apo nak dikato

Takut hantu – khurafat digapai, akidah tergadai

Posted on: Jun 14, 2008

Mungkin ada yang menganggap bahawa isu ini bukanlah suatu yang relevan, apatah lagi di zaman yang serba moden ini. Namun, sebelum kita beranggapan sedemikian, cuba kita renungkan semula tentang isu ini. Kemudian kita teliti semula keadaan di sekeliling kita. Percaya atau tidak, isu ‘takut hantu’ ini masih lagi menghantui masyarakat Islam khususnya yang berbangsa Melayu.

Saya tidak menafikan kewujudan makhluk ghaib di dunia ini. Malaikat, Iblis, Syaitan, dan Jin. Semua makhluk ini ada diceritakan dalam al-Quran. Atas sebab itulah saya meyakini kewujudannya. Namun tidak pernah pula saya ketemui perkataan ‘hantu’ dalam al-Quran mahupun al-Hadis. Dari mana datangnya perkataan hantu ini ye? Saya pernah mendengar “teori” daripada seorang kenalan saya sewaktu kecil-kecil dulu. Katanya perkataan ‘hantu’ ini datang daripada perkataan ‘tuhan’. Diceritakan kepada saya bahawa suatu hari ni, ada seorang insan yang mengalami gangguan. Disebabkan ketakutan yang amat sangat, dia pun menyebut “Tuhan” berulang-ulang kali. “Tuhan tuhan tuhan tuhantu hantu hantu…” Maka lahirlah perkataan ‘hantu’. Sejauh mana kebenaran teori ni, wallahu’alam tiada pula diketahui. Tapi harus diingat bahawa teori ni datang daripada budak-budak. Jadi, faham-faham je lah ye…

Memang bangsa Melayu ni boleh dikatakan agak obses dengan hantu dan perkara-perkara mistik. Tengok sajalah rancangan-rancangan ataupun filem yang menjadi top most viewers di kalangan orang-orang Melayu. Bahkan fenomena sebegini telah mendapat teguran daripada Sahibus Samahah Mufti Perlis Dr. Asri yang menyelar trend pengeluar filem yang banyak mengeluarkan filem-filem genre seram dan mistik. Ada sesetengah tu pula takda kerja pergi cari kerja. Sanggup belanja wang untuk mencari hantu. Maaf kalau menyinggung perasaan mana-mana pihak. Ada kalanya kita perlu berterus terang dan tegas. Ubat, walaupun pahit boleh menyembuhkan dengan izin Allah.
Secara peribadinya, terdapat beberapa orang kenalan saya yang begitu takut akan hantu, sehinggakan nak tidur malam pun tak berani nak padamkan lampu. Bahkan ada yang membiarkan televisyen terpasang sehingga ke pagi hari demi menghilangkan rasa takut. Tidak kurang juga yang menyimpan surah Yasin di bawah bantal sebagai “pelindung” daripada gangguan hantu. Sedangkan sepatutnya surah Yasin itu dihidupkan (dibaca dan dihayati) dalam kehidupan seharian. Bukannya dijadikan azimat mahupun tangkal. Ada juga yang membaca ayat Qursi semata-mata kerana takut diganggu ‘hantu’, dan bukannya dengan niat nak beramal dengannya. Saya akui, tidak lama dahulu saya pun mengamalkan amalan-amalan sebegini (namun taklah sampai ke tahap simpan tangkal dan perkara khurafat lain). Alhamdulillah akhirnya saya telah menyedari hakikat ini. Dan saya harap agar para pembaca juga turut menginsafi diri.

Bukanlah saya ni nak berlagak dan tunjuk berani, mencabar-cabar supaya diganggu hantu. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, janganlah ditakutkan dek hantu. Memang benar, makhluk ghaib itu wujud. Cuma jangan sampai kita berjaya diselewengkan oleh syaitan yang sememangnya berhasrat untuk menyesatkan umat manusia. Jangan disebabkan takutnya kita kepada hantu, sampai ke tahap kita minta azimat pelindung, mengamalkan khurafat, mensyirikkan Allah SWT pula… Wa iyazubillah!!

Yakinlah kepada Allah swt. Tiada suatu pun yang dapat mengapa-apakan kita tanpa izin-Nya. Perbanyakkan amalan-amalan, tapi bukan dengan niat kerana takut kepada hantu, sebaliknya niatkan ikhlas demi mencapai keredhaan-Nya.

Sudah tiba masanya kita meninggalkan kepercayaan-kepercayaan karut yang masih menebal dalam masyarakat kita kerana ini jelas bertentangan dengan syariat Islam…

Wallahu’alam…

P/s: Penulisan post ini tiada kaitan dengan Friday 13th. Bahkan saya tak merancang untuk menulis post ini pada tarikh ini. Saya tak percaya kepada perkara tahyul sebegitu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Jun 2008
F S S M T W T
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: