apo nak dikato

“…It is the courage to continue that counts…”

Posted on: Julai 31, 2008

“Success is not final, failure is not fatal; it is the courage to continue that counts…” Winston Churchill.

Sewaktu tengah berehat sekejap setelah bergelut dengan nota kuliah dan juga buku-buku ilmiah yang tebalnya setengah inci, saya pun meluangkan masa untuk surf internet sekejap sementara nak menunggu masuk waktu Maghrib ni… Dalam saya “merayau-rayau” di internet tu, saya terjumpalah sebuah petikan kata-kata seorang tokoh pemimpin British era Perang Dunia Kedua dulu, Winston Churchill. Saya benar-benar tertarik dengan kata-kata beliau yang saya quote di atas tu. Kebetulan pula waktu ni saya tengah berdepan dengan musim peperiksaan. Sedikit-sebanyak kata-kata tersebut memberikan rangsangan kepada saya untuk terus berusaha, walau apapun keputusan yang akan saya peroleh kelak. Segalanya masih belum berakhir… Keberanian untuk meneruskan perjuangan itulah yang menjadi penentu…

Namun janganlah disalah faham pula, ye… Nanti ada orang dakwa saya ni puak Jabariyah pulak… Yang saya maksudkan, kita mestilah berusaha sekuat mungkin, dalam masa yang sama untuk keputusan ataupun hasilnya kita berserah kepada Allah dalam menentukannya…

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

P/s: Dah lama juga saya tak update blog ini. Banyak isu-isu semasa yang terjadi sepanjang “pertapaan” saya (buat makluman, semasa musim exam, saya ‘bertapa’ di bilik. Hanya keluar untuk makan, mandi, exercise sekali-sekala dan menunaikan kewajipan saja). Di dalam negara, isu muzakarah/muqabalah PAS-UMNO sedang hangat diperbincangkan. Suatu perkembangan yang baik, mudah-mudahan umat Islam akan bersatu tanpa mengira kaum dan status hidup. Tidak kurang juga dengan isu DSAI. Masih belum selesai. Ada yang berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan bagi mengalihkan tumpuan rakyat daripada kemelut kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Tidak kurang juga yang menganggap bahawa ini merupakan strategi pihak kerajaan untuk melengah-lengahkan dan menyibukkan DSAI daripada menubuhkan kerajan baru. Saya tak menyebelahi kedua-dua belah pihak. Sekadar menyatakan secara neutral…

Dalam berita hari ini (sempatlah juga tengok berita sekejap), timbul isu di Pulau Pinang berkenaan pembatalan projek ‘mega’ di sana. Kalau tak silap kerajaan negeri nak minta ganti rugi, sebab menurut mereka, pembatalan projek tersebut menyebabkan keyakinan para pelabur berkurangan… Sekarang pula, tengah berlangsung Forum Asia Pasifik berkenaan Hak Asasi Manusia. Sejauh mana prinsip hak asasi manusia ini diamalkan di negara kita ni, ye? Bagaimana pula dengan foundation prinsip hak asasi manusia itu sendiri, adakah ia selaras dengan Islam, ataupun tidak? Suatu yang memerlukan pengkajian dan penelitian yang cermat…

Di luar negara pula, heboh dengan penangkapan penjenayah perang, Radavan Karadzic. Alhamdulillah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tertangkap juga… Hey, Karadzic, mungkin kat dunia ini kau boleh berdolak-dalih dan melengah-lengahkan hukuman di the Hague. Tapi kat akhirat nanti siaplah kau bila berdepan mahkamah Allah swt… Semoga selepas ini lebih ramai lagi penjenayah perang ditangkap dan dihukum. Sesungguhnya, darah seorang Muslim itu lebih berharga daripada Kaabah.

Hmm, Karadzic dah ditangkap. Si penjenayah besar, Bush dan Blair bila lagi? Semoga Allah percepatkan penyatuan umat Islam di bawah satu ‘kekuatan’, yang mana kekuatan ini akan menangkap dan menghukum para penjenayah – yang tangan mereka berlumuran dengan darah kaum Muslimin. ‘Kekuatan’ yang akan membela nasib dan melindungi serta menaungi umat Islam seluruhnya… Itulah khilafah rasyidah yang berlandaskan jalan kenabian (‘ala minhaj nubuwwah).

Setiap kali bulan Rejab tiba, pasti hati ini akan menjadi sayu mengenangkan keruntuhan Daulah Khilafah yang terakhir lebih kurang lapan dekad yang lalu…

Umat Islam tentu akan mengingati peristiwa-peristiwa seperti Isra’ wa Mikraj dan pembukaan Palestin oleh Salahuddin Ayyubi, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pada bulan ini jualah,satu peristiwa hitam yang menimpa umat Islam terjadi; keruntuhan daulah khilafah Uthmaniyyah. Runtuhnya khilafah yang menyebabkan umat Islam terkapai-kapai kelemasan dan menderita kerana ‘diratah’ oleh musuh-musuh Islam tanpa sebarang pembelaan. “Sesungguhnya Imam itu perisai, di mana umat Islam berlindung dan berperang di belakangnya” [mafhum hadis]

Wallahu’alam… Maghrib dah masuk… Minta diri dulu ye… Hingga bertemu lagi, wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2008
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: