apo nak dikato

Mubahalah dan Qazaf di negara sekular..?

Posted on: Julai 10, 2008

Sudah agak lama juga saya tak menulis (menaip) dalam blog saya ni. Bila nak mula menulis semula, rasa macam tersangkut pula… Maklumlah, penulisan bukanlah profession saya. Saya menulis ni pun atas kesedaran sendiri dan tidak menerima sebarang latihan khas, melainkan apa yang telah ditunjuk ajar oleh guru-guru saya semasa di sekolah dahulu. Jadi, buat kesekian kalinya saya memohon maaf sekiranya terdapat cacat-cela pada penulisan saya, baik dari segi tatabahasa mahupun gaya bahasa yang digunakan…

Mubahalah dan Qazaf

Keinginan umat Islam untuk kembali kepada syariat Islam semakin ketara khususnya kebelakangan ini. Umat semakin cenderung merujuk kepada syariat Islam dalam mencari penyelesaian. Ini merupakan perkembangan yang positif. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua ini merupakan berkat usaha para pendakwah baik yang bergerak secara persendirian mahupun secara berjemaah seperti yang dilakukan oleh jamaah Tabligh, PAS, JIM, ABIM, Hizbut Tahrir, PERKIM, MACMA dan sebagainya (just to name few) yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menegakkan deen Allah di muka bumi. Tidak dilupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan seperti JAKIM dan BAHEIS.

Dalam isu tuduhan liwat DSAI baru-baru ini, umat Islam baik dari kalangan pemimpin, ulama’ dan juga rakyat kembali merujuk kepada perundangan Islam. Mufti Perlis, Dr. MAZA menganjurkan supaya kedua-dua belah pihak ber’mubahalah’, manakala DSAI sendiri membuat laporan qazaf terhadap Saiful.

Bahkan blogger terkemuka, RPK turut membangkitkan isu ini dalam post beliau baru-baru ini iaitu “Islamic law and Common Law”. Sungguhpun demikian, terdapat sedikit kekeliruan dalam artikel tersebut. Antaranya apabila beliau menyatakan, “It would be better if you can produce four witnesses to support your allegation or denial.” berkaitan isu sumpah antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DSAI. Sebenarnya empat saksi itu diperlukan apabila seseorang itu menuduh individu lain melakukan perzinaan. Sedangkan isunya sekarang ialah tuduhan liwat (lelaki dengan lelaki) dan bukannya zina. Dalam Islam, tuduhan berbuat zina tanpa membawa empat orang saksi ini dikenali dengan istilah qazaf. Qazaf berbeza dengan mubahalah. Mungkin kekeliruan ini terjadi kerana isu yang ’diperbalahkan’ ialah isu seksual, jadi hukum qazaf juga terkait dengan isu ini. Harap beliau dapat memperbetulkannya.

Beliau juga keliru dengan peranan ulama’ dalam mubahalah. Dalam kes mubahalah, kedua-dua belah pihak yang terlibat bukanlah bersumpah kepada ulama’ tersebut. Sebaliknya peranan ulama’ tersebut hanyalah sebagai perantara / moderator bagi mubahalah yang dijalankan. Kalau tiada pun tak mengapa. Bahkan kalau sekadar nak buat lintas langsung di siaran televisyen pun tak mengapa di sisi syarak.

Saya juga kurang bersetuju dengan pendapat beliau yang dilihat sebagai menyokong keberadaan sistem dualisme perundangan, i.e. sistem perundangan Islam dan juga common law. Pada hemat saya yang tak seberapa ni, kewujudan dualisme perundangan akan hanya membawa masalah dan kecelaruan. Beliau menyatakan, “Let us look at another scenario. A man is caught with a woman in a hotel room and this woman is not his wife. What happens? If they are both not Muslims then nothing happens. But if one or both of them are Muslims, then they will be punished. But if they are both of ‘legal’ age and it is something between two consenting adults, how can they be punished? There is no common law that declares extramarital sex as a crime. However, it is a crime as far as Islam is concerned, so if you are a Muslim then Islamic laws will apply whereby you will certainly be punished.”

Itu apabila isu melibatkan kedua-duanya Muslim ataupun kedua-duanya non-Muslim. Masalah tidak akan timbul apabila ia melibatkan isu yang “clear cut” sebegini. Namun, bagaimana jika terjadi isu yang melibatkan antara Muslim dan non-Muslim? Sudah tentu akan terjadi percanggahan dari segi bidang kuasa antara mahkamah syariah dan juga mahkamah sivil. Bagaimana pula dengan isu perebutan mayat seorang muallaf yang memeluk Islam sebelum meninggal dunia?

Di samping banyak menimbulkan kekeliruan, penerapan dualisme perundangan juga sebenarnya menjadikan kita individu yang hanya mengambil sebahagian sahaja daripada Islam, dan meninggalkan sebahagian yang lainnya. Dalam erti kata lain, kita hanya mengambil hukum Islam apabila ia melibatkan sesama Muslim, dan juga dalam hal-hal nikah kahwin, puasa, zakat, haji, dan sebahagian yang lain. Kalau ada pun hukum berkaitan jenayah lain (seperti menuduh / memfitnah tanpa mengemukakan bukti), hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah syariah bukanlah diambil daripada sumber Islam. Sebaliknya ia diambil berdasarkan ketentuan akal para penggubal undang-undang. Kita tidak mengambil Islam secara kaffah seandainya kita menerapkan perundangan seperti hari ini.

Seperkara lagi, benarkah dalam hal-hal tertentu Islam tidak mengemukakan penyelesaiannya, atau dalam ertikata lain, berdiam sahaja? Firman Allah swt;

”… Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” Surah An-Nahl, ayat 89

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” Surah An-Nisaa, ayat 65

Justeru, pandangan bahawa Islam berdiam dalam hal-hal tertentu adalah lemah dan bertentangan dengan ayat yang dinyatakan tersebut. Bahkan menurut kaedah syarak, hukum asal sesuatu perbuatan ialah menurut hukum syarak, dan bukannya mubah sepertimana yang dipegang oleh segelintir umat Islam. Ini bermakna bahawa setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syarak. Mana mungkin Islam tidak mengemukakan panduan dalam sesetengah perbuatan sekiranya kita dituntut untuk terikat dengan hukum syarak dalam setiap perbuatan kita. Kemudian, sekiranya kita mengambil common law sebagai sumber perundangan dalam hal-hal yang ’didiamkan’ oleh Islam, bermakna kita telah melanggar tuntutan yang terdapat dalam ayat 65 surah an-Nisaa yang saya kemukakan di atas.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap dan ini termasuklah dalam hal-hal pemerintahan dan juga pentadbiran negara. Hukuman bagi jenayah yang tidak dinyatakan secara eksplisit dalam al-Quran akan dihukum berdasarkan takzir. Manakala undang-undang berkaitan dengan kelancaran pentadbiran dan urus negara pula termasuk dalam bidang mukhallafat di mana pemerintah berkuasa menetapkan perundangan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Justeru, isu seperti “parking your car in a ‘no parking’ zone” ini termasuk dalam aspek mukhallafat. Namun, dalam sesetengah aspek, seperti pengutipan tol dan juga pengurusan sumber bumi, syarak telah mempunyai ketetapannya secara khusus, dan pemimpin tidak berhak untuk membuat undang-undang sendiri.

Pengutipan tol adalah haram, kerana sudah menjadi kewajipan bagi Negara untuk menyediakan jalan yang selamat untuk rakyatnya. Justeru, adalah tidak wajar untuk mengutip tol sedangkan ia merupakan tanggungjawab sebuah negara. Demikian juga dengan sistem pendidikan dan juga hak-hak rakyat yang lainnya. Berkenaan pengurusan sumber bumi pula, seperti minyak, syarak telah menetapkan hukum berkenaan kepemilikannya. Sumber-sumber yang ’melimpah ibarat air’ telah ditetapkan menjadi kepemilikan umum, dan tidak boleh dimonopoli oleh individu atau syarikat, mahupun dijadikan milik negara.

Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. MAZA ada menerangkan serba sedikit tentang mubahalah dan juga peristiwa yang melibatkan perbuatan tersebut dalam artikel beliau yang disiarkan dalam Bicara Agama, Utusan Malaysia. Sila baca artikel tersebut serta rujuk kepada ustaz/ah atau mereka yang pakar dalam hukum ini bagi mendapatkan kepastian. Betulkan saya sekiranya saya tersilap.

Berkenaan qazaf pula, ia boleh ditakrifkan sebagai melemparkan tuduhan zina terhadap orang yang baik ataupun menafikan keturunannya (menuduh sebagai anak haram). Qazaf terbahagi kepada dua, iaitu qazaf yang boleh membawa kepada hukuman hudud, ataupun yang hanya ditakzir.

Qazaf yang dikenakan hudud ialah apabila seseorang yang mendakwa tuduhan zina gagal mengemukakan empat orang saksi. Hal ini telah termaktub dalam al-Quran dan dinyatakan dengan jelas akan bentuk hukumannya, iaitu hukuman sebat sebanyak 80 kali dan dia hilang kewibawaan sebagai seorang saksi sesudah sabit kesalahan. Firman Allah swt;

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”. Surah An- Nur ayat 4

Syarat bagi seseorang itu supaya dia boleh disabitkan kesalahan dengan perbuatan qazaf ialah seperti berikut;

1. Berakal

2. Baligh

3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa

4. Mengetahui haramnya Qazaf

5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.

Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir pula adalah perbuatan seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah maruah seseorang dan menghinanya.

Berdasarkan pengkelasan sebegini, maka laporan qazaf yang dibuat oleh DSAI jatuh kepada kategori yang kedua, iaitu qazaf yang mana pesalahnya dijatuhkan hukuman takzir. Hal ini kerana bukan isu zina yang dibangkitkan di sini, namun dakwaan yang dibawa boleh menjatuhkan maruah beliau.

Dalam isu ini, saya tidak akan membuat sebarang keputusan mahupun menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak, memandangkan saya tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut. Sekali lagi ingin saya tegaskan, bahawa saya berpegang kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti sabit kesalahan (innocent until proven guilty).

Kesimpulan

Sungguhpun kesedaran terhadap penerapan syarak dalam menguruskan permasalahan umat semakin meningkat, namun keadaan masih lagi tidak banyak berubah. Secara umum, kita masih lagi kekal dalam status quo yang rata-ratanya mengabaikan syarak dan juga mengagungkan sistem yang berteraskan akal manusia. Kita sibuk membangkitkan soal-soal hukum bagi sesetengah isu, namun dalam masa yang sama kita mengabaikan tuntutan untuk menerapkan syariat Islam secara total dalam kehidupan. Kita disibukkan membincangkan soal-soal hukum secara akademik, namun kebanyakan kita masih lagi keberatan untuk turut sama berusaha untuk merealisasikannya dalam kehidupan.

Ketahuilah bahawa Islam bukan sekadar fikrah semata-mata, sebaliknya Islam turut mempunyai thariqahnya yang wajib untuk diterapkan dalam kehidupan baik per individu, masyarakat, mahupun di peringkat negara dan hubungan antarabangsa.

Sedarlah umat~!

2 Respons to "Mubahalah dan Qazaf di negara sekular..?"

Mohon maaf kepada RPK sekiranya tersinggung. Saya tak bertujuan nak mengutuk dan mengecam beliau. Sekadar menegur apa yang patut. Saya akan berbuat demikian kepada sesiapa sahaja mengikut kapasiti saya, demi kebaikan bersama. Dan sekiranya saya yang tersilap, maka tegurlah saya seadanya… Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan pandangan beliau yang turut dimuatkan dalam artikel tersebut,

“In fact, the Sedition Act is un-Islamic. Islam makes it mandatory to speak out against the government and rulers and it would be a sin to keep quiet. So do not fear going to jail for a ‘crime’ of sedition because God will punish you more severely later if you keep silent for fear of going to jail when it is mandatory to speak out against transgressions and to oppose oppression. Two years jail is nothing compared to what God will do to you later.”

P/s: Ini kali kedua saya bercerita tentang beliau dalam posts saya. Bukannya saya nak mengagung-agungkan beliau, sekadar membangkitkan isu yang berkaitan beliau… Walaupun saya tak mengetahui motif sebenar beliau, namun saya tetap menghormati keberanian beliau untuk tampil bersuara walaupun berdepan ancaman…

Dalam khutbah Jumaat tadi, khatib mengatakan bahawa muhabalah hanya boleh dilaksanakan dalam hal-hal yang bukan jenayah. Macam mana ye? Kena tanya SS Dr. MAZA ni… =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2008
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: