apo nak dikato

Pengalaman bersama Hizbut Tahrir – Part 2

Posted on: September 10, 2008

Semenjak dari itu, keinginan untuk lebih mengenali HT semakin bertambah dari hari ke hari. Namun disebabkan saya tak mengetahui siapa yang harus dihubungi, dan juga disebabkan saya telah mengenali fikrah IM melalui seorang kenalan, maka hasrat saya tertangguh buat seketika… Saya diperkenalkan dengan bentuk pentarbiyahan IM melalui ‘proksi’nya di Malaysia, dan mengikuti usrah ala IM buat pertama kalinya ketika itu. Insya Allah, pengalaman kecil saya sepanjang bersama gerakan-gerakan yang mempunyai fikrah Islam dan manhaj IM ini akan dikongsikan dalam siri yang lain. Pentarbiyahan saya bersambung ketika saya memasuki tahun pertama pengajian, namun dengan sebuah wadah lain yang turut menggunakan fikrah IM. (turut akan dikongsikan kemudian, insya Allah)

Pada semester kedua tahun pertama, pihak kolej telah membuat rombakan bilik. Pelajar first year dikehendaki berkongsi tiga orang sebilik dalam sebuah bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang. Saya ditempatkan ke sebuah bilik dengan dua orang roommate baru. Seorang yang happy-go-lucky, seorang pula yang mempunyai link dengan jemaah Islam. Rakan saya yang pertama tu seringkali tiada di bilik, atas dua sebab. Pertama, kerana dia suka belajar bersendirian di luar (library agaknya), kedua disebabkan dia gemar keluar (chill out).

Rakan kedua saya tu pulak merupakan seorang yang berkarisma dan juga mempunyai potensi kepimpinan. Atas sebab itulah dia menjadi perhatian senior-senior yang nak merekrut ahli. Ada beberapa gerakan Islam di kampus yang mendekatinya. Guess what? Sudah semestinya salah satu daripadanya ialah HT. Daripada dialah saya berkesempatan mengenali HT lebih mendalam melalui halaqah yang diadakan. Daripadanya jualah saya berpeluang untuk mengenali beberapa orang syabab HT.

Rakan saya tu pada mulanya lebih cenderung kepada HT, namun setelah ‘dinasihati’ oleh seorang senior dia mula lari daripada HT. (Khabarnya sekarang dia dah bersama dengan sebuah gerakan Islam kampus yang bermanhajkan IM setelah hampir dua tahun berkecuali daripada aktiviti dakwah jamaie. Alhamdulillah.) Saya berani menyatakan sedemikian kerana saya sendiripun pernah ‘dinasihati’ oleh senior tersebut. Senior tu menceritakan tentang ‘kesesatan’ HT dan juga artikel-artikel yang memburukkan HT. Bila saya kaji balik latarbelakangnya (counterintelligence, hu hu) rupanya dia ada masalah personal/konflik dengan seorang daris (pengkaji) HT.

Saya juga menyedari bahawa bukan dengan HT saja dia bermasalah, dengan beberapa gerakan lain pun dia ceritakan keburukan kepada saya. Rasa macam ada yang tak kena je. (But that’s another story. Cuma saya nasihatkan supaya anda berhati-hati dengan orang sebegini. Kaji dahulu sebelum mempercayai kata-katanya. Mungkin ada motif di sebaliknya). Alhamdulillah, ‘cabaran’ ini menyebabkan keazaman saya menjadi lebih kukuh (strengthening my resolve).

First halaqah and beyond

Ketika halaqah pertama, saya tak banyak bertanya sebaliknya hanya mendengar. Isu-isu yang dibawa bukanlah hanya sekitar khilafah semata-mata seperti yang diwar-warkan oleh kebanyakan pihak. (Matlamat akhir HT bukanlah menegakkan khilafah, sebaliknya “mengembalikan kehidupan Islam”) Bahkan yang menyebabkan saya ‘melekat’ untuk menghadiri halaqah seterusnya bukanlah mengenai perjuangan khilafah mereka, sebaliknya berkenaan definisi Islam yang dipegang oleh HT.

Halaqah-halaqah ini adalah umum, dan terbuka kepada sesiapa yang berminat. Di tahap ini, HT tak menuntut komitmen lain selain daripada menghadiri halaqah dan juga menyebarkan serta mengamalkan ilmu yang diperoleh. Dalam masa yang sama, saya masih mengikuti usrah bersama dengan gerakan kampus saya.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah, salah seorang syabab yang menyampaikan halaqah ini agak keras dan tegas pendekatannya. Daripada 8 orang yang menghadiri halaqah tersebut, hanya seorang sahaja yang kekal konsisten sehingga ke peringkat seterusnya. Yelah, siapa tak ‘terkejut’ kalau tiba-tiba dapat tahu bahawa PTPTN tu haram, dan demokrasi itu sistem kufur secara straight forward walaupun disertakan hujah dan dalil syarie? Namun, saya melihat ini sebagai masalah teknikal semata-mata, i.e. kekurangan dari aspek pendekatan syabab itu sendiri. Mudah-mudahan ini dapat dijadikan pengajaran kepada para daie sekalian.

Setelah hampir setahun mengikuti halaqah umum, saya ditawarkan untuk mengikuti program pra-murakazah; untuk lebih memahami tariqah HT dan juga menyiapkan peserta untuk menyertai halaqah intensif bersama HT sekiranya peserta bersetuju. Di peringkat ini pun masih tiada sebarang komitmen terhadap HT dituntut.

Saya mengambil masa yang agak lama sebelum ke pra-murakazah kerana saya ni kuat ‘menentang’ orangnya. Kesian kat syabab-syabab yang bawa halaqah umum tu kerana terpaksa melayan kerenah saya ni. Maaflah ye, bukannya sebab benci ataupun sengaja nak menyusahkan. Saya berbuat demikian kerana hendak menanamkan keyakinan penuh sebelum ambil keputusan untuk melangkah ke tahap seterusnya. Lagipun, mungkin disebabkan oleh maklumat awal yang saya peroleh berkenaan HT sebelum ini. Saya bukannya menolak sepenuhnya artikel dan maklumat yang saya peroleh daripada ‘senior bermasalah’ yang saya ceritakan sebelum ini.

Antara topik yang menyebabkan saya tergendala ialah bab demokrasi dan juga hadis ahad. Alhamdulillah setelah mendengar dan mempertimbangkan hujah serta penjelasan pendapat-pendapat yang berbeza, akhirnya saya setuju dengan pendapat yang dibawa HT. Berkenaan demokrasi, saya pernah merujuk kepada wakil PAS yang terlibat dalam politik serta memahami selok-beloknya. Manakala berkenaan hadis ahad, saya pernah merujuk kepada individu yang ittiba’ salafi yang bertalaqqi ilmu hadis.

Mungkin ada yang akan mempertikaikan kredibiliti dan juga ilmu yang saya ada, namun terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri. Inilah yang saya yakini, namun tak bermakna saya taksub dan taqlid buta. Insya Allah, selagimana saya tak mendengar hujah balas yang lebih meyakinkan, saya akan kekal dengan pendapat Islam yang dipegang HT. Jika ada hujah yang lebih kukuh, saya akan pegang kepadanya.

Kalau nak tahu tentang pengisian sepanjang program pra-murakazah, anda kenalah menghadirinya sendiri. Selepas menghadirinya, terpulanglah kepada empunya diri untuk memilih sama ada hendak meneruskan pengkajian bersama HT ataupun memilih haluan masing-masing. Lagipun, kalau nak diceritakan semuanya, panjang sangat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: