apo nak dikato

Debat Shabery-Anwar: Mari Menilai Kerangka Pemikiran Mereka (updated)

Posted on: Julai 15, 2008

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2008 telah diadakan siaran langsung debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan DSAI di saluran TV9, Astro Awani, dan juga Bernama TV. Daripada debat ini, kita dapat menilai sendiri apakah kerangka yang membentuk pemikiran yang dibawa oleh kedua-dua pihak, khususnya berkaitan tentang isu kenaikan harga minyak. Kita juga akan dapat menilai apakah langkah-langkah yang bakal dikemukakan oleh DSAI bagi mengurangkan kemelut kenaikan harga minyak ini.

Sekiranya kerangka kapitalis yang dijadikan panduan, maka saya tak yakin masalah ini akan dapat ditangani dengan baik. Kerana masalah ini timbul disebabkan oleh penerapan sistem kapitalis itu sendiri in the first place ! Saya juga nak lihat apakah mereka merujuk kepada sumber-sumber Islam (al-Quran,as-Sunnah,ijma’ dan qiyas) dalam mencari penyelesaian; ataupun mereka berkiblatkan sistem ekonomi Barat yang lahir daripada akal manusia yang terhad tanpa bimbingan wahyu daripada Pencipta yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu…

Amat malang sekali bagi seorang pemimpin yang mengakui beragama Islam, namun tidak menjadikan Islam sebagai petunjuk dalam membuat sebarang tindakan. Dan lebih malang lagi, jika pemimpin tersebut mengagung-agungkan sistem buatan manusia yang tidak berteraskan aqidah Islam. Semoga Allah mengampuni kita semua lalu menyedarkan kita terhadap kewajipan yang telah sekian lama diabaikan… Amin…

Wallahu’alam…

Sudilah membaca komen yang telah saya post-kan. Sekiranya berkelapangan, boleh kemukakan pandangan anda… Saya dahului dengan ucapan terima kasih…

6 Respons to "Debat Shabery-Anwar: Mari Menilai Kerangka Pemikiran Mereka (updated)"

Daripada http://www.mykhilafah.com

Siapa pemenang debat?

Pada 15 Julai lepas, mata rakyat Malaysia telah tertumpu kepada saluran TV9 untuk menyaksikan debat di antara Dato Seri Anwar Ibrahim [DSAI] dengan Dato Ahmad Shabery Cheek berhubung isu kenaikan harga minyak. Debat yang bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!” itu telah mengundang pelbagai reaksi dari pihak media, dari rakyat kebanyakan mahupun dari golongan pemimpin sendiri.

Antara yang diperkatakan ialah siapakah yang telah menjadi pemenang dalam debat tersebut, Anwarkah atau Shaberykah? Pihak media kebanyakannya melaporkan dalam keadaan yang lebih adil terhadap kedua-dua pendebat walaupun terdapat sedikit ‘cemuhan’ bahawa Anwar Ibrahim yang dikatakan gagal menunjukkan cara yang mantap bagi menyelesaikan kemelut kenaikan harga minyak ini. Namun demikian, tidak kurang juga pihak yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar. Apa pun, semuanya bergantung kepada persepsi seseorang itu terutamanya kepada para penyokong masing-masing.

Tapi yang pastinya sesiapa sahaja yang menyaksikan debat pada malam tersebut dapat melihat kedua-dua belah pihak langsung tidak menyentuh jalan keluar dari krisis ini dari sudut pandangan Islam. Kedua-dua pihak gagal meletakkan Islam sebagai asas kepada perbincangan dan asas kepada segala penyelesaian. Masing-masing berhujah di dalam kerangka ‘sistem dan penyelesaian Kapitalis’. Inilah perkara yang amat mendukacitakan, walhal kedua-dua pihak adalah beragama Islam.

Sebagai seorang Islam Anwar dan Shabey sepatutnya meyakini bahawa Allah telah menyempurnakan agama ini. ‘Sempurnanya’ agama Islam bermaksud tidak ada satu perkara pun yang tidak ada penyelesaiannya dalam Islam, dan sebagai orang Islam, satu-satunya penyelesaian yang wajib di ambil adalah penyelesaian Islam. Firman Allah SWT.

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu”. [TMQ al-Maaidah (5):3]

Di dalam sebuah perdebatan, apa yang ingin kita cari ialah kebenaran, bukannya kemenangan. Tidak ada guna masing-masing pihak berhujah, walau sehebat mana sekalipun hujah tersebut, apabila mereka berhujah atas dasar kebatilan. Apabila seseorang itu berhujah kerana ingin menang, kepetahan bercakap dan kekuatan hujah untuk mengalahkan lawan atau kejayaan memperkecilkan lawan menjadi ukuran ‘kemenangan’. Walhal di dalam Islam, apa yang menjadi ukuran dalam berhujah adalah kebenaran, bukannya kemenangan. Dan tidak akan ada kebenaran jika tidak dengan Islam. Justeru, kedua-dua pihak sebenarnya kalah dalam perdebatan ini. Bukan sekadar kalah, mereka sebenarnya telah berdebat dengan membelakangkan hukum Allah dan Rasul di dalam menyelesaikan persoalan berhubung kenaikan harga minyak.

Sedih…teramatlah sedih. Kecewa pun ada.

Pertamanya, seperti yang telah saya jangka, tidak terkeluar sepotong pun ayat al-Quran mahupun hadis sebagai dalil dan rujukan. Takkanlah disebabkan terlalu kesuntukan masa, sampai tak sempat nak tampilkan dalilnya? (tapi sempat pula serang peribadi dan juga memainkan istilah – subsidi vs. bantuan). Adakah Islam tak punyai penyelesaian bagi isu ini? Ataupun, kerajaan yang ingin dibentuk (seperti tajuknya “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turunkan Harga Minyak”) itu akan mengambil pendekatan sebegini (i.e. mengetepikan pandangan Islam) apabila memerintah kelak?

Keduanya, penyelesaian yang diambil masih lagi berdasarkan kerangka kapitalis. Penyelesaian DSAI, in my humble opinion, akan hanya melegakan simptom semata-mata tanpa melihat secara lebih mendalam terhadap puncanya. Beliau seolah-olah melihat bahawa inflasi dan juga kenaikan harga minyak itu merupakan suatu yang lumrah/alami dan tidak dapat dielakkan. Ini memang tidak dinafikan, seandainya kita masih lagi tunduk kepada sistem ekonomi sebegini. Jika dibiarkan, maka sampai bila-bila kita harus mencari dana yang cukup besar bagi menampung sesuatu yang tak sepatutnya kita bayar in the first place. Dato’ Shabery pula menekankan bahawa isu kenaikan harga minyak merupakan isu global (lalu mengelak daripada mengakui kelemahan urus tadbir kerajaan khususnya dalam bidang ekonomi), tanpa memberikan jalan keluar daripada kemelut tersebut. Rasanya tak banyak penyelesaian yang beliau kemukakan. Seterusnya berkenaan IPP, juga tidak diberikan penyelesaian daripada Islam, sebaliknya isu tersebut digunakan untuk menyerang dan mempertahankan isu peribadi.

Ketiga, perjalanan debat agak lari daripada tajuk yang dikemukakan; terutamanya di pihak Dato’ Shabery. Hal ini tentu saja dipersetujui oleh majoriti penonton debat tersebut. Tak perlulah dihuraikan lebih panjang, rasanya dah banyak dibangkitkan dalam blog dan websites…

Keempat, terdapat beberapa percanggahan kenyataan oleh pihak Dato’ Shabery, antaranya berkaitan soal merujuk kepada Venezuela dan Iran. Ini menggambarkan seolah-olah beliau tidak bersedia untuk debat pada malam tersebut. Ataupun mungkin memang matlamat beliau hanya untuk memburuk-burukkan DSAI semata-mata. Banyak kenyataan beliau yang menjurus kepada kesimpulan tersebut.

Demikianlah serba-sedikit pandangan saya yang tak seberapa ini. Apa yang turut mengecewakan saya ialah reaksi sebahagian daripada penonton dan juga rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka hanya menjadikan debat ini sebagai ‘medan pertarungan’ untuk melihat siapa juara dalam berdebat. Tidak kurang juga yang hanya menilai dari segi karisma dan juga gaya penyampaian semata-mata. Bahkan ada yang membangkitkan isu yang tak relevan dan pinggiran seperti air liur di tepi bibir. Memang benar, penampilan dan karisma itu penting, namun janganlah melebihkan form daripada essence.

Rasa gelihati pun ada juga apabila rakan saya memberikan score daripada debat tersebut. Macam bola sepak pun ada. Ada yang beri DSAI 3 – DSC 0, ada pula DSAI 1 – DSC 0. Kebanyakannya memihak kepada DSAI. Rakan-rakan yang memihak kepada government of the day tak begitu asyik memberikan komen. Mungkin rasa malu dan segan timbul apabila melihat debat yang berat sebelah ini. Yang saya maksudkan berat sebelah bukanlah ‘tidak adil’; sebaliknya dari segi kemantapan hujah dan juga gaya penyampaian. Tidak kurang juga yang mengatakan Dato’ Shabery “disekolahkan” oleh DSAI! Saya tak ambil pusing sangat dengan isu ini. Cuma apa yang saya lihat, umum lebih menumpukan kepada aspek ini sehingga menyebabkan saya terfikir, “Apa sebenarnya motif debat ini diadakan?”

Adakah benar-benar ikhlas mencari penyelesaian ataupun sekadar “show-off” mahupun medan memburuk-burukkan lawan?

P/s: mungkin lepas ini boleh adakan diskusi (lebih baik berbanding istilah debat, kerana debat lebih kepada mencari pemenang, diskusi/perbincangan pula lebih kepada pencambahan idea) yang membariskan ahli panel dari kalangan pemimpin gerakan Islam dan NGO Islam pula. Daripada sini, kita akan dapat menilai penyelesaian daripada Islam pula. Sebagai permulaan, bolehlah jemput wakil daripada Hizbut Tahrir, memandangkan mereka telah tampil dengan penyelesaian daripada Islam. Seperkara lagi, mereka tidak mengambil langkah populist dengan menjanjikan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan. Sebaliknya mereka merujuk kepada sumber-sumber syarak dalam memberikan penyelesaian.

Walau bagaimanapun, tak bermakna mereka adalah 100% perfect. Jadi, sebab itu saya syorkan juga supaya wakil-wakil dari gerakan Islam lain dan juga NGO lain untuk turut tampil dalam diskusi tersebut.

Wallahu’alam…

Komen anda?

apa dalil quran dan hadis awak dlm menyelesaikan isu minyak?

Salam, setakat yang terlintas di fikiran saya buat masa ni;

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Anas r.a meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram”).

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Api dalam hadis tersebut boleh diqiaskan sebagai sumber tenaga, dan ini termasuklah petroleum. Ini bukan tafsiran saya, tapi saya merujuk kepada seorang ustaz yang diyakini ilmunya.

Keduanya, berkenaan status “ma’ul ‘iddu”, iaitu sifat air yang tak putus-putus. Dalam ertikata lain, sumber yang melimpah ruah. Sesuatu sumber yang bersifat sedemikian dilarang oleh Islam untuk dijadikan hak milik individu atau diswastakan (termasuklah petroleum). Ini dijelaskan oleh hadis berikut:

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abyadh bin Hamal, bahawa dia telah meminta daripada Rasulullah SAW untuk mengelolakan lombong garamnya. Lalu Rasulullah memberikannya, namun seorang lelaki yang berada disitu menjelaskan realitinya kepada Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah, tahukah engkau apa yang engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan sesuatu yang bagaikan air mengalir.” Rasulullah kemudian bersabda: “ Tariklah lombong tersebut daripadanya.”

Justeru, daripada dalil-dalil tersebut, jelaslah bahawa status petroleum ialah hak milik umum, dan bukannya milik negara mahupun syarikat swasta seperti Petronas, Shell, etc.

Peranan negara pula adalah untuk menguruskan proses cari gali dan hasilnya boleh sama ada diberikan percuma kepada rakyat, ataupun dijual pada harga yang berpatutan (bukan seperti sekarang). Hasil jualan petrol itu akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara (baitul mal) untuk disalurkan ke arah kebajikan rakyat. Sekiranya negara tidak mempunyai kemahiran untuk menjalankan kerja carigali, maka dibenarkan untuk mengupah syarikat swasta untuk menjalankan proses tersebut. Namun hasil carigali tersebut tetap merupakan hak milik umat, dan syarikat tersebut akan hanya diberi upah bayaran bagi kerja-kerja carigali. Negara juga boleh mengeksport minyak ke luar, dan hasil jualan turut dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat.

Kalau ada yang bertanya, dari mana nak dapat duit bagi menampung harga minyak pasaran yang naik mendadak? Saya setuju dengan pandangan DSAI dalam seruannya bagi menangani kebocoran dan ketirisan serta rasuah. Pengurusan perbendaharaan dengan baik dan amanah adalah tuntutan dalam Islam. Yang ini tak perlu saya tampilkan dalil rasanya. Sudah sedia maklum,kan.

Di samping itu, sekiranya petroleum berstatus milik umum, maka pulangan daripada jualan adalah lebih besar berbanding sewaktu ia menjadi hak milik syarikat yang menjalankan carigali. Kerana dalam keadaan sekarang, i.e. petrol milik syarikat carigali, kerajaan hanya memperoleh pulangan daripada kutipan cukai. Daripada petronas pula, cuma dapat sebahagian saja. Itupun tak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat. Sedangkan jika petrol merupakan milik umat, maka pulangan yang diperoleh itu adalah daripada keseluruhan petroleum yang dicarigali; setelah ditolak dengan bayaran kos carigali. Hasil jualan ini akan digunakan untuk pelaksanaan kebajikan yang menjadi tanggungjawab negara seperti pendidikan percuma, jalanraya yang selamat dan bebas tol, kemudahan kesihatan etc.

Jadi, negara tak perlu lagi memperuntukkan perbelanjaan lain yang banyak untuk hal-hal tersebut. Maka, peruntukan tersebut boleh dimanfaatkan untuk menampung kos / subsidi harga minyak yang diimport. Kemudian, jika harga pasaran dunia tinggi, maka sudah tentu kita juga akan mendapat keuntungan sebab kita pengeluar minyak juga. Bahkan petroleum di sini lebih berkualiti, tentu lebih mahal.

Semua keadaan ini hanya jika Malaysia masih lagi sebahagian daripada negara kaum Muslimin yang terpecah-pecah. Seandainya negara umat Islam disatukan di bawah satu pemerintahan, iaitu khilafah, maka sudah semestinya isu minyak ini tidak akan menimbulkan banyak masalah. Kerana negara-negara umat Islam, dikurniakan Allah, kaya dengan sumber bumi termasuklah minyak.

Maka dengan itu, penyelesaian yang menyeluruh bagi isu kenaikan harga minyak ini ialah;

1. Penyatuan negara-negara kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan.
2. Penerapan sistem Islam dalam segenap aspek, dan ini termasuklah dalam isu kepemilikan petroleum ini.

Wallahu’alam… mohon maaf sekiranya ada cacat-cela. Tegurlah seadanya.

setuju2. sesungguhnya semua masalah di dunia ni kalu kite kembali kepada islam, insyaallah leh selesaikan. masalahnye mereka ni tanak jdkan al-quran dan hadis sebagai panduan. diorang bergantung sepenuhnya pada akal manusia yg tidak lah sepower mana berbanding Allah yg maha bijaksana. aku pon xde la baik mane pon tp asalkan umat manusia ade keinginan nak memperbaiki diri, merapatkan diri pada allah, pelan2 pon xpe, aku yakin masalah2 tiris2, rasuah2, kroni2 tu mesti setel punye. amin~

Betul tu. Yang penting kita kena ada niat dan usaha ke arah memperbaik diri. Same la kite, rafiq… Ku pun tak de lah baik sangat. sekadar melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab kite semua sebagai seorang Muslim… Kan kita sesama Muslim ini bersaudara, betul tak? Jadi kenalah saling memberi peringatan…

Insya Allah, bila kita nasihat orang, kebaikannye akan balik kepada diri kita jugak. Contohnya kalau kita tegur orang malas belajar, nanti bila ada ketika kita rasa malas nak belajar je, kita akan ingat balik; “Dulu aku sound orang malas belajar, takkan la aku sendiri nak malas belajar pulak…”
(tengah musim exam ni… hu hu… sebab tu contoh pun guna contoh study…)

Berbalik kepada topik debat isu minyak ni… Sepatutnya pemimpin Muslim kenalah tampilkan penyelesaian daripada Islam. Pertamanya, sebab dah memang kewajipan bagi kita untuk mengambil Islam secara total (kaffah) untuk diamalkan dalam segenap aspek kehidupan. Kedua, dalam masa yang sama kita dapat juga dakwah kepada non-Muslim yang menonton debat tersebut. Mungkin mereka tak pernah tahu bahawa Islam ada cara untuk mengatasinya. Manalah tahu, Allah berikan hidayah kepada mereka melalui usaha sedemikian… Alhamdulillah bertambahlah lagi umat Islam yang mendapat hidayah…

Masih ramai lagi non-Muslim di luar sana yang tak tahu tentang apa sebenarnya Islam ini. Bahkan ada yang anggap Islam ni ajaran kolot sebab mereka hanya nampak umatnya ketinggalan dan terpuruk (bahasa Indonesia, dengan izin…). Sedangkan umat Islam jadi sedemikian bukan kerana Islam, sebaliknya disebabkan mereka meninggalkan Islam daripada amalan hidup sehari-hari…

Wallahu’alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2008
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: