apo nak dikato

Ramadhan atau 16 September 2008 – yang mana kita sepatutnya kita nanti-nantikan?

Posted on: Ogos 26, 2008

Tatkala saya menaip post ini, 26 Ogos 2008 sudahpun menghampiri penghujungnya. Keriuhan dan polemik berkisar tentang pilihanraya kecil P44 sudahpun terjawab dengan keputusan yang diterima (setakat ini masih belum diumumkan secara rasmi). Saya tak berkesempatan untuk mengikuti berita perdana kerana ada urusan tertentu, namun memandangkan tiada liputan besar-besaran maka saya telahpun dapat menjangka keputusannya.

Sungguhpun demikian, bukan ini yang ingin saya kongsikan dan cerita panjang lebar dalam post ini. Rasanya sudah berpuluh-puluh artikel ataupun post di website, blog, dan portal forum yang membincangkan darihal pilihanraya P44 ini. Oleh yang demikian, tak perlulah saya sibuk-sibuk membicarakannya. Lagipun saya memang sudah semestinya tidak akan terlibat langsung dalam perkara ini.

Bahkan saya berusaha semampu mungkin untuk tidak terlibat sama dalam memanjangkan lagi jangka hayat sistem yang bobrok ini. Mudah-mudahan kalian yang membaca post ini akan turut serta bersama-sama dengan saya meninggalkan ‘vicious cycle’ yang akan hanya merosakkan umat ini serta menjauhkan mereka daripada kebangkitan (nahdhah) yang hakiki. Insya Allah huraian yang lebih detail akan saya kongsikan kelak, kiranya saya masih lagi dikurniakan Allah nikmat untuk terus menghirup udara di dunia yang fana ini.

Buat masa ini, saya ingin membawa kita semua untuk sama-sama memuhasabah diri kita semua. Dalam keasyikan berkempen dan sesetengahnya memfitnah serta mengeji (astaghfirullah), umat Islam di Malaysia secara umumnya terleka daripada membuat persediaan untuk menghadapi ketibaan bulan yang penuh berkat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Masih ramai lagi di kalangan umat Islam yang menghitung-hitung akan tibanya tarikh ‘keramat’ 16 September 2008 berbanding mereka yang menanti-nantikan tibanya 1 Ramadhan.

Janganlah begitu… Janganlah kerana terlalu asyik berkempen sehingga kita mengabaikan ketundukan kita kepada Allah swt. Janganlah kerana terlalu ghairah berhimpun dan melaungkan slogan yang diperjuangkan sehingga kita mengabaikan kewajipan kita. Di kala berhimpun dan melaungkan sokongan itu, bagaimana dengan solat kita? Terjagakah solat kita? Ataupun sekadar “jamak tak yah” sahaja? (bukan berniat mempermainkan hukum dan ibadah, sekadar nak menarik perhatian pembaca…). Itu belum ambil kira niat dan tujuan kita lagi. Apa sebenarnya matlamat yang diperjuangkan? Sama-samalah renungkannya. Jangan sampai perjuangan yang kita dokong selama ini rupa-rupanya sia-sia sahaja di sisi Allah swt.

Mungkin ada yang menganggap perkara sebegini sebagai remeh dan tak sepatutnya dibangkitkan. Tidak kurang juga boleh jadi ada yang mengatakan bahawa ini merupakan soal peribadi; “Ini urusan dia dengan Allah”. Wa iyazubillah! Semoga Allah melindungi kita semua daripada mempunyai tanggapan-tanggapan sedemikian…

Ramadhan sudah semakin hampir. Jom kita persiapkan diri kita… Jom kita hidupkan amalan Islam dalam diri kita, baik yang berupa ruhiyah mahupun yang berkaitan dengan siyasiyah. Mudah-mudahan momentum taqarrub ilallah yang terbina sepanjang Ramadhan yang bakal tiba nanti akan berkekalan dari hari ke hari…

Wallahu’alam…

P/s: Usaha pengislahan tidak akan pernah tiba ke titik penamat selagi nyawa dikandung badan. Sebab kita tak tahu bagaimana kesudahan kita tatkala berhadapan dengan sakaratul maut kelak! Sejahat manapun diri kita, seburuk mana sekalipun perangai kita, sejahil manapun ilmu kita, semua ini tidak menjadi penghalang untuk kita mencari redha dan pengampunan Allah. Janganlah kita jadikan semua itu sebagai alasan…

Nasihat kepada diri juga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2008
F S S M T W T
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: