apo nak dikato

Budaya Copy-Paste: Jadilah seorang ‘blogger’ yang bertanggungjawab

Posted on: September 8, 2008

Perbuatan ‘copy-paste’ boleh dikatakan telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan bloggers. Sebahagian besar blog yang pernah saya kunjungi mengandungi artikel-artikel yang dikarang oleh orang lain. Bahkan ada yang diambil bulat-bulat daripada penulisan asal. Ada yang menyatakan sumber yang dipetik, dan ada juga yang tidak berbuat demikian. Kadang-kadang, apabila saya mencari sesuatu isu melalui enjin carian gelintar (i.e. google,yahoo dsb), result yang keluar kebanyakannya berulang-ulang walaupun daripada laman web / weblog yang berbeza. Perbuatan ‘copy-paste’ ini turut dikenali dengan istilah ‘plagiarism’ atau dalam bahasa mudahnya, menciplak.

Di sesetengah negara (termasuklah di Malaysia), dan juga di institusi-institusi seperti universiti, perbuatan menciplak merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di fakulti saya, seandainya perbuatan ini terbongkar, maka tindakan yang berat boleh dikenakan berdasarkan budi bicara pihak pentadbiran. Bahkan boleh disekat daripada mengambil peperiksaan.

There is no copyright in Islam; instead there is always right to copy

Sungguhpun demikian, pada hakikatnya perbuatan menciplak ini bukanlah suatu kesalahan dalam Islam. Sesungguhnya tiada hakcipta / ‘copyright’ dalam Islam. Apatah lagi apabila ia melibatkan soal keilmuan dan teknologi. Dalam Islam, seandainya seorang itu menulis sebuah buku dan memasarkannya, maka royalti yang layak diperolehnya hanyalah daripada penjualan edisi pertama buku tersebut. Demikian juga dengan produk-produk penjualan, ataupun ubat-ubatan. Sesungguhnya ‘copyright’ dan juga patent akan hanya menyebabkan monopoli dan juga peningkatan harga (disebabkan oleh mekanisme supply and demand – yang berhak membekalkan hanya sebuah pihak, manakala keperluannya meluas). Inilah yang terjadi kepada industry ubat-ubatan, di mana harga-harga ubat melonjak tinggi lantaran monopoli daripada pihak pengeluar yang mendapat paten terhadap sesebuah ubat.

[Namun, jangan pula kenyataan saya ini disalahtafsir dan dimanipulasi pula. Silap-silap nanti ada yang meniru dalam peperiksaan dan juga ketika membuat assignment/case report pula. Perbuatan-perbuatan tersebut adalah salah, kerana termasuk dalam perbuatan menipu dan juga tidak amanah dalam melakukan sesuatu.]

Fikir dulu sebelum tempel

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa perbuatan ‘copy-paste’ artikel penulis lain bukanlah suatu kesalahan. Bahkan ia merupakan suatu yang baik seandainya maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut baik, benar, dan tidak berunsurkan fitnah mahupun tohmahan. Lebih baik jika kita maklumkan kepada penulis asal (sekiranya dapat dihubungi) ataupun setidak-tidaknya kita ‘quote’ sumber dari mana artikel tersebut berasal bagi memudahkan rujukan.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila seseorang blogger itu hanya menempelkan sahaja artikel ‘copy-paste’ tersebut tanpa membuat penelitian terlebih dahulu terhadap isi kandungannya. Tidak kurang juga yang menerima bulat-bulat segala yang terkandung dalam artikel tersebut hanya kerana penulis tersebut merupakan tokoh idolanya, orang yang sekumpulan dengannya ataupun orang tersebut mempunyai pandangan yang sama dengannya. Lebih merisaukan sekiranya artikel tersebut mengandungi maklumat yang salah ataupun berniat buruk terhadap sesetengah pihak lain.

Secara peribadinya, saya pernah beberapa kali berhadapan dengan beberapa orang bloggers yang melakukan ‘copy-paste’ tanpa meneliti dan mengkaji terlebih dahulu isi kandungannya. Apabila saya dapati ada maklumat yang tidak tepat ataupun fitnah, saya menegurnya (mengikut batasan ilmu saya yang terhad ini) dan meminta mereka memberikan penjelasan serta membuat pembetulan. Malangnya, sebahagian daripada bloggers tersebut bersikap acuh tak acuh dan mengabaikan sahaja permintaan saya itu. Tidak kurang juga yang membalas dan menyindir. Perbuatan sebegini teramatlah dikesali.

Sepatutnya seseorang blogger itu hendaklah bertanggungjawab penuh terhadap apa yang terkandung dalam blog mereka. Walaupun tiada etika yang khusus dalam dunia blog ini, namun kewajipan ini merupakan suatu yang universal dan ‘applicable’ terhadap semua keadaan. Jangan ingat setiap patah perkataan yang kita tulis, ataupun setiap artikel yang kita copy-paste itu akan terlepas daripada perhitungan di akhirat kelak.
Jangan sampai kita menjadi sebahagian daripada rangkaian penyebaran fitnah dan berita palsu pula. Sekiranya kita tak pasti sejauh mana kebenaran maklumat yang kita peroleh itu, maka hendaklah kita menyelidikinya terlebih dahulu. Sebaiknya kita rujuk terus kepada sumber pertama (primer) dan minta pengesahan. Sekiranya artikel yang ingin kita ‘copy-paste’ itu berniat buruk, ataupun tidak mempunyai nilai ilmiah mahupun sebarang kebaikan kepada pengunjung blog kita, maka hentikanlah niat untuk ‘copy-paste’ artikel tersebut.

Jadilah seorang blogger yang bertanggungjawab, bersikap professional dalam penulisan, dan juga ilmiah ketika menilai sesebuah isu.

Wallahu’alam…

1 Response to "Budaya Copy-Paste: Jadilah seorang ‘blogger’ yang bertanggungjawab"

[…] mengulas mengenai budaya copy-paste ini dalam post saya yang terdahulu. Sila klik untuk membacanya. Budaya Copy-Paste: Jadilah Seorang Blogger yang Bertanggungjawab […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: