apo nak dikato

Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat – Itu sahajakah pilihannya?

Posted on: Ogos 13, 2008

Sebelah pihak menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu dalam mempertahankan ketuanan Melayu daripada dicabar mana-mana pihak. Di pihak yang lain pula menyerukan ketuanan rakyat dan memperjuangkan bangsa Malaysia. Kini rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu tersepit antara kedua-dua seruan tersebut. Yang mana satu harus didokong?

Persoalannya sekarang, adakah itu sahaja pilihan yang terhidang di hadapan kita?

“Al-Islamu ya’alu wa la yu’la ‘alaih (Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya).” al-Hadis (maaf sebab tak dapat kemukakan sumber hadis tersebut secara detail.

Adakah ketuanan Melayu yang dicari-cari sehingga mengetepikan Islam selaku deen yang diturunkan Allah sebagai rahmat ke seluruh alam (tanpa mengira bangsa)? Ataupun kita selaku umat Islam tergamak mengagung-agungkan ketuanan rakyat yang akhirnya akan mengorbankan kedudukan Islam di tempat yang tertinggi seperti mafhum hadis di atas?

Tidak mustahil akan ada yang akan membantah hakikat ini. Pihak yang memerjuangkan ketuanan Melayu pasti akan menghujahkan bahawa mereka turut memperjuangkan Islam, kerana majoriti orang-orang Melayu menganut agama Islam (Lina Joy si murtad tidak termasuk dalam keumuman (generalisation) ini). Itu di satu sudut, namun bagaimana pula dengan nasib saudara Islam kita yang bukan berbangsa Melayu? Adakah mereka itu akan dipinggirkan dan hak mereka dinafikan? Dan ingatkah kita kepada hadis baginda saw ini?

” Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah.”

Di pihak yang menyeru kepada ketuanan rakyat pula, tidak mustahil mereka akan menyatakan bahawa “kita hidup dalam masyarakat majmuk, perlulah saling menghormati dan berkompromi demi kesejahteraan bersama”.

Ya, kita harus saling menghormati, namun untuk berkompromi dalam hal-hal yang tidak sepatutnya dikompromikan itu merupakan suatu yang ditegah oleh Islam. Sedarlah bahawa masyarakat Madinah ketika di zaman Nubuwwah terdiri daripada masyarakat majmuk. Namun, tidak pula baginda saw berkompromi dan menerapkan sistem yang neutral seperti sistem sekular. Daulah Madinah berhukum dengan hukum Allah dan dalam masa yang sama hak-hak non-Muslim (ahlu zimmah) tidak pula dinafikan. Mereka tidak dilayan seperti warganegara kelas kedua. Mereka menikmati hak secara adil. Bahkan Nabi saw sendiri menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka. Sabda baginda saw;

“Barangsiapa yang menyakiti ahli zimmah, sesungguhnya dia menyakitiku dan barangsiapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”

Justeru, mengapa harus diperjuangkan ketuanan Melayu mahupun ketuanan rakyat? Sedangkan apa yang sewajarnya (baca: wajib) diperjuangkan dan didokong oleh umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya ialah KETUANAN ISLAM.

Sedarlah umat, hanya dengan Islam sahaja kemuliaan akan dikembalikan. Ayuh, tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia dan lari daripada petunjuk yang telah digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya.

Wallahu’alam…

ketuanan Islam pilihanku

ketuanan Islam pilihanku

2 Respons to "Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat – Itu sahajakah pilihannya?"

Kalau kita ada kesatuan fikir dan kesatuan tindakan perkara ini tak timbul masalah. Ketuanan Melayu ke, Ketuanan Rakyat ke, Ketuanan Islam ke, semuanya betul, semasa dan setempat serta universal. Ia tak boleh dipisah-pisahkan. Bukankah kesatuan itu yang menguatkan kita.Tuhankan dah jadikan kita bersuku-suku dan berbangsa, tak dapatkah kita terima fakta ini?

Terima kasih Mat Sufi atas komentar yang diberikan.

1. Saya bersetuju dengan seruan supaya diwujudkan kesatuan fikir dan tindakan. Namun kesatuan fikir dan tindakan yang didasarkan oleh apa, wahai saudaraku? Sudah tentu kesatuan fikir dan kesatuan tindakan memerlukan dasar yang kukuh dan mengikat.

Firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 109;

“Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar TAQWA kepada Allah dan KERIDAAN (Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang dzalim.”

2. Tuhan jadikan kita bersuku-suku dan berbangsa agar kita saling mengenali, bukannya untuk berbangga-bangga dengan keturunan, serta mendiskriminasi dan menafikan hak bangsa lain. Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 13;

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu SALING KENAL MENGENAL. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

3. Ketuanan Melayu, Ketuanan Rakyat, dan Ketuanan Islam merupakan konsep yang berbeza dan tidak akan pernah serasi.

Ketuanan Melayu memperjuangkan bangsa Melayu, dan menganaktirikan bangsa lain. Sedangkan Islam melarang kita daripada memperjuangkan sifat perkauman (assabiyah).

“Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah”.

Ketuanan Rakyat pula memperjuangkan aspirasi rakyat amnya. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk, apakah mungkin Islam akan didaulatkan? Sudah tentu yang menjadi pilihan adalah sistem sekular yang bersifat ‘berkecuali’ dan tidak cenderung kepada mana-mana agama dalam urusan kehidupan. Akhirnya Islam dipisahkan daripada urusan kehidupan.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat 85;

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?”

Sungguhpun ayat tersebut ditujukan kepada Bani Israel, namun kita dapat mengambil ibrah daripadanya. Islam disyariatkan kepada kita bukan sekadar untuk mengurus aspek kerohanian dan ibadah semata-mata…

Ketuanan Islam pula tidak membezakan warna kulit, juga tidak menindas non-Muslim. Di sisi Allah, apa yang membezakan antara kita semua adalah ketaqwaan. Hak-hak kafir zimmi terpelihara selagimana perjanjian dipatuhi.

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu,..”

Al-Anfaal ayat 24

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2008
F S S M T W T
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: