apo nak dikato

Isu Melamine dan Produk Tenusu – Punca disebaliknya

Posted on: September 25, 2008

Isu kandungan melamine dalam produk tenusu yang dihasilkan di China bukanlah suatu yang patut dipandang remeh kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kebersihan makanan atau minuman yang kita ambil.

Persoalannya, mengapa para pengilang di China tergamak melakukan perbuatan sedemikian? Bila difikirkan, barulah disedari bahawa perbuatan ini semua terdorong dek rasa tamak dan inginkan keuntungan yang lebih; tanpa menghiraukan keselamatan para pengguna. Hal ini kerana melamine adalah murah dan boleh meningkatkan kandungan protein dalam produk.

Sungguhpun demikian, harap tidak ada yang menilai post saya ini daripada perspektif perkauman. Saya tak berniat untuk menyalakan sentimen tersebut. Bahkan saya langsung tidak menyalahkan orang Cina secara keseluruhannya semata-mata kerana kejahatan/penyelewengan segelintir orang Cina. Ada segelintir pihak yang tak bertanggungjawab telah membuat ‘stereotyping’ dengan menyatakan bahawa orang Cina tamak-tamak belaka. Perbuatan ini teramatlah tidak bertanggungjawab dan tidak jauh berbeza daripada racism. Oleh yang demikian hendaklah kita menghindari diri daripada mengeluarkan pernyataan sedemikian.

Apabila diri sudah dikaburi dengan kekayaan dan harta benda, tak kiralah sama ada Melayu, Cina, India, Arab, English, Irish, atau Jepun sekalipun, tak mustahil boleh melakukan perbuatan yang sama.

Sesungguhnya tragedi sebegini merupakan produk Kapitalisme yang menjadikan ‘manfaat’ sebagai tolok ukur sesuatu perbuatan. Kapitalisme melihat bahawa kebahagiaan itu dapat dicapai dengan cara mendapatkan nikmat material semaksimum mungkin. Oleh yang demikian, daripada konsep inilah maka kilang-kilang tersebut tergamak melakukan perbuatan sedemikian demi meraih keuntungan maksimum dengan kos yang minimum. Tragedi ini merupakan testimoni kepada kebobrokan kapitalisme dan juga konsep yang membentuk sistem tersebut.

P/s: mungkin ada yang akan menempelak, “Bukankah China diperintah oleh Parti Komunis? Mengapa dikatakan kapitalis pula?” Maka jawab saya, “Sungguhpun China masih lagi berpegang kepada ideologi rapuh dan batil komunisme, namun dari sudut ekonominya negara tersebut cenderung kepada sistem ekonomi kapitalis…”

Wallahu’alam…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Malaysia Mengenakan Mekanisme Tahap Enam Untuk Hentikan Impot Produk Susu China

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Malaysia telah mengenakan “Mekanisme Tahap Enam’ untuk menghentikan pengimpotan semua produk susu dari China yang dikhuatiri dicemari dengan bahan kimia melamine.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata melalui mekanisme itu, semua kemasukan produk tenusu dari China di enam pintu masuk seluruh di negara akan dihentikan serta merta dan dipulangkan.

“Di Malaysia kita mempunyai enam pintu masuk dan semuanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga…sebarang produk berkenaan yang datang melalui pintu masuk itu akan ditahan dan dipulangkan…ia dipanggil ‘waspada tahap enam’ di semua pintu masuk.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Malaysia hanya mengimport produk susu dari Australia dan New Zealand. Kita tidak import dari China. Bagaimanapun, kita tetap menggunakan pemeriksaan tahap enam bagi menghalang kemasukan sebarang produk itu ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Menteri-menteri Kesihatan Asia Pasifik di sini hari ini.

Liow berkata kerajaan akan menghentikan pelaksanaan mekanisme itu selepas China menyelesaikan masalah pencemaran dalam produk susunya.

Selain mengenakan mekanisme itu, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada semua hospital dan doktor agar berjaga-jaga terhadap kesan produk susu yang mengandungi melamine terhadap kesihatan, katanya.

China, pada Khamis berkata bayi keempat telah meninggal dunia dan lebih 6,000 bayi masih sakit akibat skandal susu yang dicemari melamin membabitkan pengeluar susu paling besar di China, Sanlu Group, yang didedahkan minggu lepas.

Melamine, bahan kimia indusri yang digunakan untuk membuat plastik dan baja, adalah kaya dengan nitrogen dan apabila dicampur di dalam susu, boleh menjadikan tahap protin lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Ia diharamkan untuk pengeluaran bahan makanan.

— BERNAMA

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Singapore Detects Melamine In Five More Chinese Food Products

By Zakaria Abdul Wahab

SINGAPORE, Sept 24 (Bernama) – Singapore’s food authorities have detected melamine in five more products imported from China.

Two are flavoured milk and three are confectioneries containing milk powder as an ingredient, according to Agri-Food & Veterinary Authority (AVA) of Singapore Wednesday.

They are Dutch Ladys Banana Flavoured Milk and Honeydew Flavoured Milk, Silang – House of Steamed Potato – Potato Cracker, and Puffed Rice Rolls with Butter Corn Flavour and Cheese Flavour.

This brings to eight, the total number of affected products found in Singapore.

The other products which were earlier found to have been contaminated with melamine are Yi Li Choice Dairy Fruit Bar Yogurt Flavoured Ice Confection, Dutch Lady Strawberry Flavoured Milk and White Rabbit Creamy Candy.

In its latest advisory here, AVA said there was no need for the public to be unduly concerned as it had suspended the import and sale of all milk and milk products from China since last Friday.

It also said the levels of melamine detected in the products here were low and hence, unlikely to result in adverse health effects.

The public need to consume large quantities of the contaminated products over a prolonged period of time to have any potential ill-effects on health, AVA said.

— BERNAMA

<!–

By: Ramjit

–> <!–

By: Ramjit

–>

3 Respons to "Isu Melamine dan Produk Tenusu – Punca disebaliknya"

Seingat saya, masa kecik-kecik dulu agak kerap jugak makan White Rabbit Cream Candy… Gula-gula yang ada ‘plastik’ yang boleh dimakan tu…

Mujurlah mak & ayah boleh dikatakan tegas dalam mengawal pemakanan… Kalau tak, wallahu’alam hidup lagi ke tidak hari ini… Alhamdulillah…

Isu ini berlaku tidak boleh menyalahkan orang cina sahaja.Sesiapa tidak tamak di dunia ini.

Jika anda membaca post saya dengan baik tentu anda tidak akan meninggalkan komen sedemikian… Saya tak menyalahkan orang cina sahaja. Harap maklum. =)

Sungguhpun demikian, harap tidak ada yang menilai post saya ini daripada perspektif perkauman. Saya tak berniat untuk menyalakan sentimen tersebut. Bahkan saya langsung tidak menyalahkan orang Cina secara keseluruhannya semata-mata kerana kejahatan/penyelewengan segelintir orang Cina. Ada segelintir pihak yang tak bertanggungjawab telah membuat ’stereotyping’ dengan menyatakan bahawa orang Cina tamak-tamak belaka. Perbuatan ini teramatlah tidak bertanggungjawab dan tidak jauh berbeza daripada racism. Oleh yang demikian hendaklah kita menghindari diri daripada mengeluarkan pernyataan sedemikian.

Apabila diri sudah dikaburi dengan kekayaan dan harta benda, tak kiralah sama ada Melayu, Cina, India, Arab, English, Irish, atau Jepun sekalipun, tak mustahil boleh melakukan perbuatan yang sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: