apo nak dikato

Pengalaman bersama Hizbut Tahrir – Part 1

Posted on: September 10, 2008

(Mukaddimah dalam post saya ini agak panjang, jadi kalau kesuntukan masa – mungkin sebab online kat cyber café – boleh terus skip ke subtajuk ‘First Encounter’)

Mungkin anda pernah mendengar tentangnya, dan mungkin juga ini merupakan kali pertama anda mengetahui akan kewujudannya. Mungkin anda pernah menghadiri seminar anjuran mereka, menandatangani kempen membantah kenaikan harga minyak dan membaca Sautun Nahdhah (yang pernah diedarkan di beberapa masjid setiap Jumaat).

Mungkin juga anda merupakan penggerak, ataupun syabab HT sendiri. Dan tak mustahil juga sekiranya anda merupakan orang yang pernah meng’copy-paste’ artikel-artikel yang menceritakan tentang ‘kesesatan’ dan keburukan HT. Tak kurang juga yang menggariskan satu persatu ‘kesesatan’ mereka (kemudian memetik daripada sumber HT sendiri yang berbahasa Arab namun penerangan yang diberikan itu lari daripada konteks yang sebenar); ataupun seorang yang menyeru supaya mereka pulang ke Palestin, tempat asal kelahiran amir HT pertama, almarhum Sheikh Taqiuddin An-Nabhani.

Mungkin anda merupakan salah seorang daripada jutaan umat Islam yang menyetujui dan turut mendokong perjuangan menegakkan khilafah, dan menyetujui tariqah perjuangan mereka. Boleh jadi juga anda merupakan seorang yang menganggap kehadiran HT di Malaysia sebagai ‘jemaah perosak’ yang mengganggu perjuangan anda melalui pilihanraya demokrasi (dek ketegasan pendapat mereka tentang keharaman untuk terlibat dalam demokrasi).

Boleh jadi anda merupakan ahli ataupun pemimpin dalam parti pemerintah yang khuatir bahawa fikrah yang dibawa mereka ini membahayakan kedudukan anda. Ataupun anda merupakan seorang pegawai SB (Special Branch), yang begitu komited memantau gerak-geri pihak pimpinan dan juga aktiviti anjuran HT kerana mengesyaki HT sebagai perosak keamanan dan kestabilan negara.

Ataupun anda merupakan salah seorang hadirin di International Khilafah Conference yang diadakan di Indonesia tidak lama dahulu, ataupun yang pernah menonton video “Ila mata? / Sampai Bila?” yang dihasilkan oleh syabab HT di Malaysia. Mungkin juga anda pernah meminta pandangan naqib anda berkenaan HT semasa usrah/halaqah ataupun pernah membincangkan tentang HT dalam forum portal komuniti.

Saya tak berhasrat nak menceritakan asal usul HT dan juga tariqah perjuangan mereka secara detail dalam post kali ini, kerana jika kita taip ‘Hizbut Tahrir’ melalui enjin carian seperti google ataupun yahoo pasti akan mendatangkan banyak link (cuma kalau nak maklumat sahih, kenalah rujuk kepada sumber primer).

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah pengalaman peribadi saya semenjak dari pertama kali mengetahui tentang HT sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudahan anda beroleh kebaikan daripada perkongsian saya yang tak seberapa ini, dan saya terbuka kepada sebarang teguran sekiranya ada yang tak kena sepanjang perkongsian saya ini.

‘First Encounter’

Segalanya bermula pada 2004, ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah daripada kolej saya. Ketika itu saya baru semester pertama di sebuah pusat pengajian pra-Universiti (orang yang mengenali saya pasti tahu saya pernah belajar di mana).

[Disebabkan ketika sekolah menengah saya belajar di sekolah berasrama penuh, kemudian selepas tamat saya dipanggil ke PLKN; maka saya menjadi sedikit ‘homesick’ dan seringkali pulang ke rumah apabila berkesempatan. Ditambah lagi, jarak antara rumah dan tempat saya belajar agak dekat. Jadi, boleh dikatakan hampir setiap minggu saya pulang ke rumah.]

Sewaktu sedang dalam perjalanan ke perhentian bas, saya menemui sehelai nasyrah yang barangkali tercicir di atas tanah. Ditakdirkan Allah, hati saya tergerak untuk mengambil dan membacanya. Rupa-rupanya nasyrah tersebut merupakan Soutun Nahdhah yang pertama saya baca. Saya tertarik dengan isu yang dibawakan iaitu mengenai ketiadaan khilafah Islam yang telah memayungi umat Islam selama lebih kurang 83 tahun serta kewajipan menegakkannya semula. Saya mengimbau kembali kenangan dan juga aspirasi saya ketika di sekolah menengah dahulu.

Semenjak saya mempelajari tentang khilafah Islam dalam matapelajaran sejarah peradaban dunia (form 4), saya hanya melihat bahawa khilafah itu sebagai sebahagian daripada lipatan sejarah umat Islam. Saya juga pernah mengetahui tentang komplot jahat angkara si laknatullah Kemal Atarturk dan kaum kuffar menjatuhkan khilafah Uthmaniyah.

Namun, ketika form 5 saya pernah terfikir; “Jika benarlah umat Islam pernah hidup aman makmur dan sejahtera di bawah daulah Islam, dan kini kita sengsara dan tertindas tanpanya, mengapa tidak diusahakan untuk mengembalikannya semula?”

Yang menjadi masalahnya, bagaimana? Ketika itu saya belum mengenali HT dan Ikhwanul Muslimun (IM), jadi saya meletakkan kepercayaan penuh kepada PAS dalam perjuangannya untuk menegakkan daulah Islam. Bahkan saya benar-benar bersungguh untuk berusaha ke arahnya. Sehinggakan ketika Malam Sinar Islam, saya volunteer menjadi pengarah pentomim. Dan dalam pentomim tersebut, saya meletakkan plot sekitar kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Walaupun pentomim tersebut tak begitu menjadi (kerana kehilangan skrip dan juga beberapa orang rakan yang kurang bekerjasama – sebab tak setuju dengan tajuk pentomim), namun Alhamdulillah program berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

Kemudian, ketika usrah anjuran PPI (Persatuan Pelajar Islam) dan Biro Surau (semenjak form 1) saya turut didedahkan dengan isu-isu Palestin dan juga mengenai sekularisme. Alhamdulillah, melalui usrah dan juga kesedaran yang dicampakkan Allah ke dalam diri saya, saya menyedari akan peri pentingnya usaha ke arah menegakkan daulah Islam.

Setelah tamat persekolahan dan juga setelah menjalani PLKN, saya menerima tawaran ke pusat pra-U.

Tamat flashback (macam drama swasta la pulak… ha ha)

6 Respons to "Pengalaman bersama Hizbut Tahrir – Part 1"

Asslamu’alaikum w.b.t.
daulah Islamiah yg perlu ditegakkan…khilafah…janji Allah wa Rasul adalah benar…
الله اكبر

Amin… Khilafah atas manhaj kenabian… Janji Allah dan Rasul-Nya. Semoga kita menjadi sebahagian daripada mata rantai yang membantu merealisasikannya dengan izin Allah…

ghazi, bila nak sambung?

seronok plak baca pengalaman enta.

Hehe, insya Allah akan cuba update bila berkelapangan… Wuzara pun bolehlah ceritakan pengalaman. Teringin juga nak tahu pengalaman, untuk dijadikan panduan… :)

banyak yang saya tidak faham tentang ini…ya allah tunjukkan aku jalan MU

Pada mulanya saya terkeliru kerana ada seorang kenalan saya juga menggunakan nick yang sama, iaitu thinker. Em, sekiranya tak keberatan sudilah kiranya dikongsikan apa persoalan yang bermain di fikiran sdr di sini. Insya Allah saya akan berusaha menerangkannya mengikut kemampuan dan kelapangan saya kelak… “Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…” (meminjam tagline sebuah rancangan televisyen)…

=)

Salam perkenalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: