apo nak dikato

Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap – di mana sensitiviti Islam?

Posted on: September 25, 2008

Post ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, juga bukan untuk menguntungkan lawannya. Sebaliknya post ini ditulis (baca:taip) dengan tujuan untuk menyedarkan kita semua betapa rosaknya umat Islam pada hari ini, sehinggakan di kalangan  pemimpin pun tergamak melakukan perbuatan sedemikian. Diri sendiripun tidak terpimpin, bagaimana hendak memimpin masyarakat? Namun jangan pula melihat saya sebagai berat sebelah pula dengan menyiarkan isu ini. Bukan dia seorang saja yang sebegitu, masih ada lagi di kalangan pemimpin yang korup dan rosak moralnya. Cuma tak terbongkar saja…

Antara isu ingin saya ketengahkan juga ialah betapa licik dan kotornya strategi yang digunakan semata-mata untuk menjatuhkan lawan. Di samping itu, saya juga ingin mengingatkan kita semua (terutamanya diri saya) agar tidak membutakan mata, memekakkan telinga berkenaan sesuatu isu semata-mata kerana si pelaku tersebut dari kalangan kita (misalnya parti politik yang sama).

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Bila hilang budaya malumu lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki.

— HR. Bukhari

Ke mana perginya sensitiviti Islam dalam umat Islam di Malaysia? Adakah kerana individu tersebut seangkatan dengannya, maka didiamkan sahaja kesalahan yang dilakukannya? Adakah kerana seangkatan, maka tidak timbul bantahan keras (setakat post ini ditaip) terhadap kenyataan seksis yang dikeluarkannya? Menyamakan wanita dengan sedekah!

Terkilan juga rasanya apabila isu perangkap yang menjadi perkara utama berbanding pengakuan zina yang dibuatnya. Sedangkan sepatutnya dia wajib dikenakan hukuman hudud kerana telah membuat pengakuan. Sudahlah berzina, kemudian tanpa rasa bersalah mengakuinya lalu sempat pula menyalahkan orang yang memberi, sedangkan diri sendiri berkuasa untuk menolaknya.

Inilah bahana akibat tiadanya kehidupan Islam yang syumul dalam ‘tubuh’ umat Islam. Dosa-dosa bukan sahaja dipandang remeh, bahkan hukum Allah yang qatie pun tidak diterapkan oleh negara.

Sedarlah insan!

……………………………..

UTUSAN MALAYSIA

IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: