apo nak dikato

Menangani Isu Dalaman Umat Islam – Suatu Keutamaan dalam Berdakwah

Posted on: Ogos 3, 2008

Sejak kebelakangan ini, isu muzakarah/muqabalah antara PAS-UMNO begitu hangat dipolemikkan (walaupun sedikit-sebanyak ditenggelamkan oleh isu DSAI). Beberapa pertemuan ‘rahsia’ telah diadakan antara pimpinan kedua-dua belah pihak. Saya meletakkan pengikat kata pada perkataan rahsia {dalam ayat sebelum ini) kerana walaupun pertemuan tersebut telah diumumkan secara terbuka, namun isi perbincangan dalam pertemuan tersebut tidak dinyatakan, sehingga pelbagai spekulasi telah timbul daripadanya.

Ada juga beberapa spekulasi yang ‘hinggap di telinga’ saya, namun saya tak berhasrat untuk menampilkannya kerana saya tak mahu terlibat dalam perkara yang tidak saya ketahui sejauh mana kebenarannya. Bimbang juga, kalau spekulasi tersebut tidak benar, maka saya telah menjadi sebahagian daripada ‘link’ menyebarkan fitnah tersebut. Wa iya zubillah.

Berbalik kepada soal pertemuan tersebut, pada hemat saya sekiranya tujuannya benar-benar ingin membincangkan berkenaan Islam, maka ini merupakan satu perkembangan yang baik. Pertemuan sebegini merupakan satu petanda yang baik ke arah penyatuan umat Islam. Bak kata pepatah Melayu, “carik-carik bulu ayam, akhirnya akan bercantum jua”. Walaupun ramai yang pesimis, namun ini merupakan satu permulaan yang baik. Musuh tradisi yang mewarnai senario politik negara, iaitu UMNO dan PAS, sedikit sebanyak telah berjaya mengetepikan perbezaan lalu bertemu untuk mencari persefahaman.

Pertemuan tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat Malaysia. Ada yang memberikan sambutan baik terhadap isu tersebut. Di pihak UMNO, kebanyakan mereka menyambut baik tindakan tersebut. Ada yang benar-benar ikhlas, dan tidak kurang juga yang melihat ini sebagai peluang untuk mengembalikan kredibiliti UMNO khususnya di kalangan orang Melayu-Muslim. Di pihak PAS pula, mereka yang memberikan sambutan telah melihat pertemuan ini sebagai salah satu usaha dakwah mereka kepada UMNO.

Tidak kurang juga pihak yang menentang. Ada yang melihat tindakan PAS ini membelakangkan ahli Pakatan Rakyat yang lain. Ada pula di kalangan ahli PAS yang berpandangan bahawa daripada berdakwah kepada orang UMNO yang jelas-jelas ‘menentang pejuang-pejuang Islam dalam PAS’, lebih baik berdakwah kepada non-Muslim yang ‘semakin mendekati Islam’. [‘Dewan Ulama Tidak Faham Erti Dakwah’, Sinar Harian 20 Julai 2008]

Bukanlah niat saya nak memburuk-burukkan PAS dengan menghebahkan bibit-bibit perpecahan dalam parti tersebut. Wa iyazubillah. Sekadar nak menunjukkan hakikat bahawa terdapat perbezaan pandangan dalam parti tersebut terhadap isu muzakarah/muqabalah ini. Dan ini bukanlah suatu yang negatif. Saya percaya, perbezaan pendapat ini tidak akan menyebabkan sebarang pergeseran apatah lagi perpecahan di kalangan ahli/penyokong PAS. Sebaliknya ini merupakan petanda baik yang memberikan gambaran jelas akan kematangan ahli-ahli PAS yang bersetuju untuk tidak bersependapat (agree to disagree). Sekaligus ini menafikan dakwaan negatif sesetengah pihak selama ini bahawa ahli PAS hanya taksub dan mengiyakan sahaja pandangan pemimpin mereka.

Walau bagaimanapun, selaku ‘orang luar’, saya tidak berhak untuk campur tangan dalam isu dalaman PAS. Terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinan dan ahli PAS untuk menanganinya secara berhikmah. Saya doakan semoga isu ini berjaya diselesaikan secara baik…

Keutamaan Dakwah Hari Ini

Akhuna fil Islam, AR Talib dalam rencananya (Dewan Ulama Tidak Faham Erti Dakwah, Sinar Harian 20 Julai 2008) berpandangan bahawa “sasaran dakwah yang sebenar” ialah orang bukan Islam. Beliau juga menegur Dewan Ulama Pas yang menurutnya “senyap sunyi tentang bagaimana nak tarik sokongan orang bukan Islam, sekurang-kurangnya menghilangkan ketakutan mereka kepada Islam”.

Sebelum pergi lebih jauh, ingin saya tegaskan bahawa pendapat beliau bukanlah 100% salah, sebaliknya kurang tepat. Di sini saya ingin lontarkan sebuah persoalan buat renungan bersama;

“Apa sebenarnya yang menyebabkan non-Muslim ‘takut’ kepada Islam?”

Adakah disebabkan oleh ajaran Islam itu sendiri? Maha suci Allah daripada menurunkan deen yang zalim dan kejam seperti yang digambarkan oleh kebanyakan non-Muslim! Jika demikian, jelaslah bahawa ketakutan mereka terhadap Islam (baca: Islamophobia) ini tidak lain tidak bukan berpunca daripada sikap dan perlakuan umat Islam itu sendiri.

Apabila non-Muslim mendakwa Islam itu menggalakkan keganasan, serta memberikan gambaran negatif terhadap konsep jihad, ketahuilah bahawa tanggapan tersebut berpunca daripada tindakan segelintir umat Islam yang bertindak di luar batasan syarak dengan membunuh orang-orang awam yang tidak bersenjata(sedangkan ini dilarang dalam Islam).

Apabila non-Muslim mendakwa Islam itu menindas wanita, ketahuilah bahawa tanggapan tersebut berpunca daripada tindakan segelintir umat Islam yang mencampur-adukkan Islam dengan adat yang bercanggah dengan syarak seperti honor-killing, larangan belajar dan bekerja, dan sebagainya.

Apabila non-Muslim beranggapan bahawa Islam menyebabkan umatnya berkonfrontasi dan berpecah-belah, ketahuilah bahawa tanggapan sebegini berpunca daripada sikap segelintir umat Islam yang gagal memahami hakikat perbezaan pendapat dan berlapang dada, bahkan hingga ke tahap saling berbunuhan seperti konflik Sunnah-Syiah, kafir-mengkafirkan seperti puak Salafi jalur keras dengan puak Sufi. Bahkan ada di kalangan non-Muslim yang berpandangan; “Even when everyone in this world become Muslims, they will still fight among themselves“.

Justeru, dapatlah kita simpulkan bahawa keutamaan dakwah pada hari ini adalah untuk menangani isu dalaman umat Islam itu sendiri. Jangan sampai kita menjadi asbab (punca) terhalangnya hidayah Allah kepada mereka. Wa iyazubillah!

Memang benar, sekiranya non-Muslim menilai Islam secara tulus serta membezakan antara ajaran Islam dan perangai umatnya, insya Allah mereka akan temui kebenaran dan keindahan deen ini. Namun, bukan semua non-Muslim mengambil pendekatan sedemikian dalam menilai Islam. Justeru, tidak dapat tidak, kita wajar berusaha mengubah umat Islam; bukan sekadar untuk “menarik sokongan dan menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam”, bahkan untuk mengembalikan umat ini kepada ajaran Islam yang sebenar.

Ya, inilah keutamaan dakwah pada hari ini – berusaha mengembalikan kehidupan Islam (isti’naful hayatil Islam) secara kaffah (menyeluruh) ke dalam ‘tubuh’ umat Islam. Dengan penuh rasa rendah diri, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya para daie agar bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha dan sumbangan yang diberikan serta memberikan ganjaran kebaikan serta memperoleh redha-Nya. Janganlah kita sekadar menunggu dan mengharapkan orang lain untuk melaksanakannya. Kitalah yang seharusnya bertindak. Seperti firman Allah swt;

“…Sesungguhnya Allah tiada mengubah keadaan sesuatu kaum, kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri…” Surah Ar-Ra’d ayat 11

Mengenai bentuk pendekatan yang wajar diambil pula, akan dibincangkan dalam artikel yang berasingan memandangkan perkara ini memerlukan perbincangan yang khusus. Insya Allah saya akan kongsikan kelak.

Sungguhpun demikian…

Apabila kita meletakkan dakwah kepada umat Islam sebagai keutamaan, tidak bermakna kita meminggirkan dakwah kepada non-Muslim pula. Dakwah fardiah/personal kepada rakan-rakan non-Muslim itu teruskanlah. Janganlah pula kita menjauhkan diri kita daripada mereka pula. Demikian juga dengan usaha-usaha kolektif seperti Friendly Comparative Religion anjuran Saba Islamic Media, Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran JIM, serta usaha-usaha pihak PERKIM dan sebagainya. Usaha-usaha murni sebegini hendaklah diteruskan tanpa mengabaikan usaha ‘membaiki’ umat Islam.

Kesimpulan

Yang penting, usaha dakwah mestilah dilaksanakan. Di samping kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, hendaklah kita menjalankan tugas murni yang diwariskan oleh Rasulullah saw kepada kita semua ini. Takkanlah kita nak masuk syurga seorang diri (sedangkan diri kita pun belum tentu dijamin syurga)?

Firman Allah swt;

“Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang” Surah Ali Imran ayat 104

Dakwah bukanlah suatu yang bersifat optional, sebaliknya ia merupakan suatu kewajipan yang tertaklif ke atas kita semua. Bahkan inilah yang merupakan sunnah Rasulullah saw yang paling besar untuk diamalkan.

Sedarlah umat!

P/s: Segala yang baik itu daripada Allah swt, dan yang buruk itu daripada kelemahan diri saya sendiri. Maka tegurlah seadanya. Artikel ini merupakan teguran mesra seorang Muslim kepada saudaranya. Ia tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana pihak, sebaliknya ditujukan secara umum. Bahkan teguran ini pastilah lebih utama kepada diri yang menaip ini…

Wallahu’alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Ogos 2008
F S S M T W T
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: