apo nak dikato

Serulah secara berhikmah…

Posted on: Ogos 13, 2008

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” An-Nahl: 125

Dalam keghairahan para du’at dalam menyampaikan ar-Risalah, ada kalanya kita seringkali terbabas dan keterlaluan dalam melaksanakan kewajipan tersebut. Bahkan ada yang sehingga ke tahap menafikan segala pendapat selain daripada pendapat mereka dan menganggap bahawa dia sahajalah yang terbaik. Sedangkan ini bukanlah sikap yang sepatutnya ada dalam diri seorang Muslim. Tidak kurang juga segelintir pihak yang menengking dan berkata kesat dalam melaksanakan aktiviti amar makruf dan nahi mungkar. Tindakan sedemikian teramatlah tidak kena pada tempatnya. Tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menyebabkan golongan sasaran lari daripada para du’at itu sendiri. Bahkan tindakan sedemikian akan hanya mendatangkan persepsi buruk terhadap dakwah yang ingin disampaikan itu.

Mengapa harus berkeras dalam menyampaikan seruan? Sedangkan Nabi Musa a.s yang jauh lebih mulia daripada kita pun diperintahkan oleh Allah swt untuk berhikmah dalam mendepani Firaun yang dilaknati. Adakah mad’u itu lebih zalim dan teruk berbanding Firaun laknatullah sehingga kita mesti berkeras dan berkasar dalam memuhasabah?

Sedarlah wahai du’at sekalian, bahawa sesungguhnya kita bukanlah Nabi dan Rasul. Dan para mad’u sekalian bukanlah sehina Firaun. Justeru, mengapa harus kita berkasar dalam menyampaikan seruan? Memang benar, ada kalanya kita perlu bertegas. Namun tak bermakna dalam masa yang sama kita harus berkeras dan berkasar. Marah biarlah bertempat, jangan sampai kita menjadi asbab para mad’u jauh daripada hidayah Allah swt. Wa iyazubillah!

Sama ada mereka hendak menerima ataupun tidak, terserahlah kepada Allah swt dalam menentukannya. Apatah lagi jika individu ataupun kelompok yang kita seru itu terdiri daripada saudara seIslam kita. Firman Allah swt;

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara…” Surah Al-Hujurat ayat 10

Teguran buat semua, khususnya kepada diri yang menaip ini… Mungkin akan ada yang memandang remeh isu ini, namun sedarlah bahawa natijah daripada perbuatan tersebut teramatlah buruk… Wallahu’alam…

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2008
F S S M T W T
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: