apo nak dikato

Kalau dah benci, cara guna komputer pun menjadi isu

Posted on: September 8, 2008

Dalam sebuah portal komuniti (bukan ukhwah.com), ada sebuah topik yang dibuka oleh ahlinya, khusus untuk mensensasikan isu cara penggunaan komputer oleh Datuk Seri Pak Lah ketika dalam sebuah majlis. Saya tak berniat untuk menyatakan nama portal tersebut, namun sekiranya kalian mengetahuinya, ataupun kalian sendiri yang terlibat dalam mensensasikan isu tersebut, maka saya nasihatkan supaya kita sama-sama memuhasabah dan menginsafi diri…

Sebelum itu, ingin saya maklumkan bahawa tujuan saya menulis post ini bukanlah untuk membela Datuk Seri Pak Lah. Sebaliknya saya berhasrat untuk mengajak kita semua merenung kembali apa sebenarnya yang telah dilakukan, sama ada kalian masih lagi di landasan yang asal ataupun sudah tergelincir. Apa sebenarnya yang kalian perjuangkan?

Pentadbiran Pak Lah mungkin ada banyak kelemahan dan cacat-celanya. Apatah lagi apabila beliau tidak menerapkan Islam secara benar dalam pemerintahannya. Namun semua ini tidaklah menjadi ‘lesen’ untuk kita mengutuk dan mengeji peribadi beliau. Apatah lagi apabila isu yang dibangkitkan itu remeh dan mengaibkan. Tidak kurang juga yang memberikan beliau gelaran-gelaran yang kurang enak dan biadap seperti Pak Lelah, Pak Lah flip-flop, Bodowi dsb.

Kalau nak tegur pasal ‘tidur’ ketika menjalankan tugas, maka itu masih lagi relevan. Kalau nak tegur kelemahan pentadbiran, itulah sebaiknya. Kalau nak tegur kerana tak terapkan sistem Islam, itulah yang terbaik.

Namun kalau dah sampai ke tahap penggunaan jari hantu ketika menggunakan komputer semasa perasmian sebuah majlis pun dijadikan modal untuk memburukkan beliau, maka di situ kita dapat lihat ada sesuatu yang tak kena. Boleh jadi niat orang yang membangkitkan isu tersebut juga sudah lari daripada niat yang asal.

Demikian juga dengan mereka yang menggelar Pak Lah dengan gelaran-gelaran yang buruk dan mengaibkan.

Pada pandangan saya, orang-orang sebegini menentang Pak Lah bukan lagi atas dasar rasional, sebaliknya lebih kepada emosi semata-mata. Tidak kurang juga yang sekadar ‘menumpang’ momentum rakyat yang tidak menyebelahi Pak Lah dan pentadbirannya, semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah. Mungkin ada dendam peribadi agaknya?

Teguran daripada saya; kalau iya pun dah benci, janganlah sampai benda-benda yang tak relevan pun nak dibangkitkan. Kalau iya pun dah meluat, janganlah sampai keluar gelaran-gelaran biadap (setidak-tidaknya hormatilah beliau sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang insan). Kalau iya pun marah sebab naikkan harga minyak, janganlah sampai isu yang tak remeh pun nak dibesar-besarkan. Macam budak-budaklah perangai macam ni. Tak rasa malu ke dengan anak-anak kita?

P/s: Tak mustahil kalau-kalau lepas ini orang akan label saya sebagai pengampu Pak Lah ataupun pencacai UMNO. Terpulanglah, saya dah maafkan awal-awal. Dan saya malu dengan sikap orang-orang yang katanya nak perjuangkan keadilan dan Islam, tapi perangai tak senonoh, mulut tak bertapis, hanya lebihkan emosi daripada rasional.

Sedangkan hakikatnya saya turut menentang polisi-polisi yang tidak Islami serta mengkritik kegagalan pentadbiran Pak Lah dalam menerapkan Islam yang hakiki dalam aspek kenegaraan.

Mungkin akan ada yang kata, “Oh, kalau puak-puak sebelah sana tu kutuk-kutuk tak salah pulak?”. Maka jawab saya (dah prepare awal-awal), “Biarlah mereka dengan cara mereka, takkanlah kalian nak jadi macam mereka pula? Kalau dok ketegaq nak buat jugak, apa bezanya hangpa dengan depa?”

Wallahu’alam… Maaflah kalau post saya ni menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya tak tujukan secara general kepada pihak pembangkang. Saya percaya, hanya sebahagian sahaja yang berperangai sedemikian…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: