apo nak dikato

Apo Nak Dikato – tribute to the Blues Gang

Posted on: April 18, 2008

Poi pokan naik basika
Tongah haghi tongah paneh
Apo dayo motong gotah
Apo nak dikato
Kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
Kek Kolo Pilah

Sawah leba kobau banyak
Air pigi sojuk sekali
Sunyi sopi takdo oghang
Apo nak dikato
Kalau boleh nak bising-bising
Macam pokan Tampin

Tanak nasik bogheh kampong
Masak lomak cili (lado) api
Mesen padi takdo lai
Apo nak dikato
Ramai oghang dah kojo kilang
Kek pokan Seghomban

( roll )

Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Aghi minggu ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah masin
Kek pokan Port Dickson

(ulang 1)

Walaupun blog ini tak mempunyai kaitan secara langsung dengan lagu ini yang pernah popular suatu masa dahulu, namun tidak dapat tidak saya mengakui bahawa ia memberikan ilham kepada saya dalam memilih tajuk yang sesuai untuk blog saya ni. Oleh itu, adalah wajar bagi saya untuk memaklumkannya kerana tak mahu disalah faham sebagai berniat memanipulasi kepopularitian (ada ke perkataan ni?) lagu tersebut dalam mempromosi blog saya… Di samping itu, ini juga merupakan penghargaan kepada Ito & the Blues Gang kerana lagu tersebut memberikan ilham kepada saya dalam memilih tajuk untuk blog saya.

Hakikat bahawa ibu bapa saya berasal daripada Negeri Sembilan juga menjadikan pemilihan tajuk tersebut bukanlah suatu yang menghairankan.

Frasa “Yang dikejar, yang dikendong” itu pula saya ambil daripada pepatah yang sememangnya tidak asing lagi di kalangan orang-orang Melayu yang kaya budayanya, iaitu “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Saya memilih frasa tersebut sebagai peringatan, khususnya kepada diri saya sendiri supaya tidak terburu-buru dalam mencapai sesuatu sehingga saya kehilangan apa yang telah ada dalam genggaman saya. Pepatah ini kalau nak dicari ‘kembar’nya (sama, tapi tak serupa) dalam kesusasteraan Inggeris, bolehlah dikaitkan dengan pepatah, “One bird in your hand is better than two in the bush” (lebih kurang begitulah. Maaf sebab tak ingat sangat. Dah lama tak belajar literature Inggeris).

Di samping itu, ‘yang dikendong’ bolehlah digambarkan apa yang saya dipertanggungjawabkan dalam kehidupan saya sebagai seorang hamba, seorang anak, seorang adik, seorang saudara, dan seorang student. Manakala ‘yang dikejar’ pula lebih kepada impian dan juga perancangan yang telah saya buat untuk mencapainya. Saya tak mahu ‘yang dikejar’ tak dapat (i.e. impian dan perancangan tak menjadi), dan kemudian ‘yang dikendong’ itu berciciran lantaran mengabaikannya akibat terlalu asyik nak mencapai impian tersebut.

Pengajaran yang kita peroleh daripada pepatah ini;

1.  Perlu berhati-hati dalam bertindak.

2.  Jangan terlalu asyik mengusahakan sesuatu, namun mengabaikan kewajipan kita yang lain.

3. Menghargai apa yang kita ada setakat ni, namun tidak bersikap complacent.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2008
F S S M T W T
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,623 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: