apo nak dikato

Islam: Mabda’ atau Deen – sekadar perbezaan istilah

Posted on: Oktober 3, 2008

Assalamualaikum, ini merupakan respon kepada artikel yang dikeluarkan oleh Bendahara Tun Perak (http://marul77.blogspot.com/2008/09/bukti.html) mengenai ‘bukti’ Hizbut Tahrir (HT) menghina perjuangan PAS (Parti Islam Se-Malaysia). Di penghujung post tersebut, penulis blog tersebut telah menyenaraikan beberapa ‘fakta’ mengenai HT. Saya tak berhasrat untuk menjawab kesemuanya, kerana perbincangan tersebut akan mengambil masa yang agak panjang, dan tidak sesuai untuk dibincangkan melalui medium ini (i.e. blog, penulisan).

Bagi isu-isu selebihnya, saya menjemput Bendahara (i.e. penulis blog tersebut) dan juga sesiapa yang berminat, untuk bersemuka secara baik dan penuh ukhwah, agar dapat dibincangkan bersama secara mendalam. Saya bukanlah seorang yang hebat,jauh sekali hendak mendabik dada dengan ilmu yang ada. Sebaliknya sekadar ingin menjernihkan keadaan serta mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam. Lagipun insya Allah saya akan aturkan pertemuan dengan syabab yang lebih arif dalam hal-hal sebegini berbanding saya.

Sebelum saya meneruskan lagi penulisan post ini, ingin saya tegaskan di sini bahawa saya, selaku seorang yang bergerak bersama dengan HT, tidak pernah memusuhi PAS mahupun mana-mana gerakan yang ikhlas memperjuangkan Islam. Saya, seperti juga syabab-syabab HT yang lain, memandang PAS sebagai ‘gerakan sahabat’ yang seharusnya bekerjasama demi mencapai matlamat yang satu, iaitu menegakkan deen Allah swt di mukabumi ini secara kaffah. Biarpun berbeza dari segi method, namun saya tidak melihatnya sebagai batu penghalang ke arah kerjasama antara gerakan Islam sepertimana yang telah saya tegaskan dalam post saya yang bertajuk “PKS dan HT: Marinir dan Infanteri” (https://muhammadghazi.wordpress.com/2008/09/20/pks-dan-ht-marinir-marine-dan-infanteri-infantry/).

Saya memilih untuk membincangkan isu penggunaan istilah mabda’ dalam post ini kerana saya melihat bahawa isu ini bersifat straight-forward dan tidak memerlukan penjelasan yang terlalu panjang lebar. (Bahkan ia bukan isu pun sebenarnya… Insya Allah akan diterangkan kemudian)

P/s: Buat kesekian kalinya ingin saya nyatakan di sini bahawa saya bukanlah jurucakap rasmi bagi pihak HT. Oleh yang demikian, segala kenyataan yang saya keluarkan adalah buah pandangan saya sendiri berdasarkan pengalaman bersama-sama dengan HT, melainkan jika dinyatakan sebaliknya (unless stated otherwise).

Islam: Mabda’ atau Deen?
Bendahara, dalam post beliau yang bertajuk “Bukti”, ada menyatakan seperti berikut;

4. Hizbut Tahrir juga telah menolak Deen Islam dan menggantikanya dengan Mabda yang tidak pernah digunakan oleh Al-Quran, Hadis, kitab-kitab muktabar karangan ulama’ulama’ mazhab mahupun ulama’ulama’ hadis.

Sejujurnya, saya langsung tidak melihat perkara ini sebagai isu yang wajar dibangkitkan kerana ia hanya melibatkan soal perbezaan penggunaan istilah. Bahkan hukum syarak tidak pernah melarangnya. Di samping itu, HT tidaklah begitu rigid menggunakan istilah mabda’. Kalau nak gunakan ‘deen’ pun boleh, nak gunakan ‘agama’ pun boleh. Apa yang penting ialah kefahaman terhadap konsep di sebalik istilah tersebut. Oleh yang demikian, ingin saya bawakan kepada kalian, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah mabda’ itu. Dalam bahasa Melayu / Inggeris pula, mabda’ boleh diterjemahkan (transliterated) sebagai ideologi.

Definisi Mabda’

Muhammad Ismail dalam bukunya Al Fikru Al Islamiy, menyatakan bahwa idelogi (mabda’) merupakan ‘aqidah ‘aqliyyah yanbatsiqu ‘anha an nizham. Terjemahannya; ‘aqidah ‘aqliyyah yang melahirkan aturan-aturan dalam kehidupan (nizam).

Menurut definisi ini, dapatlah dirumuskan bahawa ideologi itu memiliki dua syarat, yaitu memiliki ‘aqidah ‘aqliyyah sebagai fikrah (idea) dan memiliki sistem (aturan) sebagai tariqah (method penerapan). Bila tidak memenuhi kedua-dua syarat tersebut, maka tidak boleh dikatakan sebagai ideologi.

Ada yang mengatakan bahawa ideologi itu merupakan sekumpulan idea yang lahir daripada pemikiran manusia, dan tindakan menyamakan Islam dengan ideologi seolah-olah menghina Islam serta meletakkannya setaraf dengan ‘isme’-‘isme’ yang lahir daripada akal manusia. Walhal dakwaan sebegini adalah dangkal kerana definisi ideologi itu sendiri langsung tidak dinyatakan sedemikian. Sila rujuk kamus untuk pengesahan. Memandangkan ideologi itu merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris, maka saya pun merujuk kepada kamus Bahasa Inggeris.

Cambridge Advanced Learner’s Dictionary; 2003

ideology: theory, a set of beliefs or principles, especially one on which a political system, party, or organization is based.

Jika dinilai, kita akan dapati bahawa definisi tersebut lebih kurang sama dengan definisi mabda’ yang dinyatakan sebelum ini. Tiada pula dinyatakan bahawa idea tersebut ‘berasal daripada pemikiran manusia’. Menggunakan istilah mabda’ langsung tidak menjatuhkan taraf Islam selaku deen yang diredhai Allah. Juga langsung tidak menyamakan Islam dengan ideologi-ideologi lain seperti Kapitalisme dan Sosialisme. Bahkan ia jauh berbeza daripada kedua-dua ideologi tersebut, kerana Kapitalisme dan Sosialisme lahir daripada pemerhatian manusia terhadap persekitarannya. Sedangkan Islam bersumberkan akidah yang berteraskan wahyu.

Sungguhpun perkataan mabda’ tidak pernah digunakan oleh mana-mana ulama’ mazhab ataupun ulama’ hadis, mahupun dalam Al-Quran dan As-Sunnah, namun tak bermakna ia HARAM untuk digunakan. Pada hemat saya, penggunaan istilah mabda’ ataupun ideologi ini sesuai dan kena pada tempatnya, memandangkan umat Islam pada hari ini semakin keliru dengan maksud sebenar ‘deen’. Mereka begitu asyik dengan retorik “Islam is the way of life”, namun tidak memahami dari sudut praktikalitinya. Sungguhpun demikian kalau ada yang bertegas untuk menggunakan perkataan deen, maka dipersilakan. Saya tidak melarangnya.

Apa yang penting, kita harus fahami dan hayati maksud deen yang sebenar-benarnya. Tiada gunanya kita berkeras menggunakan istilah deen, namun dalam masa yang sama merujuk kepada sistem Kapitalisme dalam mengurus kehidupan kita. Tiada gunanya jika asyik melaung-laungkan “Islam is the way of life”, namun dalam masa yang sama berurusan dan akur dengan sistem Kapitalisme, bahkan berjuang untuk mempertahankan demokrasi tulen menurut acuan pemikir Barat.

Demikian juga bagi mereka yang ingin menggunakan perkataan ‘agama’ terhadap Islam. Tiada salahnya. Namun kita perlu jelas, bahawa Islam bukan seperti agama-agama lain yang hanya mengurus hal-hal sekitar kerohanian dan ibadah semata-mata. Islam diturunkan lengkap bagi mengatur kehidupan manusia. Islam melahirkan sistem hidup daripada akidah Islamiyah itu sendiri. Sistem yang diatur berteraskan tauhid kepada Allah swt. Sistem yang bebas daripada pencemaran pemikiran manusiawi yang menyimpang.

Akhuna fil Islam, Abdul Muhib telah menjelaskan secara terperinci dalam blog beliau “Abdul Muhib” (http://jati4.blogspot.com/2008/08/mengenal-mabda-islam.html) berkenaan isu ini. Sila rujuk artikel “Mengenal Mabda’ Islam” untuk penjelasan lebih lanjut mengenai isu ini.

Perselisihan yang Merugikan

Demikianlah serba-sedikit penjelasan saya berkenaan soal penggunaan istilah mabda’. Ternyatalah bahawa isu ini hanyalah isu teknikal semata-mata, yang melibatkan perbezaan dari segi istilah. Hanya mereka yang berniat buruk sahaja yang akan terus memainkan isu ini agar umat menjadi lebih jauh daripada dakwah yang dibawa oleh HT. Saya tak berniat untuk memanjangkan lagi perselisihan yang sia-sia ini. Diharapkan agar mereka yang masih lagi meneruskan perselisihan sebegini agar menghentikannya serta-merta tanpa sebarang dolak-dalih lagi.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya perselisihan sebegini akan hanya merugikan sahaja. Tiada manfaat mahupun kebaikan yang diperoleh daripada perbalahan sebegini. Bahkan ada baiknya sekiranya tenaga, pemikiran, masa, wang, dan segalanya dimanfaatkan untuk mengembangkan lagi risalah Islam di dunia ini daripada terus dibazirkan dengan pertelingkahan sebegini.

Kepada bendahara, saya berharap agar saudara berhenti daripada terus berbuat demikian. Kepada pengunjung blog beliau, janganlah dilayan artikel tersebut. Sekiranya perkara yang dinyatakan itu tidak benar, maka perbetulkanlah seadanya. Namun jangan pula membalas dan memburukkan keadaan.

Nasihat ini turut ditujukan kepada diri saya juga… Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan dan usaha kita, serta mengurniakan kejayaan atas perjuangan kita demi menegakkan Islam di mukabumi… Semoga Allah meredhai kita semua… Amin…
Akhir kalam, saya memohon maaf sekiranya post ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Wallahu’alam…

4 Respons to "Islam: Mabda’ atau Deen – sekadar perbezaan istilah"

“Ada yang mengatakan bahawa ideologi itu merupakan sekumpulan idea yang lahir daripada pemikiran manusia, dan tindakan menyamakan Islam dengan ideologi seolah-olah menghina Islam serta meletakkannya setaraf dengan ‘isme’-‘isme’ yang lahir daripada akal manusia. Walhal dakwaan sebegini adalah dangkal kerana definisi ideologi itu sendiri langsung tidak dinyatakan sedemikian”

assalamualaikum..
sy berdepan dgn isu yg sama seawal sy mengenali HT…dan baru-baru ni terbaca artikel dalam harakahdaily. net ygy turut mengupas tntg maksud ideologi ( bukan dari segi bahasa, tp yg lebih penting adalah KONSEP yg dibawa oleh istilah tersebut…)

sebahagian dari isi artikel tersebut…

“Pada dasarnya ideologi ialah satu sistem nilai atau kepercayaan politik yang dianggap oleh pendokong-pendokongnya sebagai satu sistem politik yang ideal untuk direalisasikan. Rasional-rasional yang
terkandung di dalamnya dianggap oleh mereka dapat menerangkan keadaan masyarakat yang mereka hadapi dan dapat pula digunakan sebagai
kerangka teori untuk merancang sistem alternatif bagi masyarakat tersebut.

Pegangan ideologi ini pula sebaliknya bertindak mencorak sikap politik mereka terhadap pelbagai institusi dan proses masyarakat. Menurut Syed
Ahmad Hussein (1994), ideologi berhubung langsung dengan soal kuasa politik. Ia juga mengandungi dalih-dalih normatif untuk memperjuangkan sesuatu program perubahan atau reaksi kepada keadaan yang ada, ataupun dalih-dalih yang mempertahankan keesahan status quo.

Ideologi berbeza dengan falsafah. Ideologi menuntut tindakan dan bukan setakat menganalisis dan mengupas. Sebab itulah ideologi pernah
ditakrifkan sebagai “sistem idea yang action-related”. Ideologi juga mempertahankan sesuatu sistem nilai dan mempertikaikan sistem-sistem nilai lainnya.

Ia turut boleh berperanan mengerah sokongan untuk berpadu dalam menghadapi peperangan atau ancaman luar, di samping menjadi pendorong
perpaduan rakyat, termasuk melalui pengerahan untuk menyertai rapat- rapat raksasa yang selalunya melibatkan pengluahan ketaatan kepada ideologi, negara dan pemerintah.

Di peringkat individu, ideologi memberikan identiti dan perasaan keanggotaan kepada individu dalam kumpulannya. Ia juga boleh dijadikan alat rasionalisasi peribadi yang dapat menolong seseorang individu itu membendung tekanan hidup dan mengawal keraguan dan konflik kejiwaan,
selain memuaskan keinginan seseorang untuk menghubungkan dirinya dengan identiti yang lebih umum.

Pendek kata, ideologi boleh berperanan sebagai kuasa azimat yang luar biasa hebatnya, sehingga memungkinkan satu sejarah baru terbentuk,
misalnya melalui beberapa revolusi yang terpahat dalam sejarah dunia. ”

oleh Ketua Pengarang Harakahdaily.net..
[artikel penuh di: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018058&Itemid=39%5D

mathematically,

a=b x c
di mana,

a= kejayaan ideologi (Key performance indicator= diterapkan secara bernegara dan sekaligus berperanan sebagai pengemban kepada ideologi tersebut)
b=fikrah
c=thariqah

kita memahami dan mengakui Islam sebagai ideologi yg benar , malah paling benar dan tiada pilihan kedua..
pun, kebenaran dan kemuliaan ideologi ini masih tidak dapat direfleksikan secara nyata lantaran kesalahfahaman dan kecelaruan dlm memahami fikrah atau thariqahnya yg akan menghasilkan ‘negative value’…

fikrah betul, thariqah ‘sangkut’ (cthnya, mengambil demokrasi)

b x (-c) = -a

ATAU

b x 0= zero!

tapi, perlu diingat…seburuk-buruk mana sesuatu ideologi, sebobrok manapun sesuatu sistem, boleh memberikan a huge positive numbers sekiranya formula tersebut diapply…negative bertemu negative,
cth; sistem kapitalis-sekularis atau USSR yg dah runtuh..

(-b) x (-c) =a

dan insyaAllah satu hari nanti, sistem kapitalis ni akan di’tongsampah’kan jugak………….the most important thing, apply fikrah dan thariqah Islam yg benar, bukan berdolak-dalik, ber’talik-tali’ atau berkompromi dgn pemikiran kufur…

Terima kasih saudari Insyirah Ameer atas komentar. Saya tertarik dengan penjelasan saudari yang diberikan dalam bentuk formula matematik. :)

Islam merupakan alternatif bagi kapitalisme dan sosialisme. Namun tanpa penerapan menyeluruh, keindahan dan kesyumulan Islam itu bukan sahaja akan terselindung, bahkan boleh mendatangkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Hakikat ini terbukti dengan melihat perkembangan semasa bagi isu-isu yang terkait dengan Islam, baik di dalam mahupun di luar negara.

Marilah kita bersama menuju kebangkitan (nahdhah) yang hakiki…

Menyentuh tentang artikel yang saudari nyatakan itu, saya menyambutnya dengan rasa lega dan syukur. Kerana sebilangan umat Islam sudah mula menyedari akan konsep di sebalik perjuangan Islam sebagai ideologi yang memandu kehidupan manusia.

Alhamdulillah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Oktober 2008
F S S M T W T
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: