apo nak dikato

Perigi mencari timba??!

Posted on: Jun 19, 2008

Mungkin sudah ramai yang mengalami peristiwa sebegini. Tapi bagi saya, ia merupakan suatu perkara yang benar-benar mengejutkan… Dalam keadaan yang serba tak bersedia ni, tiba-tiba datang wakil merisik. Terkejut ada, takut pun ada. Maklumlah, rasa diri ni macam masih budak-budak lagi, tiba-tiba ada orang datang merisik. Namun, saya tekad dalam hati, saya ingin bersedia betul-betul sebelum membuat sebarang komitmen dalam berumah tangga. Setidak-tidaknya saya kena dapatkan kehidupan yang stabil terlebih dahulu. Bagaimana nak memimpin rumah tangga kalau diri sendiri pun tak terurus?

Teringat saya kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Baginda saw pun dirisik oleh Saidatina Khadijah. Jadi, kalau ada sesiapa yang berpandangan serong terhadap kes ‘perigi mencari timba’ ni, lebih baik dia berfikir dua kali.

Setahu saya, dalam Islam tiada salahnya kalau pihak wanita yang merisik. Tak tahulah kalau-kalau ada ijtihad atau fatwa mana-mana ulama’ yang melarangnya. Setakat ni saya tak jumpa, dan saya yakin bahawa tindakan sebegini tiada salahnya di sisi syarak. Jadi, saya menolak bukan kerana ia bertentangan dengan syarak. Juga bukan kerana saya ni memilih (sebab saya tak tahu pun siapa yang merisik tu. Yang merisik tu tak nyatakan namanya). Harap tak disalahfaham…

Saya menolak kerana saya percaya perkahwinan ni bukannya soal main-main. Hari ni kahwin, esok bercerai-berai. Lusa rujuk balik, kemudian cerai lagi. Talak tiga. Tulat cari ‘cina buta’ (perbuatan ini dilihat sebagai memutarbelit hukum Islam. Jadi jangan buat ye). Keluar masuk mahkamah syariah.

Saya tak mahu jadi begitu. Kalau boleh (saya berdoa kepada Allah taala) supaya mengurniakan saya keluarga yang bahagia sehinggalah ke akhirnya… Saya berdoa supaya melalui ikatan ini, saya dikurniakan zuriat yang soleh dan ikhlas mencari redha-Nya. Saya berdoa supaya zuriat saya akan menjadi para mujahid yang tegas memperjuang deen Allah ini. Juga menjadi ilmuan yang berjaya dalam hidupnya. Semoga Allah memperkenankan doa saya ni. Amin.

Apapun, saya tetap bersyukur ke hadrat Allah atas ujian sebegini… Peristiwa ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam terhadap hidup saya. Peristiwa ini menyedarkan saya bahawa masih banyak lagi yang perlu saya perbaik dalam hidup saya ini.

Wallahu’alam… Sesiapa yang ada pengalaman sebegini silalah kongsikan ye kalau berkelapangan…

9 Respons to "Perigi mencari timba??!"

lucunya….tak salah memilih, yang salah kalau tak tahu nak pilih. Bertuah kalau perigi yang datang mencari timba…benda yang agak luar dari perlakuan biasa…selalunya istimewa….selamat berjaya.

Terima kasih. Tapi masih terlalu awal bagi saya dalam usia saya yang sebegini. Mungkin bagi orang lain tak mengapa. Bahkan ada kawan yang sebaya dengan saya dah pun mendirikan rumah tangga. Mungkin sebab saya ni anak bongsu agaknya…

=)

anak bongsu bukan masalah…kerana kematangan dibina dari pengalaman . Kutiplah pengalaman sepanjang perjalanan kehidupan anda , kerana itulah mutiara yang menjadikan anda lebih dewasa….kadang-kadang bisa melangkaui usia anda sebenarnya…

Terima kasih atas nasihat. Ini ummuhanah yang sama dari MyK ke?

Insya Allah saya akan usahakan setakat yang termampu untuk mengutip cebisan-cebisan pengalaman yang ada di sepanjang perjalanan hidup ini.

Assalamualaikum..
ana sedang kebosanan..fuh..
secara kebetulan, singgah ke blog enta ni..interesting..
moga bermanfaat untuk semua..

hmm..kalau dlm bahasa indonesia, artikel ini boleh dikira CURAHAT (curahan hati..)
jarang sekali ana mendengar kisah sebegini dikisahkan lewat alam maya…
mudah2an keputusan tersebut diambil setelah mendapat ‘hint’ direct dari DIA..
dan dgn harapan petunjuk lewat istikharah enta adalah jawapan terbaik buat masa ini..
ana ulang semula, BUAT MASA INI..
kerana kita sendiri tidak mampu utk meneka siapa yg ditakdirkan sebagai pendamping hidup kita nanti =)

Sekadar berkongsi pengalaman…

ana sendiri pernah berada dalam situasi yg sama..
masih menuntut dan belum pernah terlintas utk membina keluarga dlm masa terdekat
ditambah dgn kesibukan ‘extravaganza’ sampaikan untuk menjengah kampung halaman ana pun terasa payah..
bezanya, gender..enta bila berkahwin, tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga..
ana dari posisi yang berbeza..
kalau diterima, tak terpikul rasanya tanggungjawab tu..
untuk menolak?? i dont have any ideas about this…
tak habis fikir…

maka, agar tak terbeban dengan emosi yang berkecamuk (akibat kejutan2 yang sedikit sebanyak mengganggu my normal limbic system)
ana serahkan jawapan pada DIA lewat istikharah dan doa..

Akhirnya,
bila di’tanya’, jawapannya mudah…
“tunggulah kalau sanggup tunggu..tapi jika ada yang lebih baik sepanjang penantian tu, maka pilihlah dia..”
dan ALHAMDULILLAH..he meets someone greater than me..

at the same time, ana yakin,
WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK n vice versa =)

Message of the story????
Pertama, ana setuju dgn pndagn enta…MUHASABAH DIRI..
Kedua, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..terpulang kepada kita untuk set our mind to see it from which perspective..bagi ana, masih ada tanggungjawab yang terbengkalai, masih ada ‘hutang’ yang belum ana langsaikan..masih ada janji yang belum ana kotakan…mudah-mudahan ‘kelapangan’ dan ruang masa yang masih ada ni mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya utk KERJA DAKWAH & ISLAM…Teruskan perjuangan!..

Wassalam

Assalamualaikum, maaf kerana lewat reply. Baru saja tamat ujian tadi. Alhamdulillah, walaupun tak berapa memberangsangkan… Takpalah, dah usahakan yang terbaik…

Terima kasih atas respon yang diberikan. Rupanya ‘aku’ ni akhawwat rupanya… Samalah, saya pun masih ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Ditambah lagi dengan amanah yang terpikul di bahu ni selaku student yang dibiayai sepenuhnya oleh rakyat… Saya khuatir amanah yang sedia ada ni terabai, bagaimanalah nak menjawab di akhirat kelak…

P/s: Sesekali berkongsi CURAHAT, best juga rasanya… takdalah terbeban dalam diri sendiri saja… =)

btw, saudari ‘aku’ ada nyatakan ‘limbic system’ dalam respon… Ade medical background ke? Sila tunjuk ajar…

limbic system…bukan medical student je yg biasa guna term tu…neway, teruskan usaha anda…

Assalamualaikum,ana bukan nk bagi nasihat,sekadar renungan kita bersama. Tahnia,kerana telah dikunjungi oleh seorang wanita yang menyayangi saudara. Walau bagaimana pun, jangan dilukai hati yang 1 itu. Jalinkan persahabatan dalam kekeluargaan kn tidak salah..ana faham kalau saudara belum bersedia kerana dibebani dengan tanggungjawab.. Kami juga sebagai wanita,kerap kali mengalami nasib yang sama. Terutamanya bila kini belajar jauh daripada keluarga. Semoga saudara bertemu dengan jodoh yang diimpikan. Amin..

Terima kasih Ana Suriyanah atas komentar yang diberikan. Em, sebenarnya begini. Saya tidak mengenali siapakah insan yang “melamar” tersebut, kerana “lamaran” dibuat melalui orang tengah… Kemudian, orang tengah tersebut tidak pula menyatakan siapakah gerangan yang membuat “lamaran” tersebut setelah saya menyatakan yang saya ni belum bersedia lagi…

Mungkinkah ada orang yang masukkan nama saya dalam program Baitul Muslim agaknya???

Wallahu’alam…

Saudari penuntut di luar negeri ya? Semoga tabah mendepani cabaran di sana. Insya Allah, bila tiba masanya akan ketemu jua dengan insan yang ditakdirkan…

Wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Jun 2008
F S S M T W T
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: