apo nak dikato

Forum Memeluk Islam – menyingkap isu di sebaliknya

Posted on: Ogos 10, 2008

Siang tadi, forum Memeluk Islam (tajuknya lain, rasanya…) anjuran Majlis Peguam terpaksa dibatalkan separuh jalan lantaran bantahan yang menentang penganjurannya. Drama tercetus apabila terjadi perang mulut antara wakil daripada NGO Islam dengan pihak penganjur yang seterusnya menyebabkan pihak polis campur tangan bagi meredakan keadaan. Atas nasihat polis, pihak penganjur telah membatalkan forum yang telah berjalan itu. Para peserta tunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk bagi menyatakan bantahan, antara yang sempat saya lihat di kaca televisyen ialah, “Jangan bermain dengan api”. Alhamdulillah, keadaan dapat dikawal, dan para penunjuk perasaan bersurai pada jam 11 pagi.

Sebenarnya forum pada hari ini merupakan siri kedua, dan siri pertama telahpun diadakan sebelum ini. Isu ini telahpun menjadi polemik beberapa hari sebelumnya, dan telah mendapat perhatian serius daripada Pak Menteri Dalam Negeri, yang telah memberikan amaran supaya tidak mengadakan perbincangan isu yang sensitif secara terbuka.

Saya tak berhasrat untuk menceritakan kronologi peristiwa yang menjadi fokus forum tersebut secara terperinci. Secara ringkasnya, forum tersebut membincangkan kesan terhadap ahli keluarga individu yang memeluk Islam. Antara isu yang diketengahkan ialah isu perebutan jenazah si muallaf dan juga hak muallaf dalam mengIslamkan anak tanpa persetujuan pasangannya. Dalam masa yang sama, peruntukan perlembagaan berkenaan isu ini juga mendapat perhatian daripada Majlis Peguam.

Persoalannya sekarang, mengapa isu ini boleh menimbulkan masalah?

Pertamanya, ingin saya nyatakan bahawa saya tak punyai latar belakang pendidikan formal dalam bidang perundangan. Keduanya, ini merupakan pandangan peribadi saya dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan ataupun individu lain. Bertitik-tolak daripada kedua-dua hakikat ini, saya ingin mengajak para pengunjung blog saya untuk sama-sama menilai dan memberikan respon sekiranya dirasakan perlu. Ohye, sebelum itu, ingin saya tegaskan bahawa tujuan post ini ditulis bukanlah untuk mengapi-apikan perseteruan antara Muslim dan non-Muslim di negara ini khususnya. Bahkan sebaliknya saya ingin berusaha mengemukakan penyelesaian yang dapat membantu merungkai permasalahan ini.

Pada hemat saya, isu yang melibatkan pihak Muslim dan non-Muslim ini berpunca daripada beberapa perkara, antaranya;

1. Islamophobia – dan diburukkan lagi dengan sikap umat Islam yang sering bertelagah serta terkebelakang dalam segenap aspek. Ini menyebabkan non-Muslim berasa khuatir sekiranya ada di kalangan ahli keluarga mereka memeluk Islam. Salah faham non-Muslim terhadap Muslim (dan sebaliknya) juga telah menyebabkan isu ini menjadi lebih parah. Non-Muslim di Malaysia khususnya menganggap apabila masuk Islam, bermakna perlu masuk Melayu. Segala budaya dan ikatan kekeluargaan (contohnya bagi orang Cina, berkaitan nama keluarga) telah terputus sebaik sahaja memeluk Islam. Secara tak langsung, bolehlah dikatakan bahawa Islamophobia merupakan antara punca mengapa isu ini timbul.

2. Kelemahan sistem yang diterapkan di negara ini – penerapan dualisme perundangan, pada hemat saya, menyebabkan terjadinya pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan antara Muslim dan non-Muslim. Dari aspek yang lain pula, masalah timbul kerana hukum perundangan berasaskan akal manusia yang diterapkan. Manusia sifatnya terhad, dan cenderung untuk bias dan berbuat salah. Maka sudah semestinya sistem yang lahir daripada akal manusia itu tidak sempurna dan banyak keburukannya.

Saya yakin, sekiranya sistem perundangan Islam (beserta sistem Islam yang lainnya) diterapkan sepenuhnya tanpa dualisme perundangan adalah penyelesaian bagi isu yang terjadi ini. Sudah semestinya ini akan ditentang hebat oleh Majlis Peguam yang berteraskan sekular, dan juga non-Muslim yang tidak memahami hak mereka di bawah pemerintahan dan sistem Islam.

Sesungguhnya, di bawah sistem Islam hak non-Muslim tidak akan dipinggirkan. Dan mereka tidak akan dilayan seperti warganegara kelas kedua seperti yang terjadi pada hari ini. Hak-hak mereka terpelihara dan mereka akan mendapat perlindungan daripada negara seperti warganegara Muslim. Agak sukar untuk memberikan gambaran tentang sistem Islam, memandangkan sudah lebih 87 tahun sistem tersebut dimansuhkan daripada penerapan dalam kehidupan. Kebanyakan kita yang hidup pada hari ini tidak merasa bagaimana hidup di bawah sistem ini. Bahkan bagi menghuraikan secara satu persatu akan memerlukan perbincangan yang agak panjang. Insya Allah saya akan kongsikan mengikut kemampuan dan juga ruang masa yang ada.

Namun, buat masa ini cukuplah dapat diringkaskan bahawa isu perebutan jenazah tidak akan berlaku sekiranya seseorang muallaf itu mengisytiharkan keIslamannya sewaktu hayatnya. Tindakan merahsiakannya boleh jadi disebabkan oleh ancaman daripada sesetengah pihak. Justeru, sekiranya pemerintahan Islam diterapkan sepenuhnya, nyawa dan kebajikan muallaf terpelihara sehinggalah dia berkemampuan. Justeru, tidak timbul isu ingin merahsiakan keIslaman.

Berkenaan pengIslaman anak oleh muallaf pula, isu ini akan ditangani oleh satu mahkamah sahaja. Justeru tidak timbul isu pertindihan bidang kuasa. Saya tak menguasai bidang ni, jadi tak boleh nak nyatakan keputusan dan hukumnya. Sila rujuk kepada pakar yang benar-benar ikhlas.

Seterusnya berkenaan isu murtad pula, sudah pasti tidak akan ada kompromi. Hukuman bunuh setelah dinasihati. Yang berbezanya cumalah bentuk hukuman (yang boleh membawa kepada kematian) dan juga tempoh masa yang diberikan untuk bertaubat sahaja. Jika ada yang mempersoalkan isu ini, maka ketahuilah bahawa isu riddah ini merupakan hal ‘dalaman’ Islam. Mengapa mereka harus campur tangan pula? Si pesalah itu pada asalnya beragama Islam, dan dia terikat dengan hukum yang telah disyariatkan. Bukan seperti sekarang ini, di mana ada seorang tu (you-know-who) yang mengaku murtad semata-mata kerana ingin mengelak hukuman daripada mahkamah syariah. Inilah antara penangan dek penerapan dualisme perundangan…

Wallahu’alam… sebarang kesilapan dan kekurangan silalah tegur seadanya.

P/s: Janganlah kita sekadar menang sorak, kampung tergadai pula… Bantah,bantah juga. Namun gerak kerja yang teratur mesti dilaksanakan bagi memastikan sistem Islam kembali diterapkan dalam diri, masyarakat mahupun di peringkat negara.

Berusaha ke arah Malaysia yang sejahtera di bawah naungan syariat Islam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2008
F S S M T W T
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: