apo nak dikato

Isu dibalas isu, kontroversi dibalas kontroversi

Posted on: Ogos 15, 2008

Saban hari, semakin banyak isu yang dimainkan dalam media massa (cetak mahupun elektronik). Seolah-oleh sudah menjadi trend bahawa setiap isu yang ditimbulkan oleh sebuah pihak akan cuba ditenggelamkan oleh pihak lain dengan isu berkenaan lawannya. Selang beberapa hari atau minggu, maka timbullah pula isu ataupun kontroversi lain. Belumpun sempat sesebuah isu tersebut ditangani seadanya, muncul lagi isu lain bagi menutupnya. Kalaulah perkara sebegini berterusan, tak mustahil huru-hara akan tercetus sehingga menggoncang kestabilan negara.

Tidak cukup dengan membongkar dan memperbesar-besarkan kelemahan yang ada, isu peribadi pun turut disensasikan bagi membunuh karier politik seseorang pemimpin. Tidak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan mengolah dan memanipulasi seseorang pemimpin untuk dijadikan modal bagi mengekalkan keberadaan parti mereka. Ada pula yang menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan di celah-celah kekalutan ini untuk menunjukkan ‘belang’ mereka tanpa memikirkan sensitiviti agama Islam.

Apakah kesudahan bagi kekalutan politik di negara ini? Adakah akan berakhir dengan hilangnya hak-hak keistimewaan? Ataupun penindasan dan fitnah akan terus bermaharajalela?

Jangan sampai kita, umat Islam hanya menang sorak, kampung tergadai. Jangan sampai kita, umat Islam menggigit jari dan mengeluh lantaran kehilangan kekuatan akibat keghairahan untuk meraih kekuasaan (sehingga sanggup saling menjatuhkan sesama Muslim). Jangan sampai kita, umat Islam menjadi pendatang di negara kita sendiri.

Awaslah, wahai umat Islam! Biar di pihak mana sekalipun kita berada, jangan sampai kita mengorbankan kesucian Islam dan kehormatan yang ada pada umat ini. Kita sudah sekian lama berpecah-belah, janganlah diteruskan lagi ‘tradisi’ yang telah menghantui umat ini semenjak jatuhnya khilafah Uthmaniyah yang memayungi umat Islam. Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan perbezaan fahaman politik dan perbezaan pendapat dalam perkara-perkara cabang… Sudah tiba masanya untuk kita kembali bersatu…

Ya Allah, satukanlah umat ini dalam memperjuangkan ketuanan Islam di muka bumi ini…

Amin…

2 Respons to "Isu dibalas isu, kontroversi dibalas kontroversi"

satu peringatan dan luahan rasa yang menarik dan cukup untuk membuat saya tersenyum….itulah kehidupan ghazi, disudut dan bahagian mana kita berada…pun tetap ada tentangan dan cabaran…..maka hadapilah, buatlah penilaian dan pertimbangan sewajarnya.

kadang2 kehidupan ini sungguh melucukan …. kerana pelakonnya menghidangkan ‘cerita jenaka’ utk tatapan bersama…. maka kita juga turut tergelak kerananya….saya juga dapat rasakan kelucuannya…

Terima kasih, nasihat myhoney akan saya jadikan panduan dalam menongkah arus kehidupan ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2008
F S S M T W T
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: