apo nak dikato

Pengalaman bersama Hizbut Tahrir – Part 3

Posted on: September 10, 2008

Saya dan HT pada Hari ini

Saya masih lagi meneruskan pengkajian bersama HT sehingga ke hari ini; dan sekarang sedang mengkaji buku Nizamul Islam karya Taqiuddin an-Nabhani dalam halaqah. Buku tersebut merupakan salah-satu daripada buku-buku mutabannat (yang mesti dikaji dan ‘dibedah’ oleh daris). Bukan bertujuan untuk mendoktrin semata, sebaliknya bagi melahirkan kesepaduan fikrah demi menjamin keberlangsungan jamaah. Seandainya fikrah yang ada dalam setiap ahli bercampur-aduk, maka ini akan menyukarkan gerak kerja tanzim (organisasi). Ini telah terbukti sekiranya kita meneliti sebuah harakah Islam yang tidak mempunyai fikrah yang clear-cut untuk ahlinya. Natijahnya timbul team-team kecil dalam gerakan tersebut (you-know-who).

Sekiranya ada antara kalian yang tak bersetuju dengan pendekatan sedemikian, terpulanglah. Jangan anggap ianya bertujuan untuk melahirkan golongan fanatik, kerana kami juga digalakkan untuk merujuk kepada kitab-kitab dan ulama’ lain. Pentarbiyahan HT ini berperanan membentuk kerangka berfikir dan mencorak syakhsiyah Muslim sahaja. Bahkan kepimpinan HT (termasuk yang di peringkat global) sentiasa terbuka kepada teguran. Mekanisme muhasabah berjalan di setiap peringkat, dan kami dididik supaya tidak mengagungkan dan memandang tinggi ketokohan.

Ada juga yang beranggapan HT begitu berani menggalakkan ahli-ahlinya yang tak bertaraf ulama’ untuk mengeluarkan ‘fatwa’ tersendiri. Tanggapan sebegini teramatlah salah. Janganlah disebabkan sebahagian pendapat yang dibawa oleh syabab bertentangan dengan pendapat ulama’ kontemporari, maka kami dituduh sebagai mengeluarkan fatwa baru dan menghina ulama’ pula… Sikap dan tanggapan begini adalah salah. Sepatutnya kalian mengkaji hujah-hujah yang dibawa, kerana pendapat-pendapat yang dibawa bukannya ijtihad kami sendiri… Dan kami bukan hanya merujuk kepada ulama’ dan kitab HT sahaja.

Kesimpulan

Perkongsian saya ini bukanlah bertujuan untuk mengagung-agungkan HT dan merendah-rendahkan jemaah lain. Jauh sekali untuk mengkafirkan dan menyesatkan kelompok lain yang turut sama memperjuangkan Islam. Sekadar nak berkongsi tentang HT dari sudut pandangan peribadi saya.

Kebersamaan (ada ke perkataan ni?) saya dengan HT bukanlah bermakna gerakan lain yang pernah saya sertai sebelum ini sesat. Juga bukan bermakna gerakan lain langsung tidak menyumbang kepada Islam. Harap tidak disalahfaham. Saya meninggalkan jemaah sebelum ini bukan atas dasar emosi, ataupun tidak berpuashati dengan pendekatan yang diambil. Sebaliknya kerana saya telah menemui tariqah yang lebih diyakini serta bersesuaian dengan jiwa saya.

Ilmu saya pun tidaklah setinggi mana, dan saya bukanlah manusia yang sempurna. Saya bukanlah yang terbaik, namun ini tak menghalang diri saya daripada berusaha sebaik mungkin untuk memperbaik diri dan juga untuk menyumbang kepada Islam, demi keredhaan Allah swt. Kalian doakanlah supaya terus istiqamah di jalan-Nya. Mudah-mudahan Allah memberkati setiap usaha yang kita lakukan demi mencapai keredhaan-Nya.

Kepada mereka yang tak sudah-sudah nak menegakkan “jemaah akulah yang betul, jemaah hang sesat”; hentikanlah perbuatan itu. Sesungguhnya perbuatan sedemikian bukan sahaja tak berfaedah dan tak menyumbang kepada dakwah Islam, bahkan boleh merosakkan lagi usaha dakwah ini. Namun, tak bermakna kita abaikan sahaja kesilapan ‘fatal’ yang dilakukan oleh jemaah lain.

Muhasabah sesama jemaah tetap berjalan, cuma hindari daripada mencampurkan muhasabah dengan fitnah dan kejian. Kepada bloggers yang masih lagi meng’copy-paste’ artikel ‘kesesatan’ HT dan juga artikel yang menghina HT, silalah nilai semula artikel-artikel tersebut sebaiknya. Ikhlaskan diri, janganlah kerana HT tak sependapat dengan gerakan kalian, maka kalian terus menyiarkan artikel tersebut.

Saya dah baca beberapa artikel tersebut, antaranya karya Sheikh al-Albani, abu syafiq, al-Bakistani, dan juga Ustaz Tantawi. Kalau kalian nakkan kepastian, sila bawakan hujah daripada artikel tersebut, dan bincangkan dengan syabab HT sendiri dengan niat yang ikhlas – demi mencari kesepakatan dalam kebenaran dan bukannya atas dasar kebencian.

Setakat ini sahajalah perkongsian saya. Sebelum saya menamatkan post bersiri saya ini, ingin saya tegaskan bahawa saya bukannya bercakap ataupun menulis mewakili HT. Sebaliknya apa yang saya kongsikan di sini adalah hasil daripada pengalaman dan ilmu yang saya peroleh sepanjang bersama dengan pentarbiyahan HT.

Wallahu’alam… terima kasih kerana sudi mengikuti post bersiri saya sehingga akhir.

12 Respons to "Pengalaman bersama Hizbut Tahrir – Part 3"

barokallahu fiq akhi. pengolahan, daya antonasi serta luahan anda sungguh sgt mengkesankan. smg ianya tidak mnjadi bahan fitnah oleh orang-orang yang menginginkan perpecahan di dlm islam…

salam perkanalan…

Jazakallahu khair, akhi thinker. Sekadar luahan perasaan dan perkongsian pengalaman yang tak seberapa… Saya baru setahun jagung bersama HT.

Artikel-artikel negatif yang bertebaran dalam ruang maya ni berkenaan HT teramatlah merisaukan. Kadang-kadang mungkin fakta yang dibawa itu benar, namun diolah sehingga menjadi buruk dan sesat. Atas dasar itulah saya menyeru kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang HT lebih lanjut, dipersilakan untuk merujuk kepada sumber primer-nya iaitu laman web rasmi ataupun bersemuka dengan syabab HT sendiri.

Wallahu’alam…

atau…. bertemu dgn anta sendiri. x gitu akhi? hehe

hehe… saya baru sangat dengan HT, ilmu pun cetek sangat. Kalau FAQs tu insya Allah bolehlah sikit-sikit…

akh thinker lagilah berpengalaman kalau nak banding dengan saya.

umur bukanlah standard kematangan akhi. ingat tu. Kadang byk org yg dah belajar berpuluh tahun, tp mandul dlm peningkatan berfikir. Atau mgkn meningkat taraf berfikirnya, tp ia hanya sekadar maklumat yg tidak diperjuangkan dlm kehidupan. Oleh itu, perdalamilah tsaqafah islam dgn lebih daqiq (mendasar), dan kerapkanlah melakukan diskusi dan berdakwah ke dlm masyarakat. sbb tu, x mustahil jk kita melihat byk graduan-graduan yg mengambil jurusan islamik, tp masih jg tidak membangkitkan umat. Ini kerana seperti yg diterangkan oleh Syeikh Taqi di dlm kitab At-Takatul Hizb, bahawa mereka belajar islam hanya sekadar bersifat akdemik semata, dan tidak diperjuangkan.

oleh itu, jadikanlah ilmu yg sedikit itu berguna. jadikanlah ilmu yg sedikit itu berkembang seiring dgn kematangan kita dlm berinteraksi. akhirul kalam. nasehat kpd diriku sendiri…

Wassalam…

Terima kasih akh thinker atas nasihat yang diberikan… Saya akan jadikannya iktibar dan juga pembakar semangat untuk terus mendalami tsaqafah Islam serta beramal dengannya…

Cuma saya ni agak lemah sikit dalam berhujah, boleh dikatakan agak cepat ‘melenting’ apabila pandangan saya ditolak sewenang-wenangnya… Masih perlu banyak latihan lagi… Dan latihan yang terbaik ialah apabila kita ‘turun padang’ menggauli masyarakat dan terlibat dalam sira’ul fikri dan kifahus siyasi…

Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita semua, amin…

salam ghazi…
seronok saya baca tulisan awak pasal pengalaman mengenali HT. sampai terasa nak turut kongsi pengalaman saya.
mungkin berbeza sikit, kerana hanya setelah mengikuti halaqah umum & pra murakazah (masa tu belum ada modul, guna kitab IPS) sekian lama, barulah tahu nama jemaah tersebut adalah Hizbut Tahrir.
saya nak minta kebenaran letakan penulisan pengalaman awak ini dalam blog saya, boleh?

satu lagi, saya tertanya2… siapa roomate HT tu?

instinct saya menyatakan ianya Bedal, maaflah saya tak tahu nama betulnya. Itu nama gelaran dia masa sekolah, dia junior saya. Jika betul, sampaikan salam padanya.

Salam, wuzara… Boleh, apa salahnya… Cuma kalau ada sebarang kesilapan baik dari segi kandungan ataupun aspek teknikal (ejaan, susunan ayat dsb), mohon diperbetul… Sudi-sudilah kongsikan pengalaman wuzara bersama HT, mudah-mudahan bermanfaat kepada pembaca… Teringin juga nak tahu bagaimana pengalaman syabab-syabab yang lebih senior… he he…

Saya kenal HT melalui SN, kemudian baru bertemu syabab…

Ohye, roommate saya tu bukan Bedal… Bedal tu senior saya, sekarang dah graduate. Dialah yang aturkan halaqah umum di sini sebelum ini… Sekarang dia dah ‘pass baton’ kat saya pula…

:)

salam saudara.saya mengalami keadaan yang pernah enta alami suatu masa dahulu.

Dan ana rasa,rasa ini dha makin lama makin celaru.Ana tidak pasti apakah betul jalan yang ana ambil ini.

Ana juga punyai banyak persoalan yang belum terjawap kerana ana juga masih baru dalam HT.

Ana lihat tuduhan yang banyak juga dilemparkan kepada HT.Dan,,yang terbaru soal tidaka membahagikan bidaah seperti golongan wahabi.

Ana benar-benarr butuh penjelasan..

harap add ana:princess_charming1989@yahoo.com

Salam. Em, daripada email & URL laman blog sdr, saya percaya sdr ni seorang Muslimah. Sila betulkan kalau saya tersilap. Sekiranya benar, saya percaya lebih sesuai jika sdr merujuk kepada wakil Muslimah HTM untuk dapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai persoalan-persoalan tersebut. Saya percaya mereka sentiasa terbuka untuk didekati… Maaf ye…

Tak mengapa, take your time to discover. Tak perlu terlalu rush, kerana kita juga mempunyai komitmen lain yang turut wajar diberikan pertimbangan. Dalam pada itu, sama-samalah kita banyakkan berdoa dan solat istikharah supaya diberikan petunjuk daripada-Nya.

Apa yang penting, setiap tindak-tanduk kita hendaklah berlandaskan ilmu dan setiap kekeliruan sewajarnya dirungkai dengan merujuk kepada sumber primer iaitu pihak HT sendiri. Dalam ertikata lain, kita sewajarnya melakukan tabayyun (clarification) dengan pihak terbabit dan tidak menerima sahaja bulat-bulat sebarang pertuduhan yang dilemparkan oleh pihak ketiga.

Wallahua’lam…

p.s. Terkeliru, ingatkan akhi thinker tadi. “^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: