apo nak dikato

Adab Makan

Posted on: April 9, 2008

Mungkin kebanyakan orang akan memandang remeh soal adab pemakanan, namun bagi mereka yang mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap Allah, Rasulullah saw, dan juga Islam pasti akan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan bahawa setiap perbuatan mereka itu selari dengan tuntutan syarak. Bahkan sebagai bukti kecintaan yang mendalam tersebut, hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun mereka yang beriman ini akan menuruti sunnah perbuatan baginda saw.

Sungguhpun demikian, kita perlulah jelas bahawa sunnah baginda saw bukanlah sekadar perbuatan dan penampilan baginda semata-mata. Kehidupan baginda saw baik dalam aspek ibadah khususiyah, keperibadian, pergaulan, siasah dan sebagainya sewajarnya dicontohi oleh setiap individu Muslim. Malang sekali pada hari ini, bukan sahaja sunnah ini dipinggirkan, bahkan sistem hidup yang kufur pula diterimapakai secara meluas dalam dunia Islam. Semoga Allah mengampuni kita semua serta mengembalikan kita kepada kehidupan Islam yang hakiki…

Adab-adab Makan

1- Mulakan dengan Bismillah

Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

3- Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Galakan menggunakan tiga jari

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

5- Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

6- Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

7- Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan” (HR Muslim)

8- Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

9- Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

10- Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan (sila rujuk untuk membaca matan bagi hadis-hadis)

2 Respons to "Adab Makan"

ana ade satu persoalan..

shbt ana selalu suruh ana duduk bertinggung atas kaki kiri dan kaki kanan seolah2 berlutut ketika makan..katenye,itulah care Rasulullah duduk..masalahnye..ana rase kurang sopan untuk seorang wanita duduk sedemikian di hadapan makan..
kalau lelaki yg duduk seperti itu,mungkin nampak sesuai..

ana konfius..

Salam, feez.

Maaflah saya tak mempunyai ilmu dalam persoalan ini. Insya Allah akan rujuk kepada ustaz saya dan maklumkan kemudian. Kalau feez dah ketemu jawapan, sudi-sudilah kongsikan di sini…

Namun, pada hemat saya tidak semua sunnah Rasul itu applicable kepada wanita. Kemudian, dalam mengamalkan sunnah ini, biarlah sedikit namun istiqamah. Dalam masa yang sama, kita usahakan untuk mempertingkatkan lagi amalan sunnah yang ada… Tapi dalam beramal itu perlulah bersertakan ilmu…

Insya Allah kalau berkesempatan saya akan kongsikan serba-sedikit ilmu yang saya ada berkenaan sunnah Rasulullah saw kelak. Benda baik eloklah disebar-sebarkan, betul tak?

P/s: Dah masuk bulan Rejab… Ramadan pun semakin hampir… Marilah persiapkan diri untuk beramal dalam madrasah Ramadan… Siapa tahu, mungkin Ramadan ini merupakan yang terakhir bagi kita… Bahkan mungkin tak berkesempatan untuk menjengah bulan mulia tersebut… Fastabiqul khairat~!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Calendar

April 2008
F S S M T W T
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archive

Sudahkah anda membaca al-Quran pada hari ini?

Bilakah kali terakhir kita membaca al-Quran?

Truth About Democracy – Click to Read the Article

Democracy is not compatible with Islam

Truth About Democracy

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 12 other followers

Sikap Kita Terhadap Sesama Daie

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf , salah seorang tokoh Hizbut Tahrir –ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah: “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.

Persoalan tentang Baiah al-Inah

Blog Stats

  • 107,689 visits

Top Rated

Reminder to All Muslims around the World

“Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight – are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision (ie. Torment): and Allah guides not the rebellious.” [TMQ Surah At-Tawbah: 24]
%d bloggers like this: