apo nak dikato

Perkhabaran: Ramadhan di al-Aqsa

Posted on: September 5, 2008

Salam Ramadhan al-Mubarak… Di sini ingin saya kongsikan perkembangan semasa di Palestine, dan situasi di sana yang teramatlah menyedihkan. Kemuliaan umat Islam tercalar lagi apabila mereka hendak menunaikan solat tarawih pun terpaksa meminta izin daripada pihak berkuasa rejim Zionis. Penghinaan sebegini, dan juga segala penderitaan yang dialami oleh umat Islam di sana tidak akan berakhir selagimana negara haram Israel masih lagi tertegak dan umat Islam di Palestine tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada saudara-saudara mereka di serata dunia.

Dengan izin Allah, hanya melalui penyatuan politik yang hakiki sahajalah umat Islam akan mampu untuk bangkit dan mengembalikan semula kemuliaan yang telah sekian lama hilang…

BAITULMAQDIS 1 Sept. – Dalam umat Islam di Malaysia berpesta dengan kemerdekaan Malaysia, dan dengan tenang menyambut Ramadhan, nun jauh di Palestine, Israel dilapor ‘membenarkan’ sebahagian penduduk Palestin mengunjungi Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis Timur bagi menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Inilah akibatnya bila Sistem Khilafah yang menjaga tempat suci umat Islam telah tiada. Umat Islam ingin mengunjungi Tanah Suci ketiga mereka ini terpaksa mendapat kebenaran khas terlebih dahulu dari tentera Yahudi Laknatullah.

 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Israel berkata, lelaki Palestin berusia antara 45 dan 50 tahun serta berkahwin, boleh mengunjungi masjid itu, iaitu tempat suci ketiga bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Kebenaran turut diberikan kepada lelaki berusia lebih 50 tahun dan wanita berusia lebih 45 tahun. Bagi penduduk Palestin di Tebing Barat yang berusia 30 hingga 45 tahun pula, hanya mereka yang mempunyai permit khas yang dikeluarkan oleh tentera Israel dibenarkan mengunjungi masjid itu. Pihak berkuasa Israel dilaporkan turut bercadang melanjutkan masa operasi di pusat-pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

 

Selain itu, pihak berkuasa Zionis juga akan membenarkan kaum keluarga menyerahkan bungkusan kepada 11,000 rakyat Palestin yang ditahan di beberapa penjara di Israel. Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas ketika menghadiri satu pertemuan di sini semalam. Ia sebahagian daripada usaha kedua-dua pihak untuk mewujudkan perjanjian damai dengan Israel yang diharap dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini. Palestin sebelum ini menuntut wilayah Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara mereka. [Sumber AFP]

 

Masalah konflik Israel-Palestine ini bukannya masalah perjuangan setempat dan kebangsaan, tetapi ia adalah perjuangan antara kuasa kuffar dan Islam. Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam (bukan tanah suci bagi bangsa Palestin sahaja) yang telah dinodai oleh Rejim Isreal laknatullah. Dengan persekongkolan politik oleh PBB, negara Isreal yang tidak pernah ada di dalam peta dunia telah diwujudkan dan umat Islam telah dirampas tanahnya dan tempat suci ketiga mereka telah dikuasai oleh tentera Yahudi. Penyelesaian kepada masalah Isreal ini bukannya di meja perundingan, tetapi dengan jihad terhadap negara naram Israel ini oleh negeri-negeri Islam yang berjiran dengan mereka, kemudian kalau mereka tidak mampu barulah negara-negara yang paling hampir dengannya dan kemudian seterusnya.


Sebelum tanah Palestin jatuh ke tangan Yahudi dahulu, Theodore Herzl (Zionist) telah bertemu dengan Sultan Abd Hamid II, Khalifah kaum Muslimin di Turki, dan telah memujuk Sultan agar menjual tanah kosong di Palestin kepada Yahudi. Sebagai bayaran, Zionis akan membayar pada Sultan abd Hamid:-


1. 150 juta wang emas Inggeris

2. Melangsaikan segala hutang kerajaan Khalifah Utsmaniyyah

3. Menubuhkan pasukan armada laut untuk kerajaan Khalifah

4. Membina Universiti Utsmaniah di Baitul Maqdis

5. Memberi sokongan politik kepada Sultan di Eropah dan Amerika


Namun, dengan keimanan yang mendalam dan ketaqwaan yang kukuh, Khalifah Abdul Hamid telah memberi jawapan,

 

“Aku tidak boleh bertolak ansur walau sejengkal pun daripada bumi Palestin kerana ia bukan milikku. Tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah dan nyawa mereka untuk mendapatkannya. Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di muka bumi ini sekalipun, aku tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin.”

Namun ternyata setelah kematian sang Khalifah, akhirnya tanah Palestin diduduki juga oleh Yahudi laknatullah ini, hasil pengkhianatan oleh para pemimpin Arab. Telah berlalu berbagai generasi umat ini yang cuba mempertahankan tanah suci Palestin. Namun sayangnya, umat Islam ini berjuang tanpa kekuatan seorang pemimpin yang boleh menjaga dan melindungi mereka. Para pemimpin negara-negara Arab hingga kini masih lebih mementingkan assobiyyah mereka sendiri dari membebaskan tanah suci ketiga milik umat Islam ini. Namun, Hizbut Tahrir yakin bahawa Insya Allah apabila Khilafah kedua kalinya berdiri sedikit masa lagi, maka Khalifah pasti akan membebaskan bumi suci ini dari tangan-tangan kotor Yahudi laknatullah.

Sumber: mykhilafah.com

 

 

 

2 Respons to "Perkhabaran: Ramadhan di al-Aqsa"

sedih … benar sekali, apo nak dikato .. yg memegang kuasa wakil rakyat di m’sia ni entahlah (tak kiralah sebelah mana-mana pun), bersyujur atau tidak dengan apa yg Allah beri kepada umat Islam di sini..

Terima kasih jeff atas komentar yang dikongsikan… Inilah realiti yang berlaku kepada umat kita pada hari ni… Masing-masing hanya mengambil tahu hal sendiri sahaja, seolah-olah ikatan syahadah yang sepatutnya menyatukan kita semua dipandang sepi begitu sahaja… Kita diasyikkan dengan kemelut perkembangan politik yang tak berkesudahan sehingga mengabaikan kewajipan kita terhadap saudara seagama kita di sana…

Sudah tiba masanya untuk kita membebaskan diri daripada belenggu “sempadan artificial” ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

September 2008
F S S M T W T
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,715 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: