menjadikan wahyu sebagai garispanduan…

Sedangkan Islam diturunkan Allah swt kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam lengkap bagi mengatur urusan hidup manusia, baik dari aspek ruhiyah, mahupun siyasiyah, muamalah, akhlak dsb. Mengapa masih nak berkiblatkan fahaman yang lahir daripada pemikiran manusia setelah menyedari hakikat ini? Tidakkah mereka beriman kepada ayat ketiga, surah Al-Maidah ini?

“…Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu…”

Adakah Islam tidak membincangkan tentang hak-hak golongan pekerja? Ataupun Islam tidak mengambil tahu akad-akad ijarah? Adakah Islam mengabaikan golongan-golongan miskin? Adakah Islam membiarkan jurang antara yang kaya dan yang miskin melebar?

Kesimpulan

Kaum Muslimin yang dikasihi, kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Janganlah kita mengambil sebahagian sahaja lalu meninggalkan bahagian yang lainnya. Terkadang kita tak menyedari bahawa kita melakukannya, kerana umum melihat bahawa status quo pada hari ini sebagai suatu yang ‘alami (normal, lumrah). Seolah-olah sememangnya hidup ini sepatutnya berjalan sebegini.

Sedangkan realiti dunia pada hari ini lahir daripada tindakan manusia itu sendiri. Firman Allah swt;

“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

Surah ar-Ruum: ayat 41

Kita telahpun menyaksikan betapa keadaan dunia pada hari ini yang kucar-kacir baik dari segi ekonomi, politik, mahupun aspek kemasyarakatan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan alam sekitar juga terkena tempias dek perbuatan tangan manusia. Baik kapitalis, mahupun sosialis, kedua-duanya telah menyumbang ke arah kerosakan ini. Persoalannya, bilakah umat manusia akan menyedari hakikat ini, dan seterusnya kembali ke jalan yang benar (seperti mafhum ayat tersebut)?

Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Usaha hendaklah lahir daripada inisiatif diri kita sendiri. Kitalah yang seharusnya memuhasabah diri kita sendiri. Seterusnya mengorak langkah untuk kembali kepada jalan yang benar. Allah swt telah mengingatkan kita bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya (mafhum ayat 11 Surah Ar-Ra’d). Tapi, di mana harus kita bermula?

Sudah semestinya dengan menyucikan fikrah kita daripada pemikiran-pemikiran kufur yang tidak Islami, baik dari segi akidahnya, ibadahnya, mahupun dalam aspek yang lainnya seperti politik, kenegaraan, pergaulan, etc.

Wallahu’alam…

P/s: Andainya mereka memperjuangkan Malaysia sebagai negara sosialis, maka saya menjadi antara yang pertama dan paling hadapan dalam menentang aspirasi tersebut sekeras-kerasnya. Namun tak bermakna saya mempertahankan sistem kapitalisme yang mencorak acuan negara kita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Oktober 2008
F S S M T W T
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: