apo nak dikato

Rejab,Syabaan, dan Ramadhan… Sudahkah kita bersedia?

Posted on: Julai 15, 2008

Pada kesempatan yang ada di celah-celah kesibukan yang melanda, saya ingin mengucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat sekalian, selamat meraikan ketibaan bulan Rejab, yang akan disusuli oleh bulan Syabaan, dan seterusnya bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. Marilah kita mempersiapkan diri dengan segala macam persediaan bagi menghadapi bulan yang mulia ini. Kita sama-sama hidupkan amalan-amalan kebaikan baik yang bersifat khusus (seperti puasa sunat, zikir, membaca al-Quran, apatah lagi amal ibadah yang wajib), mahupun yang umum. Madrasah Ramadhan ini hanya datang menjenguk sekali sahaja saban tahun. Siapa tahu, mungkin telah ditakdirkan Allah bahawa Ramadhan kali ini merupakan yang terakhir bagi kita. Bahkan belum tentu kita akan berkesempatan untuk menikmatinya seandainya kita dijemput pergi sebelum tibanya bulan al-Mubarak tersebut. Ajal maut datang tanpa disangka-sangka. Bersediakah kita andainya tiba-tiba kita dijenguk oleh Malaikat Maut? Sudah cukupkah bekalan kita dalam menempuh alam barzakh dan hari pengadilan kelak? Sama-samalah kita renungkan serta muhasabah semula diri kita, terutamanya diri yang menaip ini…

Namun, janganlah pula kita hanya bersungguh-sungguh beramal ketika bulan-bulan ini sahaja. Ada di kalangan umat Islam yang mempunyai pemahaman sedemikian. Sebab itulah kita sering melihat ada saja di kalangan kenalan kita yang begitu tawaduk dan rajin beribadah ketika Ramadhan, namun tidak serancak itu sesudah berlalunya Ramadhan. Seolah-olah bermusim pula. Sewajarnya kita beristiqamah dalam beramal sepanjang tahun. Sesungguhnya amal yang sedikit namun istiqamah adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak, namun sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Teguran kepada semua, khususnya diri ini…

Dalam kita beramal, hendaklah kita mengaitkannya dengan ruh. Ruh yang dimaksudkan di sini ialah kesedaran manusia akan hubungannya dengan Allah swt selaku penciptanya. Tanpa kesedaran ini, amal perbuatan tersebut tidak lebih daripada perbuatan semata-mata dan tidak sedikitpun akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Ruh yang diperbincangkan ini tiada kaitan dengan perbincangan konsep jasmani-rohani yang menjadi pegangan sebahagian daripada umat Islam. Ketahuilah bahawa konsep jasmani-rohani ini bukanlah berasal daripada Islam, bahkan ia turut diamalkan oleh penganut-penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha. Berdasarkan konsep tersebut, lahirlah kefahaman bahawa “untuk menguatkan kerohanian kita, maka kita perlu menekan aspek jasmaniyah kita”. Sebab itulah kita lihat sami-sami mengamalkan kehidupan yang serba kekurangan dan tidak menekankan hal-hal keduniaan.

Dalam Islam pula, kita melihat ada segolongan pihak yang mahu memisahkan politik daripada agama, kerana politik itu melibatkan urusan keduniaan. Sebab itulah ada suara-suara yang menentang perbincangan politik di masjid-masjid dengan menegaskan bahawa masjid merupakan tempat kerohanian semata-mata. (Politik yang saya maksudkan bukanlah politik demokrasi kepartian seperti yang ada sekarang ini. Harap tidak disalahfaham. Politik yang saya maksudkan ialah menguruskan urusan ummat). Ada juga yang beranggapan bahawa mereka yang bermewah-mewah, memakai handphone canggih, berkereta besar itu kurang dari segi rohaninya. Ketahuilah bahawa status hidup seseorang tidak menentukan status ketaqwaan seseorang. Apa yang sewajarnya dinilai ialah sama ada segala yang dierolehnya itu selari dengan tuntutan syarak ataupun tidak.

Inilah antara ‘penangan’ dek penerimaan konsep rohani-jasmani yang salah ini. Insya Allah saya akan kongsikan secara lebih detail sedikit ilmu yang saya ada berkenaan isu ini dalam post yang akan datang. Kita hendaklah membersihkan diri daripada pemikiran-pemikiran ataupun konsep yang menyimpang, kufur dan tidak Islami. Mudah-mudahan usaha kita ini akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Amin.

Akhir kata, marilah kita berlumba dalam mengerjakan amal kebaikan. Fastabiqul khairat~!

2 Respons to "Rejab,Syabaan, dan Ramadhan… Sudahkah kita bersedia?"

Assalamualaikum, akhi..

Apabila ana membaca entri ini, ana memuhasabah diri ana kembali.
Kadang-kadang kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara. Namun ana sedar, sebagai makhluk berakal yang diciptakan Al-Khaliq, kadang-kadang keimanan kita ini ada turun naiknya. Semoga dengan kesediaan kita meraikan bulan-bulan ini dengan amal ibadah yang dituntut, kita akan lebih bersedia dalam menghadapi apa jua rintangan dalam berdakwah dan juga kematian yang telah dicatatkan.

Ana sedikit tertarik dengan kenyataan akhi, Ada juga yang beranggapan bahawa mereka yang bermewah-mewah, memakai handphone canggih, berkereta besar itu kurang dari segi rohaninya. Ketahuilah bahawa status hidup seseorang tidak menentukan status ketaqwaan seseorang.

Jadi bagaimana akhi menerangkan kepada umat bahawa perkara-perkara tersebut terbit dari gharizah baqa’ (naluri mempertahankan diri)??

Sekadar ingin berkongsi..

Syukran..

Assalamualaikum, terima kasih WM atas respon yang diberikan. Insya Allah ana akan usahakan untuk menjelaskannya mengikut kemampuan ana. Kalau ada kesilapan mohon dibetulkan ye. Cumanya buat masa ni ana agak terikat dengan projek fakulti. Insya Allah ana akan luangkan masa apabila berkelapangan kelak…

p.s. Rasanya yang bertanya lebih arif daripada yang ditanya… =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2008
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: