apo nak dikato

Ladang Babi Mega?

Posted on: April 18, 2008

Isu ladang babi mega yang telah diluluskan baru-baru ni telah menjadi polemik yang hangat diperbahaskan di mana kedua-dua belah pihak saling menyalahkan antara satu sama yang lain. Kerajaan terdahulu menyalahkan kerajaan hari ini kerana meluluskannya sedangkan menurut pemimpin mereka, kerajaan terdahulu hanya di peringkat cadangan dan mereka bukannya berhasrat untuk membinanya pada skala yang besar. Kerajaan hari ini pula mengatakan bahawa projek ini telahpun diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.

Bagaimana pula dengan pandangan syarak berkenaan isu ini? Adakah Islam membenarkan pembinaan ladang mega sebegini?

Penternakan babi dibenarkan untuk keperluan non-Muslim seadanya saja. Namun kalau nak dibuat besar-besaran menjadi industri bahkan dieksport dan menjadi sebahagian daripada pendapatan ekonomi negeri, itu haram. Mereka bebas untuk memakan babi dan meminum arak, namun hendaklah dihadkan kepada kegunaan peribadi dan keluarga sahaja.

Walaupun orang-orang kafir dibenarkan untuk memakannya, ia haram dijual-beli secara terang-terangan apalagi untuk tujuan diternak secara besar-besaran iaitu dizahirkan kepada khalayak.

Ini dibuktikan di dalam catatan sistem perundangan Islam seperti yang tertulis di dalam Umdat al Salik wa Uddat al Nasik (kitab lama fiqh mazhab Syafii) yang ditulis oleh Ahmad ibn an-Naqib al-Misri (1302-1367) yang di dalamnya ada menyebutkan bahawa, setiap warganegera yang bukan beragama Islam harus membayar jizya, memakai pakaian yang berlainan dengan pakaian orang-orang Islam, tidak boleh mengucapkan salam kepada mereka, berjalan di sebelah tepi jalan, membina rumah tidak lebih tinggi daripada bangunan orang-orang Islam tetapi jika sudah dipunyai, tidak akan dirobohkan, [b]tidak boleh menonjolkan arak dan babi secara terang-terangan,[/b] membaca kitab taurat atau Injil secara kuat, tidak boleh melakukan perarakan keagamaan atau pengebumian secara terang-terangan dan tidak boleh membina gereja yang baru serta tidak boleh meletakkan lambang salib di luar rumah.” Kandungan ini berdasarkan ”perjanjian Umar” dengan orang-orang kafir zimmi di Syria sebagaimana yang tercatat di dalam Siraj al-Muluk karya Abu Bakr Muhammad ibn al-Walid al-Tartushi. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa walaupun Islam tidak melarang orang-orang kafir menjadikan babi sebagai makanan mereka, namun mereka tidak boleh melakukannya secara terbuka dan cukup sekadar keperluan mereka sahaja.

Walaupun apa jua alasan, semua permasalahan tentang babi ini bukan termasuk di dalam perkara ijtihadiah kerana Islam telah pun menjelaskan hal-ehwal yang menyangkut babi ini sejak zaman Khulafaur Rasyidin lagi dan tidak kira setakat mana kecanggihan teknologi untuk ’membersihkan babi’ ia tetap haram dimasukkan ke dalam sektor ekonomi Daulah Islam, inikan pula hendak ’diindustrikan.’

Jadi, state government of the day kenalah menghentikan pelaksanaan ini. Walaupun MB-nya bukan wakil Parti Islam, tapi kan dalam pakatan yang sama. Kalian berkuasa untuk membatalkannya. Janganlah setakat menuding jari dan menyalahkan kerajaan sebelum ini tanpa mengambil sebarang tindakan bagi menanganinya.

Kalau nak buat pun, tak perlu sampai dijadikan projek mega sehingga boleh dieksport dan menjadi sumber pendapatan negeri pula. Exco Parti Islam (dan juga orang-orang Islam keseluruhannya) dalam kerajaan negeri wajib memuhasabah kerana mereka lebih dekat dengan pemimpin kerajaan negeri. Janganlah kerana sekapal, didiamkan saja.

Umat Islam khususnya di Malaysia mestilah prihatin terhadap isu ini kerana ini bukan sekadar melibatkan soal sensitiviti semata-mata, bahkan ini melibatkan hukum perbuatan iaitu menjadikannya sebahagian daripada pendapatan negeri. Sudah tentu hasil pendapatan ini akan diperuntukkan untuk kegunaan rakyat negeri, bagaimana kita nak jawab di mahkamah Allah swt di akhirat kelak kerana kita memperoleh sesuatu daripada sumber yang haram?


Wallahu’alam…

2 Respons to "Ladang Babi Mega?"

Genting Highland tu apa pula dalilnya… !

Tumpang tanya, Genting Highland ni ada banyak aktiviti yang dibuat kat sana, kan. Ada taman tema, ada hotel, ada kasino, etc. Nak tahu dalil tentang yang mana satu? Kalau tentang kasino tu, maka al-maklumlah kita tentang dalilnya… Dan tak cukup sekadar mengetahui dalilnya saja, bahkan wajib bagi kita semua berusaha membanterasnya mengikut kemampuan seadanya…

Sudah gaharu, cendana pula… =)

P/s: Tapi apa kaitannya dengan “ladang babi mega di Selangor”?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2008
F S S M T W T
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: