apo nak dikato

Qadha’ dan Qadar

Posted on: Mei 30, 2008

“Setiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya”

Al-Mudaththir [74]: 38

Perbincangan berkenaan persoalan qadha’ dan qadar telah berlangsung sejak sekian lama di kalangan umat Islam. Dalam membahaskan persoalan ini, terdapat beberapa golongan yang berselisih pendapat antara satu dengan yang lainnya. Antaranya ialah kelompok Ahli Sunnah, Muktazilah, Jabariyah, dan juga Qadariyah.

Secara ringkasnya, kesemua kelompok/golongan tersebut membahaskan tentang “siapa” yang melakukan sesuatu perbuatan. Adakah manusia dipaksa melakukan perbuatan baik dan buruk, atau kita diberi kebebasan untuk memilih? Adakah manusia diberikan pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu ataupun meninggalkannya?

Asal-usul Pembahasan Qadha’ dan Qadar dalam rentetan sejarah Islam

Persoalan berkenaan “siapa”kah yang melakukan perbuatan itu tidak pernah dibangkitkan ketika zaman Rasulullah saw. Umat Islam ketika itu menerima setiap suatu yang disampaikan oleh baginda saw dengan penuh ketaatan. Segalanya bermula tatkala wilayah umat Islam berkembang luas melalui jihad futuhat dan masuk ke kawasan yang sebelum itu dikuasai oleh empayar Rom dan Parsi. Dengan masuknya Islam ke kawasan-kawasan tersebut, umat Islam telah diperkenalkan dengan pemikiran-pemikiran yang telah sedia ada dalam masyarakat setempat. Maka terjadilah pertembungan antara fikrah Islam dan juga pemikiran tersebut. Para ilmuan Islam telah mengkaji pemikiran-pemikiran asing ini dengan tujuan untuk menewaskannya dan membersihkan umat daripada pemikiran yang menyimpang itu. Malangnya, terdapat sebahagian daripada mereka terperangkap dan dipengaruhi pemikiran tersebut.

Inilah yang terjadi dalam persoalan qadha’ dan qadar. Pembahasan mengenai “siapa” yang melakukan perbuatan ini hakikatnya berasal daripada tamadun Yunani yang sememangnya terkenal dengan falsafah-falsafah yang berteraskan kaedah mantik. Setelah mengkaji falsafah-falsafah tersebut, akhirnya umat Islam turut serta terjerat dalam perbincangan ini lalu terlahirlah golongan-golongan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Perbuatan manusia – aspek yang dikuasai dan aspek yang di luar kekuasaan

Hakikatnya, perbuatan manusia itu terbahagi kepada dua aspek; iaitu aspek yang dikuasai manusia, dan juga aspek yang menguasai kita. Kita akan hanya dipertanggungjawabkan dalam perkara-perkara yang dikuasai sahaja, dan tidak akan dihitung dalam perkara-perkara yang tidak kita kuasai. Aspek-aspek yang menguasai kita dan di luar kemampuan kita adalah seperti ajal, jodoh, dan rezeki. Kesemua inilah yang dinamakan sebagai qadha’ (ketentuan) Allah.

Aspek yang di luar kekuasaan manusia terbahagi kepada dua;

Pertama: kejadian yang ditentukan oleh sunnatullah dan tidak mampu diubah oleh manusia. Contohnya, keterbatasan manusia (tidak boleh berjalan di atas air atau terbang tanpa bantuan teknologi); peredaran planet dan sebagainya.

Kedua: kejadian yang tidak terikat dengan Sunnatullah, namun tetap di luar kawalan manusia. Misalnya, pelajar yang telah bersedia sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan baik dari segi pengetahuan dan kesihatannya, namun pada hari peperiksaan dia jatuh sakit dan tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut.

Sedangkan qadar pula merujuk kepada khasiyat (sifat / ciri khas) yang ada pada sesuatu misalnya sifat api yang membakar dan kayu pula mempunyai sifat terbakar. Allah swt telah menetapkan khasiyat-khasiyat ini secara baku dan tidak berubah melainkan dengan izin-Nya. Pada diri manusia pula, telah ditetapkan khasiyat-khasiyat tertentu pada naluri manusia itu sendiri. Misalnya pada naluri melanjutkan keturunan (gharizatun nau’) telah diciptakan khasiyat dorongan seksual. Khasiyat-khasiyat ini adalah neutral, sedangkan yang menjadikan sesuatu perbuatan itu baik ataupun buruk ialah manusia itu sendiri, iaitu dengan cara dia memanfaatkan khasiyat tersebut. Khasiyat pisau yang memotong, boleh saja digunakan untuk menyembelih lembu ataupun digunakan untuk membunuh insan tanpa hak. Demikian juga dengan dorongan seksual, boleh dilunaskan secara sah melalui ikatan perkahwinan ataupun dibuat secara rambang dengan pelacur jalanan.

Kita beralih pula kepada aspek yang dikuasai manusia. Inilah yang sewajarnya diberikan penekanan, sama ada setiap perbuatan itu berlandaskan tuntutan syarak ataupun tidak. Sungguhpun manusia diberikan ruang untuk memilih dalam aspek ini, namun kebebasan tersebut bukanlah mutlak. Allah swt telah mengurniakan kita akal bagi menilai baik-buruk perbuatan. Namun, akal semata-mata tidak mampu untuk berbuat demikian tanpa bimbingan wahyu kerana sifatnya yang terbatas. Justeru, peranan akal yang sebenar bukanlah untuk memandai-mandai menggubal hukum. Sebaliknya ia berperanan dalam memahami hukum syarak dan memastikan setiap perbuatan kita selari dengannya. Firman Allah swt dalam surah as-Syams ayat 8; “maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,”.

Mengimani Qadha’ dan Qadar

Setiap individu Muslim wajib mengimani qadha’ dan qadar. Kita wajib mengimani bahawa setiap sesuatu yang di luar kemampuan kita itu datang daripada ketetapan Allah swt, dan kita redha terhadapnya biarpun ia dilihat merugikan ataupun buruk di mata manusia. Manusia tidak berhak untuk mempertikaikannya kerana hanya Allah sahajalah yang mengetahui hakikat baik dan buruknya sesuatu ketetapan-Nya.

Seorang mukmin sejati yang memahami qadha’ dan qadar, hakikat nikmat akal, dan ruang untuk membuat pilihan (dalam ruang lingkup yang dibenarkan), pasti akan sentiasa waspada dan takut kepada Allah swt. Dia akan sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya demi mencapai keredhaan-Nya tanpa sedikitpun meragui keadilan Penciptanya.

Rujukan:

1. Al-Quranul Karim

2. Peraturan Hidup dalam Islam, Taqiyuddin an-Nabhani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

Mei 2008
F S S M T W T
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: