apo nak dikato

Politik di Malaysia = Politik Ketokohan?

Posted on: Julai 1, 2008

Saya sekadar menulis bagi mengisi masa rehat selepas penat ‘bersilat’ dengan buku dan nota kuliah (exam dah dekat~)… Jadi maaflah kalau perbincangan ini dilihat sebagai tidak relevan dan bersifat picisan oleh sesetengah pihak. Apa-apapun, sebarang komen dan kritikan teramatlah dialukan…

Saya menulis (menaip) atas kapasiti selaku seorang pemerhati amatur (dan tak bertauliah) terhadap perkembangan politik di Malaysia. Jadi pandangan saya ni boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Semenjak pilihanraya umum 2008 dahulu, saya dapati bahawa politik di Malaysia semakin menjurus kepada “politik ketokohan” dan semakin lari daripada fungsi politik itu sendiri iaitu untuk mengurus urusan umat. Jika diteliti media massa dan media elektronik, saban hari kita akan dapati bahawa isu yang menjadi headline kebanyakannya berkisarkan keperibadian dan juga ketokohan seseorang pemimpin, baik dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Yang terbaru, isu kes liwat yang melibatkan DSAI. Sejauh mana kebenarannya, wallahu’alam. Saya berpegang kepada prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan sabit kesalahan’ (innocent until proven guilty). Sebelum-sebelum ini juga, kebanyakan isu yang dimainkan juga melibatkan peribadi individu; antara lain, isu Altantuya yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dan juga TPM (ada yang menggelar beliau sebagai Mr. C4). Ada juga yang memainkan isu tidur YAB Pak Lah dan juga isu ‘mengikut telunjuk menantu’ serta ‘ura-ura undi tak percaya’. Ada pula yang menyebarkan dakwaan palsu bahawa Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz membawa ajaran menyimpang (saya tak pasti sama ada isu ini mempunyai motif politik ataupun tidak).

Kalau tak menyentuh peribadi pemimpin, isu-isu yang berlegar akan melibatkan parti-parti seperti BN,PR,UMNO,PAS,PKR. Seolah-olah berlaku situasi di mana pihak-pihak tersebut saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Bahkan isu-isu yang melibatkan rakyat pun turut diterjemahkan dalam situasi sebegini. Contohnya isu ladang babi mega; pihak kerajaan negeri dan ‘bekas’ kerajaan negeri saling menuding jari. Sudahnya pemimpin Muslim tersepit di tengah-tengah kemelut ini. Tersepit antara tuntutan syarak dan juga menjaga hati pengundi non-Muslim.

Hatta perbuatan amar makruf nahi mungkar sekalipun disensasikan dan dikaitkan dengan ‘politik ketokohan’ ini. Misalnya kes konsert Ella dan Mas Idayu. Dalam isu ini, Pemuda PAS Selangor dihentam habis-habisan oleh sesetengah pihak. Alhamdulillah, pihak pimpinan PAS dilihat berupaya menguruskan isu ini dengan baik setakat ini biarpun dikecam hebat oleh pihak yang berkepentingan. Mungkin pendekatan awal yang diambil kurang berhemah, namun usaha sebegini seharusnya diteruskan tanpa berkompromi dalam hal-hal yang tidak diizinkan syarak untuk berkompromi. Apapun, tahniah diucapkan. Semoga Allah memberkati usaha kita di jalan yang haq.

Tidak lupa juga, isu kenaikan harga minyak dan juga isu harga makanan turut dijadikan ‘modal’ untuk menjatuhkan lawan. “Krisis kenaikan harga minyak berpihak kepada kita,” ujar seorang pemimpin. Sedangkan isu ini sebenarnya melibatkan mekanisme yang lebih besar, di mana peranan kerajaan hanyalah merupakan sebahagian daripada puncanya. Umum hanya melihat faktor kerajaan yang memerintah sebagai punca utama krisis harga minyak dan komoditi lain ini. Hakikatnya, semua ini adalah manifastasi daripada penerapan sistem yang sedia ada di negara ini dan juga di peringkat global. Hakikat ini seolah-olah cuba disembunyikan bagi mewajarkan keberlangsungan sistem kapitalis campuran di negara kita khususnya. Namun perlu diingat, sehebat manapun kita cuba menutup bau bangkai dengan bergelen-gelen minyak wangi, tetap akan terbongkar juga akhirnya. Sebilangan umat telah sedar akan hakikat ini. Walaupun bilangannya tidak begitu ramai jika nak dibandingkan dengan pihak yang bermati-matian mendokong sistem ini, namun ia tetap signifikan dan akan terus berkembang dalam masyarakat.

Dan seperti yang kita semua sedia maklum, pentas utama yang menjadi gelanggang ‘pertarungan’ ini tentunya negeri Selangor, tempat saya bermaustautin. Ada juga isu melibatkan Pulau Pinang dan juga Kedah, namun tidak serancak di Selangor. Isu di Kelantan sesekali kedengaran, misalnya isu gincu dan kasut tumit.

KE MANA HALA TUJU POLITIK DI MALAYSIA?

Adakah akan berlanjutan sebegini, sehingga mengabaikan peranan sebenar politik itu sendiri? Adakah isu ‘siapa yang bakal menjadi PM’ lebih utama daripada kebajikan rakyat? Adakah isu ‘lompat parti’ lebih aula berbanding proses membangunkan sosioekonomi dan taraf hidup rakyat? Adakah isu ‘menjaga hubungan antara pakatan’ lebih utama daripada menegakkan deen Allah di mukabumi?

Saya tak menafikan tuntutan memuhasabah pemimpin, namun bukan begini caranya. Fenomena yang sedang berleluasa di Malaysia pada ketika ini lebih menjurus kepada politik ketokohan/kepartian berbanding prinsip
memuhasabah pemimpin. Inilah yang akan terjadi apabila sistem pemerintahan corak begini yang diamalkan. Agenda kepartian mengatasi agenda rakyat. Tidak kurang juga di kalangan pemimpin ada yang mengutamakan perutnya berbanding hak-hak rakyat. Memang tidak dinafikan, ada di kalangan ahli politik yang benar-benar ikhlas mengetengahkan isu-isu rakyat. Misalnya isu rakyat Sabah yang dianak-tirikan. Namun isu ini tetap dilihat melalui jendela ‘politik ketokohan’.

Sungguhpun demikian, jangan pula pandangan saya ini disalah anggap sebagai bertujuan membiarkan rasuah dan juga salah laku pemimpin daripada dibongkar. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, yang bersalah tetap bersalah, dan wajib dibongkarkan serta dihadapkan ke muka pengadilan. Cuma, janganlah dilihat melalui perspektif politik ketokohan ataupun kepartian. Dan jangan pula dijadikan modal untuk meningkatkan populariti serta menjatuhkan lawan.

Sudah tiba masanya untuk kita menilai semula perkembangan politik di negara ini, dan seterusnya berusaha mengubatinya sebelum menjadi lebih parah. Sebagai seorang Muslim, kita wajib menjadikan syariat Allah sebagai garis panduan dalam sebarang tindakan. Janganlah kita melihat Islam hanya sebagai sets of rituals yang hanya layak di-‘showcase‘kan melalui bacaan doa di majlis rasmi ataupun hanya gah termaktub dalam perlembagaan selaku agama rasmi Persekutuan.

Tidak cukup dengan hanya retorik Islam is the way of life. Kita harus merealisasikannya!

Sedarlah umat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Julai 2008
F S S M T W T
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: